You are on page 1of 36

MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS

KEHIDUPAN

1. PENGELASAN
Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 Kumpulan iaitu bakteria, kulat, virus,
protozoa dan alga. Setiap Kumpulan mikroorganisma ini mempunyai bentuk,
saiz, cara pembiakan, nutrisi(cara pemakanan) dan habitat(tempat tinggal) yang
agak berbeza. Bakteria boleh berbentuk

kokus(macam bola ping pong)

rod(macam sosej)

spirilium(macam spring)

dan

vibrio(macam simbol koma (,))


.
Virus tidak mempunyai bentuk tertentu dan boleh membentuk hablur.
Kesemua mikroorganisma membiak secara asek iaitu pembelahan dedua
ataupun pertunasan. Yis adalah mikroorganisma dari kumpulan kulat yang
boleh membiak secara pertunasan.
Mikroorganisma mendapatkan nutrisi melalui 3 cara iaitu :i.
ii.
iii.

Saprofit - menyerap makanan dari benda yang reput.


Parasit - menyerap makanan dari benda hidup (haiwan & tumbuhan).
Autotrofit - membina makanan sendiri.

Kebanyakan bakteria, kulat, protozoa hidup secara saprofit manakala virus


hidup secara parasit. Alga adalah autotrofit. Air kolam yang berwarna hijau
menunjukkan adanya pertumbuhan alga didalamnya. Dari segi saiz pula
mikroorganisma yang paling besar ialah protozoa manakala yang terkecil ialah
virus. Bakteria hidup di mana-mana, protozoa boleh hidup dalam kolam dan
kulat pula di atas roti basah virus seperti HIV(penyebab AIDS) hidup dalam
badan manusia.
2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI
Aktiviti mikroorganisma dipengaruhi oleh faktor suhu, kelembapan, nutrien,
cahaya dan pH. mikroorganisma suka tumbuh pada suhu 37oC (suhu badan).
Sebab itulah kita sering sakit. Saintis mendapati mikroorganisma tidak aktif
dalam kedaan sejuk. Pada keadaan yang panas ia akan mati. Sebab itulah
makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh disimpan lama kerana
mikroorganisma di dalamnya tidak berpeluang membiak. Human being are
smart :-).
Mikroorganisma memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup. Contohnya
kulat suka pada kulit yang lembap. Seperti manusia,

mikroorganisma memerlukan nutrien untuk hidup. Ia sukakan bahan yang


mengandungi kanji dan protein yang tinggi. Tidak seperti tumbuhan,
mikroorganisma tidak sukakan cahaya malah sesetengah mikroorganisma
senang mati apabila terkena cahaya matahari. Bila kita menjemur pakaian,
sebenarnya kita juga menghapuskan mikroorganisma :-).
3. FAEDAH MIKROORGANISMA KEPADA KITA
Mikroorganisma memainkan peranan yang penting kepada kehidupan kita. Ia
menolong kita (a)mencerna makanan, (b) mereput hasil buangan dan (c)
menyumbang kepada bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.
Setengah bakteria memilih usus manusia untuk hidup. Pada masa yang sama ia
menolong dalam pencernaan dengan memecahkan zat-zat makanan supaya zat
ini boleh diserap oleh usus kita.
Kebanyakan jenis bakteria dan kulat menolong kita mereputkan bahan
buangan seperti sampah sarap. Hasil pereputan ini menjadi baja yang akan
diserap semula oleh tumbuhan.
Dalam bidang perubatan pula sesetengah jenis kulat digunakan untuk membuat
antibiotik(ubat). Antibiotik boleh membunuh bakteria dan menyembuhkan
penyakit. Walaupun halus, bakteria menolong para petani menyuburkan tanah.
Ada sejenis Bakteria istimewa yang hidup dalam akar kekacang. Bakteria
ini membuat bahan bernitrogen (baja) dari udara. Baja ini dikembalikan ke
dalam tanah. Tanah menjadi subur!!!.
Yis merupakan sejenis kulat yang sangat penting. Ia digunakan untuk membuat
roti. Dalam proses membuat roti, yis itu menggunakan kanji dalam tepung
untuk tumbuh Pada masa yang sama ia menghasilkan gas karbon dioksida. Gas
ini yang menyebabkan roti itu kembang dan mempunyai rasa yang enak.
Para saintis sentiasa berusaha menyelidik kegunaan lain mikroorganisma.
Mungkin pada suautu hari nanti saintis akan menemui sejenis bakteria yang
boleh melawan virus HIV !!! wow..bestnya.
4. MIKROORGANISMA JUGA BERBAHAYA !
Kita hendaklah sedar bahawa mikroorganisma boleh
menyebabkan penyakit serta merosakkan makanan kita.

Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh


mikroorganisma.
KUMPULAN
MIKRORGANISMA

PENYAKIT

Bakteria

tibi (batuk
kering)

Bakteria
Protozoa
Virus
Kulat

taun
malaria
AIDS
Kurap

GEJALA (TANDATANDA)
batuk berpanjangan,
mengeluarkan kahak
kuning kehijauan,
mengeluarkan kahak
pekat.
(lihat imej peparu yang
diserang tibi)
cirit birit dan muntah
demam berpanjangan
selalu sakit
kulit gatal-gatal

Penyakit ini boleh merebak melalui beberapa cara. Tibi merupakan penyakit
yang merebak melalui titisan cecair yang tersembur semasa pesakit batuk atau
bersin. Mikroorganisma yang terdapat dalam tisisan cecair ini akan memasuki
sistem pernafasan mangsa dan menyerangnya.
Taun pula merebak melalui air yang tercemar. Bakteria penyebab taun hidup
dalam tinja(tahi) pesakit. Apabila pesakit "melepas"kan tinja itu ke dalam
sungai bakteria akan dibawa sehingga seseorang meminum air itu.
Malaria ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang di bawa
oleh vektor nyamuk. Protozoa ini dipindahkan kepada mangsa lain apabila dia
digigit nyamuk itu.
HIV dipindahkan ke seseorang melalui sentuhan. Apabila seseorang melakukan
seks rambang dengan pembawa HIV maka dia akan dijangkiti virus yang
berbahaya itu. HIV setersnya menyebabkan mangsa mengidap AIDS. Kurap
juga merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan sentuhan. ini berlaku
apabila seseorang berkongsi pakaian.
5. MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT
Bagaimana kita boleh mencegah penyakit ini???
Secara umumnya terdapat 3 cara mencegah penyakit iaitu :-

CARA
PENCEGAHAN

KAWALAN
"VEKTOR"

APA YANG DILAKUKAN

CONTOH
PENYAKIT
YANG
DICEGAH

Vektor seperti lalat


dan nyamuk dihapuskan dengan
racun serangga atau menggunakan
Denggi dan
ubat jentik-jentik untuk
Malaria
menghapuskan larva.
Kitar Hidup Nyamuk
Kitar Hidup Lalat

PENSTERILAN

SEBATIAN KARBON
1. APA ITU SEBATIAN KARBON?
Sebatian karbon ialah bahan kimia yang mengandungi unsur karbon
didalamnya. Terdapat 2 jenis sebatian karbon.
a. Sebatian organik - sebatian karbon yang berasal dari benda hidup

(haiwan & tumbuhan


b. Sebatian tak organik - Sebatian karbon yang buakan berasal dari benda
hidup (batu & mineral)
Protein ialah satu contoh sebatian organik manakala kalsium karbonat ialah
sebatian tak organik.
Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon dan
hidrogen di dalamnya. Hidrokarbon berasal dari petroleum, arang batu atau gas
asli.

2. ALKOHOL SEBAGAI SEBATIAN KARBON

Alkohol adalah bahan yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan


oksigen di dalamnya. Etanol dan propanol adalah contoh alkohol. [nama
tersebut berakhir dengan OL]
Lihat cara bagaimana menamakan ahli kumpulan alkohol lain
Alkohol boleh dihasilkan melalui proses "penapaian" [alcoholic
fermentation]. Penapaian dilakukan apabila yis menukarkan glukosa menjadi
alkohol dan karbon dioksida.
Alkohol mempunyai sifat istimewa seperti boleh larut dalam air dan senang
terbakar untuk menghasilkan nyalaan biru. Alkohol juga boleh bertindak balas
dengan asid organik untuk menghasilkan ESTER. Ester ialah bahan kimia
berbau wangi yang sering digunakan untuk membuat perisa buah-buahan.
Alkohol selalunya digunakan untuk membuat minuman keras. Dalam bidang
perubatan alkohol boleh digunakan untuk membasmi kuman dan digunakan
sebagairamuan ubat batuk. Di sesetengah negara, alkohol digunakan sebagai
bahan api kenderaan.
Pengambilan alkohol boleh memudaratkan kesihatan manusia. Ia menyebabkan
gangguan sistem saraf dan menyebabkan seseorang tidak berfikiran waras.
Kehadiran alkohol dalam badan boleh merosakkan hati (sirosis hati) dan
seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung.
Ketagihan alkohol telah menimbulkan banyak masalah sosial seperti penderaan
kanak-kanak, kemalangan jalanraya dan kecacatan fetus.

3. LEMAK JUGA SEJENIS SEBATIAN KARBON


Seperti alkohol, lemak [FAT] juga mempunyai unsur yang sama iaitu karbon,
hidrogen dan oksigen tetapi dalam komposisi yang berlainan.
Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.
Lihat perbezaan antara lemak tepu dan tak tepu dibawah :LEMAK TEPU
Berasal dari
sumber haiwan seperti lembu,
babi dan kambing
Keadaan pepejal pada suhu bilik

LEMAK TAK TEPU


Berasal dari
sumber tumbuhan seperti kacang
soya dan kelapa sawit
Keadaan cecair

Mempunyai takat lebur


yang tinggi
Tidak baik untuk kesihatan
kerana mengandungi banyak
kolestrol

Takat lebur yang rendah


Tidak memudaratkan kesihatan kerana
kandungan kolestrol yang rendah

Lemak berfaedah kepada badan kerana ia memberi tenaga. Selain daripada itu
ia juga membawa vitamin A,D,E dan K yang sangat penting kepada badan.
Walau bagaimanapun, kita hendaklah memilih jenis lemak yang kita makan.
Lemak tepu yang mengandungi kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan
penyakit jantung. Kolestrol yang berlebihan itu boleh terenap di dalam lumen
arteri yang menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan jantung
terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat. Lama kelamaan jantung akan
"letih" dan tidak boleh menanggung beban kerja yang lebih. Oleh itu jagalah
pengambilan makanan anda.

4. KELAPA SAWIT SEBAGAI SUMBER LEMAK KITA DAN SUMBER


PENDAPATAN NEGARA

Minyak kelapa sawit berasal dari buah kelapa sawit (gambar atas kiri). Buah
kelapa sawit mengandungi sabut, tempurung dan isirung. Minyak kelapa sawit
tertumpu di kawasan sabut dan isirung. minyak kelapa sawit yang berasal dari
sabut disebut sebagai minyak sawit [palm oil] dan minyak yang berasal dari
isirung disebut minyak isirung [palm kernel oil].
Sila perhatikan struktur buah kelapa sawit berikut :-

Pemprosesan Minyak Kelapa sawit melibatkan :a. Pensterilan - Tandan (gambar atas kanan) dan buah disembur dengan
stim untuk membunuh mikroorganisma dan melembutkan tandan.
b. Pengekstrakan - Minyak diperah dari buah kelapa sawit dengan
"penekan skru".
c. Penulenan - Minyak kelapa sawit ditulenkan dengan mengalirkannya
kedalam "karbon diaktifkan" untuk membuang bau dan
menjernihkannya.

Minyak kelapa sawit digunakan untuk membuat minyak masak, majerin dan
sabun. Ia berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin A dan E yang tinggi.
Industri kelapa sawit penting kerana ia menyediakan banyak peluang pekerjaan
di ladang. Minyak Kelapa sawit juga merupakan sumber pendapatan ekspot
negara. Oleh sebab itu penyelidikan dan pembangunan kelapa sawit adalah
sangat penting. Semua aktiviti penyelidikan berkaitan dengan industri kelapa
sawit dilaksanakan oleh MPOB (Malaysian Palm Oil Board).
Potensi kelapa sawit amatlah besar. Minyak kelapa sawit telah dikenal pasti
sebagai satu sumber bahan api kenderaan. Ia juga telah dikenal pasti sebagai
sumber vitamin A dan E yang baik.

5. SABUN SEBAGAI SATU PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT

Sabun diperbuat daripada minyak kelapa sawit. Molekul Minyak kelapa sawit
dipecahkan oleh tindakan haba dan alkali pekat (Natrium hidroksida). Sabun
yang terhasil dimendakkan oleh garam dan seterusnya ditapis untuk
membentuk pepejal sabun.
Sabun terbentuk dari molekul gliserol dan asid lemak. "Kepala" Molekul sabun
suka kepada air manakala "ekor"nya suka kepada gris. Sifat ini menyebabkan
sabun sangat sesuai digunakan sebagai ejen pencuci.
Mekanisme tindakan pencucian gris dari kain adalah seperti berikut :Ekor molekul sabun melekat pada gris--->Kepala molekul sabun berada dalam
air---> Apabila air cucian dikocak, molekul sabun akan menarik gris keluar dari
kain----> Kekotoran tertanggal dari kain.

6. APA ITU POLIMER?


Tahukah anda nasi yang anda makan setiap hari adalah terdiri daripada glukosa.
Para saintis mendapati bahawa beribu-ribu glukosa membentuk rantai panjang.
Rantai panjang ini ialah kanji, bahan yang terdapat dalam nasi. Para saintis
telah bersetuju memangggil kanji sebagai satu "POLIMER" dan glukosa
sebagai "MONOMER". Polimer secara ringkasnya adalah rantai panjang
molekul-molekul. Monomer pula ialah molekul yang membentuk polimer itu.
Dalam dunia kita, terdapat 2 jenis polimer. Polimer asli ialah polimer yang
berasal dari benda hidup. Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia dengan
menggunakan bahan kimia. Seperti contoh di atas, kanji ialah polimer asli
kerana ia berasal dari tumbuhan padi. Perspeks ialah polimer sintetik. Ia terbina
dari sejenis bahan kimia iaitu metil metakrilat (Puiii...susahnya nak sebut).
Metil metakrilat ni sebenarnya ialah monomer bagi perspeks. Perspeks ialah
polimer yang keras. Nak lihat apa kegunaannya? Klik kat sini ya... Ha.. dah
lihat. Perspek digunakan untuk membuat kerangka basikal. Perspek juga boleh
digunakan untuk membuat lampu kereta mewah. Mari kita kaji dengan lebih
mendalam sejenis polimer asli yang banyak terdapat di negara kita.

7. POLIMER ASLI
Imbas kembali sebelum kita teruskan. Monomer ialah molekul kecil. Polimer
ialah molekul besar dan panjang monomer-monomer. Getah asli ialah satu
contoh polimer yang terdiri dari rantaian monomer "isoprena".
Pempolimeran ialah proses menyatukan monomer-monomer untuk membentuk
polimer. Disebaliknya Penyahpolimeran ialah proses memecahkan polimer
untuk menghasilkan monomer.
Getah asli merupakan polimer semulajadi yang sangat penting kepada manusia.
Getah asli merupakan satu lagi sumber pendapatan negara. Getah asli sangat
kenyal. Ini adalah disebabkan oleh molekulnya yang mudah menggelongsor
antara satu sama lain apabila ditarik. Getah asli boleh diperolehi dari pokok
getah. Pokok getah yang ditoreh, mengeluarkan susu getah yang disebut
"lateks". Lateks boleh dibekukan (istilah yang sesuai ialah "menggumpal")
dengan mencampurkan asid etanoik kedalamnya. Ini memudahkan pengusaha
menjadikan ia dalam bentuk kepingan yang mudah dijual. Untuk mencegah
penggumpalan pula, larutan ammonia ditambahkan kedalam lateks. Ini
membolehkan lateks dihantar ke kilang penggumpalan dengan menggunakan
lori tangki.
Jika latek didedahkan, ia juga boleh menggumpal secara semula jadi. Ini adalah
kerana ia mudah diserang oleh bakteria. Bakteria tersebut menghasilkan asid
yang seterusnya menggumpalkan lateks.
Kepingan getah asli seterusnya diproses untuk menghasilkan barangan lain
seperti tayar, sarung tangan dan kondom. Proses "Pemvulkanan" getah
digunakan untuk mengeraskan getah asli. Ia dilakukan dengan memasak getah
asli dengan serbuk sulfur. Atom sulfur boleh mengikat molekul getah untuk
membentuk "rangkai silang sulfur". Rangkai silang ini menghalang rantaian
molekul getah dari menggelongsor. Getah menjadi keras. Getah asli telah
divulkankan [getah tervulkan] sesuai digunakan untuk membuat tayar. Ini
menyebabkan industri getah boleh menyumbangkan pendapatan yang lumayan
kepada negara.

8. PENGARUH SEBATIAN KARBON KEPADA KEHIDUPAN


Sebatian karbon mempunyai banyak kegunaan kepada manusia. Ia digunakan
sebagai sumber bahan api, makanan,minuman dan tayar.

Oleh sebab itu ramai ahli sains telah berkecimpung dengan aktifnya dalam
aktiviti penyelidikan sebatian karbon. Teknologis polimer menyelidik dan cuba
memperluaskan kegunaan sebatian karbon seperti polimer. Pembangunan
produk baru penting supaya hidup manusia lebih sejahtera. Kita hendaklah
berterima kasih terhadap sumbangan mereka. Bayangkanlah jika kenderaan
anda tidak bertayar. Apa akan terjadi???

NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN


1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK
Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah
karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai
kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.
KELAS MAKANAN
Karbohidrat
Lemak
protein

NILAI KALORI
SUMBER
(kilokalori)
4
nasi
9
minyak masak
4
ikan dan daging

Rujuk nilai kalori makanan-makanan di Malaysia


Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada
jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih
kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori
yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.
Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga
memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka
tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung
aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga
memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka
berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh
masalah kesihatan itu.
MASALAH
KESIHATAN

PUNCA

Malnutrisi

Kekurangan
kalori

Anoreksia

Tabiat tidak
mahu makan
kerana ingin
menguruskan
badan

CARA
CARA
MENCEGAH MERAWAT
Makan makanan
Sangat kurus dan
Memberi zat
seimbang dan
tidak bertenaga
tambahan
mencukupi
GEJALA

Terlalu kurus

Kelihatan terlalu
gemuk,
Pengambilan
Kegendutan
pengumpulan
kalori berlebihan
lemak di bawah
kulit
Serangan penyakit
Penyakit Jantung Makan makanan jantung dan cepat
dan Tekanan
berlemak
letih apabila
Darah Tinggi
berlebihan
melakukan aktiviti
fizikal

Pendidikan

Kaunseling

Mengawal
pengambilan
makanan

Bersenam atau
mengambil ubat
dari doktor

Mengurangkan
makanan
berlemak

Pembedahan dan
pengambilan
ubat

"Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia
jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang
terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah
diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.

2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"


Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan
melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis).
Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada
makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang
sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku
dengan bantuan cahaya matahari (foto).

Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu


untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar.
Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Makronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak.


Mikronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien.


JENIS

CONTOH
Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan
Makronutrien
Kalsium (Ca)
Mikronutrien Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu)

Kekurangan nutrien akan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Jadual berikut


menunjukkan kesan kekurangan nutrien N,P dan K.
UNSUR
KESAN KEKURANGANNYA
Nitrogen (N) Daun menjadi kuning
Akar sedikit dan lemah.
Fosforus (P)
Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu
Tompok perang pada daun.
Kalium (K)
Batang lemah.

3. "KITAR NITROGEN" (NITROGEN CYCLE)


Nitrogen di atmosfera boleh dikitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara
berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat
nitrogen. Nitrogen ini ditukar kepada ion nitrat yang akan diserap oleh
tumbuhan.
Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan reput. Pereputan dilakukan oleh
bakteria saprofit untuk menghasilkan sebatian ammonium.
Sebatian ammonium seterusnya ditukarkan menjadi nitrit dan nitrat. Nitrat akan
diserap oleh tumbuhan semula.

Terdapat sejenis bakteria yang istimewa bernama "Bakteria Pendenitratan". Ia


boleh menukarkan nitrat dalam tanah menjadi nitrogen. Nitrogen ini akan
dibebaskan ke udara semula.
Kitar ini menyebabkan kandungan nitrogen dalam udara dan bumi sentiasa
seimbang.
klik disini untuk melihat kitar nitrogen

4. PELIHARA TUMBUHAN SUPAYA HIDUP SEJAHTERA


seperti yang anda sudah ketahui, tumbuhan memainkan peranan yang amat
penting ke atas kehidupan manusia. Oleh itu kita hendaklah sama-sama
menjaga dan memelihara tumbuhan dengan baik. Kita tidak boleh menebang
pokok-pokok dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa pokok tiadalah
oksigen.
5. JANGAN MEMBAZIR !
Pada masa yang sama kita harus bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan
makanan yang cukup untuk kita. Kita hendaklah menjaga dan menghargai

sumber makanan kita dan pembaziran hendaklah dielakkan. Jika terlebih


makanan, ia boleh diproses supaya boleh digunakan semasa kekurangannya.

GERAKAN
1. JISIM DAN INERSIA
Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu benda. Jisim sesuatu
benda tidak berubah walaupun dibawa ke bulan. Inersia pula merupakan satu
sifat semulajadi sesuatu benda yang ingin mengekalkan kedudukannya.
Pernahkah anda terfikir kenapa penumpang dalam bas terhumban ke hadapan
apabila bas itu berhenti tiba-tiba? Penumpang itu mempunyai inersia, iaitu
mereka cenderung untuk terus bergerak ke hadapan walaupun telah
diberhentikan.
Para saintis telah mendapati satu perhubungan yang amat menarik berkaitan
dengan jisim dan inersia. Melalui pemerhatian, mereka mendapati bahawa lebih
banyak jisim sesuatu benda maka ia juga mempunyai inersia yang tinggi.
Penumpang yang mempunyai badan lebih besar (berjisim besar) akan
terhumban lebih jauh. Sebab itulah kita mesti menggunakan tali pinggang
keselamatan apabila menaiki kenderaan.
Cuba anda perhatikan senario dua orang budak yang bermain buaian di padang
permainan. Anda sudah pastilah akan melihat budak yang lebih besar akan
berhayun lebih lama berbanding budak yang kecil.
2. KENDERAAN DARAT
Terdapat 2 jenis kenderaan di darat. Kenderaan tidak berenjin dan kenderaan
berenjin. Kenderaan berenjin yang paling popular ialah motosikal dan kereta
(macam kereta Proton kita tu!!!). Kenderaan tidak berenjin termasuklah kereta
lembu dan basikal (bujang lapuk).
Basikal digerakkan oleh kaki kita. Apabila injak (pedal) dikayuh, ia akan
menggerakkan gegancu (gear) yang akan menarik rantai. Rantai yang
dihubungkan dengan hab (gear belakang) akan menggerakkan hab ini. Putaran
hab ini menyebabkan tayar belakang berpusing dan seterusnya menggerakkan

basikal ke hadapan. Pew !!!!...teruknya nak menjelaskan. Mengayuh basikal


lebih senang kan???.
Kenderaan berenjin pula mendapat tenaga dari pembakaran bahan api seperti
petrol dan diesel. Pembakaran bahan api berlaku dalam enjin. Pada masa kini
terdapat 2 jenis enjin, iaitu 2 lejang(two stroke) atau 4 lejang(four stroke).
Enjin 2 lejang mempunyai 2 lejang iaitu lejang ke atas dan lejang ke bawah.
Enjin 4 lejang pula mempunyai lejang Aruhan, Mampatan Kuasa dan Ekzos.
Keempat-empat lejang ini mempunyai gabungan kedudukan omboh dan injapinjap yang berbeza seperti ditunjukkan dalam jadual dibawah.
KEDUDUKAN KEDUDUKAN
KEDUDUKAN
LEJANG
OMBOH
INJAP
INJAP EKZOS
(PISTON)
MASUK
ARUHAN
turun
terbuka
tertutup
MAMPATAN naik
tertutup
tertutup
KUASA
turun
tertutup
tertutup
EKZOS
naik
tertutup
terbuka

Walaupun petrol dan diesel boleh digunakan sebagai bahan api, enjin yang
menggunakan bahan api ini adalah berbeza.

STRUKTUR
PEMBAKARAN
PENGHASILAN
JELAGA
PENGGUNAAN

ENJIN PETROL 4
LEJANG
mempunyai palam
pencucuh sebagai sumber
bunga api.
lebih efisien

ENJIN DIESEL 4
LEJANG
mempunyai
pemancit.
kurang efisien

kurang

lebih berjelaga

kenderaan kecil seperti


motosikal dan kereta

kenderaan berat
seperti lori dan bas

Enjin petrol 2 lejang dan 4 lejang juga berbeza sedikit.

INJAP

ENJIN PETROL 2
LEJANG
injap tidak berasingan

ENJIN PETROL 4
LEJANG
injap berasingan

PEMBAKARAN tidak efisien


SAIZ
kecil
pam air atau pemotong
PENGGUNAAN
rumput (bush cutter)

efisien
besar
kereta dan motosikal

Pergerakan omboh ke bawah dan ke atas akan memutarkan aci engkol. Gear
yang menyambungkan aci pacu (drive shaft) membenarkan aci pacu berputar.
Putaran aci pacu menyebabkan gandar yang berhubung dengan roda berputar
dan menghasilkan gerakan ke hadapan.
3. APA ITU LAJU, HALAJU DAN PECUTAN
Laju ialah jarak pergerakan sesuatu dalam masa tertentu. Unitnya ialah meter
per saat (ms-1). Halaju pula berbeza sedikit dengan laju kerana ia mempunyai
unsur arah. Pecutan pula ialah kadar perubahan laju yang disukat dalam unit
meter per saat per saat (ms-2). Bagi sesebuah kereta, laju boleh dibaca dengan
menggunakan "speedometer"..
Kita boleh mengira pecutan sesuatu objek bergerak jika kita tahu laju awal dan
laju akhir.

pecutan=(laju akhir - laju awal)/masa perubahan laju


Jika sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun (0 ms-1) sehingga ke laju 20
ms-1 dalam masa 5s, maka pecutan ialah :pecutan = (20-0)/5
Pecutan = 4 ms-2
4. MOMENTUM
Momentum ialah jisim sesuatu benda bergerak darab halajunya. Sebagai
contoh, sebuah kenderaan yang berjisim 100 kg bergerak dengan kelajuan
10ms-1. Momentumnya ialah :100 x 10 = 1000 kgms-1
Saintis telah menyatakan satu prinsip yang menarik berkaitan momentum.
"Prinsip Keabadian Momentum" menyatakan bahawa jumlah momentum 2

objek yang bergerak adalah dikekalkan sehinggalah ia diganggu oleh daya dari
luar.
Penemuan konsep momentum mempunyai kesan yang mendalam terhadap
kehidupan manusia. Dalam sesuatu perlanggaran kereta, penumpang yang lebih
berat (berjisim tinggi) akan mengalami kecederaan yang teruk. Reka bentuk
bampar kereta yang senang menyerap hentakan telah menyelamatkan banyak
nyawa. Walau bagaimanapun kita hendaklah berhati-hati supaya kemalangan
tidak berlaku.
5. TEKANAN
Tekanan ditakrifkan sebagai daya dibahagi luas.
Tekanan = Daya/luas (Nm-2)
Tekanan boleh dikurangkan jika kita menambah luas permukaan kasut apabila
berjalan dalam lumpur. Ini boleh mengelakkan kita dari terbenam dalam
lumpur.
Tekanan juga boleh berlaku dalam cecair. Penggunaan tekanan dalam bendalir
menolong dalam operasi sistem hidraulik.
6. SISTEM HIDRAULIK
Apabila sesuatu tekanan dikenakan keatas bendalir, tekanan tersebut akan
dipindahkan sama rata dalam bendalir tersebut. Konsep digunakan dalam
sistem hidraulik.
Tekanan yang dikenakan keatas omboh kecil akan dipindahkan ke omboh
besar. Tekanan yang dipindahkan ke omboh besar ini digunakan untuk
menggerakkan beban yang besar. Sistem hidraulik digunakan dalam jek
hidraulik (digunakan untuk mengangkat lori bila tayar rosak). Selain itu ia juga
digunakan dalam sistem brek lori.
7. GERAKAN DI AIR
Kapal, kapal selam dan hoverkraf merupakan kenderaan di air. Setiap
kenderaan ini mempunyai prinsip gerakannya yang tersendiri.

Kapal digerakkan oleh bebaling yang diputarkan oleh enjin.


Bebaling (propeller) menolak air kebelakang untuk menghasilkan
momentum yang menolak kapal ke hadapan.
Hoverkraf pula mempunyai karung yang memerangkap udara hasil tolakan
enjin. Udara yang terperangkap dalam karung ini mengurangkan seretan
(seolah-olah hoverkraf itu terapung). Kipas menolak udara ke belakang dan
menghasilkan "daya tujah" ke hadapan.
Oleh kerana pergerakan di air menghasilkan daya geseran yang tinggi maka
kenderaan air telah direka supaya mempunyai bentuk "larus" (streamline).
Bentuk ini menyerupai bentuk ikan.

Terdapat seorang ahli sains bernama Archimedes yang suka mengkaji sifat
bahan di dalam air. Beliau telah menemui beberapa prinsip yang
penting. "Prinsip Archimedes" menyatakan bahawa bila satu benda direndam
dalam air, daya tujah keatas adalah sama dengan berat bendalir yang tersesar
keluar. Prinsip ini adalah merupakan asas pergerakan tenggelam dan timbulnya
kapal selam.
Apabila air dimasukkan ke dalam tangki balast, kapal selam akan tenggelam.
Bila air dipam keluar dari tangki balast ini, kapal selam akan timbul.
8. KENDERAAN UDARA
Kapal terbang, roket dan helikopter merupakan kenderaan udara.
Kapal terbang mempunyai enjin jet yang menolak udara pada kelajuan tinggi
ke belakang. ini menyebabkan momentum yang akan menolak kapal terbang ke
hadapan pada kelajuan yang amat tinggi.
Daya angkat kapal terbang adalah disebabkan struktur sayap yang dikenali
sebagai "aerofoil". Pergerakan udara yang amat tinggi di atas sayap kapal
terbang menghasilkan satu kawasan tekanan rendah. Tekanan tinggi dari bawah

sayap menolak sayap ke atas untuk menghasilkan satu daya angkat. Prinsip ini
dikenali sebagai prinsip "Bernoulli".
Roket merupakan kenderaan udara dan angkasa yang menggunakan cecair
oksigen dan cecair hidrogen sebagai sumber bahan api. Pembakaran dua bahan
ini menghasilkan gas panas yang tertolak ke bawah pada kelajuan tinggi.
Momentum yang terhasil menolak roket ke atas. Sumber oksigen diperlukan
kerana ruang angkasa tiada oksigen yang boleh digunakan untuk pembakaran.
9. TERIMA KASIH SAINTISKU"
Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada saintis yang telah menolong
manusia merekacipta kenderaan. Kenderaan di darat, air dan udara telah banyak
mengubah cara hidup manusia. Kehidupan manusia lebih selesa kerana boleh
bergerak kemana-mana bahagian dunia dengan pantas dan selamat. Terima
kasih saintisku. "We salute you".

BAB 5
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR
1. KESEIMBANGAN ALAM
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma
atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat
mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar
semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah :

Kitar karbon
Kitar Nitrogen
kitar air

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan
beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien
kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas
semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula
mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air
pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air
yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.
Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam.
Letupan gunung berapi(volcano), gempa bumi(earth quake), kemarau(drought),
Kebakaran hutan(forest fire), banjir(flood) dan taufan(tornado) boleh
menyebabkan keseimbangan alam tergugat.
Antara kesan bencana alam ini ialah :a.
b.
c.
d.

merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)


menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan
Mengganggu kitar semula jadi
Pencemaran alam sekitar

2. KESAN PENCEMARAN
Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api
fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil
pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon
monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh
menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan
merkuri.
Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh
mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT
boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan
mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.
Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan
website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti
manusia.
3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar
timbul. Antaranya ialah :a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita

meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera.


Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat.
Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House
Effect).
b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas
Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol
bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya.
Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera
dan menyebabkan penyakit kulit.
Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita
lakukan untuk tujuan ini.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.


Mengurangkan pembakaran.
Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.
Menanam pokok
Perhutanan semula(reforestation)

4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD


Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh
kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan
sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan
penggunaan yang tidak terancang.
Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber
alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan
datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang
matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang
tinggi tidak harus ditebang.
b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan
terumbu karang (coral reef).
c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci
berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek
dilaksanakan.

d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk


menggunakan bekas lombong.
5. UBAH SIKAP KITA !
Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang
bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai
contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak
perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan
kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif.
"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN
MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"
SILA BACA
Pemanasan Global
Penipisan Lapisan Ozon
Kesan Rumah Hijau
Tenaga Alternatif
Pembalakan Terpilih
Kesan DDT

BAB 6
PENINGKATAN PENGELUARAN DAN
TEKNOLOGI MAKANAN
1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN
Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan.
Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan
ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses
makanan itu ialah :

menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma.


memudahkan pencernaan.
memperbaiki rupa makanan dan

mencegah jangkitan penyakit.

Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari


kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah. Phuii...jadual lagi. Tak putusputus dengan jadual ya..
CONTOH
KELEMAHA
KAEDAH
CARA
MAKANA KEBAIKAN
N
N
Tin mahal dan
jika tin kemek
makanan
boleh
diletakkan
Makanan
menyebabkan
dalam tin dan Kari
boleh
makanan
dipanaskan
Daging,
disimpan lama
PENGETINAN[CANNING]
terdedah
pada suhu
Ayam dan dan senang
kepada
116oC - 121oC, tuna
dibawa
jangkitan
ditutup dan
kemana-mana.
mikroorganism
dipateri.
a serta bahan
toksik dari tin.
Waktu
Kemusnahan
Pemanasan
simpanan
vitamin adalah
cecair pada
adalah tidak
sedikit dan
o
Susu, Wain
lama dan
PEMPASTEURAN[PASTEURIZA suhu 63 C
kebanyakan
TION]
selama 30 min dan Jus
pemprosesan
mikroorganis
o
atau 72 C
jenis ini adalah
ma berbahaya
selama 15 s
khas untuk
dibunuh
cecair sahaja.
Sama maksud
dengan
"pengeringan".
Jisim makanan
Makanan
kurang dan
dijenur
senang
Ikan
dibawah
dibawa.
Rasa berubah
Masin,
cahaya
Makanan
dan
PENDEHIDRATAN[DEHYDRAT matahari atau Bunga
tahan lama
kebanyakan
ION]
Kekwa,
meletakkan
dan tidak
vitamin
Teh dan
makanan
mudah
termusnah.
Sayur
dalam garam.
dijangkiti
Penggunaan
mikroorganis
oven juga
ma.
boleh
dilakukan.
PENYEJUKBEKUAN[FREEZIN Simpanan
Ikan,
Makanan
Makanan
G]
dalam peti
Daging
boleh
susah untuk

Lembu,
sejuk dibawah
Sosej dan
-18oC
Ais krim

disimpan
lama.

dibawa dan
memerlukan
kos yang
tinggi.

Sayursayuran,
Vitamin boleh Susah dibawa
Buahdikekalkan
dan
PENDINGINAN[CHILLING]
buahan,
dan tahan
memerlukan
Mentega lebih lama
kos yang tinggi
dan Telur
Makanan
Kacang
Kos yang
disimpan
tanah,
Tahan lama
mahal dan
dalam plastik Sosej,
dan
PEMBUNGKUSAN
memerlukan
kedap udara Keropok mengurangkan
VAKUM [VACUM PACKAGING]
mesin
setelah udara dan Daging ruang
pemvakuman
didalamnya
disejukbek simpanan.
yang mahal.
disedut keluar. u
Makanan
didedahkan
Mungkin
kepada sinaran
mendatangkan
radioaktif
Biji Benih,
kesan
untuk
Bawang
Vitamin tidak
PENYINARAN[RADIATION]
sampingan dan
membunuh
dan
termusnah.
memerlukan
serangga dan kentang
kos yang
memperlahank
mahal.
an
percambahan.
Simpanan
dalam peti
sejuk bersuhu
0oC - 5oC

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan


bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :BAHAN
KIMIA
Bahan Awet

Pewarna

Perisa

FUNGSI
Menyebabkan
makanan tahan
lama
Menyebabkan
makanan
kelihatan sedap

CONTOH
BAHAN KIMIA
Garam dan Gula

CONTOH
MAKANAN
Buah-buahan
kering dan sos

pandan (hijau),
Kaya dan kicap
karamel (Coklat)

Monosodium
Menambahkan
glutamat (MSG) Makanan ringan
rasa supaya lebih
nama pasaran
dan mee
sedap
ialah "ajinomoto"

Mencegah
makanan dari
Penstabil
termendap ke
bawah
Mencegah
makanan
Pengantiokida
berlemak menjadi
busuk

Sos dan mayonis


gam akasia
(yang burgerboy
(yak!!!..apa benda
selalu bubuh lam
ni?)
burger tu lah...)
Vitamin E dan
BHT

Minyak masak

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam


pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan
kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida,
asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas,
gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk
melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta
makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari
menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan
kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah
terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.
2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN
Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti
(Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti
pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat
dilakukan.

Penggunaan baka bermutu


Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi
sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah
seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah
dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar.
Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika
menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan
cuaca panas.
Penggunaan Teknologi Moden
Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan
teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu
para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga
meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat

menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan


lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]


Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari
tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang
kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar
serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari
tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran
dan kesan buruk kepada alam sekitar.
Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta
optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.
3. TANPA MAKANAN ?
Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah
pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan
makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran.
Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik
peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan
negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah
menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan
negara.
4. PILIHAN BIJAK
Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan
terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh
mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti
pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983)
namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan.
Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti
sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik
kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti
tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang
konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang
telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat
menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran
makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai
individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti
membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama
berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan
makanan.

BAB7

BAHAN BUATAN DALAM PERINDUSTRIAN


1. APA ITU POLIMER SINTETIK
Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan
besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.
Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan
menggunakan sumber asli seperti petroleum.
Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh
manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik
dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.
2. GETAH SINTETIK
Getah sintetik [Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah
asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan
petrokimia (bahan petroleumlah tu..) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan
tahan terhadap haba dan kimia.
Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri
getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai
kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat
tayar dan hos.
3. PLASTIK

Pernah tengok "plastic men"?. Sifat plastic men adalah sama dengan bahan
plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan
bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.
Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic]
dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan
maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini.
JENIS
PLASTIK

TERMOPLASTIK

SIFAT

CONTOH
(KEGUNAAN)

Boleh diacu
(dibentuk) berulang
kali melalui proses
pemanasan dan
penyejukan.
Tidak tahan haba.
Politena untuk
membuat beg
plastik.
Polisterina untuk
membuat bekas
makanan sejuk (Ta
Pau).
Polivinil
Klorida/PVC untuk
membuat paip air.

PLASTIK TERMOSET

Boleh diacu hanya


sekali sahaja.

Tahan haba.

Bakelit untuk
membuat soket
elektrik.
Melamina untuk
membuat pinggan
mangkuk.

Gam Epoksi untuk


membuat gam
industri.

4. MASALAH PENCEMARAN
Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non
Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus
dengan baik.
Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta


pembiakan nyamuk.
Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah
makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang
berharga itu akan pupus.
Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan
menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan

penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan


ozon.
Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh


dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg
plastik boleh diguna semula.
Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan
bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti
kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.
Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas
toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

5. KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan
satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini
sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan
terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra
pengguna.
Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri
petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri
hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti
sebagai penyumbang kepada ekspot negara.

BAB 8

ELEKTRONIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. GELOMBANG RADIO DAN SIFATNYA


Pernahkah anda pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang air laut
menghempas pantai?. Anda mungkin memerhatikan bentuk gelombang itu
yang turun naik. Gelombang ini dinamakan gelombang mekanikal kerana ia
mempunyai medium iaitu air.
Apakah persamaan gelombang air laut dengan gelombang radio. Anda sudah
pastilah tidak dapat melihat gelombang radio dengan mata kasar kerana ia
bergerak dalam atmosfera dan angkasa (dalam bentuk vakum agaknya).
Tahukah anda bahawa kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh gelombang
radio. Kita akan menilai dengan lebih mendalam tentang gelombang yang
sangat istimewa ini.
Dengan menggunakan alat tertentu kita boleh melihat bentuk gelombang radio.
Lihat profil gelombang di bawah.

Amplitud mewakili tenaga yang di bawa oleh gelombang itu. Panjang


gelombang merupakan jarak antara 2 puncak gelombang itu. Oleh kerana
gelombang ini bergerak, kita boleh mengira halajunya dengan menggunakan
rumus :

Halaju gelombang (v) = Frekuensi (f) X Panjang


gelombang
dimana frekuensi ialah bilangan gelombang lengkap yang terbentuk dalam
masa 1 saat.
Gelombang radio ialah sejenis gelombang elektromagnet. Ia sesuai digunakan
dalam komunikasi kerana ia mempunyai sifat istimewa seperti boleh membawa
maklumat bunyi dan gambar. Ia juga boleh bergerak dalam ruang angkasa yang
vakum (tiada udara). Pergerakannya sangat jauh dan pantas. Gelombang radio

pada frekuensi tertentu mempunyai kegunaan tersendiri. Gelombang radio


dalam bentuk gelombang panjang, gelombang sederhana dan gelombang
pendek sesuai untuk siaran radio. Satu lagi gelombang radio iaitu gelombang
mikro sesuai untuk pancaran TV, Satelit dan Telefon.
Jadual berikut menunjukkan beberapa kegunaan biasa gelombang radio.

AM = Amplitude
modulation
FM = Frequency
modulation
VHF = Very High
Frequency
UHF = Ultra High
Frequency
Mikro = Mikro Wave

KEGUNAAN
RADIO
TV
KOMUNIKASI
SATELIT

JENIS
AM - untuk penyiaran radio
tempatan.
FM - untuk penyiaran radio
berkualiti tinggi
VHF, UHF dan Mikro
Gelombang mikro

2. KOMUNIKASI RADIO
Satu daripada alat komunikasi yang sangat penting ialah radio. Tahukah anda
apakah komponen yang terdapat dalam kotak radio anda?
Berikut ialah beberapa komponen asas radio. Anda mungkin telah belajar
bahagian ini dalam KHB tingkatan 3.

Perintang digunakan untuk


mengawal jumlah arus yang
mengalir dalam litar.

Kapasitor mempunyai sifat


istimewa iaitu ia boleh menyimpan
cas dan tenaga elektrik.

Diod hanya membenarkan arus


mengalir dalam satu arah sahaja.

Transistor boleh meguatkan


arus elektrik serta bertindak
sebagai suis automatik.

Transformer meningkatkan
atau mengurangkan voltan arus
ulang alik.

Induktor dapat menyimpan


tenaga dalam medan magnet.

Sistem komunikasi radio terbahagi kepada 2. Pemancar radio dan Penerima


radio (Radio set).

Dalam studio, suara seseorang yang


diterima oleh mikrofon ditukarkan
kepada isyarat
audio(bunyi).Pengayun pula
menghasilkan gelombang pembawa.
Isyarat audio dan gelombang pembawa
digabungkan
dalam modulator membentuk
gelombang radio. Anda bolehlah
membayangkan bahawa gelombang
pembawa itu sebagai kuda manakala
isyarat audio itu sebagai koboi. Isyarat
radio ini seterusnya diperkuatkan
oleh amplifier supaya ia boleh
disebarkan oleh aerial.

Di rumah, apabila seseorang memainkan


radio, aerial radio tersebut
menerima isyarat radio yang dipancarkan
dari studio tadi. Oleh kerana studio yang
berlainan memancarkan gelombang radio
yang berlainan maka kita
menggunakan litar penala untuk
memilih gelombang yang dikehendaki.
Gelombang radio yang mengandungi
isyarat audio dan gelombang pembawa tadi
melalui litar pengesan. Dalam litar
ini kedua-dua isyarat itu diasingkan.
Gelombang pembawa dialirkan ke bumi
manakala isyarat audio diperkuatkan
dalam amplifier. Isyarat itu
kemudiannya dialirkan ke pembesar

suara yang menghasilkan bunyi.

3. TEKNOLOGI PENGHANTARAN MAKLUMAT


Perkembangan teknologi maklumat telah bermula pada kurun ke-19 apabila
terciptanya mesin telegraf oleh Samuel Morse yang terkenal pada masa kini
dengan bahasa isyarat "morse code". Alexander Graham Bell pula mencipta
telefon.
Pada masa kini kita mempunyai banyak alat penghantaran maklumat yang
canggih ,cepat serta berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, mesin faks serta
satelit. Kabel optik (optic cabel) telah mempercepatkan penghantaran isyarat
yang banyak pada sesuatu masa.
Satu daripada alat penghantaran maklumat yang tercanggih pada masa kini
ialah satelit. Satelit perhubungan Malaysia yang pertama ialah MEASAT.
Satelit ialah alat yang dilancarkan ke orbit (laluan) tertentu di angkasa. Ia
merupakan alat perhubungan perantaraan yang menghubungkan satelit bumi ke
satelit bumi yang lain. Satelit sangat sesuai digunakan dalam siaran langsung.

Sebagai contoh apabila perlawanan bola sepak FA Cup di England disiarkan


secara langsung ke Malaysia perhubungan satelit digunakan dengan berkesan.
Isyarat dari stesen TV di England menghantar isyarat ke Satelit Bumi di sana.
Satelit Bumi ini seterusnya memancarkan isyarat ke satelit angkasa kita. Satelit
angkasa pula memancarkan isyarat terus ke rumah kita atau ke stesen TV
tempatan.
Selain daripada kegunaan perhubungan, satelit juga digunakan dalam
penyelidikan angkasa lepas. Terdapat beberapa satelit yang digunakan sebagai
teleskop angkasa, menyukat kandungan ozon serta suhu bumi. Satelit juga telah
digunakan dalam bidang ketenteraan (macam nak sepai orang lainlah tu....)
4. SAINTIS YANG TERLIBAT DALAM PENCIPTAAN ALAT
KOMUNIKASI
Perkembangan penghantaran maklumat dengan menggunakan alat komunikasi
yang moden telah menyumbang kepada pembangunan negara. Maklumat yang
dihantar dengan cepat dan tepat itu telah menyebabkan produktiviti penduduk
meningkat. Sebagai contoh perdagangan dalam dan luar negeri dapat
dipercepatkan.
Kita harus berterima kasih kepada jurutera-jurutera yang bertanggungjawab
dalam pembinaan infrastruktur komunikasi negara. Saintis yang sentiasa
berusaha mencipta alat komunikasi canggih seperti komunikasi G3 dan serta
gelombang jalur lebar (Broadband Wave) harus dihargai.

You might also like