You are on page 1of 1

TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM TERHADAP KHULU DI

KAMPUNG NAIE LAMA.


Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan kajian penyedilik dengan lebih
mendalam lagi serta menbincangkan dapatan penyelidik dengan penyelidik yang lain.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan di Kampong Naie Lama, saya telah menemu
bual beberapa orang penduduk yang di pilih secara rawak. Hal ini demikian kerana saya ingin
mengkaji tahap kefahaman masyarakat melayu islam di kampung ini dengan sebenar benarnya.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman masarakat melayu islam di kampung
naie lama dalam kefahaman terhadap konsep khulu yang sebenarnya dalam islam. Saya
mendapati bahawa, kebanyakkan masyarakat melayu islam di kampung ini tidak memahami
istilah khulu pada mulanya. Setelah diterangkan sedikit, terdapat beberapa orang responden
yang mulai faham mengenai khulu. hasil daripada kajian temu bual yang dilakukan kepada
masyarakat melayu islam di kampung ini telah menunjukkan bahawa masyarakat melayu islam
di kampung ini mempunyai tahap kefahaman yang lemah. 4 daripada 10 orang responden untuk
kajian temu bual mempunyai tahap kefahaman yang baik mengenai konsep khulu yang sebenar
dalam islam. Hampir ke empat-empat mereka mempunyai pemahaman yang baik mengenai
khulu. Hal ini demikian mereka mampu menjawab dengan baik sekali dan memberikan respon
yang positif terhadap soalan yang diajukan kepada mereka semasa temu bual dijalankan. 6 orang
responden yang lain pula tidak beberapa memahami konsep khulu yang sebenar dalam islam dan
mempunyai tahap kefahaman yang lemah . hal ini demikian kerana mereka mempunyai latar
belakang keluarga yang kurang berpendidikan dan kurang pengamalan agama. Selain dari sebab
di atas,faktor lemah tahap kefahaman mereka juga disebabkan oleh faktor kerjaya. 5 orang
daripada 6 orang responden yang mempunyai tahap kefahaman yang lemah tadi tidak
mengetahui apa apa tentang khulu. Namun, pemahaman penduduk kampung tentang cara
melaksanakan khulu ialah seperti pasangan yang bermasalah akan pergi ke rumah ke tua
penghulu. Mereka akan menceritakan masalah-masalah mereka kepada ketua kampung atau pun
kepada penghulu dan akhirnya si isteri akan mengatakan seperti saya sanggup bayar berapa pun
kepada suami saya asalkan saya diceraikan. Seterusnya ketua kampung akan membawa pasangan
tersebut ke jabatan agama islam dan menyerahkan masalah tersebut kepada pihak jabatan agama
islam untuk menyelesaikan masalah pasangan tersebut. Dalam hal ini, penduduk kampung
memahami bahawa khulu boleh didapatkan daripada ketua kampung atau pun penghulu. Selain
itu, hasil daripada temu bual ini menunjukkan bahawa ketua kampung memainkan peranan yang
penting dalam menanggani masalah dalam rumah tangga.

You might also like