You are on page 1of 7

I

fi
*
*
*
*
*
*
*

TEKS PERUTUSAN

,'|'

MINGGU ANTIDADAH 201 6

lI

Irl
i

IIl

I
I

Il
Il

I
I

Oleh:
Tn. Hj. Aminuddin Bin Adam

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalammualaikum Warahmatullah i Wa barakatu h dan Salam Seja htera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya


maka dapat kita berjumpa dalam majlis yang mempunyai makna yang
besar kepada kita. Kita sedia maklum bahawa, 19 Februari setiap tahun

telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Pengisytiharan


ini dibuat pada 19 Februari 1983 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan ini adalah manifestasi
komitmen kita semua untuk memberi gambaran bahawa momentum kita

masih laju untuk melaksanakan usaha-usaha pencegahan dadah

di

peringkat sekolah.

Masalah dadah bukanlah satu perkara baharu. Dadah merupakan satu


kecelakaan yang amat besar dan boleh melumpuhkan kesejahteraan
dalam kehidupan ini. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan hidup

individu, keluarga, masyarakat dan negara. la tidak mengenal kaum,


agama, usia dan jantina.

Menyedari akan hakikat dan bahaya dadah, Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menetapkan matlamat diperingkat sekolah iaitu Sekolah

Bebas Dadah dengan tema pada tahun ini iaitu 'Gaya Hidup Sihat

Amalan

Kita'.

Sehubungan dengan

itu, pelbagai strategi dan

pendekatan pendidikan pencegahan dadah dirangka untuk dilaksanakan

oleh pihak sekolah. Secara umumnya strategi pendidikan pencegahan


dadah di sekolah adalah berteraskan empat pendekatan iaitu Kurikulum,

Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan pengurusan Kepimpinan.


Gerakan membanteras dadah di peringkat sekolah perlu dilaksanakan
secara menyeluruh dan bersepadu melibatkan semua warga sekolah,
ahli dan pemimpin masyarakat setempat sefta semua agensi sekitar,

Melalui strategi kurikulum murid-murid diberi pengetahuan dan


kemahiran berkaitan bahaya dan kesan dadah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Mesej bahaya dan kesan dadah ini
boleh disarnpaikan melalui berbagai cara di antaranya penyebaran
maklumat bahaya dadah ketika perhimpunan mingguan, menerusi
program 5 minit anti dadah, edaran bahan-bahan bantu mengajar, dan
melalui One Stop Centre Pendidikan Pencegahan Dadah

- Sudut PPDa

sefia melalui latihan kerja yang terancang. Guru-guru juga

boleh

membincangkan kesan dan bahaya dadah menerusi isi pendidikan dan


topik-topik yang diajar.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan program-program Ceramah


AntiDadah dengan kerjasama badan-badan kerajaan atau badan swasta

seperti Agensi Anti Dadah KebanEsaan (AADK),

Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Narkotik Polis DiRaja Malaysia

(PDRM), Persatuan Membasmi Dadah Malaysia (PEMADAM)


Persatuan PENGASIH.

dan

Melalui strategi kokurikulum, murid-murid perlu dilatih melibatkan diri


secara aktif dalam gerak kerja persatuan dan kelab, permainan dan
pasukan pakaian seragam. Latihan kemahiran dan pengetahuan perlu

disusun secara sistematik berlujuan membangunkan

minda,

meningkatkan kesedaran agar dapat menghasilkan tindakan untuk hidup

dalam suasana yang sihat dan ceria, aktif dan harmoni. Secara amnya

kita boleh mempromosikan cara hidup dan gaya hidup sihat melalui
kegiatan kokurikulum.

Pembangunan Sahsiah dan Jatidiri murid perlu dipertingkatkan

. Para

guru dan murid sewajarnya berusaha mengisi ruang pembentukan


peribadi dan sahsiah melalui pendidikan kerohanian, bimbingan dan
kaunseling serta mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Program-

program peningkatan sahsiah dan jatidiri perlu diperhebat dan


dimantapkan, Konsep kepimpinan melalui teladan, "idola" dan "karisma"
harus dipraktikkan kerana ia akan dikuti, dipelajari dan diamalkan oleh
murid sehingga menjadi sebati dan kekal sebagai sebahagian daripada
peruuatakan mereka.

Melalui strategi pengurusan dan kepimpinan pula diharap dapat


menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan peringkat
sekolah, bekerjasama dalam satu pasukan untuk meningkatkan
kepakaran, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam
mengendalikan masalah berkaitan dadah. Oleh itu, pihak pentadbir
sekolah harus bergerak lebih proaktif untuk menjalankan program dan

aktiviti. Persatuan ibu bapa dan guru, persatuan penduduk setempat


dan agensi-agensi sekitar perlu memainkan peranan secara aktif dalam
merangka dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah.

Perkembangan

terkini

penggunaan rokok elektronik atau vape telah

menjadi satu trend dan gaya hidup remaja pada masa

kini. Fenomena
ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak sehingga sering
dibincangkan di semua lapisan masyarakat dan media masa. pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia amat memandang berat akan hal ini

dan berpandangan bahawa perkara tersebut perlu ditangani segera


kerana gejala ini dikhuatiri menular dalam kalangan murid sekolah serla
mendedahkan mereka kepada risiko penyalahgunaan dadah.

Senario peningkatan penagih dadah, rampasan dadah, jumlah pesalah


dadah dan kemunculan dadah jenis sintetik seperti Amphetamin Types

Stimulants (ATS) menunjukkan bahawa gejala dadah

di negara kita

terus berada pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan statistik


yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, golongan belia
berumur di antara 19 hingga 39 tahun merupakan golongan paling ramai

dikesan mengambil dadah, tetapi sejak akhir-akhir ini umur dikesan


mula menagih sudah menurun kepada mereka yang berumur 13 tahun.

Selain mencuba dadah, mereka juga diekploitasi dalam pengedaran


dadah secara kecil-kecilan.

Mengikut Iaporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian


Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Narkotik, PDRM, penghasilan
dadah sintetik tersebut lebih bahaya daripada dadah asli. Dadah sintetik

boleh mendatangkan kerosakan kekal kepada otak dan diri individu itu

sendiri. Pengambilan syabu, pil kuda, ecstacy dan sebagainya boleh

II

I
rtr

L
Irl
rl
I
I
rl
i

r
I
r
r
I
I

r
!
!

menyebabkan pergantungan

kekal

kepada dadah

sehingga

menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, semua warga pendidikan perlu memainkan peranan


masing-masing untuk memastikan sekolah bebas dadah. Bagi
mencapai hasrat dan tujuan ini, sekolah mestilah melahirkan muridmurid yang ber-fikir dengan waras, membuat pilihan yang bijak untuk
menghasilkan keputusan yang tepat. Membuat penilaian, pemilihan dan

keputusan yang bijak adalah satu disiplin yang baik. Murid-murid perlu

diasuh dan dididik merancang perkembangan diri dan merancang


kehidupan positif dengan mengambilkira pentingnya faktor masa depan.
Murid-murid perlu diasuh untuk menjana idea-idea baru, inovasi dan

kreatif yang dapat dimanfaatkan bersama bukannya menyerah minda


untuk diisi oleh anasir-anasir

jahat yang boleh menjerumuskan mereka

ke lembah kehinaan.

Semua pihak perlu memainkan peranan berprinsipkan semangat kolektif,

bersungguh-sungguh

dan

menjalankan tanggungjawab memberi

pendidikan pencegahan dadah serta membentuk peribadi dan sahsiah

terpuji murid-murid sekolah. Semoga anak-anak didik kita

akan

terpelihara dan bebas dari dadah, berpersonaliti unggul dan cemerlang.

Saya sedar bahawa tugas, peranan dan tanggungjawab memerangi


masalah dadah ini adalah amat berat dan mencabar. Walau
bagaimanapun saya amat yakin bahawa dengan semangat dan tekad

yang tinggi, istiqamah dan keazam,an yang jitu, gerakan


menyeluruh dan bersepadu kita boleh berjaya.

secara

I
rl
I

It
I

Saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dan


Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan terus mendokong usaha kerajaan

untuk menghapuskan gelala negatif

ini.

Strategr, pendekatan dan

kaedah baru akan dikenalpasti, diteliti, dikaji dan dipraktikkan untuk


memastikan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah.

Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus mempeftingkatkan


program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di semua peringkat

dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema "Gaya Hidup


Sihat Amalan

Kita" demi merealisasikan sekolah bebas

Sekian.

Wabil lah itaufik Walhidayah

Wassalammualaiku m Wara h matu ah i Wa barakatu h.


II

Saya yang menurut perintah,

IVIAITJDIAIfTN ADAM)

Pengarah Pendidrkan Negeri Johor


Jabatan Pendidikan Negeri Johor

dadah.

You might also like