You are on page 1of 3

Allahuma Ya Allah;

Kami dengan penuh khusyuk dan tawaduk menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami di
atas nikmat dan rahmatMu. Maka dapatlah kami berhimpun pada pagi yang penuh bermakna ini
dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh, mudahmudahan dengan rahmat dan inayahMu jua, majlis ini akan berjalan lancar dan sempurna.
Sesunguhnya Engkau telah mengutuskan rasul agung nabi Muhammad saw, menyelamat pada
umat di tengah-tengah suasana masyarakat yang kehilangan arah, pada pelbagai kepincangan
hidup yang parah, kehidupan masyarakat yang berpecah belah sesama sendiri disebabkan
latar belakang kabilah. Dengan penuh bijaksana, rasulMu berjaya melahirkan sebuah
masyarakat yang satu, berpaksikan tauhid dan membataskan pengabdian kepada Allah.
Akhirnya perpecahan yang berakar umbi di dalam masyarakat dipadamkan dan kembali hidup
bersama dengan saksama berkongsi kesenangan dan kesusahan.
Di atas jasa pemimpin agung ini, kurniakanlah kami taufik untuk mencontohi baginda tanpa
berbelah bagi. Walau pun dalam apa keadaan, yang tidak goyang bila menghadapi ujian. Bila
disogok dengan kurniaan mudah bertukar haluan dan pegangan. Kami insaf kata-kata
musuhMu Abu Sufian sebelum memeluk Islam : Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi
seseorang sepertimana sahabat-sahabat Muhammad mengasihi Muhammad.
Mudah-mudahan, kasih kami kepada baginda akan mengatasi segala-galanya, lebih dari diri
sendiri, keluarga dan manusia seluruhnya.
Bimbingkanlah kami dan anak-anak didik kami kami ke arah kebaikan. Bukan penyumbang
kerosakan jauh sekali juara keburukan. Perosak negara, tamadun dan kemajuan. Larangan
baginda dijauhi sekalipun pahit tidak tertahan. Semuga keburukan akan berkurangan. Mekar
dan subur makruf kebaikan. Kasih sayang terikat hubungan. Masyarakat terselamat daripada
kerosakan,kepincangan dan kecelakaan. Akhirnya mendapat keamanan, kesejahteraan dan
keredaan. Hati masing-masing pula disandari takwa dan iman.
Allahuma Ya Hafidz Ya Alim;
Di saat kami berhimpun di majlis yang diberkati ini, kami memohon dengan rahsia keagungan
nama-nama dan sifat-sifatMu agar dikurniakan taufik, kesejahteraan yang berterusan, sihat afiat
dalam taat yang berpanjangan.
Peliharakanlah negara kami, Malaysia dan negara-negara Islam daripada sebarang huru-hara
dan bala bencana, ancaman musuh yang ingin menggugat kestabilan dan keharmonian, banjir
dan kemarau panjang. Pereratkan di antara kami tali persaudaraan, kukuhkan perpaduan.
Mudah-mudahan kami sentiasa berada dalam sejahtera, aman damai yang berpanjangan.

.














.






























.







.






Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan, di malam yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala
anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu
yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di
akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas
segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada
yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.









.






Kami jua memohon restu dan rahmat Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya
Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami,
Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami,

dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan
usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.









Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan
negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya
dibawah pemerintahan pemimpin kami.

{








}













.

You might also like