You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan
Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah
manusia dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Mok
Soon Sang (2008) pula, potensi manusia yang ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza
kerana bukan semua individu yang mempunyai peluang untuk mempertingkatkan potensi
mereka dalam alam kehidupan. Secara ringkasnya, potensi manusia yang terpendam boleh
dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai. Oleh itu, dalam
konteks pendidikan sekolah, guru, ibu bapa, dan komuniti memainkan peranan penting
untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan.
2.0 Komitmen Semua Pihak Dalam Mencungkil Kepelbagaian Potensi Murid
Menurut Howard Gardner, L. I. Thurstone (1938), telah mengemukakan Teori Pelbagai
Kecerdasan yang diberi definisi kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai
kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan
tempat dan mempunya hasilan yang efektif. Manakala, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Gardner (2000) berpendapat bahawa manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan
semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang
kompeten. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan
kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian.
2.1 Komitmen Sekolah
Sekolah merupakan merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada murid serta memperkembangkan potensi dan kebolehan
murid tersebut secara optimum. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting untuk
membantu murid mencungkil bakat dan potensi mereka sejak zaman persekolahan dengan
mengadakan aktiviti yang boleh memperkembangkan kecerdasan mereka. Menurut Buletin
Kencana Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (2015), Sekolah Berasrama penuh
1

Integrasi Rawang di Selangor telah melibatkan ketiga-tiga muridnya untuk menyertai


Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah yang berlangsung di Pallas Mall, Iasi, Romania.
Murid-murid tersebut telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pameran tersebut
dan telah mengharumkan nama sekolah serta negara.
Sekolah tersebut merupakan contoh yang telah berjaya mencungkil bakat muridmuridnya dalam aspek kecerdasan logical-matematikal, dan kecerdasan interpersonal
murid-murid tersebut (Gadner, 1938). Kecerdasan

logical-matematikal merangkumi

kecerdasan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
Manakala, kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial yang termasuk
semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan
antara

manusia.

Kedua-dua

kecerdasan

ataupun

potensi

amat

penting

dalam

perkembangan pembelajaran mereka pada masa depan dan secara tidak langsung mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka dalam daya ciptaan mereka. Potensi mereka
dapat membantu memperkembangkan negara pada masa yang akan datang jika dapat
dicungkil dan diperkembangkan dengan bimbingan yang sesuai.
2.2 Komitmen Guru
Selain daripada pihak sekolah, guru juga merupakan salah satu watak yang penting
untuk mencungkil kepelbagaian potensi di kalangan murid serta memberi bimbingan
memperkembangkan potensi mereka. Seorang guru yang berkomitment boleh mengadakan
kem motivasi untuk mencungkil kepelbagaian potensi murid-murid terutamanya kecerdasan
interpersonal. Menurut Saiful (2015), Seramai 30 pelajar dari Malaysia, Jepun dan India
yang berusia 16 dan 17 tahun telah mengambil bahagian dalam sebuah programme sains
sekolah menengah antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan
bimbingan guru-masing-masing. Program seperti ini akan dapat diadakan lebih kerap agar
memberikan impak kepada murid-murid yang menyertainya. Komitment seseorang guru
yang memberi bimbingan kepada murid tersebut sudah pasti dapat mencungkil potensi dan
meningkatkan minat mereka dalam proses pembelajaran mereka.
2

Melalui aktiviti seperti Program Sains Sekolah Menegah diadakan, kecerdasan


interpersonal iaitu kecerdasan interaksi sosial yang dapat melatih sifat kepimpinan dan cara
berkomunikasi yang betul dapat dicungkil dan diperkembangkan dengan bantuan guru.
Tanpa bimbingan dan bantuan guru, seseorang murid yang berbakat tidak mungkin dapat
memperkembangnkan potensinya dan bakatnya. Guru merupakan bahan rangsangan yang
membolehkan murid lebih memahami kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta memberi
tunjuk ajar kepada mereka yang ingin mempertingkatkan kebolehan diri sendiri. Oleh itu,
guru berperanan penting dalam mencungkil bakat murid yang mempunyai pelbagai
kecerdasan dan latar belakang yang amat berbeza dalam sekolah serta memberi
pengajaran yang sesuai untuk perkembangan yang berkekalan.
2.3 Komitmen Ibu Bapa
Di samping itu, ibu bapa juga memberi sumbangan dalam pencungkilan
kepelbagaian potensi di kalangan murid selain daripada pihak sekolah dan guru yang juga
memainkan peranan mereka dalam proses ini. Setiap anak yang dilahirkan dengan keadaan
sempurna dan berpotensi untuk menjadi insan cemerlang merupakan individu yang berjaya
di dunia dan akhirat (Abdul Rahman Anuar, 2002). Menurut Rohani Abddullah (2007),
penglibatan

ibu

bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Penglibatan


ibu bapa dalam arus pembelajaran anak-anak mereka amatlah penting kerana ia dapat
memberi kesan yang positif terhadap perkembangan potensi anak-anak antaranya
bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku
yang lebih baik dan seimbang (Conway, 2003).
Ibu bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang dapat menggalakkan
kerjasama anatra pihak sekolah untuk membantu mencungkil potensi anak-anak mereka.
Program Motivasi Bersama dengan Ibu Bapa yang dianjurkan oleh Program Kemasains
pada 7 Mac 2015 merupakan salah satu program yang dapat memenuhi matlamat tersebut
(Buletin Kencana Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 2015). Program tersebut
3

telah memberi motivasi kepada ibu bapa dan anak-anak mereka yang bakal menghadapi
peperiksaan UPSR. Dengan menganjurkan seminar ibu bapa dan guru dapat pendedahan
berkenaan ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung dan mereka boleh
berbincang berkenaan perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaia secara
berterusan yang dijalankan oleh guru. Dengan kerjasama tersebut, kepelbagaian potensi
murid dapat dicungkil dan diperkembangkan samaada di dalam sekolah atau di rumah
secara keseluruhan.
2.4 Komitmen Komuniti
Penglibatan Komuniti dalam pencungkilan kepelbagaian potensi murid memang tidak
boleh diabaikan. Bedasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012),
penglibatan

pihak

swasta

dalam

perkembangan

pendidikan

dapat

meningkatkan

pembelajaran murid dan secara tidak langsung mempertingkatkan potensi mereka. Pihak
komuniti boleh merangkumi aktiviti yang berpusatkan murid (termasuk inisiatif seperti
program mentor, lawatan murid, latihan sandaran industri), berpusatkan sekolah (termasuk
tajaan peralatan sekolah, bahan bantuan pembelajaran, dan bantuan dalam bilik darjah),
dan berpusatkan komuniti (seperti perkhidmatan komuniti, prestasi murid) untuk membantu
mencungkil dan memperkembangkan kepelbagaian potensi mereka.
Penglibatan komuniti dalam pencungkilan kepelbagaian bakat murid amat penting
kerana kebolehan dan kecerdasan murid tersebut dapat dicungkil dan diperkembangkan
secara keseluruhan. Masyarakat selaku pengguna jasa lembaga pendidikan memiliki
kewajiban

untuk

mengembangkan

kepelbagaian

potensi

murid

serta

menjaga

keberlangsungan penyelenggaraan proses pendidikan. Utusan, salah satu penerbit surat


khabar telah mengedarkan majalah yang bernama Tutor Utusan Malaysia yang membantu
murid untuk pembelajaran murid dan murid terutama dari sudut memberi rujukan akhir
sebelum menduduki peperiksaan (Utusan Online, 2016). Program yang dianjurkan
menunjukkan komitment pihak komuniti untuk meningkatkan kualiti proses pembelajaran
murid serta secara tidak langsung memperkembangkan potensi murid tersebut.
4

Rajah 1.0 Program Tutor dianjurkan oleh Uusan Malaysia merupakan salah satu komitmen
komuniti terhadap pencungkilan kepelbagaian potensi murid.
Secara kesimpulan, penglibatan sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti dalam
pencungkilan potensi setiap murid amat diperlukan supaya kebolehan mereka tidak
terpendam. Tanpa penglibatan mana-mana pihak akan mejejaskan perkembangan
pembelajaran dan potensi murid-murid pada masa kini. Menurut Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012), punca keberhasilan murid Malaysia, menilai
penggerak utama dan punca prestasi murid seperti kualiti guru, kepimpinan sekolah serta
pelibatan ibu bapa dan komuniti. Oleh itu, permuafakatan antara sekolah, guru, ibu bapa,
dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara
berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.
(1136 patah perkataan)

3.0 Rujukan
Abdul Rahman Anuar. (2002). Ilmu Keibubapaan - Usaha Cungkil Potensi Anak.
Conway, J.2003. Parental involvement in school
children.poststructural ideas. New York: Routledge.

can

work

wonders

for

Dimuat turun pada Ogos 1, 2016 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2002&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm&arc=hive
Gardener, H. (1993). Multiple Intelligences: The Theory in Practice. New York: Basic Books.
Gardner, H. (2000). The Disciplined Mind: Beyond Facts and Standardized Tests, The K-12
Education that Every Child Deserves. Cambridge: Penguin Books.
Kem Ilmu Sains 2015. (2015). Buletin Kencana Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang. p. 29. Daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.
Selangor: Siri Pengajian Profesional.
Program Motivasi Bersama Dengan Ibu Bapa dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains
UPSR 2015. (2015). Buletin Kencana Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. p.
29. Daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Shahrani Ahmad. 2007.
Prasekolah. Selangor: PTS Profesisional Publishing SDN. BHD

Panduan Kurikulum

Saiful Bahri Kamaruddin. (2015). Kem Sains Di UKM Cungkil Bakat Baru.Dimuat turun pada
Ogos 1, 2016, daripada
http://www.ukm.my/news/Latest_News/kem-sains-di-ukm-cungkil-bak at-baru/
Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Rawang Menang Anugerah di Romania. (2015).
Buletin Kencana Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. p. 18. Daripada Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Utusan Online. (2016). Tutor bantu pembelajaran, tingkat prestasi pelajar di Kota
Samarahan.
Dimuat
turun
pada
Ogos
1,
2016
daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tutor-bantu-pembelajaran-tingkat-prestasipelajar-di-kota-samarahan-1.365842

4.0 LAMPIRAN

You might also like