You are on page 1of 6

20

Ucapan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang
dikasihi Penolong penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
peluang mewakili murid kelas 6A untuk berucap dalam Majlis perasmian
sambutan bulan kemerdekaan ke-59 bagi tahun 2016.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian
daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat
mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.
Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni
dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus
perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak
ternilai harganya.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 1957, negara kita mencapai kemerdekaan. Sebagai
generasi muda, kami patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi
pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh
rakyat yang berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan
negara Malaysia yang kita cintai.
Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang
agama yang kita anuti, warna kulit yang menyalut tubuh badan kita, pangkat

atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut
sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah
membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak
kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan
permuafakatan rakyat.
Sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf bahawa dalam
ledakan era globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi
menghadapi cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing.
Semua pelajar perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang
tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.
Para hadirin sekalian,
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata.
Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk
belajar, kita haruslah bersyukur dan berusaha degan gigih untuk mencapai citacita. Secara tidak langsung, kita juga patut menyumbang kepada pembangunan
Malaysia pada masa akan datang. Saya berharap semua murid mengekalkan
ciri-ciri warganegara yang baik, berakhlak mulia, berdisiplin serta hormatmenghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program sempena
sambutan bulan kemerdekaan ke-59 ini. Sehubungan dengan itu, saya dengan
sukacitanya mengucapkan selamat menyambut sambutan bulan kemerdekaan
ke-59 bagi tahun 2016 kepada semua warga sekolah.
Sekian, terima kasih.

Catatan: Bulan Bahasa Peringkat Sekolah


Rabu, 5 Oktober 2016
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan Majlis
Perasmian Bulan Bahasa peringkat sekolah. Lagu Negaraku, lagu negeri dan
lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Lim Seng Kee,
selaku Ketua Pengawas.
Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar iaitu Encik Wong, sebelum beliau
merasmikan Bulan Bahasa. Acara persembahan diadakan di dewan sekolah.
Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan
lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua
murid.
Jumaat, 14 Oktober 2016
Pelbagai aktiviti kebahasaan dirancang untuk memeriahkan lagi sambutannya.
Pameran sastera diadakan di dewan bagi mempromosikan produk bahasa,
sastera, penerbitan dan budaya Melayu.
Selain itu, pameran ini dapat meningkatkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap
bahasa, sastera dan budaya Melayu, serta memperkukuh bahasa, sastera dan
budaya Melayu yang melibatkan semua warga sekolah. Semua murid dari tahap
yang berbeza dijemput mengunjungi pameran sastera ini.
Jumaat, 21 Oktober 2016
Pada waktu pagi, pertandingan kuiz Bahasa Malayisa telah diadakan oleh
Persatuan Bahasa Malaysia. Pertandingan ini melibatkan semua ahli persatuan
dan terbuka kepada semua murid sekolah. Soalan-soalan terdiri daripada soalan
tatabahasa yang mengandungi 80 soalan dan murid diberikan masa selama
sejam untuk menjawab. Peserta-peserta juga telah disediakan tempat

pertandingan bagi memastikan semua peserta dapat menjawab soalan kuiz


dengan tenang dan selesa.
Selepas pertandingan selesai, guru pengadil mula membuat penyemakan soalan
bagi mencari pemenang pertandingan ini. Pemenang bagi pertandingan kuiz ini
dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi peserta. Tiga orang peserta
dipilih sebagai pemenang yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Jumaat, 28 Oktober 2016


Upacara penyampaian hadiah bagi [ertandingan kuiz Bahasa Malaysia. Cikgu
Lim mengumumkan pemenang bagi setiap tahap. Hadiah-hadiah telah
disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Lee, kepada semua pemenang di
atas pentas dalam dewan. Akhirnya, Majlis Penutupan Rasmi Bulan Bahasa
telah disempurnakan oleh Guru Besar.

You might also like