You are on page 1of 4

SK TAMAN ALAM MEGAH

PERSIARAN HULU LANGAT, SEKSYEN 28,


40400 SHAH ALAM, SELANGOR.

NAMA PROGRAM : BENGKEL SECOM i-THINK DALAM PdP TMK SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA
TARIKH
: 28 MAC 2016
MASA
: 8:30 PG 4:30 PTG
TEMPAT : DEWAN SK PERDANA JAYA
PENGERUSI
: PN MAZNAH BT ZAINI, GURU BESAR
PENCERAMAH : i)PN SHAMSAZILA BT SHAABAN (PdP ABAD KE-21)
ii)EN ZAHRI B HJ RAMLAN, PENOLONG PENGARAH KANAN,
UNIT ICT & PENGKOMPUTERAN (i-THINK)
PEGAWAI PPD : EN ROSDISHAR B MOHD NUSI
Bil

Perkara
PENGENALAN

1.

-Pn Maznah mengalu-alukan kehadiran semua Ketua Panitia TMK.


-Beliau berharap agar semua peserta mengisi borang kehadiran hingga ke petang.
PDP ABAD KE-21
-Pn Shamsazila telah memberi pengenalan tentang PdP abad ke-21 dan keperluannya dalam
sistem pendidikan pada hari ini.
-Sebanyak 9 kumpulan dengan 8 orang ahli telah dibentuk mewakili 9 jenis PdP abad ke-21

2.

(seperti lampiran)
-Setiap kumpulan mengambil tugasan dan menyediakan bahan pembentangan secara
Round Robin. Kemudian, seorang ahli kumpulan bertindak sebagai penyampai dan yang
lain bergerak ke kumpulan lain. Ganjaran diberikan kepada setiap kumpulan jika berpuas hati
dengan pembentangan kumpulan tersebut.
- Setiap ahli membentangkan dapatan daripada kumpulan lain kepada ahli-ahli kumpulan.
PENGGUNAAN i-THINK DALAM PDP TMK
-En Zahir menerangkan kepentingan penggunaan i-Think dalam PdP.
-En Zahir menunjukkan jenis-jenis serta penggunaan peta-peta i-Think. (seperti lampiran)

3.

( peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta titi & peta alir).
-Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan lembaran kerja mengikut tajuk dengan
menggunakan peta-peta pemikiran.
-Setiap peta pemikiran dikongsi dan pembetulan dilakukan bersama.
PENUTUP

4.

-Pn Maznah menasihati semua Ketua Panitia agar sentiasa mematuhi masa berkursus dan
memaklumkan lebih awal sekiranya tidak dapat hadir.
-En Rosdishar juga berharap agar semua guru TMK menggunakan VLE Frog untuk Pdp.

Disediakan oleh : .
(NURLIZA BT MOHD KHALIB)

Catatan

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL

AKTIVITI-AKTIVITI PEMBELAJARAN ABADKE-21

PETA PEMIKIRAN

You might also like