You are on page 1of 1

Kesan Kafe Siber ke atas Para Pelajar

Kemunculan kafe siber di negara kita dengan banyaknya merupakan suatu


perkara yang membanggakan. Hal ini demikian kerana usaha kejayaan untuk
mengajak rakyat celik komputer dan tahu menggunakan Internet mendapat
sambutan yang menggalakkan. Kini, kafe siber menjadi tumpuan, terutamanya
dalam kalangan pelajar sekolah untuk menguasai teknologi maklumat.
Walau bagaimanpun, kafe siber ini memberikan kesan positif dan negatif
kepada para pelajar. Antara kesan positif termasuklah mereka dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai makumat. Misalnya, pelajar
dapat melayari laman-laman sesawang yang berbentuk pendidikan. Hal ini dapat
membantu pelajar mengetahui pelbagai isu dan maklumat yang berkaitan
dengan pelajaran mereka.
Selain itu, pelajar dapat menambahkan kemahiran di alam maya. Sebagai
contoh, mereka dapat berbual-bual dengan kenalan mereka yang berada di
mana-mana sahaja melalui e-mel. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan
Internet. Bagi pelajar yang tiada kemudahan Internet di rumah, kafe siber
merupakan tempat yang paling sesuai untuk menikmati kemudahan ini. Di
samping itu, mereka juga mendapat maklumat dan pengetahuan melalui
perbincangan dengan rakan-rakan.
Sungguhpun
demikian,
kewujudan
dunia
tanpa
sempadan
ini
menyebabkan pelajar terdedah kepada kesan negatif apabila sering
mengunjungi kafe siber. Antaranya termasuklah mereka bebas melihat gambargambar tidak senonoh yang berlambak dalam jaringan Internet. Dalam hal ini,
pemilik kafe siber hendaklah memainkan peranan untuk memantau perkara ini.
Hal ini demikian kerana kesan sosial yang kurang baik akan timbul dalam
kalangan pelajar pula.
Kafe siber juga dikenal pasti sebagai tempat untuk pelajar berpelesiran
selepas tamat waktu persekolahan. Kemudahan yang disediakan serta kawalan
yang longgar menyebabkan pelajar seronok duduk di kafe siber. Sesetengah
pelajar pula sunggup ponteng sekolah semata-mata untuk melepak dan
menghabiskan masa di tempat tersebut.
Kesimpulannya, pertambahan kafe siber amatlah digalakkan kerana
teknologi ini banyak membawa kemudahan. Namun begitu, keadaan di dalam
kafe siber perlulah dikawal selia agar pelajar yang mengunjungi tempat itu tidak
menyalahgunakan laman sesawang untuk menenuhi nafsu dan kesenorokan diri.
Justeru, semua pihak hendaklah menggalas tanggungjawab demi mencegah
anasir-anasir negatif dalam kalangan pelajar yang mengunjungi tempat ini.

You might also like