You are on page 1of 1

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya telah diberikan kesempatan
untuk melakarkan sedikit warkah ucapan bagi portal Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.
Terlebih dahulu saya amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan terima kasih
kepada Ahli PIBG SKSJ kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi
menerajui Jawatan YDP PIBG semasa mesyuarat Agung yang lalu. Penghargaan terima kasih
tidak terhingga kepada barisan YDP serta Ahli Jawatankuasa bagi sesi terdahulu kerana telah
membimbing dan memimpin PIBG SKSJ sehingga menjadi sekolah cemerlang. Terima kasih
juga kepada Guru Bsar Cemerlang serta para pendidik yang telah berusaha keras bagi mencapai
tahap pendidikan cemerlang di sekolah ini.
InsyaAllah dengan sokongan AJK yang baru ini saya percaya segala perancangan
serta aktiviti yang telah dan akan dirancang dapat diteruskan dengan lancar. Sebagaimana kita
sedia maklum, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu kaedah
terbaru bagi meningkatkan tahap pendidikan Negara melalui kaedah Prestasi Berasaskan
Sekolah (PBS). Pendekatan terbaru ini merupakan satu kaedah yang telah di struktur bagi
memperkemaskan lagi sistem pembelajaran Negara. Langkah pro aktif telah diperkenalkan di
sekolah iaitu mewujudkan sesi Hari Bertemu Pelanggan bagi merapatkan hubungan di antara
pihak Pendidik dan Ibu bapa yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar. Tahniah
kepada pihak sekolah di atas inisiatif yang telah dilaksanakan.
Akhir kata saya saya menyaran ibu bapa agar lebih prihatin terhadap pelajaran
sekolah dengan mengambil kira tahap akademik dan juga kokurikulum anak-anak dan sentiasa
berhubung rapat dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi pelajar.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

You might also like