Professional Documents
Culture Documents
Kompang merupakan alat musik Melayu yang paling populer karena kompang
banyak digunakan dalam berbagai acara-acara sosial seperti pawai hari
kemerdekaan. Selain itu alat musik ini juga digunakan untuk mengiringi lagu
gambus. Kompang memiliki kemiripan dengan rebana tetapi tanpa cakram
logam gemerincing di sekelilingnya.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.
Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya
kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing
digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan
menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai
kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang.
Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit
pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang
dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau
tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang
biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam
konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut
peranannya masing-masing.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi
bum di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi
pak di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun
kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun
bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di
mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan
kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir
pupus ini.
Kompang ialah sejenis alat musik tradisional yang sangat dikenal di kalangan
masyarakat Melayu. Ia termasuk dalam kategori musik gendang. Kulit kompang
biasanya terbuat dari kulit kambin
Fungsi
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada
asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun
demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa.
Antara fungsi permainan kompang ialah;
1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara
ensemble( nasyid, marhaban )
2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan
acara rasmi yang melibatkan pembesar
3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik
kreatif, caklempong pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding. Contohnya
pasukan bolasepak.
5. Pertandingan-paluan kompang dan formasi.
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah
untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau
lakuan tertentu