You are on page 1of 9

PANDUAN PENGGUNAAN

MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP

Daftar Kandungan
PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

Pengisian Maklumat Borang Perekodan

Penandaan Prestasi Murid Borang Prestasi

Guru Mata Pelajaran


Gred Pencapaian Ujian Penggal
Kemahiran

D Cetakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah

1 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP

A. PENGENALAN
1. Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (MODUL GABUNGAN) disediakan bagi
membantu sekolah menjana pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk Tahun 1 hingga Tahun 3
DAN Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berpandukan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM) yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Melalui Modul Gabungan ini, pelaporan PS murid akan dijana secara automatik bagi semua mata
pelajaran mengikut Kelas/Tingkatan.
3. Pihak sekolah dibenarkan membuat sebarang penambahbaikan kepada Modul Gabungan yang
dibekalkan (jika perlu).
4. Modul Gabungan mengandungi 3 jenis worksheet:
4.1 Borang Perekodan

2 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
4.2 Borang Prestasi (Bagi setiap mata pelajaran) contohnya Bahasa Melayu;

4.3 Pelaporan Murid

3 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
B. PENGISIAN MAKLUMAT BORANG PEREKODAN
1. Pada ruangan TAHUN PERSEKOLAHAN, isikan tahun semasa contohnya: 2015;

2. Pada ruangan NAMA SEKOLAH, isikan Nama dan alamat sekolah;

3. Pada ruangan KELAS, isikan Darjah/Tingkatan dan Kelas;

4. Pada ruangan NAMA GURU TINGKATAN, isikan nama guru kelas berkenaan;

4 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
5. Lengkapkan maklumat NO MYKID/SURAT BERANAK/DOKUMEN, NAMA MURID dan JANTINA
murid. Maklumat murid boleh ditaip oleh guru, atau disalin daripada lain-lain sumber.

6.

Jantina murid boleh disalin atau dipilih dari pull down menu yang disediakan.

5 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
C. PENANDAAN PRESTASI MURID BORANG PRESTASI
1. Maklumat berikut akan dipaparkan secara automatik pada BORANG PRESTASI apabila guru
mengisi pada BORANG PEREKODAN. Pada ruangan NAMA GURU MATA PELAJARAN, isikan
nama guru mata pelajaran berkenaan;

2. GRED PENCAPAIAN UJIAN PENGGAL


2.1 Gred Pencapaian Ujian Penggal boleh diisi dengan menaip gred yang dicapai oleh murid
ke dalam Kotak GRED PENCAPAIAN UJIAN PENGGAL.

2.2 Gred murid boleh juga dipilih melalui pull down menu yang disediakan pada kotak GRED
PENCAPAIAN UJIAN PENGGAL. Contohnya A;

2.3 Mesej peringatan ini akan dipaparkan sekiranya data selain dibenarkan diisi. Contohnya
M;

6 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
3. KEMAHIRAN
3.1 Penguasaan murid boleh diisi dengan menaip BAND berkenaan pada Kotak kemahiran.

3.2 Penguasaan bagi setiap kemahiran murid boleh dipilih melalui pull down menu yang
disediakan pada kotak Band penguasaan murid. Contohnya Band 5;

3.3 Mesej peringatan ini akan dipaparkan sekiranya data selain dibenarkan diisi. Contohnya
K;

7 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
D. CETAKAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
1. Pelaporan murid yang ingin dicetak boleh dipilih pada pull down menu yang disediakan.
Maklumat murid yang dipilih akan dipaparkan pada skrin pelaporan.

2. Guru boleh mencetak pelaporan berkenaan dengan pergi kepada File Print seperti berikut:

8 daripada 9

PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN GABUNGAN SEMUA MP
1. Nama guru kelas akan dipaparkan secara automatik pada pelaporan.
2. Tarikh yang dipaparkan adalah tarikh pelaporan dicetak.
3. Tanda (*) pada kotak BAND menunjukkan murid menguasai Band tertinggi bagi TEMA/TAJUK
berkenaan.

4. Pihak sekolah dibenarkan menambahbaik format pelaporan yang dicadangkan dengan


menambah logo sekolah dan lain-lain yang difikirkan perlu.

9 daripada 9

You might also like