You are on page 1of 11

Bagaimana Penilaian Tahap Penguasaan Murid Berdasarkan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam Mata Pelajaran


Sejarah Di Sekolah Saya
Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan satu sistem
pentaksiran dalam transformasi pendidikkan. Ia merupakan transformasi daripada
sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan yang lebih holistik.

Rasional Pelaksanaan PBS


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen
pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan
oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
PBS dirancang,ditadbir,diskor dan dilaporkan secara terancang mengikur
prosedur yang ditetapkan akan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) . Bagi
menjamin kualiti pelaksanaan PBS,pemantauan dan mekanisme penyelarasan akan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara hoslitik
dengan melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan,modal
intelektual,pengalaman nilai,pembudayaan sikap progresif dan etika sertamoral yang
tinggi seperti yang dicatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP),Pelan
Intergriti Nasional(PIN) yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 dan di peringkat
sekolah menengah pada tahun 2012.Ia dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran dijalankan semasa proses
pembelajaran langsung) dan sumatif(Pentaksiaran yang dijalankan di akhir

pembelajaran ,di mana PBS mampu menilai aspek kognitif(tntelek),afektif(emosi dan


rohani) dan psikomotor(jasmani).

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan adalah seperti:

Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat,

Pentaksiran Aktivit Jasmani,Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah adalah merupakan pentaksiran dirancang,dibina,ditadbir


,direkod dan dilapor oleh guru di sekolah.contoh instrimen pentaksiran adalah seperti
lembaran kerja,pemerhatian,kuiz senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumah dan
ujian.
Pentaksiran Pusat ialah pentaksiran ditadbir,diperiksa,direkod dan dilapor oleh
guru di peringkat sekolah berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut setiap mata
pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani ,Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan di sekolah
dengan cara ditadbir,direkod dan dilaporkan mellalui kehadiran murid dalam
penyertaan,penglibatandan pencapaian murid dalam aktivit jasmani kesihatan,sukan
dan permainan.
Pentaksiran Pkisometrik dilaksanakan di peringkat sekolah dan
pusat.Pentaksiran ini untuk mengukur kebolehan semulajadi murid,kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran berfikir minat,sikap, kecenderungan dan personaliti

murid dengan tidak berasaskan kurikulum.


Objektif PBS

Untuk mendapatkan gambaran secra keseluruhan tentang potensi individu,

Memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu,

Membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Bagaimana Guru Melaksanakan PBS


Guru boleh menggunakan PBS untuk menilai tahap penguasaan murid dalam
mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam
proses Pengaran dan pembelajaran.Dokumen Standard Kurikulum Prestasi merupaka
rujukan utama untuk membolehkan guru mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
Guru boleh menjalankan pentaksiran PBS dengan melalui pemerhatian,jawapan
lisan,latihan dalam buku dan kerja sekolah.Eviden dan bukti boleh diperolehi dengan
cara yang begitu contohnya,selepas sesuatu sesi pembelajaran mata pelajaran Sejarah,
guru akan mengadakan sesi soal jawab.Dengan melalui pemerhatian, seseorang guru
boleh mendapat bukti dan eviden di mana murid itu belum atau telah menguasai
kemahiiran mata pelajaran Sejarah dengan melalui sesi soal jawab dan kerja sekolah
yang diedarkan kepada murid.

Tiga Isu Utama Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah.

Penggunaan Dokumen Standard Prestasi(DSP)


Ia merupakan pernyataan evidens dan bilangan pernyataan deskriptor. Guru

akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan tema,tajuk atau


kemahiran mata pelajaran yang

perlu dikuasai oleh murid.Guru akan mentaksir

perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian dengan


merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam DSP.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa
dan kaedah iaitu Prerekod yang menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.

2.Pengurusan Fail-Fail Perkembangan Pembelajaran


Guru hanya merekod perkembangan pembelajaran murid yang boleh dilakukan
mengikut kesesuaian masa guru

iaitu semasa atau selepas pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.
3.Perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS
Guru akan merekod perkembangan prestasi secara online atau offline apabila
bilangan pernyataan evidens dan deskriptor dikurangkan.
Kelebihan PBS
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan dengan menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid.
mana

Ia merupakan proses mendapatkan matlumat sejauh

seseorang murid faham,tahu ,boleh buat atau telah menguasai apa yang

dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap


pencapaian dalam standard pembelajaran kurikulum.
Pelaporan Rujukan Standard hanya melapor prestasi murid dalam

pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam


pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid akan dinilai secara adildansaksamaberdasarkankeupayaan,kebolehan,
kemahiran,bakat dan potensi diri.Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
,yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid.
Dalam PBS ,pencapaian murid akan dilaporkan berdasarkan BAND dan bukan
skor.
Rujukan BAND
BAND
6
5
4
3
2
1

STANDARD (Penguasaan Murid)


Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithali
Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji
Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab
Tahu,Faham dan Boleh Buat
Tahu dan Faham
Tahu

Penjaminan Kualiti Bagi Pelaksanaan PBS

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan adalah berdasarkan hasil


kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan
penguasaan sesuatu kemahiran murid.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

Pementoran : Ini merupakan prooses membantu,memudah cara dan


membimbing guru
melaksanakan PBS mengikut peraturan dan prosedur yang ditetepkan.

Penyelarasan : Ini merupakan proses penyeragaman skor dengan merujuk


kepada
Standard Prestasi bagi memastikan skor tersebut adalah sah dan boleh
dipercayai.

Pemantauan :Ini merupakan proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut


prosedur dan
garis panduanyang ditetapkan bagi memastikanarahan dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

Pengesahan : Ini merupakan proses memastikan kekuatan dan keberkesanan


instrumen
pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan,
kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.

Akhirnya, pentaksiran yang berkualiti boleh menghasilkan maklumat yang tepat


dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang
tepat boleh membantu pendidik membuat perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin berasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
berkatnya, saya telah berjaya melaksanakan tugasan ini . Oleh itu, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kursus SJH 3093E,C, atas tunjuk ajar serta panduan yang telah diberikan
sepanjang pelaksanaan tugasan ini.

Dengan bantuan dan tunjuk ajar beliau selama lima kali kuliah Puan Latifah
dalam semester 7 ini, pensyarah pembimbing saya, berasa sabar mendengar masalah
setiap ahli kumpulan saya (walaupun hanya 5 orang sahaja),dan memberi penerangan
yang cukup baik dan sempurna dalam penyelesaian masalah-masalah kami. Oleh
itu,ahli kumpulan saya berasa bersyukur kerana dapat bimbingan daripada seorang
pensyarah yang berpengalaman dan bersifat penyayang sepenuhnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada keluarga saya . Saya percaya mereka turut membantu saya untuk
menjayakan tugasan sebegini. Mereka telah memberikan sokongan moral yang mana
telah mambakar semangat saya untuk terus berjaya dalam pengajian saya.

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN KOMUNIKASI GURU

2.0

KEPENTINGAN

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

KEPADA GURU

Guru Sebagai Pendidik

Guru Sebagai Pengajari

3.0

UNSUR

ATAU

ELEMEN

DALAM

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

4.0

Kemahiran Mendengar

3.2

Kemahiran Menarik Minat Pendengar

JENIS JENIS KEMAHIRAN


4.1

Kemahiran Lisan

4.2

Kemahiran Bukan Lisan

5.0

LARAS BAHASA

6.0

GURU DAN KESANTUNAN

7.0

RUJUKAN

3.1

LAMPIRAN

Refleksi
Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan jayanya.
Saya menerima tugasan ini pada pada awal bulan Julai daripada En.
Azhar Awang. Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak cerita yang hendak
saya kongsikan bersama-sama. Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut lagi,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Sumber IPG Kampus
Ipoh kerana banyak membantu dalam mencari bahan yang dikehendaki serta
membenarkan saya meminjam bagi bahan yang sukar diperolehi. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam memahami kehendak
soalan yang diperlukan. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri,
namun tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta merungkai persoalan rumit ini.
Perbincangan dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan memahami
soalan serta mencatat kehendak soalan. Kemudian saya mencari maklumat bagi
mendapatkan sumber untuk tugasan kali ini. Maklumat yang diperolehi dari
pelbagai sumber seperti laman sesawang, pusat-pusat sumber dan khidmat
rakan-rakan yang digunakan dalam menyempurnakan tugasan kali ini. Walaupun
sibuk dengan tugasan mengajar dan urusan keluarga, namun saya jadikan ia
sebagai satu cabaran kepada saya dalam menghasilkan tugasan yang
dikehendaki.
Dalam membuat tugasan ini saya banyak mendapat ilmu yang baru dan
terkini. Ini meningkatkan pengetahuan saya terhadap bidang perguruan ini. Saya

berjanji akan aplikasikan apa yang saya dapat kepada anak didik saya.

Setelah bahan diperolehi, saya mula membuat tugasan sehingga tamat.

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA


PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN
AMBILAN KHAS MAC 2014

WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
Sidang Akademik 2014 - Semester 3

WONG MAY CHEE

NO. K/P 680316-08-5402

You might also like