You are on page 1of 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi dan selamat sejahtera


Yang Berusaha Datin Hajah Zabidah bt Setia,
Pengetua, SMK Rapat Setia, Ipoh
Guru penolong Kanan pentadbiran En sharifuddin b Khalid, Guru Hal Ehwal Murid,
_________________________________Guru-guru,
seterusnya murid dan pelajar SMK Rapat Setia, Ipoh yang dikasihi sekalian.
Saya, Cikgu ______________________ bersama-sama dengan Cikgu
_____________________, _____________________dan Cikgu ___________________
ialah guru bertugas sepanjang minggu ini, mulai dari 1 Ogos hingga 5 Ogos 2016
Seperti biasa, pelajar boleh merujuk guru bertugas jika terdapat perkara yang perlu dibantu.
Sebagai guru bertugas, izinkan kami menyampaikan beberapa panduan yang boleh diambil
ingatan supaya segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sebab utama kita
berada di sekolah ini dapat berjalan dengan lancar. Marilah kita membetulkan semula niat
kita bermula pada saat kita berhimpun pada pagi ini bahawa kehadiran kita ke sekolah ialah
untuk menggilap potensi diri masing-masing selain menjadikan sekolah sebagai platform
permulaan sesebuah kejayaan. Maksudnya, murid dan pelajar hendaklah berfikiran besar
bahawa pengorbanan kecil yang bakal dilakukan sepanjang minggu ini pastinya menyumbang
terhadap kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan. Pengorbanan kecil yang dimaksudkan ialah
kerjasama bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.
Persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik ialah sikap menghormati ilmu dan proses
menuntut ilmu. Hormati guru, hormati kawan-kawan dan hormati diri sendiri supaya proses
pembelajaran di bilik darjah, dan juga di luar bilik darjah (kegiatan koakademik dan
kokurikulum) berlangsung dengan aktif, menyeronokkan dan terkawal. Jagalah disiplin dan
sahsiah diri.
Selain itu berdasarkan pemerhatian cikgu semalam ketika bertugas, hal yang perlu dielak dan di ubah
Soal kehadiran waktu pagi, ramai yang masih lewat seterusnya adab ketika di dewan makan, masih ada
pinggan-mangkuk yg tidak dimasuk ke dalam besen, di harap lepas ini kita warga smkrs dapat bersama
sama menolong warga smkrs itu sndiri dan terakhir kebersihan di dalam kelas, cikgu harap tempat
menimba ilmu iaitu kelas dalam keadaan bersih dan selesa untuk belajar..itu sahaja peringatan dari cikgu
berdasarkan pemerhatian cikgu semalam. Di sini cikgu ingin meninggalkan kata2 yang boleh di semat oleh
seluruh warga smkrs:
Do all the good you can,
To as many people as you can,
As often as you can,
Dipersilakan jika ada mana2 guru yang ingin berucap, jika tiada kita akhiri perhimpunan pagi ini dengan
Bacaan doa dari pengawas yang bertugas.
Sekian sahaja.
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like