You are on page 1of 9

Penulisan Esei:

1.0 Modul Kemahiran Membaca


Membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang sangat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kamus
dewan edisi keempat (2013), membaca membawa maksud memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Membaca juga membawa maksud mengucapkan apa yang
tertulis atau tercetak pada buku, papan tandan dan sebagainya secara lisan
secara kuat, memahamkan makna seperti tanda dan huruf.
Menurut Cohen (1990) dalam Faridah et. al (2013), membaca
memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan
proses

kemahiran

yang

aktif

bagi

mengintepretasikan

makna

dan

mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual. Menurut Siti


Hajar Abdul Aziz (2009), membaca merupakan satu proses mengubah
simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan
proses ini memerlukan daya mental. Menurut Harris dan Sipay (1980) dalam
Tuan Jah (2011) , menyifatkan kemahiran membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau
bertulis.
Menurut Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
(2012), modul kemahiran membaca memberikan tumpuan pada kemahiran
membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain.
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul
kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.
Berdasarkan penerangan maksud daripada beberapa tokoh dan
sumber, dapat disimpulkan bahawa kemahiran membaca ialah memindahkan
tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang
dibaca. Dengan kata lain membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi
4

dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungan. Secara mudahnya,


membaca ialah kebolehan seseorang menterjemahkan lambang-lambang
bertulis yang bermakna kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau
tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

2.0 Objektif Kemahiran Membaca


Menurut Tuan Jah (2011), membaca mempunyai dua tujuan, pertama
tujuan serta merta dan kedua tujuan lanjut. Tujuan serta merta mempunyai
tujuan muktamad yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca
dan memahami. Menurut Amat Tarop Sumo (2015), tujuan serta merta
mempunyai tujuan untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan
rentak irama atau intonasi yang betul. Tujuan Lanjut pula bermakna murid
memperoleh pelbagai pengetahuan setelah tujuan serta-merta dapat dicapai
dan disempurnakan (Amat Tarop Sumo, 2015). Tujuan ini boleh dicapai
melalui pembacaan meluas buku-buku, bahan-bahan dari sumber internet.
Secara tuntasnya, boleh dirumuskan tujuan membaca kepada keupayaan
membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta dapat
memahami bahan yang dibaca.
Berdasarkan Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR,
kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan
lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Berdasarkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahap 1(2012) ternyatanya lima
peringkat dalam pengajaran kemahiran membaca dan harus diajarkan
dengan jelas bagi mencapai objektif kemahiran membaca. Terdapat enam
objektif kemahiran membaca yang ternyata dalam KSSR Bahasa Malaysia.
Objektif pertama yang terkandung dalam KSSR (2012) ialah kemahiran
membaca diajarkan supaya murid dapat membaca pelbagai perkataan, frasa
dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif ini
selaras dengan tujuan membaca yang dinyatakan oleh Amat Tarop Sumo
(2015) di mana tujuan membaca membolehkan murid mengenal huruf,
menyebut nama, bunyi huruf serta membaca dengan sebutan, tekanan, nada
dan intonasi yang betul. Kedua, murid dapat membaca dan memahami
5

perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
Ketiga, murid dapat membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul. Keempat, murid dapat membaca dengan
sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca yang betul. Kelima, murid
dapat membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik
dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik. Keenam, murid
dapat membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur
untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
Kesemua objektif yang dicatatkan dalam KSSR Bahasa Malaysia
sekolah rendah mempunyai keselarasan dengan konsep dan tujuan
kemahiran membaca dari tokoh-tokoh lain. Pada amnya, tujuan kemahiran
membaca adalah untuk membolehkan murid mengenal huruf-huruf, menyebut
nama dan bunyi huruf dan meyebut perkataan yang dibentuk melalui jalinan
huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak
langsungnya dapat membolehkan murid-murid membina kebiasaan dalam
menutur ayat yang gramatis. Seperti yang dinyatakan oleh Siti Hajar Abdul
Aziz (2009), tujuan membaca adalah untuk membaca untuk mendapatkan
maklumat, menyelesaiakan sesuatu tugasan dan untuk tujuan akademik.
Oleh itu, objektif yang ditentu dalam KSSR bahasa Melayu memang tepat
dengan tujuan yang telah dinyatakan oleh tokoh lain.

3.0 Jenis Kemahiran Membaca


Terdapat dua cara membaca yang sering dilaksanakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu bacaan bersuara ataupun dikenali sebagai
bacaan mekanis dan bacaan tanpa bersuara iaitu bacaan mentalis.
Menurut Husin Fateh Din (2012), bacaan mekanis merupakan satu
aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan
memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan
mekanis juga menekankan sebutan yang jelas dan tepat serta membaca
dengan gaya dan intonasi yang betul. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, bacaan mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha
6

menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Kebanyakan bahan bacaan


yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran.
Dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
guru boleh berikan petikan teks yang sesuai dengan tahap murid bagi bacaan
mekanis. Selain itu, guru juga boleh menyediakan latihan tubi membaca
perkataan ataupun rangkai kata yang susah kepada murid-murid dengan
pemantauan oleh guru. Akhirnya, guru boleh menjadi teladan yang baik
dengan menunjukkan cara contoh bacaan yang betul dan tepat. Teknik
seperti lakonan, teater, pentomin juga dapat dilaksanakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk mengembangkan bacaan mekanis
murid-murid.
Menurut Faridah (2013), bacaan mentalis ialah bacaan dalam hati
tanpa suara dan akan dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan
bersuara. Pembacaan ini adalah untuk memahami maklumat, mendapatkan
idea dan mendapatkan buah fikiran daripada bahan bacaan yang dibaca. Jika
dibandingkan dengan bacaan mekanis, bacaan mentalis lebih laju dan
pantas. Hal yang demikian disebabkan dalam bacaan mentalis nada suara,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tidak diperlukan. Bacaan ini
biasanya dijalankan setelah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
bacaan mekanis.
Contoh dalam melaksanakan bacaan mentalis dalam sesi PdP boleh
dilaksanakan seperti memberikan murid petikan untuk dibaca secara senyap
untuk mengesan maksud yang ada dalam petikan dan seterusnya bersoal
jawab tentang isi petikan, dan akhirnya murid akan diminta untuk
menceritakan semula isi-isi penting yang tercatat dalam petikan yang dibaca
tersebut.

4.0 Cara Pelaksanaan Bahan Bantu Belajar


Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati
bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bilik
7

darjah

harus

diberi

keutamaan

bagi

menghasilkan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat


meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik
bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan
teratur. Pusat perkembangan Kurikulum, kementerian Pelajaran telah
mengkategorikan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada empat mod iaitu mod tutorial, mod penerokaan, mod
aplikasi, mod komunikasi.
Dalam mod tutorial, Teknologi Maklumar dan Komunikasi digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan dan merangkumi pendedahan kandungan ataupun pembelajaran
ekspositori, tujuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem, latihan
atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem. Bahan yang sesuai
digunakan semasa mod tutorial ialah slaid powerpoint yang sesuai bagi kelas
yang mempunyai murid yang pelbagai keupayaan.
Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk
mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet. Pendekataan
penerokaan ini menyokong kepada pendekatan konstruktivisme, iaitu
pembelajaran

yang

memberi

penekanan

kepada

pemikiran

kritis,

penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan


yang dibina melalui interaksi sosial (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh
menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, bahan bacaan dan
lain-lain.
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan
mod aplikasi apabila alat TMK itu digunakan untuk membantu murid
melaksanakan
menyalurkan

tugasan
tugasan

pembelajaran,
pembelajaran

bukan
dan

sebagai

medium

pembelajaran.

untuk

Penggunaan

pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid


berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan
pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahakan hasil karangan
8

mereka. Editor grafik, Adobe Photoshop, Mindomo adalah contoh aplikasi


yang boleh digunakan semasa sesi PdP.
Mod pelajaran komunikasi diguankan untuk membolehkan murid dan
guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk (Norhasim Abu Samah, 1996). Kecanggihan
dan kemajuan TMK pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan
dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai
mod. Aplikasi yang boleh digunakan semasa murid dan guru berada di lokasi
yang berbeza ialah Google Drive, Edmodo, Blogspot, Wordpress dan lainlain. Kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh
dilaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid
dalam proses pembelajaran melalui koperatif yang bersifat global dan muridmurid dapat berkomunkasi dengan pelbagai pihak dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
5.0 Kepentingan Ilmu Bahasa dan Pedagogi
Ilmu bahasa dan pedagogi merupakan perkara yang paling penting
kepada seseorang guru kerana tanpa ilmu bahasa dan pedagogi, seorang
guru itu tidak layak digelar sebagai seorang pendidik. Seorang guru perlu
menguasai pedagogi kerana pedagogi membantu guru dalam memahami
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi memberik satu
pendapat bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah dimulakan dengan
pengajaran yang sukar.
Selain itu, seorang guru perlu menguasai pedagogi kerana guru
tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya. Misalnya, guru telah
sedia maklum bahawa kemampuan murid tersebut sejauh mana, jadi dengan
adanya ilmu atau kemahiran pedagogi tersebut, ianya akan memudahkan
seorang guru tersebut merancang pengajaran harian denga baik dan mudah.
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai adalah terpulang kepada seorang
guru dalam pelaksanaan suatu sesi PdP jikalau guru tersebut mempunyai

ilmu dan pedagogi yang tinggi di mana guru dapat mengetahui keadah mana
yang paling sesuai digunakan kepada murid kelasnya.
Seterusnya adalah pedagogi juga memberi kebaikan kepada guru, dan
akan menjadikan guru lebih bersedia dalam menyediakan bahan-bahan bantu
mengajar yang lebih menarik dan bermakna. Pedagogi bukan sahaja
berkaitan dengan kemahiran mengajar, malah pedagogi juga merupakan seni,
kenapa dikatakan sedemikian kerana seorang guru boleh mengajar mengikut
kaedahnya tersendiri asalkan kaedah yang digunakannya menepati standard
pembelajaran dan standard kandungan yang telah ditetapkan. Seorang guru
digalakkan untuk mempelbagaikan gaya mengajar agar sesi pengajaran dan
pembelajaran

bermakna

dan

menarik.

Sekaligus

membantu

guru

menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik.


Dalam ilmu bahasa Melayu, terdapat perlbagai pecahan bidang
mengkaji bahasa, antaranya bidang Fonetik dan Fonologi, Morfologi dan
Sintaksis. Setiap bidang mempunyai tugas yang tersendiri, seperti bidang
sintaksis yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat, morfologi yang
mengkaji tentang struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata, fonetik
dan fonologi mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Ilmu bahasa ini amatlah
penting kepada seorang guru bahasa Melayu kerana tanpa ilmu bahasa ini,
guru tersebut tidak akan dapat mengajarkan bahasa Melayu kepada muridmurid. Seorang guru merupakan mentor, fasilitator, pengajar dan pembimbing
kepada murid-murid. Oleh itu, seseorang guru bahasa perlu mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap ilmu bahasa untuk
mengajarkannya kepada murid-murid supaya murid-murid juga dapat
menerapkan ilmu dengan sepenuhnya.
6.0 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, kemahiran membaca merupakan suatu
kemahiran dalam memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap
makna dan memahami apa yang dibaca. Tujuan mempelajari kemahiran
membaca ini pula adalah untuk membolehkan murid mengenal huruf,
menyebut nama dan bunyi huruf serta membaca dengan sebutan, tekanan,
nada dan intonasi yang betul. Dalam melaksanakan pengajaran kemahiran
10

membaca, pelaksanaan bahan bantu belajar juga penting dalam membantu


murid menguasai kemahiran kemahiran bahasa melayu. Malah paling penting
sekali merupakan ilmu bahasa dan pedagogi yang harus dikuasai penuh oleh
guru bagi tujuan mendidik murid-murid dengan betul.

Rujukan
Adenan Ayob et. al. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor :
Fajar Sdn. Bhd.

Amat Tarop Sumo et. al. (2015). Pengantar Bahasa Melayu. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Baharuddin Aris. (2005). Merialisasikan Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa
Melayu Berbantukan ICT : Penghasilan Kertas Kerja 2005. FP :
UTM.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor
:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faridah et. al. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din et. al. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum


Pentaksiran. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Norhashim Abu Samah et. al. (1996). Pengajaran berbantukan Komputer.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysia
:
Pusat Perkembangan Kurikulum.

Tuan Jah dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu II.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

12

You might also like