You are on page 1of 7

18/7/16

Page | 1
Dasar-dasar
kerajaan dalam
membentuk perpaduan
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak
merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.
Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,
kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan
kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat
Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang
harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.
-Punca masalah perpaduan-

18/7/16
1) Page
Jika kita
| 2 lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan
British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang
& Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu
British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.
Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai
kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan
ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya &
buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.

4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.

5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan
British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan
pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan
perpecahan perpaduan kaum berlaku.

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya
perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik
antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak
memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan
kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi
pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan
perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara
kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasardasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:

1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950
sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh
berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat

18/7/16
komunis
masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh
Page | pada
3
dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa
Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini
diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan
mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka.
Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan
walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan
di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina
& India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah
memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama &
penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan
semangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah
mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan
pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).

6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting
dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam
membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang
diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.

BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah
mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia.

18/7/16

Page | 4
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem
pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar
pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua
peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah
ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.

3) Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi
jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara (modal insan).

4) Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui
pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat

18/7/16
menghormati
terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan
Page | 5
pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia
hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

5) Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi


dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran
dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa
berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum
di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya.
Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar &
kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita
sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah
serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan
rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan
menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu
kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai
contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga
ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

SUKAN ALAT PERPADUAN

18/7/16
Dasar
bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan
Pageini| 6
Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.

Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan
semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan &
dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.

Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk
mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

TARGET NEGARA MAJU 2020

Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad
pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman
pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya,
Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat
membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau
mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020
negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.

Target:

Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri
setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara
maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.

Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian
taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa
serta semangat keyakinan bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan
Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran
yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.

18/7/16
Dengan
kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat
Page |mengetahui
7
checklist bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu


2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.
3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.
7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.
9. Memupuk & membina masyarakat makmur.
Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA

Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti
Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.

Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji
tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.

``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya kepada
pemberita pada 15 Disember 2007.

Sumber: perpaduan.blogspot.com

You might also like