You are on page 1of 4

Lampiran 12

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U)

MAEF-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK


Tarikh : / / (Untuk diisi oleh Cawangan)
[Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma-terma dan syaratsyarat sebelum anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima tawaran produk Machinery
and Equipment Financing-i (MAEF-i)]
1.

Apakah produk ini?


MAEF-i adalah kemudahan pembiayaan untuk membiayai pembelian mesin pertanian dan perkilangan, peralatan
atau kenderaan utiliti yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan,
dan pemasaran yang berasaskan pertanian dan industri asas tani.

2.

Apakah konsep Syariah yang digunakan?


Produk ini adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Bai Bithaman Ajil (BBA) dan Murabahah.
Bai' Bithaman Ajil merujuk kepada akad jual beli berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu.
Manakala, Murabahah merujuk kepada akad jual beli dengan pendedahan harga kos aset dan margin
keuntungan kepada pembeli.

3.

Apakah yang akan saya dapat melalui tawaran daripada produk ini?
Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri seperti berikut:Margin Pembiayaan
Jenis
Mesin
/ Margin Pembiayaan
Peralatan
1
Baru
Maksimum sehingga 90% daripada kos mesin atau
peralatan
2
Terpakai
Maksimum sehingga 80% daripada kos mesin atau
peralatan
Nota:
1
Merujuk kepada mesin dan peralatan yang didaftarkan dan digunakan untuk
pertama kali atau mesin dan peralatan yang telah dibaik pulih dan didaftarkan
di Malaysia untuk pertama kali.
2
Merujuk kepada mesin dan peralatan yang telah didaftarkan dan digunakan
sebelumnya di Malaysia. Usia bagi mesin atau peralatan terpakai mestilah
tidak melebihi lima (5) tahun.
Tempoh Pembiayaan
Maksimum sembilan (9) tahun yang mana jumlah usia mesin atau peralatan dan
tempoh pembiayaan mestilah tidak melebihi sembilan (9) tahun.
Kadar Keuntungan
Margin Pembiayaan 50%
Margin Pembiayaan > 50%
1.Tertakluk kepada
Baru
: KABP +1.0% sehingga
Baru
: KABP +1.5% sehingga
perubahan semasa
KABP + 2.5 %
KABP + 3.0 %
2.Semua kadar
Terpakai : KABP + 2.0% sehingga
Terpakai : KABP+2.5% sehingga
keuntungan dikira
KABP + 3.5 %
KABP + 4.0 %
atas baki bulanan
selama setahun.
Kadar Keuntungan Siling (CPR):
KABP + 4% p.a. atau 10% p.a., mana-mana yang lebih tinggi bagi pengiraan
harga jualan.
Kadar Keuntungan Efektif (EPR):
Pada kadar semasa dan tidak melebihi kadar keuntungan siling yang
dikenakan dan dikira pada baki bulanan.
Nota: Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U)

MAEF-i

4. Apakah tanggungjawab saya?


Membuat bayaran berdasarkan kepada contoh:

Jumlah Pembiayaan

Tempoh Pembiayaan

Kadar Keuntungan

Harga Jualan yang perlu dibayar (jumlah pembiayaan tambah


keuntungan)

Ansuran Bulanan

: RM 50, 000
: 5 tahun atau 60 bulan
: *8.6%
: RM 61,694.28
: RM 1,028.24

Nota : Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) (6.6%) +2.0%. KABP adalah tertakluk kepada perubahan tetapi
tidak melebihi harga jualan.
5.

Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan?


Anda dikehendaki membayar perbezaan antara harga belian dan jumlah pembiayaan sebagai bayaran
pendahuluan bagi pembelian mesin atau peralatan.

6.

Apakah fi dan caj yang perlu dibayar oleh saya?


Jenis Fi dan Caj
Bayaran Pendaftaran
JPJ(jika berkenaan)
Bayaran Duti Setem
Caj Guaman &
Pembayaran
Sumbangan Takaful

Keterangan Fi dan Caj


Seperti di dalam bayaran JPJ yang dikenakan
Seperti yang termaktub di Akta Setem 1949 (Disemak 1989)
Termasuk Yuran guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian,
carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan yuran-yuran lain yang berkaitan (jika
berkaitan)
Berdasarkan jumlah yang dilindungi dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).

Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang
perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa.
7.

8.

Bagaimanakah sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab yang diperuntukkan?

Bank berhak mengenakan dan menuntut ganti rugi (Tawidh) daripada Pelanggan akibat Pelanggan
lewat/gagal membayar ansuran, baki Harga Jualan atau apa-apa jumlah bayaran tertunggak yang kena
dibayar kepada pihak Bank dikira dari tarikh bayaran sepatutnya dibayar sehingga pembayaran sepenuhnya
berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berpandukan kepada resolusi Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia seperti mana berikut:
i. Sebelum tarikh matang, Tawidh yang dikenakan adalah pada kadar 1% setahun ke atas jumlah
bayaran tertunggak dikira secara harian.
ii. Selepas tarikh matang, Tawidh yang dikenakan adalah pada kadar Islamic Interbank Money Market
(IIMM) ke atas keseluruhan jumlah prinsipal terhutang seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Bank
dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
berpandukan kepada resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk mematuhi notis peringatan yang
diberikan oleh pihak Bank dan mesin atau peralatan anda mungkin ditarik. Anda perlu menangung kesemua
kos yang terlibat. Anda juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang perbezaan di antara jumlah
pembiayaan dan harga lelongan selepas mesin atau peralatan dilelong.
Bagaimanakah sekiranya saya menyelesaikan hutang pembiayaan sebelum tempoh matang?
Rebat (Ibra) akan diberikan kepada pelanggan berdasarkan formula semasa yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM).

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U)

MAEF-i

9. Adakah saya perlu mengambil perlindungan Takaful?


Ya:

Perlindungan Semua Risiko (All Risk Takaful) bagi mesin atau peralatan jika berlaku kemalangan atau
kecurian, dan

Pelanggan digalakkan untuk mengambil Skim Takaful Kredit bagi melindungi jumlah keterhutangan di
bawah pembiayaan yang diberikan. Pembayaran boleh dibuat melalui potongan daripada jumlah
pembiayaan. Namun begitu, pelanggan adalah bebas untuk menggunakan perkhidmatan Takaful bukan
panel. Walau bagaimanapun, bagi menjaga kepentingan Bank dan pelanggan pelantikan Takaful panel
adalah amat digalakkan..
10. Apakah risiko utamanya?
Bank mempunyai hak untuk mengambil pemilikan mesin , peralatan atau tapak projek yang dicagarkan bersama
cagaran tambahan dan/ atau melelong atau menjual pemilikan mesin , peralatan atau tapak projek tersebut atau
mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggan dan/atau penjamin sekiranya pemohon gagal
menyelesaikan jumlah pembiayaan.
11. Adakah saya memerlukan jaminan atau cagaran?
Ya, jaminan atau cagaran yang boleh diterima oleh Bank diperlukan tertakluk kepada polisi semasa Bank.
12. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?
Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada pihak kami tentang sebarang perubahan dalam butiran
peribadi anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
Untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda, sila hubungi:
Tel : 1-300-88-2476 E-mel : customer@agrobank.com.my Faks: 603-2691 7790
13. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan?

Jika anda mempunyai sebarang masalah menjelaskan pembayaran anda, hubungi kami terlebih dahulu
untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:
Agrobank, Corporate Communications & Public Relations Department , Bangunan Agrobank, Leboh Pasar
Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-2476
Faks: 603-2691 7790
E-mel: customer@agrobank.com.my

Di samping itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),
iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan
wang, kaunseling kredit dan penstukturan semula hutang secara percuma bagi individu. Anda boleh
menghubungi AKPK di:
Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-22-2575
E-mel: enquiry@akpk.org.my

Jika anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda
boleh menghubungi kami di:
Agrobank, Corporate Communications & Public Relations Department , Bangunan Agrobank, Leboh Pasar
Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-2476 Faks: 603-2691 7790
E-mel: customer@agrobank.com.my

Jika soalan anda atau aduan tidak diselesaikan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia
LINK atau TELELINK di:
Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300+88-5465
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Faks: 603-2174 1515

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U)

MAEF-i

14. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?


Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila kunjungi cawangan Agrobank berdekatan,
atau hubungi kami di: Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-2476
Faks: 603-2691 7790
15. Lain-lain pakej pembiayaan yang sama:
Tiada.
MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang disediakan untuk Lembaran Maklumat ini adalah sah pada tarikh notis.
Pelanggan dinasihati untuk meneliti segala risiko yang ada sebelum membuat keputusan untuk memohon
pembiayaan ini.

NOTA PENTING :
TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA DAN BANK BOLEH MENGAMBIL
PEMILIKAN MESIN ATAU ANDA JIKA ANDA GAGAL UNTUK MENERUSKAN BAYARAN PEMBIAYAAN
MAEF-i ANDA SEPERTI DI DALAM PERJANJIAN
Penafian:
Terma-terma dan syarat-syarat di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tentatif / petunjuk sahaja dan
tidak mengikat pihak Bank. Terma dan syarat yang terakhir adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran
dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan kelulusan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Sila hubungi cawangan terdekat
atau layari www.agrobank.com.my untuk maklumat lanjut
Saya / Kami dengan ini mengaku menerima dan memahami kandungan Lembaran Maklumat Produk seperti yang
telah diterangkan kepada saya/kami.
Tandatangan

Nama

No. Kad Pengenalan

Tarikh

You might also like