You are on page 1of 1

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN SAHABAT YANG DERMAWAN

Saidina Uthman bin Affan seorang sahabat Nabi saw yang berasal daripada
keluarga bangsawan, kaya dan berpengaruh namun sangat rendah
hati,dermawan, penyabar malah taat serta khusyuk dalam beribadat.
Perangai dan keperibadiannya sangat terpuji , bahkan sebelum memeluk
Islam beliau terkenal dengan kejujuran dan keramahan. Keperibadian beliau
benar-benar gambaran daripada akhlak yang baik menurut Islam. Nabi
mencintai beliau kerana akhlaknya. Mungkin kerana itu juga, Nabi
mengizinkan dua puterinya menjadi isteri Uthman ra.
Beliau mendermakan hartanya tanpa hitungan, menghimpun Al Qur'an dan
Sunnah serta menemani Sang Kekasih di dalam syurga.
Ketika bahaya musuh mengancam, lalu beliau membayar belanja hartanya
untuk jaysul usrah (Pasukan di Masa susah). Dahaga datang lalu beliau
membeli Bi'rur Raumah-telaga yang berair tawar dan enak rasanya, milik
seorang yahudi yang menjualnya, hingga airnya boleh diambil oleh para
sahabat dengan percuma. Ketika kelaparan menghalang lalu beliau memberi
makanan kepada manusia di masjid.
Dari Islam, Utsman mengambil kelapangan. Dari kebenaran, beliau
mengambil kejelasan. Dari tabiat-tabiat beliau, beliau mengambil rasa malu.
Dan dari nilai-nilai baik beliau mengambil kemurahan hati. Hartanya
kemudahan pelbagai kesulitan dan rasa malunya penyingkir pelbagai
kesalahan.
Dengan amal beliau membayar belanja para pasukan perang dan
menanggung kos hidup kaum Muslim, maka beliau mendengar Muhammad
Saw berkhutbah diatas mimbar, "Ya Allah, Ridhalah kepada Uthman kerana
aku redha kepadanya.
Bila bintang menatapnya, dia sedang bersujud
Bila mentari melihatnya, dia sedang berderma

You might also like