You are on page 1of 7

Teori Rasional Emotif Behavioral Terapi

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan
pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak
mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal
tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal
dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu
beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah
laku kognitif.

Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan


kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan
nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin
menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam
memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan
terapi perkahwinan, keluarga dan seks. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah
menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian
mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak
saintifik.

Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana
ada orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.
Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan,
penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses
teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan
untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di
dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif
terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk
Reason and Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A
Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.
Pendekatan Teori

REBT juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang
mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori
Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan
oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek
tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan,
penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak
deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran
daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia
merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk
melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita
dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa
kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya
kepada orang yang signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain
dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan
datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya
mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran
kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak
sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam
konteks terapi ini.

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai


keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.
Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan
produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam
keadaan tidak gembira dan menghasilkan output.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET
iaitu; pertama, mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri
sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata
dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik.
Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent
Womans Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The RationalEmotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan
manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia
supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia
boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada
lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak
menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati
Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi
tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan
lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: When people
emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When
they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one
must understand how a person feels, thinks, perceives and acts.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak


sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku
akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti
keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan
tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia
dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan
pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh
kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri
yang telah mereka pelajari.

Gerald Corey (1996) menjelaskan bahawa terapi RET berlandaskan kepada


andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara
rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya,
bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi
dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga
berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar,
mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri,
cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini
meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri
mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih
harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian


tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak
rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak
boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi
untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional.
Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan
itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri
individu itu sendiri.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif


dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih
untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk
mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh


Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran

yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional
dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem
kepercayaan mereka.

Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran


rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem
kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional.
Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu
kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya.
Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat
sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu
bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut
supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih
harmonis.

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku
maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis
iaitu :
A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor
sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam
peperiksaan.
B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief
system. Misalnya, saya tidak kelihatan cantik atau hodoh
C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan
ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.
D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan
memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan
individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya
tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam
hidup saya.
E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian
yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti
berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri.
Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka
menyatakan sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan
semestinya. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan keran
memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua
peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan
kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri,
meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien
melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang.

Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional
tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan
tersebut.

Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka
perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu
menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.

Teori personaliti ABC berpusat kepada terapi REBT dan dipraktikkan ;


A = kenyataan , cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang
individu.
C = ialah emosional dan akibat atau tindakan dan tingkah
laku individu. Tindakan ini boleh jadi sesuai atau sebaliknya.
B =(Peristiwa) bukan menyebabkan C (akibat emosional) sebaliknya
B, di mana individu percaya tentang A menyebabkan C.

Sebagai contoh : Seseorang yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh


suaminya. Kesedihan terjadi bukan kerana penceraian yang menyebabkan
kesdihan tetapi kepercayaan individu itu tentang kegagalan kerana ditolak atau
kehilangan pasangannya. Ellis telah menegaskan bahawa sebab utama
kesedihan ialah bukan kerana peristiwa diceraikan (A). Oleh yang demikian
manusia bertanggungjawab tentang kewujudan tindakan emosional dan
gangguan. Ellis telah menunjukkan bagaimana manusia boleh mengubah
kepercayaan tidak rasional secara langsung menyebabkan akibat gangguan
emosional dirinya.
Bagaimanakah emosional yang terganggu itu timbul? Dalam hal ini , Ellis telah
menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa
berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu
berkata : Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan
saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan
manusia yang paling bodoh

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti. Keadaan ini
akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan
yang tidak rasional itu.
Selepas itu keperluan D pula ialah mengaplikasi secara saintifik bagi membantu
klien mencabar sistem kepercayaannya yang tidak rasional. Ellis dan Benard
(1986) telah mengkategorikan 3 komponen dalam proses mencabar klien iaitu:

i. Mengesan iaitu klien akan belajar bagaimana mengesan kepercayaan tidak


rasionalnya terutamanya sikap yang terlalu sempurna patut, mesti, tersangat
teruk atau kalah diri .
ii. Selepas itu klien akan belajar mempersoalkan kepercayaan yang menyekatnya
selama ini.
iii. Kemudian klien akan belajar mendikriminasikan kepercayaan yang tidak
rasional (self defeating) dan mempercayai akan kepercayaan yang rasional (self
helping).

REBT (Rational Emotive Behaviour Theraphy) merupakan teori yang dibangunkan


oleh Albert Ellis dimana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini menekankan
kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang menyebabkan
berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu.

A. Konsep Dasar
Menurut Albert Ellis, manusia pada dasarnya adalah unik yang mempunyai
kecenderungan untuk berfikir rasional dan tidak rasional. Ketika berfikir dan
bertingkahlaku rasional manusia akan berkesan, bahagia, dan cekap.

Ketika berfikir dan bertingkahlaku tidak rasional individu itu menjadi tidak
berkesan. Reaksi emosional seseorang sebahagian besar disebabkan oleh
penilaian, tafsiran, dan falsafah yang disedari mahupun tidak disedari.

Halangan psikologi atau emosional tersebut merupakan akibat dari cara berfikir
yang tidak logik dan tidak rasional, yang mana emosi yang menyertai individu
dalam berfikir penuh dengan prasangka, sangat personal, dan tidak rasional.

Berfikir tidak rasional ini bermula dengan belajar secara tidak logik yang
biasanya diperoleh daripada orang tua dan budaya tempat dibesarkan. Berfikir
secara tidak rasional akan tercermin dari kata-kata yang digunakan.

Kata-kata yang tidak logik menunjukkan cara berfikir yang salah dan kata-kata
yang tepat menunjukkan cara berfikir yang tepat. Perasaan dan fikiran negatif
serta penolakan diri harus dilawan dengan cara berfikir yang rasional dan logik,
yang boleh diterima menurut akal sihat, serta menggunakan cara verbalisasi
yang rasional.

Menurut teori REBT, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem
kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan yang
tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah
memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya
adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orangorang penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan
rakan-rakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia
seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga
mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau
tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan
dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat
penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai
bahawa masa lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang
individu pada masa kini.

Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya


yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada
kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak
baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika
berhadapan dengan perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu
mempercayai bahawa ia perlu memikirkannya dan akan risau tentangnya.

Pandangan pendekatan rasional emotif tentang keperibadian boleh dikaji dari


konsep-konsep kunci teori Albert Ellis: ada tiga asas yang membina tingkah laku
individu, iaitu Antecedent event (A), Belief (B), dan Emotional consequence (C).
Kerangka tiang ini yang kemudian dikenal dengan konsep atau teori ABC.

You might also like