You are on page 1of 14

1

BAB 3

LATAR BELAKANG TVALHIJRAH

3.1 PENDAHULUAN

Di Malaysia, stesen televisyen memulakan siarannya pada 28 Disember 1963 yang kini
sudah berumur 53 tahun1 di mana salah satu siarannya beroperasi di studio sementara
yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Generasi rakyat pada
hari ini telah membesar di hadapan kaca televisyen bermula dengan stesen televisyen
kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (TV1 dan TV2), stesen televisyen swasta
yang dimiliki oleh Kumpulan Media Prima seperti TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
Seterusnya berkembang kepada televisyen satelit yang perlu dilanggan seperti ASTRO
yang menyiarkan saluran-saluran antarabangsa seperti HBO, ESPN, BBC dan
sebagainya. Kini, kehadiran stesen TV AlHijrah yang merupakan milik penuh kerajaan
ditubuhkan sebagai wadah penyiaran Islam dan pengukuhan dakwah di Malaysia.

Mansor Ahmad Saman, Media di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.

3.2 SEJARAH PENUBUHAN TV ALHIJRAH

Stesen TV AlHijrah yang merupakan stesen televisyen digital Islam pertama di


Malaysia ditubuhkan pada 16 September 20062. Stesen ini beroperasi di Pusat Islam,
Kuala Lumpur. Secara idealnya, TV AlHijrah yang dikendalikan oleh AlHijrah Media
Corporation ini adalah untuk merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma
seluruh negara dan menerbitkan pelbagai rancangan televisyen melalui media yang
berdasarkan ajaran Islam dan bersifat universal.

Stesen TVAlHijrah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak pada 7 Disember 2010 di Pusat Penyiaran TV AlHijrah bertempat di
Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Stesen ini dipantau oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri JamilKhir Baharom. Harapan di pihak kerajaan, stesen ini
mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada orang Islam bahkan kepada orang
bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat tentang agama
Islam 3. Stesen ini disasarkan kepada semua lapisan umur, bagi penonton Islam dan
bukan Islam. Demografi utama disasarkan kepada golongan muda dan kumpulan
penonton bawah 40 tahun4.

Stesen ini mula bersiaran di lima kawasan ialitu Lembah Klang, Terengganu,
Mersing, Sabah dan Sarawak pada 1 Disember 2010 yang lalu dengan waktu siaran
bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12
tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Slogan yang digunakan oleh TV
2

AlHijrah Media Corporation, Pamplet TV AlHijrah Media, 2016.


Perdana Menteri Rasmi TV AlHijrah Ahad Ini, Jumaat 3 Disember, Utusan Harian, h.8, 2010.
4
TV AlHijrah: http://www.tvalhijrah.com/Info-Korporat/Tentang-Kami.aspx ( 22 Mac 2016).
3

AlHijrah pula iaitu Bermulanya Disini dicetuskan melalui peristiwa hijrah Nabi
Muhammad s.a.w yang menjadi permulaan 1 Muharram dalam kalendar Islam.
Konotasi Hijrah ini berkembang dan bukan semata-mata bersifat kalendar penghijrahan
Rasulullah, malah meliputi kepada apa jua perubahan menuju kebaikan5. Justeru, TV
AlHijrah berhasrat memainkan peranan sebagai TV yang mengajak masyarakat
melakukan perubahan yang berterusan ke arah kebaikan.

3.3 OBJEKTIF PENUBUHAN TV ALHIJRAH

Sebagai stesen TV Islam pertama yang menjadi perintis stesen digital tinggi (HD)
dalam industri penyiaran tempatan yang membentuk penyiaran kandungan Islam dalam
program-program yang diterbitkan adalah untuk mencapai onjektif-objektif berikut6 :
1. Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan
masyarakat majmuk sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
2. Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah
mengikut acuan Islam.
3. Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik,
menarik dan indah serta Islam sebagai way of life.
4. Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama
golongan muda dan remaja.
5. Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.

AlHijrah Media Corporation, Pamplet TV AlHijrah Media, 2016.


Zulkiple Abd Ghani, TV AlHijrah: lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam, Kertas kerja
yang disampaikan dalam International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2), Nilai : Universiti
Sains Islam Malaysia 2012, November 30.
6

6. Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan atarabangsa dan


juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Berdasarkan kepada enam objektif yang digariskan oleh TV AlHijrah, salah satu
matlamat penubuhannya adalah untuk menjadikan agama Islam gemilang ke serata
dunia di samping untuk menangkis imej negatif mengenai Islam. Selain itu, stesen TV
ini juga berfungsi untuk membentuk dan memupuk akhlak, moral dan nilai-nilai mulia
bagi membentuk peribadi Muslim yang unggul7. Justeru, stesen televisyen ini dapat
disimpulkan sebagai satu platform untuk memberi penerangan mengenai Islam serta
menerapkan elemen-elemen dakwah , nasihat, mendidik dan berhikmah menerusi
rancangan yang disiarkan.

3.4 FALSAFAH PENYIARAN DAN KANDUNGAN TV ALHIJRAH

Zulkiple Abd Ghani (2009) menyatakan bahawa falsafah bermaksud usaha pemikiran
yang jelas untuk mencapai hikmah dan bermatlamatkan kebenaran

Islam

menyarankan agar falsafah komunikasi digubal berdasarkan wahyu supaya selari


dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa agama Islam sebagai
agama rasmi di negara ini. Oleh itu, nilai-nilai budaya juga perlu mengikut hukum dan
peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam.

Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.
Zulkiple Abd Ghani, TV AlHijrah: lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam, Kertas kerja
yang disampaikan dalam International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2), h. 27.
8

Sedia maklum, bahawa corak falsafah komunikasi di dunia ini cenderung ke


arah barat sama ada melalui amalan atau world-viewnya.

Justeru, melihat kepada

keperluan falsafah komunikasi menurut Islam, Malaysia tampil sebagai negara pertama
di dunia yang memperkenalkan televisyen berkonsepkan Islam iaitu TV AlHijrah sama
ada daripada sudut pengisian atau matlamat penubuhan. Penubuhan stesen ini dilihat
bertepatan dengan pembentukan falsafah komunikasi Islam terutamanya bagi negaranegara Islam.

Selain itu, falsafah komunikasi Islam bercita-cita tinggi untuk menghapus salah
faham negatif terhadap Islam sekaligus ingin menjadikan penduduk dunia menerima
falsafah komunikasi Islam seperti mana mereka menerima sistem kewangan dan
perbankan Islam9. Peranan sebuah stesen televisyen Islam seperti TV AlHijrah amat
bertepatan dan mendokong suruhan Allah s.w.t dengan menyiarkan pelbagai program
berbentuk dokumentari , berita dan bual bicara Islam yang benar bagi memberi
kefahaman mengenai Islam dengan jelas.

Stesen televisyen ini menawarkan pelbagai rancangan televisyen yang segar


bertenaga dan program-program yang merangkumi citarasa penonton masa kini. Setiap
program dipilih dengan teliti dan disediakan bukan hanya menarik perhatian para
penonton semata-mata. Namun, yang lebih penting kesemua program TV AlHijrah
kaya dengan falsafah nilai-nilai yang mulia berteraskan ajaran Islam seperti10 :

Mohd Safar Hashim, Islam sebagai Asas Falsafah Komunikasi dalam M. Safar Hashim dan Zulkiple
Abd Ghani (Ed.), Komunikasi di Malaysia :Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Bangi :
Institut Islam Hadhari, 2009.
10
Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.

a) Kejujuran
Stesen TVAlHijrah tegas berpegang kepada ajaran dan prinsip Islam pada masa
yang sama menghormati budaya dan tradisi setempat yang tidak menyalahi
agama, sekaligus berpegang pada ketinggian akhlak dan nilai-nilai murni sejagat.

b) Keterbukaan
Stesen TV ini turut meraikan ilmu dan idea serta menghormati kepelbagaian
pandangan.

Selain itu, stesen ini mengutamakan perpaduan dan mencari

penyelesaian melalui ilmu dan maklumat melalui al-Quran dan al-Hadis sebagai
rujukan utama.

c) Progresif
Stesen TV AlHijrah menggalakkan perbandingan idea yang mampu mengangkat
paradigma dan penyerapan teknologi baharu terutamanya dalam bidang
penyiaran. Di samping itu, stesen ini juga menawarkan inovasi dalam medium
multi platform dan media baru.

d) Relevan
Stesen ini kekal terkini dengan gaya baharu di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Malah, stesen ini turut menyasarkan kandungan yang relevan
dengan perkembangan semasa dan situasi dengan menggunakan pendekatan
yang mesra dan interaktif.

3.5 VISI DAN MISI TV ALHIJRAH

Stesen TV AlHijrah mempunyai matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka
masa pendek. Matlamat jangka masa panjang dan pendek TV AlHijrah adalah seperti
beerikut :
3.5.1 Visi TV AlHijrah

Visi TV AlHijrah

ialah menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan

menyatupadukan Ummah, melalui siaran dan penerbitan kreatif, berkualiti dan


universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relavan untuk masyarakat
tempatan dan antarabangsa11.
3.5.2 Misi TV AlHijrah

Sasaran misi TV AlHijrah adalah untuk menjadi stesen TV berkonsep Islam


pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif
yang mengajak masyarkat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan
dalam semua bidang kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui12 :a) Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, berita, ehwal
semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat.
b) Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan
masyarakat.
c) Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta
menyalurkan kandungan dalam pelbagai platform.
d) Pengurusan yang profesional, berakhlak, telus, berintegri, dinamik dan kreatif.

11
12

Portal TV AlHijrah, Visi & Misi: http://tvalhijrah.com/Info-Korporat/Visi-Misi.aspx ( 5 April 2016).


Portal TV AlHijrah, Visi & Misi: http://tvalhijrah.com/Info-Korporat/Visi-Misi.aspx ( 5 April 2016).

e) Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisen, efektif dan menepati amalam "best
practices".
f) Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industri media
yang dinamik.
g) Perikatan strategik dengan pelbagai pihak dengan konsep "win-win".
h) Penyediaan pakej penajaan dan pemasaran yang inovatif dan kreatif.
i) Memperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan
kepada kakitangan yang cemerlang.

3.6 STRUKTUR ORGANISASI DAN KERANGKA SUMBER TV ALHIJRAH

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan pengurusan tertinggi di stesen TV AlHijrah 13 .

TV

AlHijrah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab terhadap


keseluruhan operasi stesen dan mengendalikan perjalanan harian stesen tv.

Beliau

dibantu oleh 5 orang pengurus dan ketua-ketua jabatan lain. TV AlHijrah mempunyai
13 jabatan, antaranya Jabatan Penerbitan Sosial, Politik & Ekonomi, Jabatan Berita dan
Hal Ehwal Semasa, Jabatan Majalah dan Dokumentari, Jabatan Perolehan Kandungan
dan Pengurusan Penyiaran, Jabatan Kejuruteraan Penyiaran, Jabatan Penerbitan Islam,
Jabatan Perkhidmatan Kreatif, Jabatan Kewangan, Jabatan Pembangunan Perniagaan &
Pemasaran, Jabatan Komunikasi Korporat, Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran,
Jabatan Perundangan & Kesetiausahaan dan Jabatan Pengurusan Risiko &
Keselamatan14.

Stesen TV AlHijrah merupakan agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana


Menteri Malaysia.

Kesemua sumber kewangan yang diterima oleh TV AlHijrah

sepenuhnya disalurkan oleh kerajaan Malaysia. Antara peralatan utama yang dimiliki
oleh TV AlHijrah ialah studio, konti dan bilik kawalan utama (Master Control Room).
Untuk kekal dengan tren terkini, TV AlHijrah juga mempunyai sistem teknologi
penyiaran yang canggih dan disiarkan secara percuma kepada orang ramai melalui
teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definasi Tinggi (HD) yang pertama di
Malaysia. Dari segi kakitangan pula, pada masa ini terdapat 309 tenaga kerja di TV
AlHijrah.

13

Portal TV AlHijrah, Senarai Pengurusan : http://tvalhijrah.com/Info-Korporat/Senarai-Pengurus.aspx


( 5 April 2016).
14
Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.

10

3.7 KATEGORI RANCANGAN TV ALHIJRAH

TV AlHijrah menyiarkan pelbagai rancangan yang sesuai untuk semua lapisan


masyarakat Malaysia, daripada rancangan kanak-kanak sehingga rancangan untuk
tontonan remaja dan keluarga yang meliputi rancangan berbentuk informasi,
dokumentari, hiburan dan sebagainya.

3.7.1 Rancangan TV AlHijrah dan Peruntukan Siaran

Antara rancangan-rancangan yang disiarkan oleh stesen TV AlHijrah pada tahun 2016
ialah15:

Peruntukan Siaran Rancangan TV AlHijrah


1.2 1.2
4.71

10.56

Informasi
Kelas Kerohanian

8.37
52.5

Kanak-kanak
Drama
Dokumentari

23

Hiburan
Masakan

Rajah 1
Carta di atas adalah hasil observatif pengkaji terhadap rancangan terbitan TV
AlHijrah. Carta ini menunjukkan peratusan peruntukan setiap kategori siaran rancangan
terbitan TV AlHijrah yang dibuat berdasarkan jumlah rancangan. Daripada keseluruhan

15

Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.

11

jumlah rancangan (38), 34.2% adalah berbentuk rancangan informasi (berita dan bual
bicara) iaitu sebanyak 13 rancangan yang meliputi slot Berita Ringkas 2016, Berita TV
AlHijrah 2016, Assalamualaikum dan sebagainya. Jumlah ini mewakili sebahagian
besar daripada rancangan TV AlHijrah.

Dokumentari pula sebanyak 15.78% iaitu 6 rancangan seminggu. Antara slot


yang termasuk di dalam kategori ini ialah Al- Quran & Sains, Story From The Times,
Dokumentari Khas 2016, Doku in House : Titian Ombak, Doku in House : The Truth,
Doku : DBAM. Ini diikuti oleh rancangan Kelas Kerohanian sebanyak 4 rancangan atau
10.52%. Rancangan-rancangan berbentuk lain seperti drama, kanak-kanak dan majalah
masing-masing sebanyak 7.89% iaitu 3 rancangan. Manakala kapsul, masakan dan
hiburan masing-masing sebanyak 1 rancangan iaitu 2.63%.

3.8 KONSEP RANCANGAN TV ALHIJRAH

Secara umumnya, rancangan-rancangan TV AlHijrah dapat dibahagikan kepada dua


keadaan iaitu secara langsung seperti program Bual Bicara, Kelas Kerohanian dan
Dokumentari. Keadaan yang lain dibuat secara halus menerusi rancangan yang
mengandungi kepelbagaian tema seperti drama, hiburan dan masakan.

Rancangan-rancangan tersebut diletakkan di bawah kelolaan Pengurus Besar


setiap jabatan seperti Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Jabatan Majalah dan
Dokumentari serta Jabatan Penerbitan Islam. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan

12

sama ada secara harian, mingguan atau khas (semasa)16. Berikut merupakan rancanganrancangan yang disiarkan oleh TV AlHijrah :

Berita Ringkas 2016

Berita

JUMLAH
EPISOD
366

Harian

DURASI
(MINIT)
5

Berita AlHijrah 2016

Berita

366

Harian

30

Assalamualaikum

Bual Bicara

366

Harian

150

Persepsi

Bual Bicara

52

Mingguan

60

Drama (6 drama x 13 ep)

Drama

78

Khas

60

Menu Alam

Masakan

39

Mingguan

30

Muzikal: Dikir Zikir

Hiburan

39

Mingguan

60

30 Minit Bersama : Ustaz


Don & Ustaz Kazim

Kelas
Kerohanian

234

Mingguan

30

Majalah Islam

Majalah

39

Mingguan

60

10

Pentas Dakwah

Bual Bicara

52

Mingguan

60

11

Taman Syurga (30 Minit


Habib Ali)

Kelas
Kerohanian

104

Mingguan

30

12

Reflection

Kelas
Kerohanian

78

Mingguan

60

13

Cinta Ilmu 2016

Kelas
Kerohanian

335

Harian

60

14

Zon Aulad (Sabtu)

Kanak-Kanak

39

Mingguan

60

15

Soal Wanita

Majalah

39

Mingguan

60

17

Al-Quran & Sains

Dokumentari

39

Mingguan

30

18

Klinik Agama (start Feb)

Bual Bicara

335

Harian

60

19

Drama Asia (1 tajuk)

Drama

50

Khas

60

20

Masam-Masam Manis

Bual Bicara

39

Mingguan

60

21

Into Taqwa With Miz Nina

Bual Bicara

39

Mingguan

60

NO

16

PROGRAM

GENRE

KATEGORI

Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.

13
22

Ejen Halal

Majalah

39

Mingguan

30

23

Story From The Times

Dokumentari

26

Khas

30

24

Dokumentari Khas 2016

Dokumentari

13

Khas

60

25

Doku in house: Titian


Ombak

Dokumentari

13

Khas

30

26

Dr Muhaya Dot Com

Bual Bicara

39

Mingguan

60

27

News Plus 30 Minutes

Berita

39

Mingguan

30

28

Majlis Tilawah Al-Quran

Program
Rasmi

Khas

120

29

Labbaikallah Malaysia,
Mekah & Madinah

Bual Bicara

15

Khas

60

30

Doku in house: The Truth

Dokumentari

13

Khas

30

31

Bajet 2017

Bual Bicara

Khas

90

32

Doku: DBAM

Dokumentari

26

Khas

30

33

Zon Aulad: Local


syndicated

Kanak-Kanak

26

Khas

30

34

Zon Aulad: Foreign


syndicated

Kanak-Kanak

208

Mingguan

30

35

TeleJumaat

Telemovie

26

Khas

120

36

Khawater

Kapsul

30

Mingguan

30

37

Eksklusif Bersama Menteri

Bual Bicara

13

Khas

60

38

Dialog Harmoni

Bual Bicara

Khas

60

3.9 PERANAN TVALHIJRAH SEBAGAI MEDIA ISLAM

Setiap rancangan agama disiarkan di stesen TV AlHijrah adalah bertujuan untuk


menguatkan syiar Islam dalam aspek iktikad atau kepercayaan, ibadat atau
kemasyarakatan, akhlak atau budi pekerti, sejarah Islam dan falsafah. Sehubungan itu,
TV AlHijrah menganggap semua rancangan yang disiarkan mempunyai unsur dakwah

14

berdasarkan konsep yang dibawa TV AlHijrah berhijrah kepada kebaikan. Usaha ini
dilakukan secara terang-terangan seperti dalam rancangan bual bicara, kelas kerohanian
dan dilakukan secara halus seperti dalam masakan, drama dan hiburan17.

17

Mohd Faizal bin Abdul Aziz, di Pejabat AlHijrah Media Corporation, Kuala Lumpur , 25 Mac 2016.

You might also like