You are on page 1of 3

2.

0 METODOLOGI PENILAIAN
Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Dengan melalukan penilaian ini kita dapat
membuat tindakan berdasarkan maklumat yang dikumpul serta beberapa penilaian awal yang
telah dibuat. Malahan, menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,
memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan
pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang
dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat
keputusan.
Seterusnya, Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam
bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Popham (1975) pula, menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu
tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru
memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai
pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran
pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang
berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau
temubual.
Oleh itu, pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang
sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna
bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya, penilaian boleh didefinisikan

secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tercapai.
Selain itu, penilaian juga merupakan konsep yang telah digunakan dalam pelbagai
bidang. Penilaian dilakukan kerana ia mempunyai matlamatnya tersendiri, iaitu dengan
mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat
yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Sekiranya tidak tercapai kita boleh tahu
perkara yang bole kita buat bagi mencapainya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu
cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana
maklumat dan bukti amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam
pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang
ditetapkan oleh guru untuk muridnya, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M). Dengan ini kita boleh melakukan penilian prestasi mereka dalam kemhiran
tersebut.
2.1 Langkah dalam melakukan penilaian
a) Mendapatkan maklumat melalui pengukuran
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa
definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka)
tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh
mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Oleh Itu, dengan ini guru akan
memulakan penilaian dengan mecari maklumat murid melalui pengukuran ini.
b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
Setelah itu, guru akan menetapkan kriterian pengukuran yang dilakukan sama ada dari segi
tingkah laku, penulisan, lisan serta kebolahan lain murid. Dengan ini mudah untuk guru
menilai hasil serta pencapaian murid dala sesuatu bidang yang telah ditetapkan leh guru.
c) Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
Seterusnya, guru membuat penaksiran setelah mendapat maklumat serta hasil daripada
memdapat maklumat dari pengukuran serta setelah dilakukan penilaian setelah menetakan
kriteria yang ingin dinilai.

2.2 Penilaian Formatif


Penialaian formatif merupakan satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Penilaian ini dilakukan bagi mengesan
penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera.
Sebagai contoh dalam satu matapelajaran yang mereka kurang faham serta topic yang
diajar oleh guru.

You might also like