You are on page 1of 73

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran. Dengan sebab itu, Matematik ialah antara bidang yang
terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Matematik merupakan wadah
terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat
penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid
mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan
masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik
menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami
keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru.

Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke
semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan
matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan
pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi
pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasardasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak
perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah
penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang telah mengambil contoh
amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen
yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN


Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk
dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai
subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju
dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi
memenuhi keperluan negara di masa hadapan.
Dalam perubahan dasar tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Ini
adalah kerana, Matematik dianggap sebagai satu subjek yang amat penting dan juga
merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.

Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh muridmurid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana
menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi
asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yangmenjadi
fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut.
Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat
penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di
dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjeksubjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran Matematik tidak hanya diaplikasi dalam
subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran Matematik diaplikasi di dalam subjeksubjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia. Di
kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid.
Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah
dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Pada
dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir.
Cooper (1994) ada menyatakan bahawa,
The number facts of multiplication are more difficult for some
students because the patterns are less obvious and the number are
larger. However, there are students who count the addition facts
but know the multiplication facts. This phenomena occurs because the
students are instruct to memorize the multiplication facts, but are
allowed to count the addition facts.

Melalui ujian PROTIM ada analisis yang telah dijalankan kepada murid
tahun 6 oleh Tengku Halim (1998) turut menyatakan bahawa murid-muridnya masih
belum dapat menguasai kemahiran mendarab sebarang nombor dengan nombor dua
digit atau tiga digit di Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun. Walau bagaimanapun,
beliau telah menggunakan kaedah menggunakan palang yang telah diubahsuai
daripada kemahiran sempoa.
Kenapa murid menghadapi masalah mendarab? Menurut kajian tindakan
yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gedangsa (2009), pada kebiasaannya
murid menghadapi masalah dalam menghafal sifir serta murid juga selalu membuat
kesilapan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul terutamanya
jika ia melibatkan masalah mendarab lebih dua digit.
Selain

daripada

itu,

keberkesanan

sesuatu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan


pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru
perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi
membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan
berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan
guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu
pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.

Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran


yang tersendiri. Guru seharusnya mengetahui setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan dan oleh kerana itu tiada satu kaedah mengajar yang
boleh dikatakan keadah mengajar yang terbaik untuk semua murid. Pada asasnya
terdapat tiga gaya pembelajaran yang berbeza dan gaya-gaya ini memberikan kesan
di dalam penerimaan pembelajaran. Peranan guru dalam menampilkan kaedah dan
aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan anjakan penting menjamin keberkesanan
pembelajaran.
Terdapat pelbagai gaya pembelajaran dan pada asasnya terdapat tiga jenis
gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran pelajar visual yang gemar belajar dengan
huruf, perkataan, benda, gambar atau gambarajah, demontrasi, tindakan atau lakonan.
Pelajar audio pula gemar belajar dengan mendengar cerita, penerangan, syarahan
atau huraian, berbual dan memberi pendapat manakala pelajar kinestetik gemar
belajar dengan menulis, melukis, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan,
simulasi atau projek.

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Kajian saya bermula apabila saya mendapati empat orang murid daripada
Tahun 5 Abu Daud tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul
terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid,
bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab,
mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang
dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu
tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian
saya dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan kepada mereka. Apabila
murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung
murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan
oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.
Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan
berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah
sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila
mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.
Daripada masalah yang saya hadapi ini, persoalannya ialah empat orang
murid ini mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit
yang melibatkan pengumpulan semula. Mereka juga selalu mengulangi kesilapan
dalam meletakkan jawapan hasil darab di nilai tempat yang salah dan ini akan
menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah.
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini. Persoalan yang diberi
perhatian dalam penyelidikan ini ialah :
1.4.1

Sejauh manakah penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat
membantu empat orang murid tahun 5 Abu Daud untuk memperbaiki
tahap penguasaan mereka di dalam operasi darab yang melibatkan
nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan

1.4.2

semula?
Sejauh manakah persepsi murid dengan kaedah Pistol dan Tukul ini di
dalam menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan nombor
tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN


1.5.1
1.5.2

Objektif Umum
1.5.1.1
Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.
Objektif Khusus
1.5.2.1 Mengkaji peningkatan penguasaan empat orang murid
dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula.
1.5.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik dan kemahiran mendarab.
1.5.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

ceria dan harmonis.


1.6 BATASAN KAJIAN
Batasan kajian dalam penyelidikan ini ialah :
1.6.1 Kajian hanya terbatas kepada empat orang murid dari tahun 5 Abu
Daud, Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Sekolah ini
mempunyai seramai 104 orang murid tahun 5.

1.6.2

Dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran maklum balas


responden terhadap semua soalan dan pernyataan yang dikemukakan

1.6.3

dalam boring soal selidik.


Pemilihan responden untuk kajian ini adalah seramai 4 orang murid
yang diharap dapat memberikan gambaran tentang tahap penguasaan
dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang

1.6.4

melibatkan pengumpulan semula.


Penyelidik mendapat sedikit kesukaran dalam memperolehi maklumat
yang jitu dan jujur serta dipercayai dalam beberapa item kerana para
responden bimbang maklumat yang diberi akan mendedahkan
kelemahan mereka.

1.7 DEFINISI ISTILAH


Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca,
definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan
diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti
di bawah :

1.7.1

Penguasaan
Menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan membawa
maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada
kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya
atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka,
perkataan

penguasaan

yang

digunakan

di

sini

ialah

untuk

menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai pendaraban


8

nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan


semula.
1.7.2

Murid
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), murid membawa
maksud pelajar, penuntut, anak atau orang yang sedang belajar atau
berguru sama ada secara formal atau tidak. Murid

dalam

konteks

kajian ini ialah empat orang murid tahun 5 Abu Daud, Sekolah
Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi yang telah dipilih oleh responden.
1.7.3

Darab
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), darab bermaksud
menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau
bilangan. Ia juga bermaksud kira-kira iaitu cara atau kaedah
menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 x 4 = 8.

1.7.4

Digit
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), digit didefinisikan
sebagai sebarang angka dari sifar hingga sembilan. Dalam konteks
kajian ini, ia hanya melibatkan operasi darab nombor tiga digit
dengan dua digit.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN


9

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, penggubal


kurikulum dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran
seperti Kaedah Pistol dan Tukul supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang
belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat
digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam
mata pelajaran Matematik. Dengan adanya maklumat ini juga, dapatlah guru
mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna.
Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas
perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan
pendidikan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat
Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah.

Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat


menyambung usaha ini dengan bekerjasama untuk membantu pihak Jabatan
Pelajaran Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran
Matematik, terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar Bandar yang serba kekurangan
dan lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan
untuk memulakan sesuatu usaha bagi memahami factor dalaman diri murid seperti
10

factor sikap. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) pula dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan
menilai kurikulum Matematik yang sedia ada.
Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat
dilakukan terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi
murid-murid dalam mata pelajaran ini.
Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk
merangka satu sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik
dan dinamik sifatnya serta bersesuaian selaras dengan prinsip-prinsip psikologi
pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan
motivasi murid-murid dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini dan
akan datang.

Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian


daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran
Matematik di sekolah merupakan antara mata pelajaran yang kurang diminati dan
menimbulkan kebosanan. Ianya bukanlah lagi satu rahsia khususnya murid-murid di
luar bandar. Tambahan pula apabila Matematik diajar dengan menggunakan bahasa
kedua iaitu Bahasa Inggeris. Ini sudah tentu akan membebankan lagi murid-murid.
Jika fenomena ini dibiarkan berterusan, murid-murid semakin tidak bermotivasi dan
11

akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran
Matematik.
Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini, guru dapat
menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap
yang positif dan meningkatkan motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik.

1.9

RUMUSAN

Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang penyelidikan dalam aspek
permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik. Antara elemen yang dikupas adalah
berkaitan dengan pernyataan masalah bagi kajian, persoalan kajian, objektif kajian,
batasan kajian, definisi istilah dan juga kepentingan kajian ini dijalankan. Adalah
diharapkan dengan huraian-huraian dan maklumat-maklumat yang dibentangkan di
12

dalam beberapa subtopik di atas akan memberikan gambaran yang sangat jelas dan
memacu tepat kajian ini dijalankan dan hala tujunya.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
13

2.1

PENGENALAN

Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis tentang


matematik di dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian tersebut
merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu dengan
bertujuan untuk melihat beberapa pembolehubah yang mempengaruhi murid-murid
dalam menguasai kemahiran mendarab. Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di
bawah adalah berkaitan dengan kepentingan matematik, masalah murid dalam
pendaraban, pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik,
pendekatan Konstruktivisme, teori Konstruktivisme dan pengajaran berpusatkan
murid.

2.2

KEPENTINGAN MATEMATIK
Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu

pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara


usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan
matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah
dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat
keputusan dengan berkesan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada
pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu,
penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi
14

menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan


membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah
negara

yang

berorientasikan

ekonomi

berasaskan

pengetahuan,

kemahiran

penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat
sekolah.
Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu
mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat
pendidikan. Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik,
kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain
seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman,
1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati
berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik.

Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan


secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan
tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap
asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain.
Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai
penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson,
dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan
diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik
membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman
tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan

15

matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989;


Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan
murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan
masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya
mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah
rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk
mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan
kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk
masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).

Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan


matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak
perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka
terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah
dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik.
Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan
inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah
matematik.
Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar
ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai
faktor yang menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak16

kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah
disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa.
Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam
pengajaran Matematik ialah:
I.

guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar

II.

dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan.


guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam

III.
IV.
V.

pengajaran di bilik darjah.


pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan.
kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan.
pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi
dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan
tetap.

2.3

MASALAH MURID DALAM PENDARABAN

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang
yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang pendidik harus
memahami cara mengajar yang berkesan. Guru mesti belajar cara mengajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran dalam matematikagak berbeza dengan subjek-subjek
lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan
kemahiran dan penyelesaian masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; Skemp, 1987;
Swetz & Tim, 1988; Cockroft, 1982; Nik Azis, 1992; Ibrahim, 1994). Terdapat
banyak kajian yang telah dijalankan, sama ada dari dalam atau luar negeri yang
menyentuh tentang penguasaan konsep matematik di kalangan pelajar dan guru-guru
dalam dalam topik nombor (Mack, 1995; Neuman, 1995; Hunter et. al, 1994; Sowder
17

& Wheeler, 1989; Resnick et. al, 1989; Vinner & Dreyfus, 1989; Wachsmuth, Behr &
Post, 1985; Mokros & Russell, 1995; Aida Suraya, Syarifah Md. Nor & Habsah
Ismail, 1992; Omar Hamat, 1994, Asiah Ismail, 1994). Hampir semua kajian ini
menjurus kepada kesimpulan bahawa masih terdapat kesilapan konsep dan kurang
kemahiran dalam topik tersebut di kalangan para pelajar dan guru.
Istilah kefahaman sering dihubungkaitkan dengan bacaaan. Contohnya,
bacaan untuk kefahaman. Namun, kefahaman yang dimaksudkan di sini mencakupi
ruang yang lebih luas, iaitu berkaitan dengan berbagai komunikasi (Bloom, 1989).
Keupayaan membuat generalisasi adalah tahap kefahaman yang paling dikehendaki
dalam pendidikan matematik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan


mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru. Jarang sekali murid akan mencari
dan mengkaji lebih daripada apa yang diberikan oleh gurunya. Walau bagaimanapun
adakalanya kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar
yang ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan
kesilapan konsep dalam minda pelajar (Vinner, Hart & Wilson, 1994; Kamaludin ,
1996). Kesilapan konsep juga biasa dialami oleh pelajar apabila ia berpindah dari
satu konsep kepada satu konsep yang lain.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelajaran konsep adalah suatu bidang
yang amat penting. Ianya boleh dianggap sebagai roh kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik. Tanpanya, pengajaran menjadi tidak bermakna.
Dalam hal ini Davis (1966) mengatakan :
18

concept learning is probably the most important of all instances learned


behaviour"
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, satu model yang sedang
mendapat perhatian dan tumpuan kajian para penyelidik dan pakar pendidikan
matematik dan sains ialah model yang berasaskan 'faham binaan' (Constructivism)
(Mohd Nor 1995). Menurut model ini pengetahuan seseorang adalah sesuatu yang
dibina sendiri oleh individu tersebut berdasarkan pengalamannya yang unik. Konsep
matematik tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang
serba lengkap atau sempurna. Pelajar perlu membina suatu konsep itu atas hasil
usaha mereka sendiri dan tidak boleh, malah tidak mungkin guru membina suatu
konsep tertentu untuk pelajarnya.
Peranan utama guru ialah menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai
untuk membolehkan pelajar berpeluang secara aktif membina konsep matematik
yang hendak diajarnya (Ellerton & Clements, 1993; Von Glasersfeld, et. al. 1992;
Nik Azis, 1996; Mohd Nor, 1995; Ibrahim, 1994).
Memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik
matematik dengan lebih mudah dan akan dapat mengelak daripada salah
pengkonsepsian. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan
perlaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas yang akan
sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan pelajar. Malah
sebaliknya ia merupakan jalan mati yang akan menghumban pelajar ke dalam gaung
kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan.

19

2.4

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM


PENDIDIKAN MATEMATIK

Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi


dalam pendidikan matematik di sekolah menengah. Perubahan ini memerlukan
kepelbagaian cara matematik diajar di sekolah.
Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep
matematik adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau
objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid
membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan
sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur
diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah
memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.
Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam
usaha untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan
matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli
matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang
lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk itu.
Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai
intrinsik matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran bersistem perlu
diterapkan sepanjang kursus pengajian ini. Di samping itu, nilai-nilai murni boleh
20

diterapkan dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang. Misalnya,
pembelajaran secara kumpulan boleh membantu murid menerap kemahiran sosial serta
memupuk sikap kerjasama dan membina keyakinan diri terhadap matematik.
Dalam mata pelajaran matematik, unsur patriotisme boleh dipupuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terancang melalui tajuk-tajuk yang
diajar. Penekanan yang dibuat adalah secara merentas kurikulum melalui pendekatan
menyeluruh dan bersepadu.
Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk
memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari. Pendekatan yang dipilih perlu
mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid.
Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami
sesuatu perkara.
Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan.
Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Dalam
proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik
khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul
semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme.

21

Konstruktivisme

merupakan

satu

teori

mengenai

pengetahuan

dan

pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman


pelajar. Disamping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina
pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders
(1992) juga menjelaskan bahawa konstruktivisme ialah suatu proses di mana
seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah
dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan
lepas yang diadaptasikan olehnya.
Dalam

pendekatan

konstruktivisme

ini,

persekitaran

pembelajaran

berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai
fasilitator.
Menurut

http://www.my-rummy.com

dalam

matematik,

kanak-kanak

biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka


memperolehi pengalaman yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan
pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang.
Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan
bahawa:
a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.
b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina
pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
22

d) guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang
kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
e) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara
pasif.

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan


oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001),
konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan
bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu
pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti
yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran
yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain.
Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan
pengalamannya secara terpilih.

2.5

PENDEKATAN KONSTRUKVISME
23

Antara pelopor konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand


(1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan
Brandt (1997) dan Nik Aziz (1999), kelebihan teori konstruktivisme ialah muridmurid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh
antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina
sendiri oleh murid.

Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur


kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan
dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini
dikenali sebagai accretion.
Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras
dengan pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali sebagai penalaan atau
tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya
dengan menggunakan analogi, iaitu berdasarkan pengetahuan yang ada padanya.
Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich (1993) konsep baru juga boleh dibina

24

dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini
dikenali sebagai parcing.
Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran
kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan
perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses
ini, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999) membuktikan
bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah
mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid
yang diajar menggunakan pendekatan tradisional. Kajian Caprio (1994), Nor Aini
(2002), Van Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998), dan Lieu (1997) turut
membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid untuk
mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.
Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme
membantu murid membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan
pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan itu diaplikasikan dengan persekitaran
mereka.

25

Banyak

jurnal

telah

menerbitkan

intipati

kajian

dalam

bidang

konstruktivisme, antaranya ialah Needham (1987), Caprio (1994), dan Beybee


(1993). Oleh yang demikian, kajian ini memberikan tumpuan terhadap kesan
penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran mata pelajaran
Matematik. Pendekatan konstrutivisme dipilih kerana terdapat persamaan antara
mata pelajaran Matematik dengan Sains, iaitu pelajar harus memahami konsep dan
fakta

2.6

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu


pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan
teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains.
Menurut

Susan

(1994),

konstruktivisme

bukan

satu

konsep

yang

baru.

Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan
antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah
satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori
konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma
daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori
26

kognitif. Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang
berpusatkan murid.

2.7

PENGAJARAN

BERPUSATKAN

MURID

(STUDENT

CENTRE

LEARNING)

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau
lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui
perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran
pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini
akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang
ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan
konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di
antara satu sama lain.
Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka
seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri
perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep
dan pengetahuan.
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk
menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat
27

penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi


pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama
di kalangan murid.
Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak
melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih
kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phsychology, A Contemporary
Approach halaman 177 menyebut:
Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the
opportunity to construct their own sense of what is being learned by building
internal or relationship among the ideas and fact being taught.

Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang


menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara
yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang
diajar atau dipelajari. Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian
pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme.
Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan
peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan
membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing.
Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini
menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara
individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu
28

diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada murid
di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme
memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi
sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian
kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu
bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

2.8

RUMUSAN

Berdasarkan kepada model dan teori sarjana-sarjana dan pengkaji-pengkaji


terdahulu dalam bidang teori pengajaran dan pembelajaran kontruktivisme, jelaslah
bahawa kaedah pengajaran dan sikap murid terutamanya dalam aspek persepsi, minat
dan motivasi mempunyai pengaruh yang ketara terhadap pencapaian akademik
pelajar. Kajian ini juga menunjukkan pengkaji ingin mengkaji peningkatan
kemahiran dan minat murid dalam kemahiran mendarab nombor 3 digit dengan 2
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Peranan guru untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran untuk membantu pelajar dan menarik minat pelajar supaya dapat
29

menguasai kemahiran yang diajar dalam subjek Matematik adalah amat memerlukan.
Pembelajaran yang berkesan adalah memberi peluang dan membantu pelajar semasa
menjalankan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN
30

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,
metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin
kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan
pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam
kajian. Metodologi kajian memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara
pelaksanaan kajian (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon,
Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian
yang digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang
dibincangkan termasuklah sampel kajian, reka bentuk kajian, instrument kajian,
prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Mohd Majid Konting (1993), soal selidik adalah lebih praktikal dan
berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan kaedah ini
kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden. Maklumat yang
dikumpulkan dan diperoleh akan di analisis dan di terangkan secara deskriptif.
Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditetapkan dan
ditafsirkan secara kuantitatif untuk mengetahui hasil kajian tentang persepsi sampel
kajian terhadap tajuk kajian.

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


31

Kajian yang akan dijalankan ini melibatkan murid Tahun Lima Abu Daud di
Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Sekolah ini telah dibina oleh kerajaan
pada tahun 1926 di Jalan Omar. Lokasi sekolah ini hanya satu kilometer sahaja
jaraknya dengan Bandar Kota Tinggi. Ia terletak di persisiran Sungai Johor
berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang berada di sebelah kanan sebelum
melalui jambatan ke bandar Kota Tinggi. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum
iaitu anggaran 90% dikalangan pelajar Melayu, 2% pelajar Cina, 3% pelajar India
dan 5% lain-lain bangsa. Jumlah murid sekolah ini ialah seramai 540 orang dan
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam sesi pagi sahaja. Murid tahun
lima adalah 90 orang sahaja dan dibahagikan kepada tiga buah kelas iaitu Bukhari,
Muslim dan Abu Daud. Pemecahan murid mengikut kelas adalah dengan mengikut
keputusan peperiksaan akhir tahun 2010. Seramai empat orang murid daripada murid
Tahun 5 Abu Daud di pilih dalam kajian yang dijalankan ini.
3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut


Mohd Majid Konting (2005), soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik
juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap
rangsangan soalan yang diberikan.
Instrumen kajian yang telah dipilih ialah seperti berikut:
a) Borang Maklumat Pelajar (Lampiran A)
b) Borang Soal Selidik

(Lampiran B)

c) Kertas Soalan Ujian Pra

(Lampiran C)
32

d) Kertas Soalan Ujian Pos

3.4.1

(Lampiran D)

Borang Maklumat Pelajar

Pengkaji akan mengkategorikan kumpulan pelajar mengikut pencapaian


tinggi atau pencapaian rendah serta menentukan jantina pelajar daripada borang
maklumat pelajar. Keputusan ujian ini telah digunakan untuk mengkategorikan
kumpulan pelajar untuk tujuan ini seperti dibawah:

Gred Mata Pelajaran Matematik


Kategori Pelajar
Peperiksaan Akhir Tahun
A dab B
Pencapaian Tinggi
C, D dan E
Pencapaian Rendah
Jadual 3.1: Skala Gred Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
Markah (%)
Gred
Penerangan Gred
80% - 100%
A
Sangat Baik
60% - 79%
B
Baik
40% - 59%
C
Sederhana
20% - 39%
D
Lemah
0% - 19%
E
Sangat Lemah
Jadual 3.2: Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Peperiksaan dan Ujian
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000)

3.4.2

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah untuk mengesan
tentang minat pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban. Sebanyak 15 item soalan telah
dikemukakan dalam borang soal selidik ini yang berkaitan dengan minat, motivasi
33

dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran
mendarab antara 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula. Ia
dibina daripada jenis skala Likert lima peringkat skor yang mewakili:

1
Sangat Tidak Setuju

2
3
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Jadual 3.3: Skala Likert

4
Setuju

5
Sangat Setuju

(Sumber : Mohd Najib bin Abd. Ghafar, 1998)

3.4.3

Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra dan Ujian Pos adalah ujian yang mengandungi 10 soalan subjektif
yang melibatkan operasi darab antara 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula dalam
waktu dan tempoh yang sama. Murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja
mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan
Pensel. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit. Setiap soalan ujian diberi 2
markah betul dan 0 markah jika salah. Selepas itu, bimbingan diberikan kepada
murid-murid ini yang kemudiannya dilakukan Ujian Pos.

3.5

KAJIAN RINTIS

Bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini kajian


rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden
tidak mengikut jumlah responden sebenar. Menurut Cohen, Manion dan
34

Morrison(2000), fungsi kajian rintis ini ke atas soal selidik adalah bagi
menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan susunatur soal selidik
tersebut.

Ia

juga

bagi

mendapat

maklum

balas

tentang

keesahan

dan

kebolehpercayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis


ini saya telah memilih seramai 10 orang responden dari kelas Tahun 5 Muslim yang tidak terlibat
dalam kajian ini dan instrumen kajian yang sama digunakan.

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data-data dalam kajian ini dikumpul dengan mengemukakan satu set soalan soal selidik
untuk dijawab oleh pelajar-pelajar yang telah dipilih, ujian pra dan ujian pos. Soal selidik tersebut
ialah soal selidik maklumat pelajar dan soal selidik tentang minat pelajar dan penggunaan alat bantu
mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban.
Dalam kajian kuantitatif, pengkaji perlu membina alat kajian dahulu sebelum dapat
mengumpulkan data yang diperlukan. Antara alat kajian yang diperlukan ialah soalan ujian pra,
soalan ujian pos dan juga borang maklumat soal selidik.
Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas di mana pelajar-pelajar
yang terpilih mengambil ujian pra, seterusnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selama 1
minggu untuk 7 waktu dalam seminggu. Pengkaji terpaksa mengambil masa guru Matematik kelas
tersebut. Pengkaji membekalkan pelajar dengan borang soal selidik untuk mengetahui latar
belakang dan minat pelajar pada waktu pertama hari pertama di dalam kelas tersebut. Pengkaji juga
telah menggunakan satu waktu dalam minggu tersebut untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos
akan dijalankan pada minggu tersebut. Untuk menjamin kesahan kajian ini, pelajar telah diingatkan
35

supaya tidak meniru dan menjawabnya dengan jujur. Murid diminta menjawab 10 soalan ujian
dalam masa yang diperuntukkan iaitu sebanyak 30 minit. Kemudian, ujian pos diberikan untuk
memastikan keberkesanan pembelajaran dengan penggunaan kaedah Pistol dan Tukul. Borang
soal selidik pula menggunakan skala Likert untuk melihat tahap minat responden terhadap
pembelajaran menggunakan kaedah ini.

Perbezaan min markah ujian pra dan min markah ujian pos di kalangan responden dikaji
dan dikenalpasti. Perbezaan min yang signifikan menunjukkan bahawa terdapat prestasi yang
signifikan dalam prestasi pelajar hasil daripada penggunaan kaedah Pistol dan Tukul yang telah
diaplikasikan dalam proses pembelajaran Matematik dalam operasi darab antara 3 digit dengan 2
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Pentaksiran tahap pencapaian pelajar merujuk kepada
markah dalam peratus dan min bagi ujian pra dan ujian pos berdasarkan kepada skala Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
Setelah semua kertas soalan dijawab, ia dikumpul dan penyemakan telah dilakukan untuk
memastikan semua item telah dijawab mengikut kehendak dan arahan kertas soalan. Analisis data
dibuat dengan mengutip data awal iaitu melalui markah ujian Pra. Markah dikutip sebagai
maklumat awal dan gambaran pencapaian pelajar, sekiranya pengajaran dijalankan seperti biasa. Set
soalan yang diberi adalah merangkumi kemahiran dan objektif yang hendak disampaikan pada
minggu yang disediakan oleh guru Matematik berdasarkan huraian sukatan pelajaran Matematik.
Analisis data Ujian Pos merupakan markah yang diambil setelah sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang telah dijalankan di dalam kelas. Ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan kemahiran mendarab nombor 3 digit
dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula.
36

3.7

PROSEDUR ANALISIS DATA

Set-set soal selidik yang telah dijawab oleh para responden, kemudiannya dikumpulkan.
Item-item dalam soal selidik adalah mengikut skala Likert seperti yang dibincangkan sebelumnya
juga digunakan untuk penganalisisan data untuk mengetahui keputusan kajian. Kertas soalan yang
telah dijawab oleh murid, dikaji oleh pengkaji.
Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Lampiran A dan Lampiran B yang perlu
dijawab oleh responden. Item-item yang dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada pembacaan kajian-kajian terdahulu yang terpilih.
Data-data yang diperolehi akan dianalisis dalam bentuk bilangan dan peratusan untuk
aspek-aspek yang diperlukan seperti item-item yang terdapat dalam borang soal selidik seperti yang
dilampirkan. Data-data yang telah dianalisis ini akan diulas dan turut dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan carta yang sesuai.
Tahap penguasaan dan gred bagi julat markah keputusan peperiksaan akhir tahun 2010
serta ujian pra dan ujian pos adalah berdasarkan kepada skala di bawah:

Markah (%)
Gred
Tahap Pencapaian
80% 100%
A
Cemerlang
60% 79%
B
Baik
40% 59%
C
Memuaskan
20% 39%
D
Sederhana
0% 19%
E
Lemah
Jadual 3.4: Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Peperiksaan dan Ujian
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000)

37

Data yang diperolehi dari ujian pra dan ujian pos telah dianalisis dengan menggunakan
pengiraan secara manual. Data ini telah dikumpulkan untuk membuat perbandingan peratusan
dalam pencapaian. Gred diberikan bagi ujian pra dan ujian pos untuk melihat perubahan bagi
peningkatan pelajar sebelum dan selepas penggunaan kaedah Pistol dan Tukul.
Data bagi latar belakang pelajar dan keputusan peperiksaan akhir tahun pula adalah diwakili
dalam bentuk jadual yang menggunakan peratusan. Analisis ujian pra dan pos digambarkan melalui
graf agar ia mudah untuk ditafsirkan maksudnya.
Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan menjelaskan kepada pihak
sekolah tentang tujuan kajian iaitu sebagai aspek tanggungjawab dan kerahsiaan dalam membentuk
hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat. Penetapan tarikh, masa dan tempat juga telah
diuruskan dengan baik oleh pengkaji, sebelum kajian ini dijalankan dengan semua prosedur
ditetapkan telah dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya mencapai tujuan kajian. Sampel
kajian juga telah diberikan penerangan tentang apa yang harus dilakukan. Masa yang diperuntukkan
untuk menjawab semua soalan dengan sempurna dan terkawal juga telah ditetapkan dengan
kerjasama guru-guru bagi melicinkan semua prosedur kajian.

3.8

RUMUSAN

Kajian ini secara keseluruhannya akan menumpukan aspek penggunaan kaedah Tukul
dan Pistol dalam kaedah mengajar yang dihasilkan oleh pengkaji. Keberkesanan kaedah ini akan
dinilai oleh responden dengan menggunakan kertas soal selidik. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang diatur juga akan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaannya di
dalam bilik darjah. Sikap dan minat murid dapat dikesan melalui penglibatan serta respon yang
ditunjukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala respon yang ditentukan oleh guru akan

38

menentukan kejayaan hasil kajian ini. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard yang ditentukan
dapat membantu pengkaji dalam menentukan kualiti penilaian yang dibuat oleh responden.

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

PENGENALAN

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan


borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu
Lampiran A dan Lampiran B yang perlu dijawab oleh responden. Item-item yang
dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan kajiankajian terdahulu dan laporan yang terpilih.
Lampiran A mengandungi enam item yang berkaitan dengan maklumat latar belakang
responden seperti nama sekolah, jantina, bangsa, gred mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan
Akhir Tahun 2010, tingkat pelajaran ibu, bapa atau penjaga yang tertinggi dan pekerjaan ibu bapa.
39

Lampiran B pula merupakan bahagian yang mengandungi item-item yang berrkaitan dengan minat
pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam
tajuk Pendaraban. Item-item ini berupa item yang ingin mengkaji persepsi mereka terhadap
penggunaan kaedah Pistol dan Tukul dalam sesi pembelajaran bagi kemahiran mendarab nombor
3 digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula.
4.2

PROFIL RESPONDEN

Seramai 4 orang pelajar Tahun 5 Abu Daud, Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi,
Johor telah dijadikan sebagai responden bagi menjayakan kajian ini. Pengkaji telah mengutip datadata awal responden berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diedarkan. Prestasi pelajar
yang dijadikan responden ini adalah terdiri daripada pelajar yang sederhana.
Perbincangan dibentangkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan berdasarkan jumlah
dan taburan pelajar-pelajar. Item-item ini merangkumi jantina, bangsa, gred mata pelajaran
Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010, tingkat pelajaran ibu, bapa atau penjaga dan
pekerjaan ibu atau bapa pelajar. Semua data yang diperolehi melalui soal selidik adalah dengan
menggunakan kajian kuantitatif. Dengan penerangan yang jelas dan kawalan pelaksanaan prosedur
yang dirancang dengan baik, kesemua empat set soal selidik yang diedarkan, didapati kesemuanya
adalah lengkap dan dapat digunakan dalam proses penganalisisan data kajian.

4.2.1

Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.2.1 dibawah menunjukkan jantina responden iaitu seramai 4 orang pelajar dari
Tahun 5 Abu Daud daripada sekolah yang sama. Melalui jadual ini, didapati terdapat 3 orang murid
lelaki iaitu 75% dan 1 orang murid perempuan iaitu 25%.

40

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Kekerapan
3
1
4
Jadual 4.2.1: Taburan Jantina Pelajar

Peratusan (%)
75%
25%
100%

Jantina

25%
Lelaki
Perempuan
75%

Carta 4.2.1: Peratus Pelajar Mengikut Jantina

4.2.2

Bilangan Responden Mengikut Bangsa

Soal selidik telah dijalankan kepada empat orang pelajar yang terdiri daripada
murid Melayu, Cina dan India. Seramai 2 orang pelajar Melayu iaitu 50% terlibat dalam soal selidik
ini. Seorang pelajar Cina mewakili 25% dan seorang pelajar India yang juga mewakili 25%.
Bilangan dan peratusan pelajar mengikut bangsa dapat dilihat berdasarkan jadual 4.2.2 dan carta
4.2.2 di bawah:

Bangsa
Melayu
Cina
India
Jumlah

Kekerapan
2
1
1
4

Peratusan (%)
50%
25%
25%
100%
41

Jadual 4.2.2: Taburan Pelajar Mengikut Bangsa

Bangsa

25%
Melayu
50%

Cina
India

25%

Carta 4.2.2.: Peratus Pelajar Mengikut Bangsa

4.2.3

Gred Mata Pelajaran Matematik Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Gred Mata Pelajaran


Kekerapan
Peratus (%)
A
0
0%
B
0
0%
C
2
50%
D
2
50%
E
0
0%
Jumlah
4
100%
Jadual 4.2.3: Taburan Pelajar Mengikut Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam Peperiksaan
Akhir Tahun 2010

42

Gred
0%
E
Gred D

50%

Gred C

50%

Gred
0%
B
Gred
0%
A
0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

Peratusan Pelajar Mengikut Gred Mata Pelajaran Matematik Dalam Peperiksaan


Akhir Tahun 2010

Carta 4.2.3: Peratusan Pelajar Mengikut Gred Matematik Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Jadual 4.2.3 menunjukkan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik yang mereka
perolehi dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Daripada pencapaian ini, tiada pelajar yang
mendapat Gred A, Gred B dan Gred E. Seramai 2 orang pelajar telah berjaya mendapat Gred C
yang mewakili 50% pada tahap sederhana. 2 orang lagi pelajar mendapat Gred D iaitu pada tahap
lemah yang mewakili 50%.

43

4.2.4

Tingkat Pelajaran Ibu / Bapa / Penjaga Yang Tertinggi

Tingkat Pelajaran Tertinggi


Kekerapan
Peratus (%)
Tamat Sekolah Rendah / Tidak Bersekolah
1
25%
Tamat Tingkatan 3 / SRP / PMR
1
25%
Tamat Tingkatan 5 / SPM
1
25%
Diploma / STPM
1
25%
Ijazah
0
0%
Jumlah
4
100%
Jadual 4.2.4: Bilangan Tingkat Pelajaran Ibu / Bapa / Penjaga Yang Tertinggi

25%

20%

15%

Tamat Sek Rendah/Tidak


Bersekolah
Tamat Tingkatan
3/SRP/PMR

10%

Tamat Tingkatan 5/SPM


Diploma/STPM
Ijazah

5%

0%
Tingkat Pelajaran Ibu / Bapa / Penjaga Yang Tertinggi

Carta 4.2.4: Peratusan Tingkat Pelajaran Ibu / Bapa / Penjaga Yang Tertinggi

Daripada jadual 4.2.4, ia menunjukkan bahawa tingkat atau tahap pelajaran ibu, bapa atau
penjaga pelajar. Tahap pelajaran pada ibu, bapa atau penjaga iaitu antara peringkat tamat sekolah

44

rendah atau tidak bersekolah, tamat persekolahan hingga tingkatan 3 atau setelah tamat mengambil
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR), tamat tingkatan 5 atau
tamat setelah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tamat setelah mengambil diploma atau
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah sama iaitu 1 orang yang mewakili 25%. Tiada ibu,
bapa atau penjaga yang menamatkan pelajarannya hingga ke peringkat ijazah.

4.2.5

Pekerjaan Ibu / Bapa

Jadual 4.2.5 dibawah menunjukkan pekerjaan ibu atau bapa daripada 4 orang pelajar yang
terpilih dalam kajian ini. Ia menunjukkan seramai 1 orang yang bekerja sebagai buruh dan peniaga
yang mewakili 25%. Manakala, 2 orang ibu atau bapa yang bekerja sebagai nelayan yang mewakili
25%.

Pekerjaan Ibu / Bapa


Kekerapan
Peratus (%)
Buruh
1
25%
Peniaga
1
25%
Nelayan
2
50%
Jumlah
4
100%
Jadual 4.2.5: Taburan Pekerjaan Ibu Atau Bapa Pelajar

45

Pekerjaan Ibu / Bapa Pelajar


50%
45%
40%
35%
30%
25%
20%
15%
10%
5%
0%

Pekerjaan Ibu / Bapa


Pelajar

Buruh

Peniaga

Nelayan

Carta 4.2.5: Peratus Taburan Pekerjaan Ibu Atau Bapa Pelajar

46

4.3

LAPORAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian bagi penilaian untuk aspek kecenderungan sikap dan minat pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru matematik dengan menggunakan kaedah
Tukul dan Pistol secara umum, pengkaji telah memberikan borang soal selidik
yang mengandungi 15 item yang perlu dijawab dengan jujur oleh pelajar. Untuk
menganalisis borang soal selidik ini, skala Likert lima peringkat skor digunakan
untuk mewakili:

1
2
3
4
5

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jadual 4.3: Skala Likert

Nilai min dalam setiap item yang disoal di dalam borang soal selidik untuk melihat tahap
kecenderungan minat dan sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
matematik dengan menggunakan kaedah Tukul dan Pistol secara umum dicari.

47

Interpretasi Skor Min digunakan untuk menganalisis setiap item dalam soal selidik seperti
jadual dibawah:

Skor
Skor Min
Tahap Minat
Tahap Penggunaan Bahan Maujud
1
1.00 1.50
Sangat Rendah
Sangat Tidak Baik
2
1.51 2.49
Rendah
Tidak Baik
3
2.50 3.49
Sederhana
Sederhana
4
3.50 4.49
Tinggi
Baik
5
4.50 5.00
Sangat Tinggi
Sangat Baik
Jadual 4.4: Interpretasi Skor Min Bagi Sikap dan Minat Murid Terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru matematik dengan menggunakan kaedah Tukul dan
Pistol

4.3.1

Analisis Item Soal Selidik Tentang Sikap Dan Minat Pelajar Terhadap
Matematik

No

Item Soal Selidik

Skala

Min

48

Saya

sangat

meminati

pelajaran Matematik.
Pembelajaran mata

mata

pelajaran

Matematik menggalakkan saya


3

berfikir.
Pembelajaran

mata

pelajaran

50%

50%

25%

50%

25%

50%

25%

25%

50%

50%

25%

25%

50%

25%

50%

25%

50%

25%

25%

Matematik memberi kesan dalam


4

kehidupan saya.
Penggunaan alat bantu mengajar
(Pistol dan Tukul) menarik minat
saya

untuk

darab
5

menjawab

yang

3.50

pengumpulan semula.
Adakah anda suka menjalankan
aktiviti

individu

berkumpulan
pembelajaran
6

atau

semasa

proses

Matematik

dijalankan?
Adakah anda berminat menjawab

4.13

soalan darab secara kumpulan /


7

3.00

2.75

soalan

melibatkan

2.50

individu?
Adakah anda

bersetuju

mata

3.94

pelajaran Matematik subjek yang


sukar?

3.69

Purata
3.36
Jadual 4.3.1: Analisis Skor Min Item Soal Selidik Tentang Sikap dan Minat Pelajar

49

50%
45%
40%
35%
Skala 1

30%

Skala 2

25%

Skala 3

20%

Skala 4

15%

Skala 5

10%
5%
0%
Item 1

Item 2

Item 3

Item 4

Item 5

Item 6

Item 7

Carta 4.3.1: Peratus Analisis Item Soal Selidik Tentang Sikap Dan Minat Pelajar

Data menunjukkan bahawa 2 orang pelajar yang mewakili 50% tidak


meminati mata pelajaran Matematik dan 2 orang lagi pelajar iaitu 50% memilih
kurang meminati mata pelajaran Matematik bagi item 1. Min skor bagi item 1 adalah
2.50 iaitu pada tahap sederhana. Bagi item 2, 1 orang pelajar yang mewakili 25%
juga mendapati bahawa mata pelajaran Matematik menggalakkannya untuk berfikir.
1 orang pelajar iaitu 25% tidak setuju dan 2 orang iaitu 50% kurang setuju tentang
pernyataan ini. Min skor item 2 adalah 3.00 iaitu pada tahap sederhana.
Berdasarkan analisis item 3, 2 orang pelajar iaitu 50% tidak setuju tentang
pembelajaran mata pelajaran Matematik memberi kesan dalam kehidupan mereka. 1
orang (25%) kurang setuju dan 1 orang pelajar (25%) setuju tentang pernyataan ini.
Min skor bagi item 3 adalah 2.75 iaitu pada tahap sederhana.

50

2 orang pelajar (50%) kurang setuju tentang penggunaan alat bantu mengajar
dapat menarik minat mereka untuk menjawab soalan pendaraban yang melibatkan
pengumpulan semula bagi item 4. 2 orang pelajar iaitu 50% pula berminat untuk
menjawab soalan pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan alat bantu mengajar (Pistol dan Tukul) yang disediakan oleh guru. Min
skor bagi item 4 adalah 3.50 iaitu pada tahap tinggi.
Bagi item 5 pula, 1 orang pelajar iaitu 25% kurang setuju untuk menjalankan
aktiviti individu atau berkumpulan semasa proses pembelajaran Matematik
dijalankan. 1 orang pelajar (25%) pula setuju dan 2 orang pelajar iaitu 50% sangat
bersetuju untuk menjalankan aktiviti individu dan berkumpulan semasa proses
pembelajaran Matematik dijalankan. Min skor bagi item 5 ialah 4.13 iaitu pada tahap
tinggi.
1 orang pelajar iaitu 25% kurang berminat menjawab soalan darab secara
kumpulan atau individu bagi item 6. 2 orang pelajar (50%) pula berminat dan 1 orang
pelajar (25%) lagi sangat setuju yang mereka berminat untuk menjawab soalan darab
secara kumpulan atau individu. Nilai min bagi item 6 ialah 3.94 iaitu pada tahap
tinggi.
Berdasarkan kepada item 7 pula, 2 orang pelajar iaitu 50% kurang setuju
mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar. 1 orang pelajar (25%) setuju
dan 2 orang pelajar iaitu 50% pula sangat setuju bahawa mata pelajaran Matematik
adalah subjek yang sukar. Nilai minnya adalah 3.69 dan berada pada tahap tinggi.
Jika dilihat pada keseluruhannya, purata skor min bagi minat pelajar adalah
3.36. ini menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan minat pada mata pelajaran
Matematik pada tahap yang sederhana terutamanya pada kemahiran mendarab.

51

4.3.2

Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu Mengajar


(Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Tajuk Pendaraban.
Skala

No

Item Soal Selidik

Saya tahu menggunakan alatan

75%

25%

saya

meningkatkan kefahaman dalam

50%

50%

Tukul) menjadikan saya lebih

berminat

25%

75%

75%

25%

75%

25%

100%

100%

(Pistol dan Tukul) dalam operasi


2

darab.
Penggunaan alatan (Pistol dan
Tukul)

dalam

sesi

pembelajaran.
Penggunaan alatan (Pistol dan
membolehkan

saya

mengingat konsep operasi darab.


Guru mata pelajaran Matematik
saya
suasana

membantu

berjaya

menghidupkan

pembelajaran

melalui

kaedah ini.
Pemahaman dalam konsep darab
ini akan menjadikan saya lebih

berkeyakinan dan rajin.


Kaedah ini mampu melahirkan
pelajar

yang

kreatif

mencari ilmu.

No

4.19

3.38

operasi darab.
Penggunaan alatan (Pistol dan

Tukul)
5

Min

Item Soal Selidik

dalam

Skala

4.56

4.19

4.19

4.75

4.75

Min

52

Kaedah ini sesuai dilaksanakan


dalam

pengajaran

dan

100%

4.00

pembelajaran Matematik.
Purata
4.25
Jadual 4.3.2: Analisis Skor Min Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu
Mengajar (Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Tajuk Pendaraban.

Jadual 4.3.2 menunjukkan analisis skor min item soal selidik tentang
penggunaan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah Pistol dan Tukul
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk pendaraban. Daripada
jadual ini, menunjukkan bahawa min skor bagi item 1 adalah 4.19 iaitu berada pada
tahap baik. Seramai 3 orang pelajar yang mewakili 75% bersetuju dan 1 orang
pelajar (25%) sangat setuju yang mereka tahu menggunakan alatan (Pistol dan Tukul)
dalam operasi darab.
Bagi item 2, seramai 2 orang pelajar iaitu 50% setuju dan 2 orang lagi pelajar
(50%) sangat bersetuju bahawa penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membantu saya
meningkatkan kefahaman dalam operasi darab. Min skor bagi item 2 ini adalah 3.38
iaitu pada tahap sederhana. Item 3 pula menyenaraikan 1 orang pelajar (25%)
bersetuju dan 3 orang pelajar iaitu 75% yang sangat setuju bahawa penggunaan
alatan (Pistol dan Tukul) menjadikan mereka lebih berminat dalam sesi
pembelajaran. Min skornya adalah 4.56 dan berada pada tahap sangat baik.
Item 4 dan 5 pula mempunyai bilangan pelajar yang sama iaitu 3 orang
pelajar (75%) yang bersetuju dan 1 orang pelajar (25%) yang sangat setuju bahawa
penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membolehkan mereka mengingat konsep
53

operasi darab dan guru mata pelajaran Matematik berjaya menghidupkan suasana
pembelajaran melalui kaedah ini. Min skor bagi item 4 dan 5 adalah 4.19 iaitu pada
tahap yang baik.
Bagi item 6 dan 7, juga mempunyai bilangan pelajar yang sama iaitu masingmasing 4 orang pelajar yang mewakili 100% sangat setuju bahawa pemahaman
dalam konsep darab ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan rajin dan
mereka juga sangat setuju bahawa kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif
dalam mencari ilmu. Min skor item 6 dan 7 adalah 4.75 iaitu pada tahap yang sangat
baik.
Item 8 pula menyenaraikan 4 orang pelajar yang mewakili 100% yang
bersetuju bahawa kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Min skor item 8 adalah 4.00 iaitu pada tahap yang baik.
Pada keseluruhannya purata skor min bagi item soal selidik bagi menganalisis
tahap penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam tajuk Pendaraban ialah 4.25 iaitu pada tahap yang baik.

4.3.3

Bil

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Pelajar

Ujian Pra

Ujian Pos

Peratus
54

Markah

Peratus

Markah

Peratus

Peningkata

( /10)
(%)
( /10)
(%)
A
3
30%
8
80%
B
4
40%
9
90%
C
4
40%
10
100%
D
3
30%
8
80%
Jadual 4.3.3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar

1
2
3
4

n
50%
50%
60%
50%

100%

100%
90%

90%

80%

80%

80%

70%
60%
50%
40%

40%
30%

40%

30%
30%

20%
10%
0%
Pelajar A

Pelajar B

Ujian Pra

Pelajar C

Pelajar D

Ujian Pos

Carta 4.3.3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar

Responden merupakan empat orang pelajar-pelajar yang terpilih bagi


menjalani ujian pra yang telah dijalankan. Dalan ujian pra yang dijalankan, pelajarpelajar ini memperolehi markah antara 30% hingga 40% berdasarkan Jadual 4.3.3.
pelajar A dan pelajar D telah menjawab 3 soalan dengan betul dan mendapat markah
55

30%. Namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pelajar A dan
pelajar D meningkat kepada 80% kerana berjaya menjawab 8 soalan dengan betul.
Peningkatan markah yang berjaya diperolehi adalah 50% dalam Ujian Pos.
Pelajar B dan C telah menjawab 4 soalan daripada 10 soalan Ujian Pra
dengan betul dan mendapat markah 40%. Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, pelajar B telah berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan betul dan
mendapat markah 90% dalam Ujian Pos. Ini membawa peningkatan markah
sebanyak 50%. Bagi pelajar C pula, pelajar ini berjaya menjawab semua soalan
dengan betul iaitu membawa markah 100%. Peningkatan markah bagi pelajar ini
ialah 60%.
Daripada analisis ini, ia dapat menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar seperti Tukul dan Pistol amat membantu dalam pemahaman dan
perkembangan murid dalam menjawab soalan darab antara nombor 3 digit dengan 2
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Ia juga dapat menyediakan satu asas
yang kuat untuk sesuatu konsep yang diajar. Alat bantu mengajar ini juga akan
menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal. Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman
sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Ia juga
mempunyai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.

4.3.4

Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Gred
A
B
C

Ujian Pra
Jumlah
Peratus (%)
0
0%
0
0%
2
50%

Ujian Pos
Jumlah
Peratus (%)
4
100%
0
0%
0
0%
56

D
2
50%
0
E
0
0%
0
Jadual 4.3.4: Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar

0%
0%

100%
100%
90%
80%
70%
60%

50%

50%

50%
40%
30%
20%
10%
0%

Gred A
0%

Gred 0%
B
0%

Gred 0%
C

Ujian Pra

Gred D
0%

Gred 0%
E
0%

Ujian Pos

Carta 4.3.4: Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar

Berdasarkan Jadual 4.3.4, daripada analisis keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pos, ia menunjukkan peningkatan dari segi gred kelulusan pelajar setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.
Daripada Ujian Pra, didapati hanya 50% iaitu 2 orang pelajar sahaja yang lulus
dengan gred C dan 50% lagi pelajar telah gagal iaitu dengan gred D dengan bilangan
pelajar yang sama. Daripada Ujian Pra, didapati kefahaman pelajar-pelajar ini sangat

57

lemah dalam menjawab soalan darab diantara nombor 3 digit dengan 2 digit yang
melibatkan pengumpulan semula.
Dalam Ujian Pos pula, semua pelajar iaitu 4 orang telah lulus dan
menunjukkan peningkatan kefahaman dalam operasi darab setelah sesi pengajaran
dan pembelajaran dan bimbingan dijalankan dalam masa satu minggu dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah Pistol dan Tukul.
Pelajar-pelajar ini telah lulus dengan semua pelajar (100%) mendapat gred A. Ini
menunjukkan semua murid telah menguasai kemahiran mendarab bagi nombor 3
digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula.

4.4

RUMUSAN

Berdasarkan carta dan jadual analisis yang ditunjukkan, pengkaji telah


berjaya mendapati bahawa penggunaan kaedah Pistol dan Tukul dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di antara dua ujian iaitu
58

Ujian Pra dan Ujian Pos. Daripada analisis ini, didapati bahawa penggunaan kaedah
Pistol dan Tukul bagi operasi darab 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat berkesan.
Pengkaji juga mendapat maklumbalas daripada pelajar melalui borang soal selidik
yang diedarkan dan dikumpul semula oleh pengkaji setelah diisi oleh responden yang
dipilih tentang keberkesanan kaedah ini. Perbincangan lanjut mengenai keputusan
dan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut
dalam bab yang seterusnya.

BAB 5

59

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji telah membuat interpretasi terhadap hasil yang
didapati daripada data yang telah dianalisis. Susulan daripada itu, pengkaji akan
membuat perbincangan, rumusan dan cadangan yang sesuai. Ianya merangkumi
rumusan hasil kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan
cadangan kajian lanjutan.

5.2

RINGKASAN KAJIAN

Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi adalah tempat kajian ini telah
dijalankan. Seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 1 orang
perempuan telah dipilih oleh pengkaji sebagai responden dalam kajian ini. Pelajarpelajar ini dipilih daripada kelas Tahun 5 Abu Daud yang mempunyai tahap
60

kefahaman yang lemah dalam operasi darab. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat
peningkatan penguasaan murid dalam operasi darab nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan kaedah Pistol dan Tukul.
Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini, pelajar ini
diberikan borang soal selidik untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah ini. Datadata yang diperolehi dikumpul dan dianalisis.
Menurut Mok Soon Sang (2001), penggunaan alat bantu mengajar adalah
baik dan ia lebih baik jika dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar
pengajaran yang dijalankan, berjalan dengan berkesan, dapat menarik perhatian
pelajar, menjimatkan masa dan tenaga serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
lebih menarik dan menyeronokkan.
Selain daripada itu, ia juga dapat membantu guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar ini juga dapat memainkan
peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum (1990).

5.3

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

5.3.1

Perbincangan Analisis Item Soal Selidik Tentang Sikap Dan Minat


Pelajar Terhadap Matematik

61

Setelah analisis item dilakukan kepada 7 item soal selidik, dapatan kajian
menunjukkan purata skor min bagi sikap dan minat pelajar terhadap Matematik
adalah pada tahap sederhana iaitu 3.36 (Rujuk Jadual 4.3.1). Ia menunjukkan bahawa
pelajar mungkin mempunyai sikap dan minat yang agak kurang terhadap mata
pelajaran Matematik disebabkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep
atau kemahiran adalah pada tahap yang rendah atau lemah. Dalam hal ini, ianya
menyokong kajian Omardin Ashaari (1999) yang menyatakan bahawa biasanya
murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap,
kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar
mengikuti pengajaran guru.
Hasil dapatan kajian bagi item ini juga disokong dengan kajian Abu Zahari
(1988 dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5) yang mengatakan minat dan
kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Ia
dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran
yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan
mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Tugas guru juga amat penting kerana ia juga amat mementingkan kreativiti
guru untuk menarik minat pelajar agar terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan penuh semangat. Kreativiti merupakan mauduk dan agenda
penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Menurut kajian Siti
Hasmah (2008) juga melihat dari perspektif guru yang mana ianya melibatkan empat
62

faktor utama. Faktor tersebut terdiri daripada pengetahuan, minat, sikap dan
kurikulum. Kajian yang dilakukan oleh Siti Hasmah (2008) adalah seiring dengan
kajian Tamby Subahan (1995), Reece dan Walker (1997) dan Norasmah (2001) yang
mengatakan bahawa faktor utama untuk membudayakan pelajaran dalam kalangan
pelajar ialah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru.
Guru perlulah bijak dalam menentukan strategi dan kaedah yang perlu
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat
murid. Menurut Omardin Ashaari (1999), kebiasaannya, tumpuan dan minat para
pelajar terhadap pengajaran guru dapat bertahan dalam masa yang terhad sahaja.
Oleh itu, para guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa menarik minat pelajar
terhadap pengajarannya.

5.3.2

Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu Mengajar


(Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Tajuk Pendaraban.

63

Berdasarkan kepada analisis dapatan kajian bagi 8 item tentang penggunaan


alat bantu mengajar (Pistol dan Tukul) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam tajuk pendaraban mendapati skor purata minnya adalah 4.25 iaitu pada tahap
yang baik (Rujuk Jadual 4.3.2). penggunaan alat bantu mengajar juga dapat
membantu guru serta mendatangkan minat dan kefahaman kepada murid untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan ini disokong oleh Lester
B.Bands (1956) menjelaskan bahan bantuan mengajar amat penting kerana
penggunaannya dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Dengan
adanya bahan bantu mengajar, ia dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami
isi pengajaran guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta
mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga
telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar di sekolah-sekolah di negara ini
untuk memudahkan guru-guru menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Para guru perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat
bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Pernyataan ini disokong oleh Krulik dan Weise (1975) yang
menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat

64

terhadap apa yang dilakukan dan ini akan memotivasikan pelajar supaya bersungguhsungguh untuk mencapai sesuatu dengan sendirinya.
Penggunaan alat bantu mengajar yang dipelbagaikan dengan kaedah dan
teknik maka pengajaran yang dijalankan akan lebih berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik
dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).
Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara
interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin
tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat
bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa
yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami
oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya.
Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan
terhadap pembelajaran, tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh
memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang
mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat
mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami
perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas
dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan
perkara yang abstrak.
Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak
terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif
pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan
persepsi di kalangan pelajar.
65

5.3.3

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Pelbagai instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji disepanjang tempoh


kajian untuk melihat keberkesanan dan tahap kefahaman pelajar setelah
menggunakan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah Pistol dan Tukul.
Ujian Pra diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk
mengumpul maklumat. Ujian Pos pula diberikan setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru tentang penggunaan
alat bantu mengajar dengan kaedah Pistol dan Tukul.
Daripada Ujian Pos, peningkatan kefahaman pelajar dalam operasi darab
telah dapat dikenalpasti melalui peratus kelulusan pelajar yang telah meningkat
daripada 50% kepada 100%. Peningkatan yang ketara ini telah membuktikan
keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dengan kaedah Pistol dan Tukul ini
dalam operasi darab antara nombor 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu


pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk memahami sesuatu konsep. Seorang
guru yang berkebolehan menjadi aset penting kepada sekolah terutamanya bagi
pencapaian kecemerlangan para pelajar. Guru berkebolehan ini juga dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang tentunya akan menghasilkan
pencapaian cemerlang akademik para pelajar.
66

Guru juga perlu kreatif kerana kebolehan guru dalam mengatur strategi serta
alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. Kreativiti
guru dalam menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai adalah perlu agar
penyampaian lebih berkesan, boleh menarik perhatian pelajar dan pelajar dengan
mudah dapat memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan.

5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil analisis instrumen soal selidik, Ujian Pra dan Ujian Pos mendapati
pengaplikasian alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah Pistol dan Tukul
ini dalam mempelajari kemahiran mendarab 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula memberikan kesan yang positif kepada responden di mana
kaedah tersebut berkesan dalam membantu responden yang menghadapi masalah
dalam konsep ini.
Daripada hasil soal selidik tersebut, didapati bahawa 4 orang pelajar tersebut
menyatakan bahawa kaedah Pistol dan Tukul yang diperkenalkan dalam kajian ini
mudah untuk difahami, dapat memberi lebih keyakinan dalam menjawab soalan
pendaraban dan dapat membantu menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi
darab.
Mereka dapat memahami dan suka menggunakan kaedah tersebut dan lebih
berminat dengan subjek Matematik setelah mempelajari kaedah ini.
Implikasi kepada guru yang menggunakan alat bantu mengajar dengan
kaedah Pistol dan Tukul adalah guru dapat memperbaiki kelemahan pelajar,
mengaktifkan daya pemikiran pelajar-pelajar mereka, membimbing pelajar dan juga
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, dengan
67

daya usaha dan kreativiti guru, akan dapat memperkasakan prestasi pengajaran dan
pembelajaran.

5.5

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan boleh


dikemukakan untuk melihat keberkesanan penggunaannya di semua peringkat
pelajar. Sekiranya keberkesanan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah
Pistol dan Tukul ini terbukti dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman murid untuk menyelesaikan operasi darab, maka ianya boleh
dicadangkan kepada semua guru-guru atau bakal-bakal guru yang akan mengajar
mata pelajaran Matematik, terutamanya kepada pelajar yang berada pada tahap yang
sederhana atau yang lemah. Antara cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji ialah:

5.5.1

Cadangan Kepada Fakulti Pendidikan

(i)

Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang


pembinaan alat bantu mengajar kepada bakal-bakal guru.

(ii)

Mengadakan kursus atau latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang


kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar.

(iii)

Menyediakan sumber kewangan kepada guru pelatih agar mereka dapat


menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik.

5.5.2

Cadangan Kepada Pihak Guru

68

(i)

Bersedia memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada guru-guru lain dalam
menggunakan alat bantu mengajar secara berkesan.

(ii)

Selalu mengadakan perbincangan dengan guru-guru untuk menyelesaikan


masalah yang timbul daripada penggunaan alat bantu mengajar.

(iii)

Kaedah ini boleh dilanjutkan kepada bilangan digit yang lebih besar.

5.6

RUMUSAN

Guru yang berjaya adalah guru yang melengkapkan diri dengan berbagaibagai teknik pengajaran. Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat
perancangan pengajaran dan menentukan objektif kerana mereka perlu memastikan
hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran. Guru juga perlu membuat rumusan
dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat
menguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya.
Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru.
Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan
menggunakan

pelbagai

pendekatan

dalam

pengajaran,

contohnya

dengan

menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai dan kreatif.


Melalui kajian ini, pelajar sedar dengan penggunaan alat bantu mengajar, ia
dapat menarik minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dalam
operasi darab. Penggunaan alat bantu mengajar juga menjadikan pembelajaran tidak
membosankan. Ia juga dapat membentuk keyakinan diri pelajar, bersikap positif dan
pelajar lebih berdisiplin. Pelajar juga dapat memahami langkah kerja pengiraan
dalam operasi darab dengan baik.

69

Penggunaan alat bantu mengajar mestilah dianggap sebagai suatu bahan yang
padu. Ia bertujuan untuk menambahkan kelancaran proses pengajaran dan
memudahkan kefahaman pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran
dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar
dengan lebih baik dan dapat membantu guru untuk menyampaikan mesej dengan
jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Ia juga dapat mengukuhkan pemahaman
pelajar dan membolehkannya untuk mengaplikasikannya nanti.

RUJUKAN

Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya :
Fajar Bakti Sdn Bhd.

70

Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and


Education. 8: 1-12.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd, Selangor.
Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). Taksonomi Objektif
Pendidikan . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach.
Page 177.
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For
Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and
Curriculum Developtment (ASCD)
Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of
Mathematics : A Case Study from Mathematical Induction. Mathematics
Education Research Journal.
Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In
Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International
Seminar On The Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching,
Sarawak.
Cooper, K.H. (1994). Antioxidant Revolution. Thomas Nelson Publisherd, NashvilleAtlanta-London-Vancouver.
Davis, F.B. (1966). Item Selection Technique, Educational Measurement (ed.
E.F.Linquist). Washington, DC : American Council on Education.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Ford, Le Roy (1982). Administering Educational Media : Instructional Technology
and Library Service. New York : Mc Graw Hill Company.
Garger, S. dan Guild, P. (1985). Learning Style: The Crucial Differences. Curiculum
Review, 23(1), 9-12.

71

Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah :


Pengajaran Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal
tidak diterbitkan). Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu
Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Sekolah

Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee, M. J., dan M. Cockman (1995). Values in Childrens Sport: Spontaneously
Expressed Values AmongYoung Athletes. International Review for the
Sociology of Sport. 30: 337-349.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation
Standards for School Mathematics. Reston VA: The Council.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan
Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri &
Rohani Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program
Keusahawanan Remaja. Jurnal Teknologi Yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal
Pendidikan Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.

72

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ong, S.L. & Yoong, S. (2003). Membanding Dimensionaliti Ujian Masalah Berayat
Matematik. Second International Conference on Measurement and
Evaluation in Education (ICMEE), 341-353. Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia.
Proctor. R. (1991). Value-free Science: Purity and Power in Modern Knowledge.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah,
Kaedah dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Rohani

Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap


Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di
Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian.
Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia,
Johor, Malaysia.

Rumelhart, D. & Norman, D. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three


modes of learning. In. J.W. Cotton & R. Klatzky (eds.), Semantic Factors in
Cognition. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Skemp.R. (1987). The Psychology of Learning Mathematics. Mahwah,NJ : Lawrence
Erlbaum.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan
Prestasi Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

73

You might also like