You are on page 1of 9

BAB 2: MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

Apa itu Negara?


Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat ,
sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Cara pembentukan sebuah Negara
Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang
harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki
untuk diik tirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:
i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa
ii. penduduk yang tetap
iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam
iv. kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah
v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan
vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol
vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan
antarabangsa
viii. kemudahan sosial seperti pendidikan

SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA


Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan
pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih dari satu kawasan pemerintahan
(beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia
adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela
ataupun dicantumkan secara paksa oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini
membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan pusat dan
juga kerajaan negeri. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan
mengurus hal-ehwal negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan
negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut. Sistemsistem
kerajaan yang terdapat di dunia adalah:

i. Kerajaan Persekutuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

- berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri


- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga
dengan kerajaan negeri
- tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain
- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika
Syarikat dan Kanada

ii. Kerajaan Konfederasi


- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- namun tidak berlaku perkongsian kuasa
- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri
- kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja
- kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini
-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71
iii. Kerajaan Kesatuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- juga tidak berlaku perkongsian kuasa
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad
- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di
peringkat negeri
- Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.
BENTUK NEGARA
Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut
ketua negara tersebut. Setiap negara diasaskan mengikut salah satu daripada jenis
kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan
kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga
mempunyai seorang ketua di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua
negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara tersebut.
Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:

a. Raja atau Ratu Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua
maka ianya dikenali sebagai Negara Beraja. Negara-negara beraja boleh
dibahagikan lagi kepada dua iaitu:
i. Raja Mutlak
ii. Raja Berperlembagaan
b. Presiden Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh seorang
presiden. Negara yang diketuai oleh seorang presiden dikenali sebagai Negara
Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang
presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan
kerana diketuai oleh seorang raja (Yang Dipertuan Agong).

IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA


Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh.
Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru
dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi kerajaan yang
terdapat di dunia adalah :a. Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak ( melalui pilihanraya)
- konsep kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat
- kebebasan persamaan dan hak-hak
- sistem pilihanraya
- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti politik
- utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat
- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens
b. Komunisme
- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung
- melaungkan slogan sama rata, sama rasa
- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara
- Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba
c. Fasisme
- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali
- kuasa mutlak di tangan pemimpin negara
- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin
d. Nazisme
- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman
- menghalalkan kekejaman
e. Sosialisme
- negara mengamalkan dasar tutup pintu
- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara
f. Autokratik
- mempunyai persaingan politik yang terhad
- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme
- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh
kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi
Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.
Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok
Soviet Union maka kemasyhuran komunisme mula berkurangan dan kebanyakan
negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini
mengamalkan ideologi demokrasi.

Sejarah Pembentukan Malaysia

SEJARAH RENGKAS PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Walaupun terdapat petempatan dan pemerintahan sejak awal namun


sejarah Malaysia selalunya dikaji bermula dari Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400an
boleh dikategorikan sebagai sebuah negara di mana kesultanan tersebut
mempunyai sempadan, penduduk yang tetap, satu sistem kerajaan, simbol
kedaulatan dan hubungan diplomatik. Melaka pada masa itu boleh dianggap sebagai
sebuahnegara kesatuan dan beraja mutlak. Kedaulatan Melaka telah bertakhta
lebih kurang 100 tahun iaitu sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

2. Zaman Penjajahan Portugis

Bermula dari kedatangan Portugis pada tahun 1511 , Melaka dan beberapa
buah negeri Melayu yang lain telah berada di bawah kuasa penjajahan Portugis.
Sewaktu penjajahan kedaulatan negeri-negeri Melayu tergadai. Portugis telah
berkuasa sehingga 1641. Selepas Portugis Belanda pula menjajah Melaka dari 1641
sehingga 1824. Selepas Belanda negeri-negeri tanah Melayu telah berada di bawah
jajahan British sehingga 1957.

3. Zaman Penjajahan Belanda


Belanda telah menjajah Melaka dari 19641 hingga 1824.

4. British di Tanah Melayu


1796
Bitish memperolehi Pulau Pinang. Negeri Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang
kepada Syarikat
Hindia Timur.
1819
British telah berjaya untuk mendaptkan Singapura.

1824
Memperolehi kedaulatan sepenuhnya terhadap Singapura dari Johor dan juga
mendapatkan Melaka selalui Perjanjian Inggeris Belanda. Perjanjian ini juga telah
membahagi nusantara Melayu kepada dua bahagian di mana bahagian diambil oleh
Belanda dan satu lagi oleh British.
1826
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dicantumkan untuk menjadi Negeri-Negeri
Selat
1846
Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British selepas diserahkan oleh
Sultan Brunei.
1874
Perak menerima seorang wakil British selepas menandatangani Triti Pangkor.Juga
seorang pegawai British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam
pemerintahan. Sungai Ujong (salah sebuah daripada sembilan buah negeri kecil
yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan) menjadi naungan British juga
1887
Pahang menerima seorang wakil British
1888
Kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan
kekal sehingga 1941
1889
Negeri Sembilan telah dibentuk dan menerima seorang wakil British.
1895
Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah bersatu untuk menubuhkan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (Persekutuan pertama di Semenajung)
1909
Mengikut Triti Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan
dan pentadbiran Kedah,Perlis,Kelantan dan Trengganu kepada Britain. Seorang
pegawai dilantik untuk setiap negeri tersebut1914 - Negeri Johor menerima seorang
pegawai. Kelima-lima negeri mempunyai badan perundangan,pentadbiran dan
kehakiman masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.
1941
Perang Dunia Kedua dan tanah Melayu berada di bawah pemerintah tentera Jepun
1945
Perang Dunia Kedua tamat
1946
British kembali ke Tanah Melayu dengan cadangan Malayan Union.Negeri Melaka,
Pulau Pinang dan sembilan negeri Melayu yang lain akan bercantum dibawah satu
pemerintahan. Pembentukan Malayan Union telah ditentang oleh rakyat khasnya
orang-orang Melayu.
1948
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan semua pihak.

Percantuman Semenanjung Melayu buat pertama kali tetapi tidak memenuhi syarat
Negara.
1957
Kemerdekaan daripada British. Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai sebuah
Negara yang berdaulat dan diterima menjadi ahli PBB.
1963
Pembentukan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan
Sarawak telah bercantum
1965
Singapura keluar dari cantuman Malaysia .

Topik 2 -KONSEP PERLEMBAGAAN


Takrif dan konsep perlembagaan
- K. Ramanathan (1989):
- prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan
bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan
diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal
sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti
termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam
Perjanjian.

PENGENALAN
Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang
yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan
pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya.
JENIS PERLEMBAGAAN
Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia iaitu:1.Perlembagaan bertulis-Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan
2.Perlembagaan tidak bertulis-Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda
apa jua jenis undangundang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan
pada perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian


Perlembagaan Malaysia
menggambarkan beberapa ciri.
Di antaranya adalah:
i. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii. Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undangundang negara
iii. Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan akan terbatal
setakat mana yang bercanggah
iv. Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak
eksekutif dan kehakiman
juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari perlembagaan.
v. Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut
Perlembagaan.

Mengenali Kandungan Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan
kepada beberapa fasal.
Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.
183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian.
Peruntukkan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia
hak asasi
kewarganegaraan
Topik 6 SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Sistem pemerintahan negara mempunyai tiga badan iaitu perundangan,


eksekutif dan kehakiman
LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA
- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketigatiga badan ini.
- Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.
- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan
dan badan Eksekutif
- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan
eksekutif serta politik semasa
menjalankan tugasnya.
- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai
semua hakim.
- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamahmahkamah Awam dan
Mahkamah- mahkamah khas
- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira
pangkat, umur, jawatan atau
pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.
- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi
tertentu.Contohnya Mahkamah
Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan agama
Islam dan hanya membicarakan
orang-orang yang beragama Islam sahaja.

PENTADBIRAN MAHKAMAH
- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat
ketua pendaftar mengendalikan
perkara-perkara keadilan dan pentadbiran di Mahkamah.
- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya dan
Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri


- Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya
- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri
- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada
Ketua Hakim Negara dan beliau
dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, pegawaipegawai pentadbir dan pegawaipegawai lain di mahkamah.
FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN
Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:
- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama
- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh
pihak individu atau kerajaan.
- mentafsirkan undang-undang
- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan
Persekutuan.
- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau
tindakan badan perundangan atau
eksektif tidak sah.
- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undangundang yang bercanggahan
dengan Perlembagaan setakat mana yang bercanggah.
- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau
laut yang didaftarkan di
Malaysia.
- menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan antara
individu dengan pihak kerajaan

You might also like