You are on page 1of 3

1)

KESAN

DENGAN

PENDUDUKAN
TUMPUAN

JEPUN

KEPADA

TERHADAP

SOSIOPOLITIK

KEINTELEKTUALAN

DAN

TEMPATAN
ORGANISASI

SOSIOPOLITIK

Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui Kota Bharu pada 8 Disember
1941. Tentera Jepun telah ber jaya menawan seluruh Tanah Melayu dan Singapura
dalam jangka masa kurang daripada dua bulan setcngah. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu telah bcrmula pada 15 Februari 1942. Sepanjang pendudukan .Iepun sclama
tiga tahun setengah di Tanah Melayu, pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk
mengukuhkan kedudukan mcreka. Segala dasar telah mendatangkan kesan terhadap
kehidupan sosial dan ckonomi Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu sentiasa berada
dalam kesengsaraan dan tertekan akibat dasar pemerintahan tentera Jepun.
Kesan sosial pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah renggangnya hubungan antara
kaum. Tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum. Orang
Melayu dan orang India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun, manakala orang Cina
dilayan dengan buruk. Orang Melayu telah dilantik menjadi kempeitai Jepun yang
ditugaskan untuk menangkap orang Cina. Hal ini telah menambahkan kebencian dalam
kalangan orang Cina terhadap orang Melayu. Permusuhan antara kaum semakin
menebal antara kaum Melayu dengan Cina. Selain itu, kaum Cina telah berpindah ke
kawasan

pinggir

hutan

akibat

ancaman

tentera

Jepun.

Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan untuk menerapkan nilai budaya Jepun
dalam masyarakat tempatan, terutamanya orang Melayu. Sehubun-an itu, penggunaan
bahasa Jepun telah diperluas di Tanah Melayu. Bahasa pengantar di sekolah teiah
ditukar daripada hahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Dalarn bidang pentadbiran,
penunaan bahasa Jepun diutamakan, contohnya peluang kenaikan pangkat dan gaji
berdasarkan kemahirnn herbahasa Jepun. Kerajaan telah mengadakan kursus-kursus
pendek bahasa Jepun. Selain itu, penerapan budaya Jepun telah dilaksanakan
terhadap seluruh masyarakat, contohnya mengisytiharkan cuti-cuti umum sempena hari

perayaan di negara .Iepun. Kerajaan Jepun tclah mengharamkan penggunaan bahasa


Cina

dan

pelaksanaan

sekolah

Cina

di

Tanah

Melavu.

Di samping itu, berlaku perubahan terhadap sistem persekolahan di Tanah Melayu.


Dasar Pelajaran Jepun telah dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid diwajibkan untuk
menyanyikan

lagu

kebangsaan

Jepun,

iaitu Kamigayo pada

setiap

pagi

dan

menghormati bcndera Jepun. Tujuan Jepun berbuat demikian supaya penduduk Tanah
Melayu akan menghormati maharaya Jepun. Antara mata pelajaran wajib di sckolah
ialah

nyanyian

dan

muzik

dari

Jepun.

Selain itu, pendudukan Jepun turut memberikan kesan yang buruk terhadap taraf
kesiharm penduduk Tanah Melayu. Penyakit seperti malaria. beri-bcri dan taun merebak
dcngan meluasnya. Sumber makanan yang terhad dan tidak berzat seperti ubi kayu
dan keledek telah memburukkan lagi keadaan kesihatan penduduk. Kadar kernatian
akihat daripada kekurangan zat makanan telah meningkatdengan mendadakdalam
kalangan rakyat Tanah Melayu. Tentera Jepun telah merampas bekalan makanan dan
ubat-ubatau untuk kegunaan tenteranya. Bekalan ubat-ubatan tidak dibekalkan ke
klinik-klinik, manakala doktor dan jururawat telah dihantar ke kem tawanan.
Pendudukan Jepun telah memberikan kesan negatif terhadap ckonomi Tanah Melayu.
Kemusnahan terhadap sumber ekonomi, terutama ladang getah dan lombong bijih
timah telah berlaku dengan teruknya. Tentera British tclah memusnahkan ladang getah
dan lombong bijih timah sebelum meninggalkan Tanah Melayu. Semua kelengkapan
melombong,

seperti

kapal

korek telah dimusnahkan di bawah dasar 'bumi hangus'. Para pekerja turut
meninggalkan kawasan ladang dan lombong untuk menyelamatkan diri. Tanah Melayu
yang bergantung sepenuhnya pada bahan eksport tersebut telah terjejas teruk.
Misalnya pada tahun 1941, hasil bijih timah ialah 79 000 tan telah merosot menjadi
3000 tan pada tahun 1945. Malahan sistem pengangkutan dan perhubungan turut
musnah. Tentera Jepun tidak memulihkan kemusnahan infrastruktur di Tanah Melayu.
Keadaan

ini

memburukkan

lagi

ekonomi

Tanah

Melayu.

Selain itu, masalah inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Kekurangan barangan

keperluan di pasaran, terutamanya barangan makanan. Tambahan pula, pihak Jepun


telah mengeluarkan wang kertas Pokok Pisang tanpa kawalan. Hal ini telah
menyebabkan nilai mata wang tersebut jatuh. Harga barangan keperluan telah
meningkat beberapa kali ganda. Misalnya, harga beras (500 gram) pada tahun 1941,
telah melonjak naik kepada $120.00 pada bulan Ogos 1945. Beras juga sukar untuk
diimport dari Burma dan Thailand kerana Jepun telah dikenakan sekatan perdagangan
antarabangsa. Jepun yang telah melaksanakan ekonomi kawalan telah merugikan
penduduk tempatan. Amalan rasuah, menyorok barangan dan pasaran gelap berlaku di
manamana.
Pendudukan Jepun telah menyebabkan banyak industri baru muncul di Tanah Melayu
untuk menampung kekurangan barangan. Misalnya, penggunaan bahan api daripada
susu getah, penciptaan tayar tanpa tiub daripada getah padat, benang daripada daun
nanas dan kertas daripada buluh, daun getah dan lalang. Selain itu, perusahaan
tradisional telah berkembang dengan pesatnya seperti menghasilkan minyak daripada
kelapa,

gula

kelapa

dan

rokok

daun.

Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan yang


mendalam terhadap kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun di negara kita berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 15
Ogos 1945

You might also like