You are on page 1of 7

Pengenalan

Kecederaan sukan didefinisikan sebagai kecederaan yang berlaku sama ada semasa bersukan
ataupun akibat daripada latihan yang berlebihan tanpa panduaan yang betul. Kepelbagaian
jenis sukan yang dijalankan sering mengundang pelbagai jenis kecederaan yang dialami oleh
ahli sukan. Peralatan sukan yang berlainan bentuk dan berat yang berbeza merupakan salah
satu sebab kecederaan sukan sering berlaku. Selain itu, terdapat ahli sukan yang sering
mengabaikan langkah-langkah awal sebelum memulakan sebarang bentuk latihan. Hal ini
boleh menyebabkan mereka mendapat kecederaan semasa sedang menjalankan latihan.

Terdapat beberapa langkah-langkah awal sebelum memulakan latihan untuk mengelak


sebarang kecederaan berlaku. Langkah pertama adalah ahli sukan hendaklah memastikan
pakaian yang dipakai semasa bersukan mestilah selesa dan sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan, cuaca dan menyerap peluh. Tambahan pula, peralatan yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan individu tersebut. Selain itu, peralatan
keselamatan perlu digunakan untuk melindungi diri daripada kecederean seperti shin pad,
sarung tangan dan sebagainya. Tempat menjalankan latihan atau bersukan mestilah bebas
daripada barang berbahaya dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Semua ahli sukan mestilah memanaskan badan sebelum memulakan latihan dan menyejukkan
badan selepas menjalankan latihan. Tujuan memanaskan badan adalah untuk membolehkan
jantung,paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja
mereka. Selain itu, memanaskan badan dapat membantu meningkatkan suhu badan dan otot
serta meningkat intensiti pergerakan dan mengurangkan ketegangan pada otot. Tujuan
menyejukan badan pula adalah untuk mengurangkan kelesuan dan meningkatkan fleksibiliti
otot, menurunkan tekanan darah dan mempercepatkan peredaran darah ke jantung serta
mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara progresif. Oleh itu, setiap ahli sukan
mestilah mengambil langkah awal untuk mengelak berlakunya sebarang kecederaan.

Garis panduan sebelum melakukan latihan


F

Frequency ( Kekerapan)

3 5 /52
Intensity ( ketahanan kegiatan)

Mula dgn 60 % - 75 % MHR


Target 70% - 85 %
Type of activity ( Jenis aktiviti)

Aerobic , joging dan lain-lain


Time/ duration ( Jangka masa)
Mula dgn 5 15 minit / sesi
Target 30 60 minit / sesi

Klasifisikasi kecederaan sukan

Kecederaan sukan boleh diklasifisikasikan kepada beberapa bahagian:


i.

Kecederaan ringan atau first degree injury

Kecederaan ringan atau first degree injury kebiasaannya berlaku dibahagian luar kulit
dengan koyakan mikroskopik. Gejala yang sering dihadapi adalah individu tersebut berasa
tidak selesa yang minima tetapi tidak mempengaruhi pencapaian mereka. Contoh-contoh
kecederaan adalah seperti luka abrasi, kontusi ataupun lebam, mild sprain dan sebagainya.
ii.

Kecederaan sederhana atau second degree injury

Kecederaan sederhana merupakan tahap kecederaan kedua yang sering berlaku dikalangan
ahli sukan yang akan menyebabkan kerosakan tisu yang ketara. Tanda dan gejala yang
dialami adalah seperti luka, sakit, bengkak, kemerahan atau panas. Ini dapat menyebabkan
anggota badan yang cedera gagal berfungsi dengan baik dan akan mempengaruhi pencapaian
ahli sukan. Contoh-contoh kecederaan adalah seperti hematoma, muscle tear atau
sprain, ligament tear dan sebagainya.
iii.

Kecederaan Teruk atau third degree injury

Kecederaan teruk atau third degree injury berlaku dibahagian otot atau ligament.
Kecederaan ini berlaku di mana koyakan dibahagian otot atau kulit hampir putus atau putus
keseluruhannya dan menyebabkan kepatahan tulang. Jika kecederaan ini berlaku ahli sukan
tersebut dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya dan mendapatkan rawatan perubatan intensif
ataupun pembedahan. Jangka masa untuk pulih akan mengambil masa yang agak lama. Oleh
itu, ahli sukan mestilah memastikan keadaan mereka benar-benar pulih sebelum kembali
memulakan kerjaya mereka.
iv.

Kecederaan sukan akut

Kecederaan sukan akut berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh overstress atau overexertion. Melakukan latihan yang berlebihan daripada kemampuan dan ketahanan badan
individu tersebut boleh mengakibatkan kecederaan. Jangka masa kecederaan kurang daripada
seminggu atau lebih mengikut keadaan individu tersebut.

v.

Kecederaan sukan kronik

Kecederaan sukan kronik pula berlaku akibat pergerakan yang berulang-ulang, berlebihan
dan teknik tak betul semasa menjalankan latihan. Gejala yang dialami adalah seperti sakit
atau lenguh dan sering berulang-ulang. Jangka masa kecederaan atau gejala yang dialami
berlaku dalam beberapa minggu bulan atau tahun.
vi.

Kecederaan sukan acute-on-chronic

Kecederaan sukan acute-on-chronic merupakan kecederaan daripada kecederaan sukan


kronik yang mengalami kecederaan baru akibat penggunaan otot yang berlebihan
(overstress). Jangka masa pemulihan kecederaan akan mengambil masa yang lama akibat
kecederaan berlaku sekali lagi.
vii.

Kecederaan sukan ekstrinsik

Kecederaan sukan ekstrinsik berlaku akibat berlanggar atau kontek fizikal dengan ahli sukan
lain ataupun dengan sesuatu benda. Contoh kecederaan yang berlaku adalah seperti lebam
(contusion), hematoma atau luka. Jangka masa pemulihan tidak mengambil masa yang lama,
hanya dalam beberapa hari ataupun minggu.
viii.

Kecederaan sukan intrinsik

Kecederaan sukan intrinsik terjadi secara dalaman akibat daripada penggunaan otot yang
berlebihan (overuse atau overstress). Contoh kecederaan adalah seperti koyakan otot atau
ligament semasa memecut. Kesakitan yang melampau merupakan salah satu gejala yang
dihadapi dan perlu melakukan pembedahan yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Jenis kecederaan sukan dan rawatan

1) Abrassion, lepuh & luka


Abrassion, lepuh & luka didefinisikan sebagai hilang kesinambungan pada kulit dan tisu
berdekatan yang menyebabkan pendarahan serta boleh mengalami jangkitan kuman. Contohcontoh kecederaan adalah seperti abrasi iaitu kulit tercalar, lepuh (Blister) iaitu kulit tergeser,
luka laserasi iaitu kecederaan akibat benda tajam spt kaca, batu atau tiles dan luka tembus
(puncture) iaitu kecederaan akibat benda tajam seperti spikes, paku, wayar dan lain-lain.
Cara-cara rawatan yang perlu diambil untuk kecederaan luka dan Abrasi adalah seperti
dressing supaya dapat menghentikan pendarahan serta mengelak jangkitan kuman daripada
berlaku. Selain itu, setiap pergerakan mestilah dihadkan untuk mengelak kecederaan menjadi
lebih teruk dan menutup bahagian yang luka. Untuk kecederaan lepuh pula, rawatan yang
perlu diambil adalah mengikut jenis-jenis kecederaan lepuh tersebut. Bagi lepuh pecah
hendaklah melakukan dressing dan memotong lebihan kulit akibat kecederaaan. Bagi lepuh
tidak pecah dan tidak sakit hendaklah memastikan bahagian yang cedera bersih dan biarkan
bahagian cedera tersebut surut dengan sendirinya. Bagi lepuh tidak pecah tetapi mengalami
kesakitan hendaklah menggunakan jarum steril untuk memecahkan bahagian lepuh dan
melakukan dressing.
2) Kontusi dan Hematoma
Kontusi terjadi akibat hentaman secara terus pada kulit dan menyebabkan lebam
menampakan tanda biru kehitaman pada kulit atau tisu berdekatan dengan otot. Hematoma
pula terjadi akibat hentaman secara terus pada kulit dan menyebabkan pengumpulan darah
dibawah kulit atau antara otot. Kecederaan jenis ini terjadi akibat perlanggaran secara tibatiba dengan ahli sukan lain atau objek keras. Kontusi pada otot akan menyebabkan
kekejangan pada otot tersebut. Hematoma akan menyebabkan bengkak pada bahagian yang
cedera. Kecederaan ini boleh dicegah dengan mengunakan alat perlindungan seperti knee dan
elbow pad untuk pemain volleyball, shinguard untuk pemain hockey dan faceguard untuk
penjaga gol hoki. Rawatan awal yang perlu diambil jika berlaku kecederaan kontusi dan
hematoma adalah mendapatkan rawatan pertolongan cemas seperti terapi RICE dan jika
bengkak dibahagian cedera besar menggunakan compression bandage. Kemudian
mendapatkan rujukan ke hospital untuk kontusi pada abdomen atau dada.
3) Kejang otot (Cramps)
Kejang otot (Cramps) merupakan kontraksi otot luar kawalan dan berpanjangan. Otot yang
mengalami kekejangan menjadi pendek, keras dan amat sakit akibat daripada kontusi atau
sprain pada otot. Otot yang biasanya terlibat adalah seperti calf, quadriceps, harmstring, dan
otot dibahagian lumbar. Untuk mencegah daripada berlakunya kekejangan otot ahli sukan
hendaklah melakukan pemanasan badan atau warm up dan streching untuk meningkatkan
kekuatan otot dan ketahanan fizikal. Pastikan pengambilan air yang cukup dan pengantian
semula eletrolit yang hilang melalui peluh untuk elak berlaku heat stroke. Selain itu, pastikan
peredaran darah ke otot tidak terganggu untuk mengelakkan bandage yang terlampau ketat.
Jika berlaku kekejangan otot, rawatan awal yang perlu diambil adalah seperti melakukan

kontraksi pada otot yang bertentangan dengan otot mengalami kekejangan. Contohnya jika
otot harmstring kejang lakukan kontraksi manual pada otot Quadriceps. Kemudian regangkan
otot kejang perlahan-lahan. Contohnya untuk labu betis (calf) lakukan dorsiflexion pada
pergelangan kaki dalam 90 darjah dengan lutut diluruskan. Jangan jerk atau tolak dengan
cepat kerana akan menyebabkan kecederaan otot menjadi lebih teruk. Selepas kejangan otot
lega lakukan urutan dengan lembut ke arah jantung untuk peredaran darah yang lebih baik.
Selain itu,Acupinch iaitu picit otot terbabit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
sehingga kejang berkurangan.
4) Strain Otot
Strain otot merupakan kerosakan sebahagian otot atau tendon termasuk tempat perlekatan
otot dan tendon yang disebabkan oleh penggunaan otot berlebihan (overuse) atau regangan
otot terlampau (overstress). Biasanya strain otot berlaku koyakan tisu secara makroskopik
atau mikroskopik. Langkah pencegahan boleh diambil seperti melakukan senaman mengikut
had kebolehan dan ketahanan badan. Selain itu, meningkatkan kekuatan otot secara
berperingkat-peringkat (gradual) dan sentiasa mengamalkan pemanasan badan atau warm up,
penyejukan badan atau cool down dan senaman regangan. Rawatan yang digunakan jika
berlaku strain otot adalah terapi RICE.
5) Sprain Sendi
Sprain sendi merupakan kecederaan pada sendi yang melibatkan koyakan pada ligamen
kebiasaannya separa akibat daripada regangan terlampau (overstress) secara tiba-tiba atau
penggunaan otot yang berlebihan (overuse) secara berulang. Langkah pencegahan seperti
memastikan persekitaran tidak merbahayakan dan mengikut peraturan permainan yang
ditetapkan. Di samping itu, sentiasa berlatih untuk tingkatkan ketahanan anggota yang terlibat
serta mengamalkan senaman agility untuk persediaan kepada tindakan atau reaksi
pergerakan yang pantas. Rawatan yang diberikan jika berlaku kecederaan adalah terapi
RICE dan untuk kecederaan sendi kecil seperti jari dan pergelangan kaki melakukan
rawatan taping.
6) Patah tulang
Patah tulang adalah hilang kesinambungan pada tulang. Terdapat dua jenis kepatahan tulang
iaitu simple (Closed) dan compound (Open). Tanda-tanda atau gejala yang dialami
adalah seperti sakit yang kuat bila bahagian yang cedera digerakkan dan bengkak. Selain itu,
pergerakan menjadi abnormal (false joint) dan crepitus. Rawatan yang digunakan jika
berlaku kecederaan ialah immobilisasi sendi yang cedera, kemudian melakukan dressing dan
rujuk hospital.

Prinsip rawatan kecederaan sukan

R .I. C. E
Rawatan pertolongan cemas yang dicadangkan terutama 24 hingga 48 jam yang pertama.
Tujuan penggunaan rawatan R.I.C.E adalah untuk menghentikan pendarahan, mengurangkan
bengkak, mengurangkan sakit dan mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk serta
mengurangkan inflamasi. Namun begitu, elakkan mengurut bahagian yang tercedera dalam
24 jam yang pertama kerana boleh menyebabkan pendarahan dan bengkak menjadi lebih
teruk.

You might also like