You are on page 1of 6

http://fadzilmahasiswa.blogspot.

com
BAB 2: KEMENTERIAN PELAJARAN
JABATAN PELAJARAN, PPD

MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan
sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia dan bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan, dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
PENDIDIKAN WAJIB
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara
Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun
mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun,
iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan
anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika
disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan
tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Senarai Menteri Pelajaran Malaysia
Tempoh
perkhidmatan
1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957
2 Mohamed Khir Johari
1957 - 1959
3 Abdul Rahman Talib
1959 - 1965
4 Mohamed Khir Johari
1965 - 1968
5 Tun Hussein bin Dato' Onn
1970 - 1973
6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
1974 - 1978
7 Tun Musa Hitam
1978 - 1981
8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984
9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
1984 - 1986
10 Tun Abdul Rahman Yakub
1969-1970
11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
1986 - 1991
12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995
13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak
1995 - 1999
14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
1999 - 2004
15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009
16 Tan Sri Muhyiddin Yassin
2009 - 2015
Y.B. Dato Seri Mahdzir Bin Khalid
17
2015 - kini
Menteri Pendidikan (2015 - Kini)
# Nama

Menteri:
YB DATO SERI MAHDZIR BIN KHALID
Timbalan Menteri: 1
YB DATO' P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri: 2
YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Ketua Setiausaha
TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
DATUK SERI DR. KHAIR MOHAMAD YUSOF
JABATAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia
mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang
berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Negeri
Selangor.
JPNS mulai beroperasi pada 26 Oktober 1955. Pengarah Pendidikan Negeri Selangor yang pertama
ialah En. Luke K.D. Pada 1 Mei 1998, JPNS telah berpindah ke bangunan sendiri terletak di Jalan
Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, Shah Alam.
Pengurusan dan pentadbiran JPNS diketuai oleh Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh seorang
Timbalan Pengarah Pendidikan. Terdapat sepuluh sektor di JPNS. Ia diketuai oleh seorang Ketua
Sektor yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor
masing-masing. Sektor-sektor tersebut adalah seperti berikut:
1. Sektor Pengurusan Akademik
2. Sektor Pengurusan Sekolah
3. Sektor Pembangunan Kemanusiaan
4. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
5. Sektor Pendidikan Islam
6. Sektor Penilaian dan Peperiksaan
7. Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta
8. Sektor Jaminan Kualiti
9. Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
10. Sektor Psikologi dan Kaunseling
JPNS juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah. PPD tersebut adalah seperti berikut:
1. PPD Klang
2. PPD Hulu Langat
3. PPD Petaling Perdana
4. PPD Kuala Langat
5. PPD Kuala Selangor
6. PPD Gombak
7. PPD Sabak Bernam
8. PPD Hulu Selangor
9. PPD Sepang
10. PPD Petaling Utama
Slogan
"Jabatan Pendidikan Selangor Terbilang"
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Dasar Kualiti
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR komited dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara.
Piagam Pelanggan
Kami warga Jabatan Pendidikan Selangor dengan penuh tekad dan iltizam dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
:: Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;
:: Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima
kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil
siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
disahkan;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
:: Memastikan surat penempatan guru dan surat pertukaran guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
bekerja selepas keputusan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel;
::Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan
dalam tempoh 14 hari bekerja;
:: Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan
dalam tempoh 3 hari bekerja;
:: Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah dan calon persendirian pada
hari keputusan dikeluarkan;
:: Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap
diterima;
:: Kami akan memastikan anda membawa bersama maklumat yang betul, lengkap dan mematuhi
semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
SENARAI PERJAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI
Ketua Pengarah

Tuan Zainuren bin Hj Mohd Nor

Timbalan Pengarah

Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim

Ketua Sektor Akademik

Tuan Haji A. Rahman bin Haji Ngit

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

Tuan Haji Zakaria bin Ahmad

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Puan Hajah Siti Zaiton binti Selamat

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Jalil

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid

Ketua Sektor Pendidikan Islam

Tuan Haji Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari

Ketua Sektor Jaminan Kualiti

Tuan Haji Abd Latiff bin A.Aziz

Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT

Encik Abdullah bn Nordin

Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling

Tuan Haji Zailan bin Wagimin

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SABAK BERNAM


Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Dasar Kualiti
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam komited dalam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan
aspirasi negara.
Slogan
BERKUALITI DAN UNGGUL
Tag Line
Cepat, Tepat, Integriti dan Berkesan
Piagam Pelanggan
KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM DENGAN PENUH
TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama


2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima
kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil
siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
disahkan
3. Memastikan surat penempatan guru dan surat pertukaran guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
bekerja selepas keputusan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel
4. Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula yang memenuhi syarat
dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja
5. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan
dalam tempoh 3 hari bekerja
6. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah dan calon persendirian
pada hari keputusan dikeluarkan
7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
dokumen lengkap diterima
8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam
tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan.
Objektif
1.Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
2.Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berkertampilan dan sejahtera.
3.Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua matapelajaran.
4.Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan.
5.Mengembangkan potensi individu pelajar melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan
6.Melahirkan peminpin pendidikan yang berilmu dan berkertampilan untuk mengurus sekolah ke arah
kecemerlangan.
7.Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidik yang
lebih berkesan.
8.Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.
9.Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan.
10.Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensiagensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.
Pegawai Pendidikan Daerah
En. Mokhtar Bin Manijo
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Haji Ismail Bin Sajat
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil
rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian
Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd
Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004,
Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan
Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Mulai 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula beroperasi di Blok E3, Parcel E,
Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian ini terdiri daripada dua jabatan dan
agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT
(JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti. JPIPT pula terdiri dari dua sektor
pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN, Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) iaitu:

Universiti Malaya (UM)


Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Universiti Putra Malaysia (UPM)


Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan
Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti. JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor
Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
iaitu :
Objektif
Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200
universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50
universiti terbaik dunia.
Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan
pengkomersilan hasil penyelidikan.
Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai
kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan
kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.
Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga
negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang
relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar
dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di
peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah
Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40%
dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian
tinggi yang konvensional dan bukan konvensional
Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam
pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh
kerajaan.
Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan
amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa
Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat
akses kepada pengajian tinggi.
Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan
institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar
negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.
Lima Teras Utama

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.


Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.
Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.
Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.
Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Nilai-Nilai Korporat

Berintegriti
Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama.
Profesionalisme
Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang di
amanahkan.
Semangat Kerja Berpasukan
Bekerjasama dalam melaksanakan tugas.
Berorientasikan Pelanggan
Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelnggan dari segi kecekapan masa, tahap
layanan dan kualiti perkhidmatan.
Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi
Prihatin kebajikan anggota disamping mengutamakan kepentingan organisasi.

Senarai Menteri
Datuk Shafie Mohd Salleh 20042006
Dato' Mustapha Mohamed 20062008
Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 20082013
Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh 2013- terkini
Timbalan Menteri: Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

You might also like