You are on page 1of 12

TEMA 4:WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

Nur Izzatul binti


Rahimi
1 KRK

KOLE
KSI
CERIT
A
RAKY
AT
PELBA
GAI
KAUM

Mohd

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

m/s 2

Cerita rakyat kaum melayu:

m/s 3-5

Sang Kerbau dan Buaya


Cerita rakyat kaum Cina:

m/s 6-8

Seorang Gadis Bernama Li-Li


Cerita rakyat kaum India

m/s 9-10

Ahli Sihir yang Angkuh


Penutup

m/s 11

PENGHARGAAN

Sebelum memulakan folio/buku skrap ini,saya ingin


mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
dan ucapkan terima kasih kepada Cikgu Saiful Baharim bin
Yahya,guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraaan saya yang telah banyak memberi
panduan,nasihat serta bimbingan sepanjang folio/buku skrap ini
disiapkan.
Selain daripada itu,ucapan terima kasih juga saya tujukan
kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah membantu saya
dalam hal kewangan dalam menghasilkan folio/buku skrap ini,
memberi semangat dan inspirasi bagi melaksanakan tugasan
Band 5 PBS Unit 3 ini.
Tidak dilupakan juga,rakan-rakan saya yang telah banyak
memberi kerjasama serta maklumat.Tanpa mereka semua,tidak
mungkin tugasan ini dapat disempurnakan.Oleh itu,saya ingin
melafazkan ribuan terima kasih kepada anda semua.

TERIMA KASIH..
2

-kaum MELAYU-

SANG KERBAU DAN BUAYA

Pada suatu masa dahulu,terdapat seekor Sang Kerbau tinggal di hutan.Sang


Kerbau suka keluar berjalan-jalan untuk mencari makan seperti rumput dan
bunga-bungaan.Sang Kerbau merupakan seekor haiwan yang baik hati dan
sering menolong haiwan lain.Pada suatu hari,ketika Sang Kerbau terus mencari
arah suara itu.Tidak berapa lama kemudian,Sang Kerbau terserempak dengan
Sang Buaya yang sedang meminta tolong.

Sang Buaya mengaduh kesakitan kerana badannya ditimpa oleh sebatang pokok
yang besar.Sang Buaya meminta tolong kepada Sang Kerbau untuk mengangkat
batang pokok yang menimpanya itu.Sang Kerbau berasa kasihan melihat Sang
Buaya,tetapi dia berasa ragu-ragu untuk menolong.

Sang Kerbau bimbang dirinya akan dimakan oleh Sang Buaya setelah dia berjaya
mengangkat batang pokok itu.Sang Buaya berjanji bahawa dia tidak akan
mengkhianati Sang Kerbau.Setelah yakin dengan kata-kata Sang Buaya itu,Sang
Kerbau pun berusaha untuk mengangkat batang pokok itu dengan menggunakan
tanduknya yang kuat.

Setelah berjaya mengangkat batang pokok itu,tiba-tiba Sang Kerbau berasa


sangat terkejut dan merayu agar Sang Buaya melepaskan kakinya.Sang Buaya
enggan melepaskan kaki Sang Kerbau kerana dia berasa lapar dan mahu
memakan Sang Kerbau.

Sang Kerbau pun merintih meminta tolong.Rintihan Sang Kerbau itu didengari
oleh Sang Kancil yang berada tidak jauh dari situ.Sang Kancil terus menghampiri
Sang Kerbau dan Sang Buaya.Sang Kerbau menceritakan kejadian yang berlaku
kepada Sang Kancil dan memintanya untuk menolong Sang Kerbau.Sang Kancil
pun berfikir cara untuk membalas perbuatan Sang Buaya yang tidak mengenang
jasa Sang Kerbau itu.

Sang Kancil pun meminta Sang Kerbau menunjukkan cara-cara dia menolong
Sang Buaya dari mula sehingga akhir.Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau
tanpa mengetahui bahawa dirinya ditipu oleh Sang Kancil.Semasa Sang Kerbau
menunjukkan cara mengangkat batang pokok yang menimpa Sang Buaya,Sang
Kerbau tersedar akan tipu helah Sang Kancil.

Sang Kerbau pun tidak mahu mengangkat batang pokok itu.Sang Buaya yang
mula sedar dirinya ditipu terus merayu dan berjanji tidak akan menggigit kaki
Sang Kerbau lagi.Sang Kerbau tidak menghiraukan rayuan Sang Buaya itu,Sang
Kerbau mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana menolongnya
melepaskan diri daripada Sang Buaya sebelum beredar meninggalkan mereka.

Sang Buaya berasa sangat marah kepada Sang Kancil kerana telah
menipunya.Sang Kancil mentertawakan Sang Buaya dan menasihatinya supaya
tidak mengkhianati dan menghargai pertolongan haiwan lain.Sang Kancil pun
meninggalkan Sang Buaya tanpa menolongnya mengangkat batang pokok yang
menimpa Sang Buaya itu.

PENGAJARAN
-Sang Kerbau dan Buaya-

1. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain


kerana kebaikan dibalas dengan kebaikan.
2. Kita mestilah menepati janji yang telah dijanjikan dan jangan
ingkari janji tersebut.
3. Janganlah mengkhianati rakan kita yang sudah membantu
kita kerana khianat lebih buruk daripada membunuh.
4. Hargailah pertolongan dan jasa mereka yang membantu
sama ada mengucapkan terima kasih atau memberinya
sesuatu.

-kaum Cina-

SEORANG GADIS BERNAMA LI-LI


Seorang gadis Cina bernama Li-Li bernikah dan tinggal bersama suami dan ibu
mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahawa dia tidak dapat menyesuaikan
diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka
berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. LiLi juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li
dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi
bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada
setiap permintaan ibu mertua.
Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami
yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan
sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk
melakukan sesuatu.
Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan
Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang
memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.
Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya
akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa
yang saya suruh"
Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."
Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa
minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.
Dia memberitahu kepada Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang
bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan
menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah
herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari
masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk
memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhatihati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat.
Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."
Li-Li berasa sangat tenang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang
pembunuhan ibu mertuanya.
6

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li
memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li
ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li
berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu
mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah
belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak
dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu
mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti
anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan
kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li
dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li
datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang,
tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah
berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya
seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya
berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang.
Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah
vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada
ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap
dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

PENGAJARAN
-Seorang Gadis Bernama Li-Li-

1. Memberikan kasih sayang dan perhatian kepada orang


yang tersayang sama ada ibu bapa dan mertua.
2. Taat kepada setiap permintaan ibu mertua.
3. Jagalah hati ibu mertua seperti ibu sendiri dan
layanilah dia seumpama seorang ratu.
4. Belajar mengawal emosi dengan baik dan jangan
biarkan kekecewaan atau amarah terus meledak.
5. Tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertua,rapatkan
hubungan silaturrahim seperti bersahabat baik.

-kaum INDIA-

AHLI SIHIR YANG ANGKUH


Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India.Pada suatu hari,datang seorang
ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.

Wahai penduduk kampung,saya seorang ahli sihir terkemuka di India.Adakah


sesiapa antara anda yang berani mencabar saya?Saya boleh melakukan atau
menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon.

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata,Wahai Tukang Sihir,saya ingin


mencabar anda.Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?

Boleh,mintalah apa-apa sahaja,akan saya kabulkan permintaaan anda, kata


Tukang Sihir.

Baiklah Tukang Sihir,saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup,
tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka, kata
Thenaliraman.

Ha!Ha!Ha! Mudahnya permintaan anda, kata Tukang Sihir.Thenaliraman pun


duduk bersila dan menutup matanya.Dengan menggunakan tangan
kanannya,dia mengambil sengenggam pasir dan melemparkan kearah matanya.

Baiklah Tukang Sihir,sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir dengan


melakukannya seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka, kata
Thenaliraman.

Tukang Sihir itu terdiam.Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti
yang diminta.Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang bersikap terlalu
angkuh.Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan
itu.

PENGAJARAN
-Ahli Sihir yang Angkuh-

1. Jangan terlalu angkuh dengan kebolehan diri kerana


kebolehan diri kita setanding dengan manusia lain tetapi tidak
setanding dengan Tuhan yang Maha Berkuasa.
2. Berani tampil ke hadapan dan menyahut cabaran yang
diterima.
3. Sedar akan kesilapan diri.

10

PENUTUP

Kita harus menghargai cerita rakyat kerana ia


adalah warisan budaya yang amat berharga dan
memberi banyak faedah dan pengajaran kepada
kita.Terdapat banyak cerita rakyat yang berasal
daripada kaum yang berbeza mempunyai
keistimewaan dan nilainya yang tersendiri.Ceritacerita inilah yang menanam nilai murni yang baik
dalam kehidupan kita sejak kecil lagi.

11

You might also like