You are on page 1of 23

rRESEPI BISKUT JEJARI NESTUM SUSU

BISKUT JEJARI NESTUM SUSU


Bahan-Bahan:
Bahan A
250 gm buttercup
cwn gula aicing
2 cawan nestum
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Bahan B
Gula aising secukupnya
Susu tepung secukupnya
Cara penyediaan
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan nestum, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul
sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan seperti jejari atau bentuk ikut suka. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 10 - 15 minit.
4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan Bahan B
Nota:Sy menggunakan susu tepung Everyday atau kalian boleh juga menggunakan susu tepung Dutch Lady Madu

RESEPI BISKUT PANDAN NESTUM

BISKUT PANDAN NESTUM


Bahan-bahan
-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]
Untuk hiasan
-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya
Cara-Cara
1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.
SELAMAT MENCUBA !

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Resepi Biskut Aiskrim Nestum


Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara:
- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

RESEPI BISKUT CERELAC


Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
1 cwn setengah gula halus
1 buku butter = 250g
500gm minyak masak sapi
Susu Nespray
Untuk salut luar biskut: 1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)
Cara-cara:
- Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
- Ayak tepung gandum dan tepung kanji
- Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
- Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
- Bakar dalam over macam biskut biasa
- Bila dah masak, gaulkan biskut dengan Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi. SIAPPP!!!
P/s: - Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
- Kalau nak sedap guna pure ghee ...

RESEPI BANGKIT SUSU

BANGKIT SUSU
Bahan-bahan:
250gm tepung ubi / tapioca flour
1 helai daun pandan ~ digunting kecil2
2sb gula icing ~ saya letak 1sb je
3sb susu pekat manis ( 60gm)
100gm majerin / mentega ~ saya tambah lagi sikit
Cara:
1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan hingga ringan dan sejukkan.
2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli hingga sebati.
3. Masukkan mentega sikit2 ( saya tambah mentega lagi sikit) dan uli lagi hingga lembut dan
boleh dikepal.
4. Canai doh dan terap guna acuan pilihan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu
150C selama 12 - 15 minit atau ikut kepanasan oven masimg2.
5. Sejukkan dulu baru disimpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI BISKUT CREAM CHEESE

RESEPI BISKUT CREAM CHEESE


BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu
tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di
atasnya
4/.Bakar sampai masak.

Resepi Biskut Donut

Biskut Donut Istimewa


Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek
Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand
Cara -cara :
1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati
sehingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20
minit. Sejukkan.
3. Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik
warna warni.
4. Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

RESEPI BISKUT KELAPA CERI BONDA

BISKUT KELAPA CERI BONDA


bahan-bahan:
250 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm kelapa kering
140 gm tepung gandum
140 gm tepung jagung
30 gm serbuk badam
kuning telur dan bread crumbs - untuk hiasan
ceri
cara membuatnya:
-pukul mentega dan gula hingga kembang.masukkan kuning telur,esen vanila dan
putar lagi.
-masukkan badam kisar,tepung jagung,tepung gandum.kacau sehingga sebati dan
jadikan doh.
-canai dan terap dengan acuan biskut
-sapukan kuning telur,taburkan bread crumb dan hias dengan ceri
bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

Resepi Biskut Bunga Cina

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )


100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga
kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah
digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar
mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td
hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga
cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz
bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak
berderai).
8. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan
dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah
terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Resepi Biskut Ulat Bulu

Bahan-bahan
300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma
(Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)
Cara-cara
Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa
pandan & susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli
dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung
pada adunan. Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk
doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang.
Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.
Masukkan kedalam luyang & bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan
biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..klu sdh
letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut
agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai
hiasan.

Biskut Mentega Kacang Rangup

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.
2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar
dengan kelajuan sederhana. A
3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan
mentega.
4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.

RESEPI: BISKUT MAKMUR

Bahan-bahan :
200 gm minyak sapi

160 mentega

400 gm tepung gandum

250gmTepung naik sendiri

2 biji telur

1/2 cawan kacang tanah , digoreng kering dan tumbuk

1 cawan gula kastor

cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya :
1.
Minyak sapi digaulkan dengan tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut.
Jika agak lembik, tambah lagi tepung.Jika kering tambah minyak sapi lagi.
2.

Ambil sedikit doh dan bulatkan.Leperkan dan isi inti kacang kedalamnya.

3.

Susun atas dulang dan bakar hingga masak.Sejukkan

4.

Apabila biskut telah sejuk, golekkan dengan gula kastor

5.

Masukkan dalam cawan kertas dan simpan dalam bekas.

Resepi Kuih Siput Rangup Cara Buat Kuih Siput


Hari ni aku nak kongsi resepi tradisional plak.. aku memang suka wat kueh siput ni
sejak sekolah dulu tapi yang bosanyanya buat resepi kuih siput adalah masa
untuk menyiputnya lah memang makan masa agak menguji kesabaran
melainkan korang buat ramai ramai.
Barang-barang buat kuih siput plak korang bleh tengok je kat dapur barangbarangnya adalah basic masakan biasa di rumah tak payah beli macam-macam &
kos yang murah je rasanya kos untuk resepi kuih siput mengunakan 1 kg tepung
tu tak sampai RM10 kot.. Lau korang nak jimat bleh lah buat kuih siput pada
musim perayaan nanti k.. Oh ya untuk 1 kg tepung ni bleh hasilkan lebih kurang
3 balang kecik or 2 balang besar.
Okey membebel plak panjang-panjang jom kita buat resepi kuih siput rangup ni..
Bahan-bahan untuk Resepi Kuih Siput Rangup

1 Kg Tepung Gandum
250g Majerin- di cairkan & sejukkan sebentar
3/4 Cawan udang kering (di cuci & goreng tanpa minyak)
1 Sudu Jintan Manis
1 Sudu Jintan Putih
4 Ulas Bawang Putih

1 biji telur
Santan 1/2 cawan ( aku pakai separuh kotak tu )
2 Sudu rempah kasri daging/ayam
2 Sudu serbuk cili
1 Sudu serbuk ketumbar (boleh jugak pakai yang biji tapi blend sekali dengan
bahan kisar)
Air ( dibancuh bersama garam secukup rasa)
Beberapa Tangkai daun kari

Okey Cara Memasak Resepi Kuih Siput Rangup :


1. Blend udang+Jintan+bawang (blend tak halus sgt)

2. Ayak tepung ke dalam bekas, tapi simpan sikit dalam separuh secawan tepung
untuk tambahan & untuk guna masa buat siput nanti.
3. Tambahkan rempah, serbuk cili & serbuk ketumbar & gaul sebati

4. Tambah bahan kisar & gaul lagi

5. Masukkan mentega & gaul lagi kemudian masukkan santan dan kemudian air
yang telah di bancuhkan bersama garam.

6. Mulalah menguli sampai doh menjadi lembut tambah air atau tepung jika perlu

7. Ok dah jadi cenginni jom lah menyiput lak Ok ada caranya untuk buat kuih
siput ni ye leh rujuk pic bawah ni.. caranya ialah ambil secubit kemudian letak
pada acuan kuih siput ni & guna ibu jari & pusing secara bulatan (separuh
bulatan). untuk melancarkan pembentukan, celup jari dalam tepung & tabor
tepung pada acuan supaya ianya tak melekat & lancar.

Dulang pun perlu di taburkan tepung agar kuih siput tidak melekat dengan dulang
& antara satu sama lain

aku makan masa dalam 2-3 jam jugak la nak buat ni sorang-sorang huhu bosan
giler nak abiskan sekilo tepung

8. Dah abis menyiput jom goreng plak lau ada yang melekat-lekat tu jangan risau
masa dalam kuali nanti ia akan bercerai bila di kacau-kacau. Api plak jangan
terlalu kuat eh sederhana je masak ler sampai garing tapi sebelum tu jangan lupa
taburkan bersama daun kari & biarkan daun kari garing bersama kemudian
sejukkan & leh lah di simpan bersama daun kari sekali.

Resipi kuih gunting


Inilah resipi kuih gunting Mak saya yang dia dah buat since I was a very young girl. Tapi rasanya dia dah stop buat
sekarang and I pulak lah yang take over

Bahan bahan:

1kg tepung gandum

150g udang kering

3 biji bawang merah (which I ganti dengan 50g ready-made bawang goreng)

2 sudu teh garam

3 sudu besar rempah kari

150g margarine (dicairkan)

1 cawan air
Cara cara membuatnya:

Bawang merah di racik halus dan digoreng sehingga layu.

Udang kering dikisar halus (I kisar bawang goreng ready-made bersama2 dgn udang kering ni so tak lah besar
sangat nanti).

Campurkan udang kering, bawang merah, tepung gandum, garam, serbuk kari dalam mangkuk yang besar. Mix
until well combined.

Tuang kan hot melted margarine ke dalam adunan tepung tadi dan kacau lagi hingga well mixed.

Masukkan air sedikit2 hingga dapat uli macam menguli doh karipap, tak melekat kat jari2.

(Kalau sesiapa yang ada breadmaker, bolehlah masukkan semua dlm pan tu and tekan button pasta.)

Set aside doh ni to rest for about 30 minutes.

Sesiapa yang ada pasta maker, bolehlah guna pasta maker ni untuk canai the dough senipis yang kita suka and
potong ikut shape yang kita nak. (I guna setting fettucine untuk potong2 dia.)

Kalau takde pasta maker, just canai dia senipis yg boleh (kalau tebal sangat nanti tak rapuh and tak masak bila di
goreng) and then cut it into jalur2 and then gunting panjang mana yang kita nak.

Goreng dalam minyak yang panas macam menggoreng keropok tu.

Bila dah golden brown, bolehlah angkat and tos kan.

BISKUT DAHLIA@SAMPERIT

Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)


300 g mentega
160 g gula aising (linapg gn gula castor)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-) Putar mentega dan gula aising/gula castor hingga berkrim, masukkan kuning
telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit
demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn
kaedah kaub balik gn spatula sj) Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk
biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C
selama 10-12min) Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas
jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT


Bahan-Bahan (Anggaran 120 pcs) 300 g mentega 160 g gula aising 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred
A) 1 camca teh esen vanilla 240 g tepung gandum* 100 g tepung jagung* 160 g tepung
kastard*(*LiNa Pg gn tepung kentang) Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Cara Membuatnya Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen
vanilla/rose dan putar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub
balik gn spatula sj) Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang
pembakar. (LiNa Pg tekan double layer, ijo then pink) Buat hingga siap dan hias dengan sepotong
kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg
bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata) Biarkan
biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum
disimpan dalam bekas kedap udara. Note: Sekiranya lepas tambah pewarna, adunan menjadi lembik,
tambah sedikit tepung gandum (LiNa Pg tambah dalam 1sb untuk setiap bahagian)

Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi

Bahan buat biskut lidah kucing pelangi:

250 gm mentega

175 gm gula kastor

200 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung

100 ml putih telur

1/4 sudu teh emplex

pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru

Cara buat biskut lidah kucing pelangi:


1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga berkrim.
3. Masukkan putih telur dan putar sehingga sebati.

4. Masukkan ayakan tepung dan kaup balik dengan spatula sehingga sekata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna di setiap bahagian.
6. Paipkan adunan di atas loyang khas lidah kucing dengan menggunakan bag plastik. Corak sesuai warna
pelangi.
7. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Selepas itu angkat dan sejukkan.

- Keadaan padang yang berlubang dan tidak rata biasanya akan becak dan
berlumpur pada musim hujan tidak sesuai untuk aktiviti PJ dan
KOkurikulum.
- Jalanraya dalam kawasan sekolah yang berlubang dan tidak rata.
- Pagar sekolah yang hanya menggunakan dawai berduri tidak dapat
menghalang anjing dari kampung persekitaran sekolah untuk masuk ke
kawasan sekolah.
- Lantai papan di bangunan kayu kebanyakannya telah reput dan berlubang
dan lantai simen di bangunan separa konkrit juga berlubang boleh
mendatangkan bahaya kepada murid.
- Kipas di bilik-bilik darjah tidak berfungsi.
- Soket-soket di bilik darjah kebanyakannya tidak berfungsi.
- Pendawaian elektrik di semua bangunan sekolah kecuali bangunan Pra- Sekolah sudah lama tidak
diselenggara.

You might also like