You are on page 1of 25

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
pelaksanaan sistem cukai baru iaitu cukai barang dan perkhidmatan atau dinamakan sebagai GST
(Goods and Service Tax) pada 1 April 2015 pada kadar 6%. Cukai barang dan perkhidmatan
telah dilaksanakan untuk menggantikan sistem cukai yang sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai
perkhidmatan (Hanum Hassan, 2014). Menurut Perdana Menteri Malaysia, dengan pelaksanaan
GST, kerajaan dapat menangani kelemahan-kelemahan dalam sistem percukaian yang sedia ada.
Kadar GST yang ditetapkan adalah 6% berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu antara 5%
hingga 10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 6% (Abdul Wahid, 2013).
1.1.1

Pengenalan tentang cukai


Cukai adalah salah satu perkataan atau perkara yang cukup sensitif bagi sesebuah

masyarakat. Perkataan cukai bermaksud suatu caj yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat.
Pada umumnya, cukai diibaratkan sebagai suatu bebanan dan tekanan yang dikenakan oleh
pemerintah kepada rakyatnya. Walaupun cukai mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dalam
kalangan masyarakat, namun cukai tidak pernah dihapuskan atau dimansuhkan sejak dahulu dan
masih dilaksanakan pada masa ini. Rakyat menerima tatacara kerajaan dengan memberikan
sumbangan mereka iaitu cukai tanpa persoalan. Secara umumnya, penerimaaan rakyat terhadap
sistem cukai masih diragui walaupun mereka kelihatan patuh terhadap sistem cukai (Abdussalam
Shokhawi, 2013).
1.1.2 Sebab-sebab pelaksanaan GST
Pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara itu dilihat daripada beberapa faktor penentu
seperti penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, hasil cukai, dan eksport bersih. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil
kerajaan. Perbelanjaan kerajaan juga banyak bergantung kepada hasil cukai yang dipungut
daripada pelbagai sektor. Kerajaan dapat menjalankan pelbagai dasar yang menggerakkan
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan jumlah hasil cukai yang sedia ada. (Hussin Abdullah,
Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat, 2013). Namun begitu, pada tahun 2010,
1

Malaysia masih mencatatkan nisbah hasil cukai kepada KDNK yang paling rendah berbanding
dengan 34 buah negara maju yang lain. Nisbah yang dicatatkan oleh Malaysia adalah sebanyak
24.0% dan nilai ini secara relatifnya adalah terlalu rendah (Bank Negara Malaysia, 2010). Hal
ini demikian kerana terdapat kelemahan-kelemahan dalam sistem cukai jualan dan cukai
perkhidmatan iaitu cukai bertindih, isu pindahan harga dan nilai, tiada pelepasan cukai
sepenuhnya ke atas barang yang dieksport, tidak menggalakkan integrasi menegak dan karenah
birokrasi. Akibat daripada hasil kerajaan yang tidak mencukupi, kesan terbesar yang terpaksa
dihadapi oleh kerajaan ialah kedudukan kewangan kerajaan yang cenderung defisit. Hal ini juga
disebabkan oleh golongan pengguna atau peniaga yang telah mengelakkan diri untuk membayar
cukai. Dengan pelaksanaan GST, tiada sesiapa dapat dielakkan daripada pembayaran cukai dan
segala kelemahan dapat diatasi. Bukan itu sahaja, pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai
jualan dan cukai perkhidmatan merupakan salah satu pendekatan jangka panjang kerajaan bagi
meningkatkan hasil pendapatan negara. GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan
cukai ini telah menjadi mekanisme kerajaan di seluruh dunia untuk meningkatkan hasil dan
mengatasi masalah defisit bajet (Abdul Wahid, 2013). Melalui pelaksanaan GST, kerajaan dapat
menurunkan kadar cukai pendapatan tidak kira bagi individu ataupun korporat dan menjadikan
Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk membuat pelaburan
dalam negara kita (Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat, 2013).
Selain itu, Pelaksanaan GST dilihat dapat mengatasi masalah kebergantungan ekonomi Malaysia
terhadap sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport,
dividen dan lain-lain yang tinggi iaitu kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan.
1.1.3 GST yang dilaksanakan di luar negara
Sebenarnya, GST bukanlah sejenis cukai yang baru. Pada masa ini, terdapat sejumlah 146
buah negara telah mengaplikasikan sistem GST ini. GST turut dikenali sebagai Value Added Tax
(VAT) di dalam sesetengah negara. Antara negara Asia yang telah menggunakan sistem ini dan
kadarnya masing-masing adalah China (17%), Filipina ( 12%), Indonesia (10%), Thailand (7%)
dan Singapura (7%) (Maslinda Masseri, 2009). Kini, lebih 140 buah negara di seluruh dunia
melaksanakan GST atau VAT kerana cukai ini merupakan sistem percukaian yang menjadi
penyumbang terbesar atau penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan negara-negara
berkenaan kerana cukai ini lebih menyeluruh dan tidak hanya dikenakan ke atas pengguna akhir
2

barangan. Pelaksanaan sistem percukaian ini didapati tidak membebankan pengguna. Sebagai
contoh, Australia telah melaksanakan GST pada tahun 2000, kadar cukai pendapatan peribadi,
cukai perbankan, cukai pemborong persekutuan dan beberapa cukai minyak mengalami
pengurangan seterusnya menyebabkan rakyat negara itu tidak membayar apa-apa tambahan
cukai. Walaupun terdapat pihak-pihak di negara itu mendakwa kesan negatif daripada
pelaksanaan GST seperti sektor hartanah terkena tempiasan GST selepas harga rumah naik lapan
peratus tetapi keadaan sebenarnya adalah kenaikan itu disebabkan daripada peningkatan
permintaan tinggi sektor hartanah dari tahun 2002 hingga 2004. Di Australia juga, beberapa
barangan dan perkhidmatan adalah bebas GST dan antara barangan itu ialah makanan,
pendidikan, kesihatan, eksport, aktiviti-aktiviti kebajikan, penjagaan kanak-kanak dan
perkhidmatan keagamaan. (Pengalaman GST di Negara Luar, 2012).
1.1.4 Proses GST yang telah dijalankan
Kaedah GST merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat
pengagihan dan pengedaran. Kaedah ini juga membenarkan peniaga menuntut kembali GST
yang dibayar ke atas input perniagaan. Hal ini merupakan salah satu tarikan yang menarik minat
sektor perniagaan untuk berdaftar sebagai syarikat GST. Kadar cukai GST terdiri daripada 3
kategori iaitu berkadar seragam, berkadar sifar dan barangan yang dikecualikan daripada GST.
Manakala, bagi barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST iaitu berkadar sifar, peniaga
dibenarkan menuntut kembali GST yang dikenakan ke atas input perniagaan. Sebaliknya, bagi
barangan yang dikecualikan daripada GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali GST
yang dibayar ke atas input perniagaan. Sebenarnya, tidak semua barang dan perkhidmatan akan
tertakluk kepada GST. Beberapa makanan utama dan kemudahan asas seperti beras, gula, tepung
dan minyak masak adalah bebas daripada cukai. Sementara itu, jual beli atau penyewaan
hartanah pertanian, rumah kediaman dan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan
pendidikan swasta serta pengangkutan awam adalah dikecualikan daripada GST.
1.1.5 Persepsi-persepsi rakyat Malaysia terhadap GST
Di Malaysia, ilmu mengenai cukai hanya dapat dipelajari secara formal pada peringkat
pengajian tinggi. Hal ini bermakna bukan semua individu terdedah kepada pengajian mengenai
cukai secara mendalam. Oleh itu, keadaan ini menjadikan cukai yang akan dilaksanakan iaitu
GST disalah faham kerana kadar pendedahan atau pendidikan mengenai cukai kepada rakyat
3

adalah tidak meluas serta tidak begitu dititikberatkan atau diberi perhatian yang serius. Kita
mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka telah melaksanakan
tanggungjawab mereka iaitu membayar cukai melalui perbelanjaan harian mereka iaitu unsur
cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% yang sudah dimasukkan dalam harga setiap
barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh mereka. Justeru, mereka sentiasa menganggap
bahawa mereka tidak pernah dikenakan cukai. Tanggapan ini telah membawa kesan buruk
kepada kerajaan apabila rakyat tidak mampu menerima sistem cukai yang baru iaitu Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST). Dalam sistem percukaian yang dijalankan pada masa yang
lalu, golongan berpendapatan rendah menganggap mereka tidak dikenakan cukai. Namun begitu,
setelah pelaksanaan GST, golongan ini mula menyedari dikenakan cukai secara langsung yang
dipindahkan kepada barangan dan perkhidmatan. Keadaan ini telah dibimbangkan oleh mereka
dan mereka telah membeli barangan yang banyak sebelum pelaksanaan GST. Golongan
masyarakat

juga dikatakan akan bimbang berlaku kenaikan harga yang melambung bagi

barangan dan perkhidmatan apabila GST dilaksanakan. Sebelum GST dilaksanakan, terdapat
pelbagai masalah telah diwujudkan. Sebagai contoh, pengguna tidak dapat memastikan jenis
barang yang akan dikenakan GST. Oleh itu, pengguna membeli barang secara pukal. Hal ini
telah menyebabkan keadaan kelam-kabut dalam golongan pengguna. Oleh itu, kajian ini akan
mengkaji terhadap persepsi masyarakat terutamanya peniaga dan pengguna terhadap selepas
pelaksanaan GST.
1.2 Pernyataan Masalah
Sesetengah masyarakat kurang faham tentang pelaksanaan GST. Hal ini demikian kerana
sebahagian golongan masyarakat mempunyai tahap pengetahuan dan pemahaman yang rendah
terhadap pelaksanaan GST di negara kita. Sesetengah pihak masih tidak mengetahui bahawa
pelaksanaan GST akan

menghapuskan cukai berganda yang menyebabkan harga barangan

menjadi lebih tinggi. Oleh itu, pelaksanaan GST telah menjadi satu cabaran yang besar di
Malaysia.
Selain itu, masyarakat juga mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan isu ini.
Terdapat sesetengah pihak bersetuju dengan pelaksanaan GST sebaliknya terdapat juga pihak
tidak bersetuju. Mereka menganggap bahawa pelaksanaan GST akan membawa kesan negatif
kepada mereka. Pada hakikatnya, GST bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara kita
4

dengan lebih teratur dan efektif. Sesetengah pihak menganggap bahawa pelaksanaan cukai ini
akan meningkatkan bebanan hidup rakyat Malaysia. Keadaan ini menunjukkan rakyat Malaysia
masih lagi berada dalam kesamaran tentang pelaksanaan GST serta gagal memahami justifikasi
pelaksanaan cukai baru ini.
Masalah yang lain termasuklah masyarakat tidak sedar akan kebaikan-kebaikan
pelaksanaan dasar ini. Saranan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,
menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membuat penambahbaikan ke atas sistem cukai
sedia ada. Taraf hidup rakyat juga dapat ditingkatkan melalui pembangunan infrastruktur dalam
jangka masa panjang.
1.3 Persoalan Kajian
Daripada isu-isu yang dibincang di atas, beberapa persoalan kajian dikenal pasti selepas
GST dilaksanakan iaitu:
I.
II.
III.

Apakah persepsi-persepsi pengguna dan peniaga terhadap GST selepas ia dilaksanakan di


Malaysia?
Apakah tindak balas pengguna dan peniaga terhadap GST di Malaysia?
Adakah masyarakat faham tentang sebab-sebab kenapa GST dilaksanakan?

1.4 Objektif Kajian


Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap GST selepas
ia dilaksanakan di Malaysia. Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
I.
Mengetahui persepsi-persepsi pengguna dan peniaga terhadap GST selepas ia
II.
III.

dilaksanakan di Malaysia.
Mengetahui tindak balas pengguna dan peniaga terhadap GST di Malaysia.
Mengkaji tahap kefahaman masyarakat tentang sebab-sebab kenapa GST dilaksanakan.

1.5 Kepentingan Kajian


Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada
penyelidik atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang
besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu,
kajian yang dijalankan ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan
oleh pihak-pihak tertentu akibat pelaksanaan GST di negara ini.

Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti sejauh mana masyarakat memahami


keberkesanan pelaksanaan GST di Malaysia. Pandangan masyarakat sama ada dari segi
pandangan positif atau pandangan negatif terhadap pelaksanaan GST di Malaysia dapat diketahui
melalui kajian ini. Justeru itu, hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan untuk
merangka dasar yang lebih berguna bagi memastikan GST dapat dilaksanakan dengan lebih
berjaya.
Selain itu, hasil kajian ini juga berperanan penting dalam menutup lompang kajian iaitu
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ini. Sepanjang menjalankan kajian ini didapati
bahawa kajian-kajian lepas yang berkaitan persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan GST di
pelbagai negara adalah terlalu kurang dan hal ini telah menyukarkan proses perjalanan kajian ini.
Masalah ini telah juga menyebabkan kajian ini menjadi kurang kukuh. Oleh itu, kajian ini dibuat
untuk mengatasi masalah ini dan menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat
mengkaji berkaitan pelaksanaan GST di Malaysia pada masa depan.
Kajian ini juga dibuat untuk melihat persepsi masyarakat terutamanya peniaga dan
pengguna selepas pelaksanaan GST di Malaysia. Pengguna akan mengeluarkan pandangan
mereka berkaitan pelaksanaan GST di Malaysia melalui boring soal selidik yang disediakan.
Dengan ini, pihak kerajaan dapat mengambilkira pendapat-pendapat masyarakat dan membuat
penambahbaikan tentang pelaksanaan GST di Malaysia.
Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat menjelaskan isu-isu yang dikaji agar dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak.
1.6 Skop dan Batasan
Tempat kajian ini adalah dijalankan di Pulau Pinang sahaja. Dalam kajian ini, persepsipersepsi masyarakat di Pulau Pinang terhadap pelaksanaan GST akan dibincangkan. Kira-kira 10
bulan akan digunakan untuk menyiapkan kajian ini. Di samping itu, tahap kesedaran dan
kefahaman GST dalam kalangan masayarakat terutamanya peniaga dan pengguna juga akan
dibincangkan dalam kajian ini . Peniaga dan pengguna yang berada di dalam Universiti Sains
Malaysia atau di luar Universiti Sains Malaysia akan disasarkan sebagai responden dalam kajian
ini. Responden pengguna bagi kajian ini ialah semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains
Malaysia sama ada tahun pengajian yang pertama atau tahun pengajian yang akhir.
6

Selain itu, responden peniaga bagi kajian ini ialah semua peniaga di Universiti Sains
Malaysia dan di luar Universiti Sains Malaysia. Namun, beberapa batasan juga dihadapi apabila
membuat kajian. Kos untuk membuat kajian ini adalah tinggi dan masa untuk mengkaji persepsi
pengguna dan peniaga terhadap pelaksanaan GST adalah terhad. Tiada masa yang cukup untuk
mengkaji persepsi pengguna dan peniaga dengan lebih teliti.
1.7 Susunan Kajian
Kajian ini adalah dibahagikan kepada lima bab. Bab 1 ialah pengenalan. Bab 2 ialah
sorotan karya dan bab 3 ialah metodologi kajian. Seterusnya, bab 4 ialah analisis hasil kajian dan
bab 5 ialah penutup.
Bab 1 telah membincangkan pengenalan tentang kajian ini. Dalam bahagian pengenalan,
pengenalan tentang cukai, sebab pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), GST yang
dilaksanakan di luar negara, proses GST yang telah dijalankan dan persepsi-persepsi rakyat
Malaysia terhadap GST telah dibincangkan dalam bahagian 1.1. Isu yang dihadapi sebelum dan
selepas pelaksanaan GST telah dibincangkan dalam bahagian 1.2 iaitu pernyataan masalah.
Bahagian 1.3 ialah persoalan kajian dan beberapa soalan yang hendak ditahui telah dinyatakan.
Objektif kajian iaitu bahagian 1.4 adalah untuk mengetahui persepsi masyarakat dan tahap
pengetahuan masyarakat terhadap isu pelaksanaan GST. Dalam bahagian 1.5 kepentingan kajian
telah menyatakan bahawa pihak yang akan mendapat faedah selepas kajian ini dijalankan .
Dalam bahagian 1.6 skop dan batasan pula, tempat kajian, tempoh kajian dan masalah lain-lain
telah dibincangkan. Bahagain 1.7 iaitu susunan kajian telah membincangkan bahagian yang
terdapat dalam kajian ini secara ringkas.
Bab 2 merupakan sorotan karya. Bab ini terdiri daripada sorotan kajian lepas yang
berkaitan dengan GST. Pada permulaanya, terdapat bahagian 2.1 iaitu pendahuluan. Bahagian ini
adalah bertujuan untuk memberi penerangan secara umum tentang bahagian yang terdapat dalam
bab 2. Selain itu, bahagian 2.2 telah mencatatkan kajian-kajian lepas yang telah dikumpulkan.
Dalam bahagian ini, setiap kajian yang lepas telah dikaji semula dan membuat rumusan untuk
setiap kajian. Selain itu, bahagian 2.3 iaitu lompang kajian juga terkandung dalam bab 2. Tujuan
utama lompang kajian adalah untuk mengenal pasti lompang atau masalah yang dihadapi dalam
kajian yang lepas.
7

Bab 3 ialah metodologi kajian. Bab ini adalah untuk menerangkan kaedah kajian yang
akan digunakan dalam kajian ini. Bahagian 3.1 iaitu pendahuluan dan bahagian ini akan
menerangkan seluruh bab 3 secara ringkas dan umum. Bahagian 3.2 iaitu reka bentuk kajian dan
bahagian ini akan menghuraikan metodologi kajian dan data-data yang telah digunapakai serta
reka bentuk kajian yang kami gunakan. Bahagian 3.3 ialah kaedah pengumpulan data. Dalam bab
ini, populasi dan persampelan dan juga instrumen kajian akan dibincangkan. Instrumen kajian
seperti kaedah tinjauan, kaedah temu bual dan kaedah validiti soal selidik dan temu bual juga
akan dibincangkan secara teliti dalam bahagian ini. Dalam bahagian 3.4 iaitu kaedah
penganalisisan data, beberapa kaedah penganalisisan data akan dicatatkan dan diterangkan secara
teliti.
Bab 4 pula merupakan hasil kajian dan analisis. Dalam bab ini, data-data yang
dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual. Bahagian 4.1 iaitu pendahuluan akan memberi
penerangan tentang bab 4 secara umumnya. Bahagian 4.2 iaitu persepsi pengguna dan peniaga
terhadap pelaksanaan GST akan menjelaskan data-data tentang persepsi-persepsi pengguna dan
peniaga terhadap selepas pelaksanaan GST. Bahagian seterusnya ialah bahagian 4.3 yang
bertajuk tindak balas pengguna dan peniga terhadap pelaksanaan GST. Bahagian ini akan
menerangkan tindak balas pengguna dan peniaga terhadap selepas pelaksanaan GST. Tidak
ketinggalan juga, bahagian 4.4 iaitu tahap kefahaman golongan masyarkat terhadap sebab kenapa
GST dilaksanakan akan mencatatkan data-data tentang kefahaman golongan masyarakat tentang
sebab pelaksanaan GST. Bahagian 4.5 ialah kesimpulan dan bahagian ini akan menjelaskan datadata yang telah dikumpulkan dan dianalisis dengan secara umumnya.
Bab 5 pula ialah penutup. Bab ini akan membincangkan ringkasan dapatan kajian ini,
kelemahan kajian serta cadangan untuk kajian masa akan datang. Bahagian 5.1 ialah
pendahuluan dan bahagian ini akan menerangkan bab 5 secara umumnya. Bahagian 5.2 ialah
ringkasan dapatan kajian. Bahagian ini akan membuat rumusan secara keseluruhan tentang hasil
kajian ini. Selain itu, bahagian 5.3 iaitu kelemahan kajian akan menjelaskan masalah-masalah
atau kelemahan-kelemahan dalam kajian ini secara lebih teliti. Bahagian 5.4 ialah cadangan
untuk kajian masa akan datang. Bahagian ini akan menerangkan beberapa cadangan dan
pandangan untuk kajian yang akan dibuat oleh pengkaji lain pada masa akan datang.

BAB 2
SOROTAN KARYA
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan menerangkan kajian yang lepas yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik
sama ada di luar negara atau di Malaysia. Bab ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 2.1
adalah memberikan penerangan secara umumnya dengan bab 2 iaitu sorotan karya. Bahagian 2.2
akan menjelaskan kajian GST yang telah dijalankan di negara-negara lain seperti Kanada,
Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, Malaysia dan lain-lain lagi. Kajian-kajian yang
lepas akan dianalisis dengan teliti. Bahagian 2.3 akan mengenalpasti lompang atau masalah
dalam kajian yang lepas.
2.2 Kajian-kajian GST yang lepas
Kajian-kajian di bawah ialah kajian yang lepas tentang pelaksanaan GST. Tujuan
bahagian 2.2 ini adalah untuk menganalisis jenis kajian tentang GST di negara lain dan
mengenalpasti masalah dalam kajian tersebut. Bilangan jenis kajian tentang GST yang paling
kurang ialah pandangan pengguna atau peniaga terhadap GST . Oleh itu, kekurangan bilangan
jenis kajian ini telah menjadikan tajuk kajian ini.
Simonova & Lefebvre (2008)
Kajian ini adalah dijalankan di Kanada. Tempoh Kajian ini adalah pada tahun 2006
hingga 2007. Dalam kajian ini, kadar GST telah dicadangkan untuk menurunkan supaya
pengguna dan peniaga dapat berada dalam keadaanwin-win. Dalam persepsi pengguna,
pengurangan dalam kadar GST hanya dapat mendatangkan faedah kepada pengguna yang
sentiasa membuat perbelanjaan ke atas barang yang dikenakan GST. Selain itu, tahap pendapatan
isi rumah mempunyai pengaruh yang kuat kepada nisbah bajet keluarga khusus untuk keperluan
asas

seperti

makanan

dan

tempat

tinggal.

Penganggaran Tabungan Isi Rumah disebabkan oleh pengurangan 1% dalam kadar GST
45
40
35
30
25
Dollars 20
15
10
5
0

41

27
20
14
9

Paling rendah

Rendah

Sederhana

Tinggi

Paling Tinggi

Pendapatan

Sumbe
r: Spending Patterns in Canada 2006, Statistics Canada, Catalogue no. 62-202-X (Text table 2);
CANSIM Tables 203-0002, 203-0003, 203-0004, 203-0007, 203-0012, 203-0015, 326-0020,
CGA-Canada computation
Memang tidak dapat dinafikan bahawa isi rumah akan mempunyai rancangan pembelian
yang besar akan mempunyai tabungan yang lebih besar jika kadar GST adalah lebih rendah.
Melalui rancangan tersebut, taraf hidup rakyat Kanada akan ditingkatkan secara tidak langsung.
Dalam persepsi peniaga di Kanada, pengurangan GST juga akan membawa kesan positif kepada
mereka. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Canadian Federation of Independent
Business (CFIB), 51% daripada peniaga telah memberikan keutamaan yang tinggi untuk
mengurangkan GST daripada pemotongan cukai pendapatan syarikat atau cukai pendapatan
persendirian.
Dickson.I & White.D (2008)
Kajian ini diadakan di New Zealand dalam tempoh tahun1991 hingga tahun 2004. Kajian
ini tentang kebimbangan masyarakat terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di New
Zealand. Terdapat beberapa pandangan rakyat sebelum pelaksanaan GST di New Zealand. 2
kumpulan dalam masyarakat iaitu pesara dan pekerja berpendapatan rendah amatlah bimbang
dengan melanjutkan GST untuk makanan, pakaian dan barang-barang keperluan hidup.
Pencen terdapat berkaitan dengan purata selepas cukai gaji ditolak. Pesara bimbang ekuiti
yang dibiayai sebagai pencen negeri akan perubahan cukai langsung ke cukai tidak langsung.
10

Rakyat yang berpendidikan tinggi membentangkan pandangan-pandangan yang berbeza. Mereka


menganggap bahawa GST adalah salah satu bantuan kepada pendapatan negara. Berdasarkan
data yang dikumpul dan kajian selidik daripada isi rumah menunjukkan bahawa peningkatan
beban cukai tidak langsung akan menjadi beban rakyat.
John, et al. (2006)
Artikel ini mengkaji tentang kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)
terhadap perniagaan kecil di negara Australia. Tempoh kajian ini adalah dari tahun 1975 hingga
tahun 2000. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat kebimbangan yang besar dalam
kalangan perniagaan yang tidak mengambil pendekatan proaktif untuk berurusan dengan GST,
seperti mana yang berlaku di negara New Zealand. Perniagaan kecil juga lebih cenderung untuk
mengalami kos yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Perniagaan yang telah
mengambil tindakan awal cenderung mempunyai tahap kebimbangan yang lebih rendah dan kos
tambahan yang lebih rendah.
Tambahan pula, perniagaan kecil tersebut seolah-olah berkeupayaan untuk mengambil
tindakan pada masa yang sesuai untuk menangani isu-isu GST bergantung kepada dua faktor.
Faktor pertama ialah mempunyai sumber yang diperlukan termasuk masa dan wang pemilik
manakala faktor kedua ialah mempunyai kemampuan pengurusan yang diperlukan untuk
menjangka masalah yang akan berlaku dan memastikan tindakan awal diambil terlebih dahulu.
Kajian mencadangkan kekurangan kemahiran pengurusan sering mengehadkan prestasi
perniagaan yang kecil. Khususnya, kekurangan kemahiran pengurusan strategik telah
menghalang pembangunan perniagaan kecil. Pelaksanaan GST telah memburukkan keadaan ini
kerana memerlukan sumber yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan perniagaan. GST
telah mendedahakan ketidakupayaan pengusaha perniagaan kecil untuk menguruskan perniagaan
mereka dengan secukupnya dalam masa yang sukar.
Stephen (2007)
Kajian ini dijalankan di negara maju, iaitu negara Singapura. Kajian ini adalah tentang
kesan kerajaan pelaksanaan GST di Singapura. Berdasarkan Stephen,

pelaksanaan GST

bertujuan untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara Singapura. Peningkatan kadar GST
mengumpulkan $ 1.5 bilion dalam pendapatan negara setiap tahun. Oleh itu, pelaksanaan GST
11

dapat menyediakan sumber pendapatan negara yang lebih stabil. Pelaksanaan GST juga mampu
mempelbagaikan dan menstabilkan pendapatan negara Singapura. Peningkatan hasil telah
meningkatkan komitmen kerajaan dalam pengagihan semula dan meningkatkan kemahiran
rakyat dengan menyediakan lebih banyak kursus spesifik secara percuma.
Secara kesimpulan, pelaksanaan GST di Singapura telah berjalan dengan licin dan kurang
mendapat bantahan rakyat. Terdapat komitmen yang kuat daripada kerajaan dalam pelaksanaan
GST di Singapura untuk menyusun semula sistem cukai keseluruhan supaya Singapura dapat
menjadikan sebuah negara yang lebih berdaya saing.
Ranjit (2010)
Kajian ini dijalankan di India. Tempoh kajian ini adalah dari tahun 2005 hingga tahun
2011. Sebab isu-isu autonomi politik kerajaan negeri, kerajaan persekutuan tidak dapat membuat
undang-undang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Idea melaksanakan
telah bermula dari tahun 2008 dan sepatutnya GST dilaksanakan pada April 2010. Antara barangbarang seperti minyak mentah, gas asli, bahan api, diesel kelajuan tinggi dan alcohol untuk
kegunaan isi rumah tidak dikenakan GST kerana kebergantungan kepada import, sebab-sebab
alam sekitar dan sosial.
Beberapa negeri di India terutamanya negeri yang diprintah oleh parti pembangkang telah
menentang pelaksanaan GST atas alasan isu-isu perbalahan. Negeri yang lebih kaya di India
bimbang kerajaan persekutuan akan memindahkan pendapatan mereka kepada negeri yang
miskin atas alasan pengagihan yang saksama. Dengan sistem dual GST, kerajaan negeri telah
mengenakan GST dan hasil daripada cukai ini terus dimasukkan ke dalam perbendaharaan
kerjaan negeri. Kerajaan Persekutuan di India berkuasa untuk mengenakan GST sehingga
peringkat pengeluaran manakala kerajaan negeri berkuasa untuk mengenakan cukai jualan ke
atas barang-barang yang dijual di wilayahnya. Semua barang yang diimport dikenakan duti
kastam oleh kerajaan persekutuan manakala cukai jualan akan dikenakan oleh kerajaan negeri di
India.
Kerajaan telah merancang untuk melakukan pindaan perlembagaan untuk membolehkan
kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengenakan GST terhadap perkidmatan. GST di
peringkat negeri akan menjadi satu perubahan dalam asas cukai untuk penjanaan pendapatan
12

pada masa depan. Sektor perkhidmatan berkembang lebih cepat daripada sektor pembuatan.
KDNK sektor perkhidmatan lebih tinggi daripada KDNK sektor perindustrian pada tahun 2011.
Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali & Normala Mehat (2013)
Tempat kajian ini adalah di Malaysia. Tempoh kajian ini adalah dijalan pada tahun 2013.
Data dalam kajian ini adalah dikumpul melalui boring soal selidik. Kajian ini telah dijalankan
untuk memperolehi maklum balas rakyat Malaysia tentang kefahaman serta kesediaan berkenaan
sebelum pelaksanaan GST di Malaysia. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kefahamanan
sejumlah 77 peratus daripada rakyat Malaysia di kawasan yang dikaji iaitu Kedah dan Perlis
memahami dan mengetahui perancangan kerajaan yang akan melaksanakan sisitem pungutan
cukai baru iaitu GST.
Namun begitu, sebanyak 53 peratus rakyat Malaysia telah menyatakan bahawa GST tidak
sesuai dilaksanakan di Malaysia. Pendek kata, kajian ini didapati bahawa hampir 70 peratus
rakyat Malaysia belum lagi bersedia dan tidak pasti tentang GST. Selain itu, tahap pendidikan
juga digunakan untuk mengukur tahap kefahaman rakyat. Semakin tinggi pendidikan rakyat
maka rakyat itu akan semakin memahami GST.
Hwa (2013)
Kajian ini dijalankan di negara membangun, iaitu Malaysia. Kajian ini tentang implikasi
pelaksanaan GST terhadap pendapatan isi rumah di Malaysia. Kajian ini dijalankan pada tahun
2009. Hwa berpendapat bahawa pelaksanaan GST tidak mungkin dijadikan sebagai cukai
progresif. Golongan masyarakat yang berikut akan membayar kadar GST yang lebih tinggi
seperti golongan bujang yang belum berkahwin, golongan muda yang berumur kurang daripada
24 tahun, isi rumah yang duduk di Semenanjung Malaysia, dan isi rumah yang bekerja sebagai
kerani.
Walau bagaimanapun, isi rumah yang tanpa mengira golongan lelaki atau perempuan
akan membayar GST yang sama. Selain itu, golongan profesional seperti pengurus dan pegawai
kanan akan menyumbang kepada jumlah yang lebih tinggi daripada hasil GST kerana
perbelanjaan mereka lebih besar berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

13

Selain itu, GST akan meningkatkan sebanyak RM 7.5 bilion setiap tahun berdasarkan
kadar GST 6%. Inflasi yang berdasarkan Indeks Harga Pengguna akan meningkat sebanyak
3.86% selepas pelaksanakan GST pada kadar 6%, ceteris paribus. Inflasi yang terhasil
berdasarkan CPI dijangka bahawa Malaysia akan menghadapi inflasi yang lebih tinggi.
Nadeem Uz Zaman & Gul Ghutai & Syed Rasa Irfan Shah Zaidi ( 2012 )
Kajian ini adalah dijalankan di Pakistan. Kajian ini adalah pada tahun 2010 hingga 2012.
Dalam Kajian ini membincangkan implikasi-implikasi tentang VAT di Pakistan.Terdapat
beberapa kesan telah diwujudkan setelah VAT dilaksanakan. Kesan pertama, terdapat beberapa
bahagian dalam sektor perkhimatan masih tidak dikenakan VAT kerana masih tiada maklumat
yang kukuh tentang VAT. Kedua, negara masih tidak sempurna berjaya dalam minimum
pengecualian cukai nilai tambah dan memperluas asas cukai kerana isu-isu menetapkan barang
pengecualian VAT. Banyak kes penipuan dengan meletakkan barangan di bawah kategori yang
salah.
Kesan keempat ialah pelaksanaan VAT menyebabkan melambatkan pentadbiran dan
gangguan kepada pembayar cukai. Pelaksanaan VAT telah menyebabkan banyak masalah dalam
aspek dalam pembayaran balik VAT. Apabila VAT dilaksanakan, banyak invoice palse dalam
pembuatan pengantaran dan aktiviti processing. Beberapa tawaran untuk bayaran balik cukai
telah meningkat dengan ketara dalam tempoh dua tahun lalu dan masa yang terlibat dalam
penyelesaian rayuan biasanya melibat masa yang panjang untuk pembayar cukai.
GST: An irritant, or a body blow to Hong Kongs colossal logistics sector? (2006)
Kajin ini adalah dijalankan di Hong Kong. Tempoh kajian ini ialah daripada tahun 2004
hingga 2006. Sektor perdagangan dan logistik mempunyai lebih 800,000 orang pekerja di negara
Hong Kong dan ia diperakui oleh pihak kerajaan Hong Kong sebagai salah satu sektor utama
dalam pembangunan ekonomi negara Hong Kong. Pelaksanaan GST akan menyebabkan
kehilangan daya saing negara Hong Kong dalam industri ini kerana kos telah meningkat.
Dengan pelaksanaan GST, penubuhan infrastruktur adalah diperlukan untuk menguruskan
semua barang import dan eksport, sama ada untuk kegunaan dalam atau luar Hong Kong seperti
mengeksport semula barang. Pembinaan infrastruktur akan menyebabkan kehilangan daya saing

14

negara Hong Kong sebagai status pelabuhan percuma. Mereka percaya bahawa pengenalan GST
akan menjejaskan sektor industri logistik negara Hong Kong sebagai status pelabuhan bebas.
Kesimpulannya, pelaksanaan GST akan menyebabkan kerajaan Hong Kong melepaskan
keistimewaan yang paling penting iaitu kelebihan daya saing dalam sektor logistik. Hal ini juga
akan menjejaskan perdagangan antarabangsa yang melibatkan negara Hong Kong dengan luar
negara dan juga menjejaskan hasil pendapatan negara Hong Kong.
Siti Norbaya Mohd Rashid, Asry Yusoff, Nor Haryanti Md Nor (2014)
Kajian ini mengkaji tentang kesan yang mungkin berlaku atas pelaksanaan GST Malaysia
dengan menggunakan indikator ekonomi yang terpilih. Tempoh kajian ialah daripada tahun
1992- tahun 2012. Dari perspektif pembeli, GST merupakan cukai ke atas harga belian.
Sebaliknya, dari perspektif penjual, GST merupakan cukai yang ditambah kepada produk, bahan
atau perkhidmatan.
Matlamat utama pelaksanaan GST adalah untuk menambahkan hasil negara dan
menampung defisit hutang negara. Kajian ini mendapati bahawa tidak mempunyai sebarang
hubungan antara GST terhadap IHP serta keseimbangan struktur. Ahli ekonomi perlu membuat
ramalan untuk masa yang akan datang selepas pelaksanaan GST. Selain itu, penyelidik perlu
melanjutkan tempoh data pada masa depan supaya mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
GST mungkin boleh menyebabkan kenaikan harga tetapi ia merupakan salah satu cara untuk
mengurangkan inflasi.
Dalam kajian yang dilakukan di Malaysia, Tabung Kewangan Antarabangsa telah
menggesa Malaysia untuk memperkenalkan GST. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu
yang yelah dibangkitkan seperti GST akan menyebabkan harga barang menurun, tetapi ada yang
berpendapat bahawa harga barang akan meningkat selepas pelaksanaan GST. Hal ini disebabkan
ia dikenali sebagai cukai pelbagai peringkat di mana setiap peringkat pengeluaran akan
dikenakan cukai.
Zhou, L.Z & Tam, J. & Heng, J. (2013)
Kajian ini dijalankan di Mayasia. Tempoh kajian adalah daripada tahun 2011 hingga
2012. Kajian ini mengenai data-data tentang kesan-kesan selepas pelaksanaan GST. Peralihan
15

cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada cukai barang dan perkhidmatan
(GST) akan meningkatkan pendapatan Malaysia. Selain itu, masalah yang terlalu bergantung
kepada hasil petroleum dan sumber asli yang lain dapat diselesaikan melalui GST. GST ini
dijangkakan sebagai hasil pendapatan yang besar dan dapat meningkatkan keupayaan kerajaan
untuk melicinkan dasar-dasar kerajaan yang akan dijalankan.
Selain itu, GST juga mempunyai potensi untuk mendatangkan kesan negatif kepada
pertumbuhan sekiranya GST tidak diperkenalkan secara teliti kepada sektor awam dan sektor
swasta. Hali ini demikian kerana penggunaan swasta dan pertumbuhan pelaburan bergantung
kepada kadar pertumbuhan perbelanjaan awam. Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan,
tindakan ini akan memberi isyarat kepada pelabur dan pengguna bahawa kadar cukai meningkat
secara drastik pada masa akan datang. Hal ini mewujudkan pandangan yang buruk ke atas
pulangan pelaburan dan meningkatkan risiko rampasan kekayaan.
Persiapan untuk pelaksanaan sistem GST hendaklah diperlukan untuk meningkatkan
sumber pendapatan pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana kebimbangan daripada isi
rumah berpendapatan rendah akan membantah sistem cukai baru ini. GST akan mempunyai
tekanan ke atas kos sara hidup melalui inflasi pada peringkat awal. Oleh itu, kerajaan perlu
bersedia untuk menangani masalah yang mungkin berlaku selepad pelaksanaan GST.
Jadual 1: Rumusan dalam Kajian-Kajian yang
Lepas
Simonova & Lefebvre

Kajian

Tempoh Kajian
2006-2007

Lokasi
Kanada

Jenis Kajian
Pandangan pengguna dan peniaga

(2008)
Dickson.I & White. D

1991-2014

New Zealand

terhadap kadar GST.


Pandangan pengguna dan peniaga

1975-2000
2003-2005
2005-2011
2013

Australia
Singapura
India
Malaysia

2009-2010

Malaysia

Kesan pelaksanaan GST.

2010-2012

Pakistan

Kesan Pelaksanaan GST.

(2008)
John et al (2006)
Stephen(2007)
Ranjit (2012)
Hussin Abdullah, Aeefi
Alghazali & Normala
Mehat (2013)
Hwa
(2013)
Nadeem Uz Zaman & Gul
Ghutai & Syed Rasa Irfan
Shah Zaidi ( 2012 )

16

terhadap GST.
Kesan pelaksanaan GST.
Kesan pelaksanaan GST.
Kesan pelaksanaan GST.

Pandangan pengguna terhadap


GST.

GST: An irritant, or a body


blow to Hong Kongs
colossal logistics sector?
(2006)
Siti Norbaya Mohd

2004-2006

Hong Kong

Kesan Pelaksanaan GST.

1992-2012

Singapura,

Kesan Pelaksanaan GST

Rashid, Asry Yusoff &

Thailand,

Nor Haryanti Md Nor

Indonesia

(2014) (2014)
Zhou, L.Z & Tam, J. &

2011-2012

Malaysia

Kesan Pelaksanaan GST

Heng, J. (2013)

Jadual 2: Jenis kajian GST dalam kajian lepas

Simonova & Lefebvre


Dickson.I & White.D

Pandangan pengguna
atau peniaga terhadap
GST
/
/

John et al

Kesan pelaksanaan
GST

/
/
/

Stephen
Ranjit
Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali &
Normala Mehat
Hwa

/
/
/

Nadeem Uz Zaman & Gul Ghutai


& Syed Rasa Irfan Shah Zaidi
GST: An irritant, or a body blow to
Hong Kongs colossal logistics
sector?
Siti Norbaya Mohd Rashid, Asry
Yusoff & Nor Haryanti Md Nor
Zhou, L.Z & Tam, J. & Heng, J.

/
/
/

Jumlah Kajian

2.3 Lompang Kajian


Berdasarkan kajian-kajian di atas, didapati bahawa banyak kajian telah dijalankan sama
ada di negara-negara lain atau Malaysia. Melalui jadual 2, didapati bahawa kekurangan kajian
17

tentang persepsi-persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan GST dilaksanakan. Oleh itu, kajian
ini adalah untuk mengkaji persepsi-persepsi masyarakat termasuk peniaga dan pengguna
terhadap pelaksanaan GST.
Dalam kajian-kajian di negara maju, terdapat kajian GST seperti kesan pelaksanaan GST
dan pandangan masyarakat terhadap GST telah dilaksanakan. Namun, kajian-kajian tersebut
tidak mengkaji pendapat pengguna dan peniaga terhadap pelaksanaan GST. Terdapat hanya 3
kajian yang tentang pandangan pengguna dan peniaga terhadap pelaksanaan GST iaitu kajian
Simonova & Lefebvre, kajian Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali & Normala Mehat dan kajian
Dickson and David.
Dalam kajian kesan pelaksanaan GST dijalankan di Malaysia, didapati bahawa maklumat
dalam kajian ini adalah dijangkakan dan tidak semestinya akan ditunjukkan dalam Malaysia.
Selain itu, masalah dalam kajian Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali & Normala Mehat tentang
tahap pengetahuan dan tahap kefahaman rakyat adalah persepsi peniaga tidak dimasukkan dalam
kajian tersebut.
Sebagai kesimpulan, kajian-kajian yang lepas telah tertumpu dalam mengkaji kesan
pelaksanaan GST. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi masyarakat
terhadap pelaksanaan GST.

18

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan
data dan menganalisis data bagi mencapai matlamat kajian ini. Dalam bab ini, bahagian 3.2
adalah reka bentuk kajian iaitu pelan tindakan yang memperlihatkan secara umumnya bagaimana
sesuatu kajian dijalankan. Bahagaian 3.3 ialah kaedah pengumpulan data dan bahagian ini akan
memperincikan perbincangan tentang data yang dikumpulkan. Bahagian ini akan dibahagikan
kepada 2 bahagian yang kecil iaitu populasi dan persampelan dan instrumen kajian. Seterusnya,
bahagian 3.4 ialah kaedah penganalisisan data iaitu membincangkan kaedah penganalisis data
yang digunakan dalam kajian ini. Bahagian 3.5 akan merumuskan bab ini.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif
dan peninjauan kualitatif. Kaedah tinjauan ini melibatkan dua jenis kegiatan utama iaitu tinjauan
soal selidik dan temu bual. Fink (1995) mendefinisikan soal selidik sebagai satu cara
menghasilkan maklumat untuk menghurai, membanding dan meramal sikap, pendapat, nilai dan
perilaku berdasarkan maklumat yang terkandung dalam rekod responden. Ary et al (1979)
berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik adalah melibatkan responden yang
ramai, lebih luas dan menyeluruh.
Kaedah ini dipilih dan digunakan dalam kajian ini kerana kajian ini melibatkan sampel
kajian yang besar dan mudah memperolehi data-data tentang persepsi masyarakat terhadap GST.
Dalam konteks kajian ini, borang soal selidik dibuat adalah untuk memperolehi data-data tentang
persepsi masyarakat terhadap GST seperti pengenalan tentang cukai, persepsi terhadap GST,
sebab melaksanakan GST, kadar GST dan sebagainya.
Selain itu, kaedah temu bual turut digunakan untuk memperolehi data dengan
mengajukan soalan-soalan ini kepada responden secara verbal. Kaedah ini merupakan satu
proses aktif yang melibatkan dua pelakon iaitu penemu bual dan responden. Kaedah ini pernah
digunakan oleh Van Zoonen (1994) dalam mengkaji kedudukan dan peranan televisyen dalam
19

kehidupan setiap keluarga di Holland. Dalam kajian terebut, terdapat 13 responden teleh
memberi sambutan positif dan baik. Selain itu, Syed Arabi Idid (1992) juga mengatakan bahawa
temu bual yang dirangka dan dilaksanakan dengan terancang akan menghasilkan maklumat yang
lebih teliti.
Secara umumnya, kaedah temu bual digunakan selepas soal selidik dilakukan. Hal ini
adalah untuk mendapatkan penerangan lebih mendalam dan jelas daripada responden yang telah
menjawab borang soal selidik. Temu bual bersifat lebih terbuka dan memerlukan responden
meluahkan pandangan dan cadangan secara bebas. 10 peratus daripada jumlah responden yang
dikaji akan dipilih untuk menjalankan temu bual ini.
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
Bahagian ini akan membincangkan proses pengumpulan data dalam kajian ini. Dalam
bahagian ini, populasi dan persampelan serta instrumen kajian akan dibahagikan kepada 2
bahagian dan diterangkan secara teliti. Bahagian 3.3.1 akan menerangkan tentang populasi
kajian, sampel kajian dan prosedur untuk memilih kajian. Selain itu, instrumen kajian seperti soal
selidik, temu bual, validiti soal selidik dan sumber sekunder akan dibincangkan secara terperinci
dalam bahagian 3.3.2.
3.3.1 Populasi dan persampelan
3.3.1.1 Populasi kajian
Populasi merupakan individu, keluarga, organisasi, komuniti atau sesiapa yang ingin
dikaji oleh penyelidik. Dalam kajian ini, saiz populasi kajian adalah seluruh penduduk di Pulau
Pinang iaitu dianggarkan sebanyak 1.6 juta orang. Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau
masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut
secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk
sesuatu populasi kajian. Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian ini adalah secara
rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti.
3.3.1.2 Sample kajian
Sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar
untuk tujuan kajian. Penggunaan saiz sampel perlu melebihi 30 unit kerana andaian bahawa
20

taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan
saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Sampel
merupakan sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada dapat menjadi wakil
populasi atau sebaliknya.
Kajian ini akan dijalankan di Pulau Pinang. Kajian ini akan melibatkan mahasiswa
Universiti Sains Malaysia dan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Universiti Sains
Malaysia dan di luar Universiti Sains Malaysia sebagai kumpulan sasaran. Kajian ini dijalankan
untuk mendapat persepsi-persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Dalam
golongan masyarkat, terdapat pengguna dan peniaga. Oleh itu, kajian ini hanya mengkaji
persepsi pengguna dan peniaga terhadap pelaksanaan GST.
Mahasiswa Universiti Sains Malaysia merupakan sasaran pengguna dan peniaga-peniaga
yang menjalankan perniagaan di Universiti Sains Malaysia atau di luar Universiti Sains Malaysia
merupakan sasaran peniaga. Sample pengguna yang ditetapkan adalah 400 orang mahasiswa
manakala sampel peniaga yang diambil adalah 100 orang peniaga.
3.3.1.3 Prosedur untuk memilih sampel
Pemilihan sampel adalah dengan cara persampelan rawak (random sampling) iaitu
memlih responden scara rawak tanpa melalui proses pemilihan atau aturan misalnya jantina,
bangsa, bidang pengajian yang spesifik, atau bidang perniagaan yang spesifik. 80 peratus set
borang soal selidik iaitu sebanyak 400 set borang soal selidik akan diagihkan secara sama rata
kepada mahasiswa Universiti Sains Malaysia untuk mendapatkan persepsi pengguna manakala
20 peratus set borang soal selidik iaitu 100 set borang soal selidik juga akan diagihkan secara
sama rata kepada peniaga-peniaga yang berada di Universiti Sains Malaysia dan luar Universiti
Sains Malaysia untuk mendapatkan persepsi peniaga terhadap pelaksanaan GST.
3.3.2 Instrumen kajian
Kajian ini akan menggunakan dua instrumen iaitu borang soal selidik dan temu bual
untuk melengkapkan kajian ini.
3.3.2.1 Borang soal selidik

21

Instrumen kajian utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soalan-soalan
yang terkandung dalam borang soal selidik dinyatakan dalam dua bentuk iaitu soalan berbentuk
tertutup dengan pilihan jawapan (a), (b), (c) dan soalan berbentuk skala likert 5 mata. Soalan
berbentuk tertutup dibahagikan kepada 3 pilihan iaitu:
(a) Ya

(b) Tidak

(c) Tidak pasti

Skala likert 5 mata ini dibahagikan kepada 5 pilihan iaitu:


1 = sangat setuju
2 = setuju
3 = kurang pasti
4 = tidak setuju
5 = sangat tidak setuju
Dalam kajian ini, borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B,
C dan D. Dalam bahagian A, latar belakang responden akan ditanyakan seperti jantina, umur,
agama, bidang pengajian atau bidang perniagaan. Dalam bahagian B, persepsi-persepsi pengguna
dan peniaga terhadap selepas perlaksanaan GST akan ditanyakan. Seterusnya, tahap kefahaman
tentang sebab pelaksanan GST akan disoal dalam bahagian C. Tindak balas pengguna dan
peniaga terhadap pelaksanaan GST akan dikaji dalam bahagian D. Soalan-soalan dalam soal
selidik akan dinyatakan di bawah.
Bahagian A: Latar belakang responden
Jantina, etnik, umur, agama, bidang pengajian/bidang perniagaan.
Bahagian B: Persepsi-persepsi pengguna-peniaga terhadap selepas perlaksanaan GST
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Adakah anda tahu mengenai GST?


Bagaimanakah anda tahu mengenai GST?
Adakah anda rasa GST sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia?
Adakah anda rasa GST dikenakan sebanyak 6% membebankan pengguna atau

peniaga?
(v)
Adakah anda rasa GST dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat?
Bahagian C : Tahap kefahaman tentang sebab pelaksanaan GST
(i)
Adakah anda tahu berapa kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan?
22

(ii)
Adakah anda tahu sebab pelaksanaan GST?
(iii)
Adakah anda tahu kesan pelaksanaan GST?
Bahagian D: Tindak balas pengguna dan peniaga terhadap pelaksanaan GST
(i)
Saya tidak mengubah cara perbelanjaan saya atau corak perniagaan terhadap barang
(ii)

mewah seperti beg berjenama, kereta mewah walaupun GST dilaksanakan.


Saya hanya berbelanja ke atas barang yang mempunyai harga yang berpatutan sahaja

(iii)

atau mengurangkan jualan barang yang telah dikenakan GST.


Saya tidak berbelanja banyak atau tidak membekalkan barang yang telah dikenakan

(iv)

GST selepas pelaksanaan GST.


Saya lebih terbeban dengan harga barangan yang mahal atau keuntungan apabila GST
dilaksanakan.

3.3.2.2 Temu bual


Kaedah ini dijalankan selepas soal selidik diedarkan dan diisikan oleh responden. 10
peratus iaitu sebanyak 50 orang responden daripada jumlah responden iaitu 500 orang responden
akan menjawab borang soal selidik dan menjadikan sasaran temu bual. Teknik temu bual ini
berbentuk tidak berstruktur iaitu responden diberi kebebasan dan kelonggaran untuk menjawab
soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji. Setiap responden akan ditanyakan soalan yang sama
mengikut urutan. Soalan-soalan yang akan ditanyakan adalah seperti berikut:
1. Apakah pandangan anda terhadap pelaksanaan GST di Malaysia?
2. Adakah semua pengguna atau peniaga digalakkan untuk membayar GST atau
3.
4.
5.
6.

melaksanakan GST?
Pada pendapat anda, perlukah kadar GST dikurangkan?
Adakah anda bersetuju bahawa GST perlu dilaksanakan di Malaysia? Mengapa?
Adakah sistem cukai GST lebih baik daripada sistem cukai yang lama? Mengapa?
Adakah anda menyokong atau membantah GST di Malaysia? Mengapa?

3.3.2.3 Validiti soal selidik dan soalan temu bual


Sebelum soal selidik dibina dan dierdarkan serta soalan dalam temu bual ditanyakan,
soalan-soalan tersebut akan menjalankan kajian rintis di Universiti Sains Malaysia. Beberapa
orang mahasiswa sama ada tahun pengajian pertama atau akhir dari pusat pengajian sains
kemasyarakatan kursus ekonomi telah dipilih untuk menjawab soal selidik tersebut. Tujuan ini
kajian ini adalah untuk:
(i)
membetulkan penggunaan bahasa terutamanya perkataan, tatabahasa, makna dan
struktur ayat supaya lebih mudah difahami oleh responden.

23

(ii)

mengenalpasti masalah berhubung dengan pemahaman dan interprestasi terhadap

(iii)

soalan-soalan soal selidik dan soalan dalam temu bual.


menilai tindak balas yang diberikan terhadap soalan-soalan serta melihat sama ada

(iv)

soalan-soalan bersesuaian atau tidak.


mengira tempoh masa yang diperlukan untuk menjawab semua soalan dalam borang
soal selidik dan temu bual.

3.4 Kaedah Penganalisisan Data


Dalam kajian ini, data-data akan dikumpulkan melalui borang soal selidik. Kedua-dua
sumber ini mempunyai kaedah yang berbeza untuk membuat penganalisisan. Oleh itu, bahagian
ini adalah untuk menjelaskan kaedah penganalisisan data yang dikumpulkan daripada borang
soal selidik.
3.4.1 Penganalisisan data primer
Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Bagi data yang diperolehi dari
data soal selidik, data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) dengan teknik-teknik statistik berbentuk deskriptif, inferensi dan ujian
min, mod dan median.
Teknik statistik deskriptif digunakan untuk menggambarkan taburan demografi
responden. Analisis ini dapat membantu dalam memerihal profil peserta seperti jantina,
bangsa,bidang pengajian, bidang perniagaan dan sebagainya melalui teknik taburan frekuensi
dan peratusan.
Selain itu, teknik statistik inferensi juga digunakan. Dalam analisis ini, ujian-t sampel
berpasangan (paired-samples t-test), ujian Analysis of Variance (ANOVA), korelasi Pearson dan
regresi diaplikasikan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian.
Di samping itu, statistik min, mod dan median juga digunakan dalam kajian ini. Min,
mod dan median untuk ketegori umur responden dapat dikira dan dikenalpasti dengan tepat
dengan menggunakan teknik statistik ini.
3.5 Kesimpulan

24

Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Bab ini telah
menghuraikan secara terperinci tentang kaedah pelaksanaan kajian ini. Kaedah-kaedah akan
digunakan adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Penggabungan kaedah-kaedah
kuantitatif dan kualitatif dijangka dapat menghasilkan dapatan yang berkesan dan menyeluruh.

25

You might also like