You are on page 1of 9

PENCEMARAN UDARA : JEREBU DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengumpulan bahan kimia dan
jirim zarahan di udara yang boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan, ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup yang lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke udara. Salah satu punca yang menyebabkan pencemaran udara ini adalah
fenomena jerebu.
Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dilanda jerebu yang mengakibatkan kesan yang
teruk pada sosioekonomi negara. Malah pada awal tahun 2016, beberapa kawasan di
Semenanjung Malaysia juga diselebungi jerebu. Masalah jerebu yang sememangnya sering
melanda negara Malaysia hampir setiap tahun seolah-olah sudah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca. Jerebu merupakan satu fenomena dimana habuk, asap dan kewujudan zarahzarah kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, berkumpul di ruang udara . Hal ini
menyebabkan penglihatan menjadi kurang jelas dan jarak penglihatan juga semakin
berkurangan kerana pancaran cahaya matahari ke bumi disekat oleh zarah-zarah yang wujud
dalam kuantiti banyak. Apa yang berlaku semasa jerebu ialah semua bahan pencemaran ini
tertumpu di suatu kawasan dan kemudian akan menyebabkan suatu ancaman kepada
masyarakat yang mendiami tempat tersebut. Ia juga dianggap sebagai fenomena udara kering.

1.1 Punca Jerebu


Faktor dominan yang menyebabkan berlakunya jerebu ialah pembakaran hutan secara besarbesaran. Hal ini sudah tentunya merupakan aktiviti manusia yang tidak terkawal. Menurut
sumber (Dewan Kosmik Disember 2015), sebanyak 99.9 peratus kebakaran hutan di Indonesia
berlaku disebabkan oleh manusia, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Indonesia
merupakan negara jiran Malaysia yang sering menjadi penyumbang kepada masalah
pencemaran udara di Malaysia. Pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia terutamanya di
Kalimantan dan Sumatera disebabkan pembangunan infrastruktur yang baharu seperti sekolah
dan lebuh raya. Pada bulan September dan Oktober 2015, kejadian kebakaran hutan,
terutamanya hutan paya gambut di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan sebahagian besar

ruang

udara

Malaysia

berselimutkan

jerebu.

Pembakaran

secara

berterusan

telah

menyebabkan api sukar untuk dipadamkan walaupun menggunakan pesawat udara. Hal ini
menyebabkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) mencecah 2000 di Palangkaraya,
wilayah Kalimantan Tengah pada tahun yang sama.
Punca jerebu yang seterusnya adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka secara
tidak terkawal. Terdapat beberapa pihak yang membakar sampah sarap dengan melakukan
pembakaran di kawasan rumah sendiri. Pihak yang memandang perkara ini sebagai perkara
yang remeh tidak mengetahui kesan pembakaran sampah tersebut dimana sedikit demi sedikit
asap tersebut membawa kepada masalah jerebu. Manakala terdapat para petani yang
membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan
penanaman semula. Hal ini mungkin tidak disedari bahawa angin akan membawa asap dari
pembakaran ini ke kawasan yang amat luas. Menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, terdapat 1460 kes pembakaran terbuka
termasuklah dari tapak pelupusan sampah dan pertanian dari Januari hingga April 2015.
Selain itu, kegiatan industri yang tidak terkawal juga menyebabkan masalah jerebu
melanda negara Malaysia. Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia amat
bergantung terhadap sektor perindustrian untuk mencapai negara maju. Oleh itu, banyak kilangkilang perindustrian telah dibuka sama ada untuk memproses bahan-bahan mentah atau
barang separuh siap untuk dieksport ke negara luar. Pengeluaran secara besar-besaran ini
telah menyebabkan kilang-kilang mengeluarkan asap yang seterusnya membawa kepada
pencemaran udara. Malah, situasi ini bertambah teruk apabila pengusaha kilang tidak mengikut
prosedur yang betul seperti memasang corong asap yang rendah telah memburukkan lagi
keadaan jerebu.
Fenomena jerebu juga disebabkan oleh faktor semula jadi. Kebakaran hutan juga
berpunca daripada cuaca yang panas dan kering. Kebakaran hutan yang berlaku di negara
Indonesia telah menyebabkan apinya sukar untuk dipadamkan akibat fenomena El Nino. Asapasap tersebut kemudiannya dibawa bergerak melintasi Indonesia ke negara Malaysia. Bahkan
turut menjejaskan negara jiran yang lain seperti Filipina, Brunei dan Singapura. Fenomena El
Nino yang telah melanda negara pada tahun 2015 telah menjadikan kesan jerebu lebih teruk
pada masa berkenaan ekoran daripada jumlah hujan yang kurang dan cuaca yang panas.

1.2 Bagaimana Jerebu Diukur


Jerebu diukur menggunakan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) atau API (Air Pollutant
Index) untuk memberi gambaran tentang tahap pencemaran udara di sesebuah negara. Bagi
membolehkan bacaan IPU senang difahami, ianya dinyatakan dalam bentuk julat nilai untuk
mengukur kualiti udara. Berikut merupakan panduan bacaan IPU:

Di bawah 50

Baik

51 100

Sederhana

101 200

Tidak sihat

201 - 300

Sangat tidak sihat

Lebih dari 300

Berbahaya

1.3 Isu Jerebu di Malaysia


1997 Tahun 1997 merupakan tahun dimana jerebu yang sangat merbahaya melanda negara
Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan
Sumatera dimana luas kawasan kebakaran dianggarkan 4 juta padang bola sepak. Kebakaran
tersebut bukan sahaja memberi impak kepada rakyat di negara Malaysia malah merebak
hampir kesemua kawasan Asia Tenggara. Hal ini telah menyebabkan seluruh negeri Sarawak
diisytiharkan darurat pada September 1997 kerana bacaan IPU melebihi tahap bahaya. Bagi
mengurangkan asap jerebu yang tebal, Datuk Dr Soh Chai Hock, Ketua Jabatan Bomba dan
Penyelamat melancarkan Operasi Haze dengan menghantar pasukan pemadam api Malaysia

ke Indonesia dalam misi memadam api terbesar dalam sejarah. Seramai 1200 bomba dihantar
untuk memadam api yang meliputi keseluruhan Sumatera dan Kalimantan selama 25 hari.
2005 Peristiwa jerebu telah melanda Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah
Klang kesan daripada pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Ekoran daripada
fenomena ini, dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang
apabila bacaan IPU melebihi nilai 500.
2006 Fenomena jerebu pada tahun ini berulang lagi dimana ianya merupakan antara
fenomena jerebu yang paling teruk selepas berlakunya peristiwa jerebu pada tahun 1997. Asap
jerebu sekali lagi berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia ditambah lagi dengan
fenomena El Nino. Di Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dilanda jerebu. Walaupun
pembenihan dilakukan namun ianya akan menimbulkan kesukaran kerana kualiti udara yang
kering.
2013 Kejadian jerebu pada tahun ini berlaku pada bulan Jun dimana ianya juga berpunca
daripada pembakaran hutan di Indonesia. Kawasan yang menerima impak paling teruk
daripada jerebu ialah Muar, Johor. Bacaan IPU di kawasan tersebut telah mencapai nilai 750
dimana nilainya tahap berbahaya. Maka, perdana menteri telah mengiisytiharkan darurat di
daerah Muar dan Ledang.
2015 Fenomena jerebu yang berlaku pada tahun ini juga disebabkan oleh pembakaran hutan
ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang kering. Asap daripada jerebu telah menyebabkan
beberapa kawasan di negeri Sarawak, Selangor dan Langkawi di Kedah berada pada tahap
bacaan IPU tidak sihat . Malah, masalah ini juga telah menyebabkan semua sekolah di
Kuching, Samarahan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
terpaksa ditutup sementara waktu.

2.0 KESAN JEREBU

2.1 Kesihatan
Masalah jerebu menyebabkan kesihatan orang ramai terjejas. Hal ini kerana asap yang tebal
mengandungi gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini akan
mengganggu sistem pernafasan kepada mereka yang mengalami asma dan boleh
menyebabkan sesak nafas. Fenomena jerebu pada tahun 2015 telah menyebabkan jumlah
laporan kes meningkat, terutamanya masalah pernafasan, gatal pada bahagian kerongkong,
mata pedih dan berair, serta radang kulit. Berdasarkan laporan media tempatan, di Melaka,
jumlah pesakit asma meningkat hingga 50 peratus daripada 300 pesakit kepada 600 pesakit
sejak bulan Ogos 2015.

2.2 Pendidikan
Selain

mendatangkan

masalah

kesihatan

kepada

penduduk,

masalah

jerebu

juga

mengakibatkan sesi kurikulum dan kokurikulum di Malaysia tergendala. Kebakaran hutan yang
berlaku di Kalimantan dan Sumatera dimana anggaran keluasannya adalah seluas 4 juta
padang bola sepak pada tahun 1997 telah mengakibatkan kerajaan mengiisytiharkan darurat di
negeri Sarawak kerana bacaan IPU melebihi tahap sangat bahaya. Melihat kepada keadaan
tersebut, sekolah-sekolah terpaksa ditutup.
Demikian juga pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan sekolah
dimana kawasan yang mempunyai bacaan IPU tidak sihat ditutup buat sementara waktu untuk
menjaga kesihatan pelajar. Sekolah-sekolah yang ditutup termasuklah sekolah di Melaka,
Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan kerana
kualiti udara yang membimbangkan. Keadaan ini sudah tentunya mengganggu sesi
pembelajaran dan pengajaran di sekolah kerana terhenti buat seketika. Di samping itu, muridmurid yang menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) di sekolah yang
terlibat terpaksa mendudukinya di bawah kualiti udara yang tidak sihat.
Selain itu, isu jerebu ini bukan sahaja menyebabkan sekolah rendah dan menengah di
beberapa kawasan ditutup malah aktiviti kuliah dan tutorial serta aktiviti luar di peringkat
pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia (USM) ditangguhkan. Hal ini berikutan dengan

jerebu yang semakin teruk. Masalah jerebu ini menyebabkan tenaga pengajar terpaksa
bertungkus-lumus mengejar silibus subjek yang sepatutnya sudah dirancang untuk diajar pada
hari-hari sebelumnya.

2.3 Ekonomi
Fenomena jerebu bukan sahaja menjejaskan persekitaran malah memberi impak yang besar
terhadap pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Produktiviti menjadi lebih rendah berbanding
dengan kos yang melambung tinggi. Hal ini boleh dilihat apabila kesihatan yang terjejas
menyebabkan kos tambahan bagi rawatan dan ubat terpaksa ditanggung oleh rakyat selain kos
untuk membeli penutup hidung.
Selain itu, industri pelancongan turut terjejas akibat kadar kemasukan pelancong asing
dan aktiviti pelancong tempatan menjadi sangat terhad. Akibatnya, kadar pendapatan negara
bagi sektor pelancongan menjadi lembap. Menurut sumber daripada akhbar tempatan
(Malaysiakini 2015), jerebu telah memberi kesan yang buruk terhadap sekotor pertanian dimana
harga sayur-sayuran meningkat sebanyak 50 peratus manakala pengeluarannya menurun
kepada 20 hingga 10 peratus. Asap jerebu yang tebal telah menghalang cahaya matahari untuk
sampai ke bumi dan hal ini telah memperlahankan proses pertumbuhan sayur-sayuran yang
memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kesan jerebu juga telah
menjejaskan penternakan ayam di rantau timur laut dimana kira-kira dua hingga tiga juta ayam
mati kerana masalah pernafasan. Lantaran itu, telur dan daging ayam berkurang di pasaran
negara. Ekonomi yang tergendala ini menjadi punca kepada penurunan kadar Keluaran dalam
Negara Kasar (KDNK) kerana negara Malaysia kerugian berjuta-juta ringgit.

2.4 Aktiviti Harian


Udara yang tercemar akibat jerebu dan asap yang tebal bercampur dengan molekul-molekul
merbahaya menyebabkan aktiviti rutin masyarakat dan negara terpaksa ditunda mahupun
dibatalkan. Jerebu menyebabkan jarak penglihatan penglihatan terhad kerana cahaya matahari
dihalang untuk dipancarkan ke bumi. Di Langkawai pada Oktober 2015 mencatatkan bacaan
IPU tidak sihat mencecah nilai 149 telah memaksa 34 penerbangan keluar masuk dibatalkan.
Tindakan ini merupakan langkah bagi mencegah sebarang kemalangan berlaku kerana jarak
penglihatan yang tidak baik. Pekerjaan dan rutin masyarakat seperti membuka kedai makan,
bercucuk tanam dan aktiviti menangkap ikan turut terganggu kerana sumber pencarian rezeki
terjejas akibat jerebu.

3.0 PENDEKATAN MENGATASI JEREBU


Pencemaran akibat jerebu telah mengakibatkan kesan yang buruk terhadap persekitaran.
Justeru, kerajaan telah mengambil banyak langkah bagi menangani dan mengurangkan
masalah ini daripada terus berlaku. Seperti yang diketahui, fenomena jerebu yang berlaku di
Malaysia berpunca daripada kebakaran hutan dari negara Indonesia akibat penebangan hutan
secara haram. Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu sidang akbar bahawa kerajaan
Indonesia perlu mengambil tindakan terhadap dalang yang menjadi penyebab kepada jerebu.
Hal ini kerana hanya pihak Indonesia sahaja yang boleh memperoleh bukti daripada syarikat
perladangan yang melakukan pembakaran terbuka.
Walau bagaimanapun, kerja pemantauan kebakaran di Malaysia juga dilaksanakan
secara berintergrasi yang melibatkan pelbagai pihak. Antara yang terlibat termasuklah JAS
(Jabatan Alam Sekitar), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan Negeri, pihak
berkuasa tempatan dan komuniti setempat. Dengan adanya penglibatan pelbagai pihak dalam
pemantauan kebakaran tersebut maka urusan pemantauan dapat diperluaskan dan tidak terhad
di kawasan pengurusan masing-masing. Dengan pemantauan tersebut, aktiviti yang
mencurigakan seperti pencerobohan kawasan hutan, pembakaran terbuka di kawasan kebun
dan berburu dapat dikesan.

Di samping itu, penggunaan sistem UAV, iaitu teknologi pemantauan daripada udara, isu
kebakaran hutan dapat dikawal dan ditangani pada peringkat awal. Dengan alat UAV ini, lokasi
kebakaran dan corak pergerakan api dapat dikenal pasti tanpa melibatkan jumlah tenaga ahli
yang banyak. Sebagai contohnya, UAV atau dron jenis quad copter yang ringkas, ringan dan
mudah dikawal, tetapi mampu terbang hingga ketinggian 300 meter bagi rakaman imej kawasan
kebakaran. Dengan imej ini, pihak yang terlibat dalam perancangan strategi bagi menangani
kebakaran hutan dengan lebih berkesan sebelum merebak ke kawasan yang lebih luas dapat
dibantu.
Sementara itu, kerajaan juga menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah
berjaga-jaga. Antaranya ialah memakai topeng keselamatan terutamanya mereka yang
menunggang motosikal kerana terdedah dengan udara kotor dan merbahaya. Manakala bagi
sesiapa yang menghidapi penyakit batuk, sakit paru-paru dan selesema dinasihati supaya pergi
ke klinik atau hospital sebagai langkah pencegahan. Kemerosotan kualiti udara akibat jerebu
pada bulan Oktober 2015 menyebabkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam
menasihatkan kepada orang ramai agar mengurangkan pendedahan terhadap aktiviti luar dan
menggalakkan pemakaian topeng hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan. Masyarakat
juga disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar rumah dan amalkan meminum air 8 gelas
sehari bagi mengelakkan dehidrasi.

4.0 KESIMPULAN
Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia hampir setiap tahun telah mendatangkan
banyak keburukan dan kekakangan kepada kerajaan mahupun rakyat itu sendiri. Fenomena ini
bukan sahaja melibatkan negara Malaysia malah negara-negara yang berada di sekitarnya.
Pelbagai langkah proaktif yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah yang
tidak ada henti-hentinya ini. Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia pada tahun 1997
sepatutnya diambil sebagai sebuah ikhtibar agar kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.
Kejadian yang berlaku pada tahun 1997 telah mengumpulkan kesemua pemimpin-pemimpin
anggota ASEAN menandatangani Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan
pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mencegah pembakaran hutan
dengan lebih awal berbanding dengan bertindak apabila api sudah mulai merebak ke seleruh
kawasan hutan. Jerebu rentas sempadan akan menjadi upacara tahunan bagi rakyat Malaysia,
Indonesia serta negara-negara sekitarnya jika langkah yang konkrit tidak diambil. Segalanya
bermula dengan perkara-perkara kecil yang mungkin dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Segala aktiviti yang meningkatkan risiko kebakaran perlu dicegah sepenuhnya, terutama pada
musim panas dan kering.

You might also like