You are on page 1of 7

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH

PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah bersyukut kerhadrat ilahi dengan limpah kurnianya serta nikmat yang telah
diberi yang tidak terkira banyaknya yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya
Pertamanya, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah yang dihormat,
Puan Wan Faridah Akmal binti Wan Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya memudahkan proses menyiapkan tugasan semester ini dengan jayanya
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah
memberikan kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini
Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi
peringatan dan tunjuk ajar dalam segala proses pembuatan tugasan ini. Mereka membantu
saya dengan menjawab segala soalan berkenaan tugasan yang telah saya ajukan kepada
mereka
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam menyiapkan tugasan ini
Sekian, Terima Kasih

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH

PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan golongan yang mempunyai sifat peniruan yang tinggi terhadap
tingkahlaku, bahasa, emosi, fizikal dan moral orang-orang yang berada di sekeliling mereka.
Mereka ini merupakan pahat dan yang di sekeliling merupakan penukul. Bagaimana keadaan
sekeliling mereka, begitu jugalah keadaan yang akan dilahirkan dan diterapkan dalam diri
mereka. Percakapan orang yang lebih dewasa membawa makna yang penting bagi kakakkanak walaupun mereka tidak memahami maksud dan pengertian tetapi jika ianya diulang
berkali-kali, mereka akan meniru dan mengikut. Percakapan yang lembut juga memberi kesan
yang berbeza jika dibandingkan dengan percakapan yang kasar. Perkembangan bahasa kanakkanak itu merupakan titik permulaan utama pembentukan tingkahlaku, emosi, fizikal dan
kognitif. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu berkembang mengikut peringkat daripada
prenatal dan bayi sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanaklah,
orang-orang berkepentingan dalam hidup kanak-kanak berkenaan perlulah memainkan peranan
yang amat penting dalam mengembangkan potensi mereka untuk belajar membaca dan
menulis. Corak bahasa orang dewasa mempunyai pengaruh terhadap bahasa kanak-kanak.
Baik percakapan di sekeliling maka baik jugalah apa yang akan dikatakan oleh mereka. Justeru,
peranan ibu bapa dan guru adalah penting dalam pembentukan perkembangan bahasa.
Perkembangan bahasa juga adalah berfaktorkan daripada perkembangan kognitif.
Menurut Vygotsky (1986), pemikiran dan bahasa adalah saling bergantungan. Jadi,
perkembangan kognitif juga adalah penting dalam perkembangan bahasa kerana pertuturan
manusia adalah berdasarkan cara seorang manusia itu berfikir. Jadi, implikasi daripada proses
pengajaran dan pembelajaran tidaklah hanya tertumpu kepada perkembangan bahasa sematamata tetapi juga mengambil aspek yang lain iaitu perkembangan kognitif

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH


IMPLIKASI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH
TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA
Tugas seorang guru itu apabila berada di dalam kelas ialah dengan mengenal pasti
bahasa percakapan murid itu dan mengkelaskannya sebagai sesuatu yang elok untuk
diteruskan atau perlu untuk diberhentikan dengan serta merta. Owens (2008) menganggap
pembelajaran bahasa sebagai tingkah laku verbal. Tingkah laku verbal perlu diulang berkali-kali
sehingga menjadi kebiasaan, memperkukuh ikatan ransangan dan gerak balas dihasilkan
secara mekanis tanpa operasi kognitif yang nyata. Seseorang guru itu perlu untuk menampilkan
tingkah laku yang terbaik kerana mereka ini dianggap sebagai role model. Tingkah laku yang
baik akan memberi kesan kepada murid apabila guru-guru ini mendedahkan kepada mereka
cara-cara berbahasa yang betul. Guru-guru itu sewajarnya mempamerkan tingkahlaku verbal
yang baik dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kesat kerana ianya akan
menganggu emosi murid. (Lenneberg, 1967) menyatakan bahawa, kanak-kanak yang sedang
belajar bertutur hendaklah mendengar orang lain berbual dalam bahasa tersebut untuk satu
tempoh masa tertentu. Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan, percakapan
dan penyampaian guru adalah penting bagi pemahaman murid, penggunaan laras bahasa dan
bahasa yang lembut akan memberi kesan dalam pembentukan kognitif dan bahasa murid. Jadi,
betapa pentingnya penjagaan percakapan seseorang guru itu dalam memnpengaruhi
pembentukan bahasa murid-murid.
Perkembangan bahasa selaras dengan perkembangan kognitif murid kerana sering
berlaku seiringan semasa proses interaksi dengan orang yang berada di sekeliling. Bahasa
merupakan sistem simbol yang paling pentind dalam menyokong perkembangan kognitif kanakkanak (Vygotsky, 1986). Jadi beliau telah menyarankan 3 idea penting yang juga dikenali
sebagai teori sosiobudaya iaitu dengan internalization, scaffolding dan juga zon perkembangan
proksimal. Menurut beliau juga, pemikiran dan bahasa adalah saling bergantungan. Guru
perlulah menyediakan satu scaffolding untuk menyokong

proses pembelajaran supaya

mencapai matlamat terakhir iaitu untuk melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai murni yang
baik. Perkembangan bahasa dan kognitif tersebut akan menjadi lebih baik jika ianya mendapat
sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar dari orang berkepentingan. Melalui scaffolding itu juga,
guru boleh mencuba pelbagai aktiviti-aktiviti yang boleh memberi perubahan dan kesan yang
mendalam terhadap diri murid sebagai contoh, pembentangan. Melalui pembentangan, dari
percakapan murid itu, seorang guru itu boleh mengenal pasti cara berfikir kerana percakapan
itu terhasil daripada cara pemikiran seseorang. Pembentangan mestilah ringkas dan tersusun
3

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH


disamping dapat meningkatkan kemahiran berbahasa. Dari situlah seseorang guru itu sudah
mula berusaha untuk merancang penggunaan bahasa interaksi murid supaya mereka tidak
menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
Perkembangan bahasa juga boleh dibentuk melalui bimbingan terarah dan juga tidak
terarah. Setiap guru di sekolah telah pun diberi rancangan tahunan oleh ketua panitia bidang
subjek masing-masing. Melalui itu, guru boleh membuat perancangan kendiri dalam aktiviti
yang akan dilakukan. Bimbingan terarah bermaksud apa yang berlaku didalam kelas sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru bertindak sebagai agen pembimbing untuk
murid-murid . Perkembangan bahasa adalah mengikut kepada program biologikal dan
kronologikal yang telah dijadualkan (Lenneberg, 1967). Pembelajaran juga tidak hanya
tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi guru juga
boleh membuat lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan rekreasi contohnya taman
negara ataupun zoo negara. Melalui kaedah ini, guru dapat membuka minda mereka terhadap
situasi sekeliling samada dari segi pemikiran dan juga bahasa. Guru juga perlu menggalakkan
murid untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dengan memberi mereka tugasantugasan dan meminta mereka untuk melakukannya dalam tempoh-tempoh tertentu. Guru
memberikan tugasan yang memerlukan interaksi dengan orang awam sebagai contoh,
membuat pengenalan diri, meminta refleksi tempat tersebut, meminta bantuan dan sebagainya.
Ini adalah satu kaedah yang baik yang akan memberikan kesan yang mendalam dalam
pembentukan bahasa kearah yang lebih baik.
Chomsky (1957) menyatakan bahawa setiap individu telah pun diprogramkan secara
genetik untuk menguasai bahasa. Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan otak
yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwaris.
Chomsky menyatakan bahawa proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih
kompleks daripada peneguhan kepada gerak balas yang betul oleh Perspektif Behavioris.
Beliau mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Tatabahasa Universal . Ini adalah asas
kepada semua bahasa yang ada. Setiap manusia itu mempunyai kefahaman bahasa yang
berbeza-beza. Ada yang menganggap bahawa berkata kasar itu merupakan bukan suatu
kesalahan, justeru, tugas guru adalah untuk membimbing murid itu supaya tabiat itu dapat
dilupuskan dengan serta merta. Morrison (2007) menegaskan dalam dapatan kajiannya bahawa
pengalaman awal pembelajaran bahasa mempunyai impak terhadap kemampuan berbahasa
4

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH


dan kemahiran membaca pada tahun-tahun berikutnya. Jadi, apabila murid itu membesar
dengan perkataan yang kesat, berkemungkinan besar murid itu akan terus selesa dengan
keadaan pertuturan yang sebegitu. Jadi, pencegahan awal perlulah dilakukan supaya ianya
tidah berterusan dan seterusnya dapat mengubah pendirian seorang murid itu kearah yang
lebih baik.

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH

PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, perkembangan bahasa banyak dipengaruhi oleh faktor luaran
dan dalaman samada ianya adalah dari persekitaran ataupun sesi berinteraksi mereka.
Perkembangan bahasa mereka biasanya adalah daripada ibu bapa mereka kerana ibu bapa
merupakan individu yang banyak meluahkan masa bersama-sama mereka. Tetapi kadangkadang terdapat juga ibu bapa yang menggunakan bahasa kesat di dalam pertuturan mereka
yang menyebabkan kanak-kanak ini terikut-ikut, ini menyebabkan proses internalization belaku.
Tetapi, apabila sahaja tiba di sekolah, secara semula jadi ianya menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk untuk memulihkan kembali pertuturan ataupun penguasaan bahasa yang
negatif yang diamalkan oleh murid. Perancangan dan scaffolding yang baik adalah salah satu
usaha yang baik dalam menangani masalah ini. Guru juga perlulah melakukan perkara-perkara
yang dapat mengubah amalan tersebut dengan melakukan beberapa aktivit yang dikira boleh
memberi kesan yang mendalam.
Guru juga sewajarnya menjadi suri contoh dan teladan kerana pada peringkat
permulaan kanak-kanak ini mereka banyak meniru segala percakapan dan perlakuan orang
yang berada di sekeliling mereka. Memang wajarlah jika seorang guru itu memberi contoh yang
terbaik. Guru juga perlu menggunakan penggunaan bahasa yang elok dan mudah difahami
agar murid ini tidak tersalah tafsir berkenaan setiap perkataan yang digunakan oleh seorang
guru. Guru juga perlu untuk melakukan imbasan terhadap sikap anak murid mereka kerana
melalui sikap kita dapat mengetahui cara kognitif mereka dan juga percakapan mereka. Disitu
barulah seorang guru itu tahu apa yang mereka perlu lakukan supaya untuk mencapai matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysian dalam melahirkan rakyat yang mempunyai nilai-nilai murni
yang bersesuaian dengan konteks masyarakat dan negara.

EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PUAN WAN FARIDAH

RUJUKAN

Chomsky, N. (1957). Syntactic Structures. The Hague: Mouton.


Lenneberg, E. (1967). Language Acquisition: The Age Factor.
Owens, R. (2008). Language Developement: An Introduction. Boston: Pearson.
Vygotsky, L. (1986). Thought and Language. Cambridge: MA: MIT Press.

You might also like