You are on page 1of 2

PUAN NORAIZAH BINTI ABU HASSAN

PK TINGKATAN 6
SAMT KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
20 JUN 2016

KEPADA :
QAZ SAFETY GLASS, No 26, Jalan LJ 3, Taman Industri,
Lembah Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Melalui,
PUAN HAJAH MARIAHTOL KIFTIAH BINTI DARUS
PENGETUA
SAMT KUALA KUBU BHARU
PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENAMPUNG DANA DAN MEMBANTU PROGRAM
SUMBANGAN BAJU RAYA KEPADA FAKIR MISKIN ATAU ASNAF DAN ANAK YATIM
Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling (UBK) akan menjalankan program Sumbangan Baju Raya kepada Fakir Miskin
atau Asnaf dan Anak Yatim bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Program
ini merupakan program yang berlangsung setiap tahun bagi para pelajar Tingkatan 6 untuk
meraikan para pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan serta melatih ahli-ahli
MPP untuk mengendalikan program.
2. Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut :
TEMPAT
: SAMT KUALA KUBU BHARU DAN RUMAH
ANAK YATIM SERENDAH
HARI
: SELASA
TARIKH
: 28 JUN 2016
ANJURAN
: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SAMT
KUALA KUBU BHARU
PELAJAR YANG TERLIBAT
: 10 ORANG
PELAJAR YANG MENERIMA SUMBANGAN : 40 ORANG
3. Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak RM 2,000.00 sahaja. Oleh itu, dengan
rasa rendah diri, kami memohon jasa baik pihak Tuan/Puan untuk bersama-sama kami
menjayakan program ini melalui sumbangan seikhlas hati. Semoga Allah SWT membalas jasa
baik pihak Tuan/Puan.
4. Sumbangan Tuan/Puan boleh dibuat atas nama NURUL HIDAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN nombor
akaun 162188568066 (Maybank). Sila maklumkan sumbangan Tuan/Puan melalui whatsapp atau
mesej 019-3021942 (Puan Noraizah binti Abu Hassan) sekiranya Tuan/Puan sudah pun membuat
transaksi sama ada melalui cek, tunai, atau deposit bank.
Kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak Tuan/Puan.
Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,

.
(PUAN NORAIZAH BINTI ABU HASSAN)
PK TINGKATAN 6
SAMT KUALA KUBU BHARU

You might also like