You are on page 1of 16

[*] http://mypt3.

com/perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895/faktor
[*] Jurnal
Title: MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN, 1909-1927: ASAS DAN KESAN
PEMBENTUKANNYA
Authors:
Ahmad Kamal Arifin Mohd. Rus
Issue Date: 1999
Publisher:
Persatuan Sejarah Malaysia

http://mypt3.com/perjanjianpersetiaan-persekutuan1895/rumusan
http://mypt3.com/perjanjianpersetiaan-persekutuan1895/kesan_kesan

[*] http://mypt3.com/perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895/kesan
[*] Jurnal
Ahmad Masjidin, Malayan Union Dalam Akhbar Ruangan Negara dalam
Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, Bil 8, April 1979
Mohd. Isa Othman, Sistem Residen dalam Sejarah Malaysia(1800
1963), Judul 959.5, 2002

Kesan
[1][2][3] https://www.scribd.com/doc/269751892/Kesan-Kesan
[1] Pemusatan Kuasa Residen Jeneral
Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua
kerajaanpusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Residen jeneral akan membuat semua
keputusan-keputusan pentingterutamanya dalam soal kewangan. Sultansultan dan residen-residendiarahkan supaya meminta nasihat residen
jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang
berkaitan soal pentadbiran.Residen jeneral telah menubuhkan beberapa
buah jabatan kerajaan untukmenyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral
telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam
Jabatan Persekutuan. SistemPersekutuan ini tidak berjaya untuk
membahagikan kuasa di antara kerajaanPersekutuan dan Majlis Mesyuarat
Negeri kerana residen jeneral mempunyaikuasa penuh.
- [2] Kemerosotan Kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkankuasa raja-raja
Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan
bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana
merekaberharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan
dikembalikan. Namun,selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan,
barulah sultan-sultan sedarbahawa kuasa mereka semakin kurang kerana
berlaku pemusatan kuasa ditangan residen jeneral pula. Sultan mesti
menerima semua nasihat residendalam hal ehwal pentadbiran kecuali
yang berkaitan dengan adat resam danagama Islam. Sultan tidak
mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanyaberperanan
menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui olehresiden
jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana
terpaksamenerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas
residen telahdiagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan.
Majlis MesyuaratNegeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya
meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala
Lumpur.
- [3] Kejayaan Dalam Bidang Pentadbiran dan Pembangunan ekonomi
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui
Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran
dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan
adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik.
Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal
dalam perusahaan bijih timah dan getah.
[4][5][6][7][8] https://www.scribd.com/doc/269944854/Kesan-Kesan
- [4] Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan
keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.
Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan
di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan
seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat
disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai
persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti
kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya,

keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral

pertama pada 1 Julai 1896.
[5] Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral
muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua
urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di
bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana
beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain
itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan
pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak
ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan
Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya
dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi
bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai
institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai
Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal
dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan
Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang
diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,
contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada
tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa
dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan
kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat
Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik
dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan
Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam
Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat
Persekutuan sejak 1909.
[6] kestabilan ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi.
Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran
yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan
dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.
Kedatangan pelabur dari luar juga telah menyebabkan berlakunya
pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah
meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan
raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah
memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan
keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi

dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun

1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan
bijih timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih timah dari negeri
Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Dan
menjadi 700000 tan pada tahun 1904. Ianya berdasarkan faktor
penggunaan kapal korek yang digunakan oleh pelabur tersebut.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya
terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200
ribu ekar yang ditanami getah.
[7] mewujudkan keamanan
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan
keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi
undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India memasuki
bidang perlombongan bijih timah. Dan perushaan getah .Kedatangan
imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk.
Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak
dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan
pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan . bandarbandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
[8] kemajuan perkhidmatan sosial
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,
kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan
sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di
kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat
52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan
diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu,
1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina.
Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan
mubaligh.

Hubungkait
[1]http://www.musadun.com/2015/06/hubungkait-pembentukan-persekutuandan.html
- Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895
dan Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan Persekutuan
memberikan kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British. Manakala
urusan seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula
semuanya dibawah kuasa seorang Residen Jeneral.
Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang
campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan
sendiri oleh seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem
demokrasi.
Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai
agama rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan
keagamaan. Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di
mana agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.
[2] http://mypt3.com/perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895/hubungkait

Antara hubungkait di antara Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

dengan kedaulatan Malaysia hari ini yang boleh dilihat adalah jikalau
dahulu apa sahaja urusan yang melibatkan aspek ekonomi, import
eksport, kewangan, cukai semuanya perlu melalui kelulusan dan
kebenaran daripada penjajah British yang menjadi Residen Jeneral pada
ketika itu. Selain itu melalui Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 telah
memberikan kuasa penuh kepada Pesuruhjaya Tinggi British.
Namun ia sama sekali berbeza dengan kedaulatan Malaysia yang kita
nikmati hari ini, apabila orang luar sama sekali tiada kuasa untuk
mencampuri segala urusan pentdbiran Malaysia. Semuanya dikendalikan
oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana Perdana Menteri yang dilantik
melalui sistem demokrasi diamanahkan mengetuai urusan pentadbiran
kerajaan Malaysia.

Konsep
[1]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
- [1] Konsep Federalisme Negara Masih Utuh
Konsep federalisme (persekutuan) di Malaysia diguna pakai sejak 1896
Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah
landskap pembangunan di kesemua negeri terlibat. Banyak masalah dapat
diatasi melalui pemerintahan berpusat berkenaan
Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri
di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima
kewujudan negara yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu
dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur
Peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), PerlembagaanPersekutuan
1957 dengan jelas menyatakan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali
dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
Konsep federalisme (persekutuan) menonjolkan ciri-ciri pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti masa kini
Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa
memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula
melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada
kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan,
perdagangan dan industri
Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah
ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong
Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai
kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan
Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua
Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi
Konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan
dengan berkesan di Malaysia. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan
utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman
masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih
lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik
[2] http://mathanakumar445.blogspot.com/2013/05/konsep-persekutuan.html
- [2] Konsep Persekutuan
Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud
dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang
menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak,

Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai
oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang
Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah
digariskan.
Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen
masing-masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga
kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang.
Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah
landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah
dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.
Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union
(Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat
tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan
pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani
perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali
sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di
Kuala Lumpur.
Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1),
Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa
'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan
Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat
direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada
dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan
dengan pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah
dan Sarawak. Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda
menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam
Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut
dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri
dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.
Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan
kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan
utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.
Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu
tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check
and balance antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan
masing-masing. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang
kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula
melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada
kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan,
perdagangan dan industri.
Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah,
pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan
dan jentera kerajaan negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi
negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat
bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.
Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara
dan hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang
bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa

urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri.
Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh
negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap
menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.
Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah
ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA
dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan
Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan raja-raja
Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi
YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi
setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan
mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut
kekananan dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini
bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk
memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah
seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara
terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.
Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh
Perdana Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik
berdasarkan budi bicara baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa
keutamaan dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan di dalam
perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di dalam
perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun.
Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak
sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak
beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika
Parlimen hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa
mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri berpendapat keadaan
memang memerlukan baginda berbuat demikian. Kedua-dua perkara
tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan
mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam
mesyuarat itu.
Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undangundang, ia perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari
daripada rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda. Jika
selepas tempoh itu, rang undang-undang itu tetap akan diluluskan dengan
menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda.
Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di
mana YDPA adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru,
apabila sesuatu rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan
Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu telah sah dan
hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana
Menteri.
Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat
persetujuan Majlis Raja-raja Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan.
Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang diPertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi.
Namun, seperti juga YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk

memerintah negeri masing-masing. Baginda menjalankan tugas dengan

nasihat Menteri Besar atau pun Ketua Menteri.
Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya
adalah YDPA.
Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan
sejak merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip
pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan
perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik.
Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik.
Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan
Undangan Negeri di negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur
tangan kerajaan pusat. Ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai
pembangkang. Dewan Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan
Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.
Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap
mengambil kira kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia
juga tidak meminggirkan mana-mana negeri di negara ini. Semuanya
menikmati faedah dan kebaikan yang sama. Kerajaan terus berusaha
keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di setiap
negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.
[3] http://faqihahhusni.blogspot.com/2015/06/perkaitan-pembentukanpersekutuan.html
- [3] Konsep Persekutuan

.
Rumusan

[1]http://www.musadun.com/2015/06/rumusan-persetiaan-persekutuan-1895pt3.html
- Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalam Pesetiaan
Persekutuan 1895 ini adalah, pentingnya kebijaksaan pemimpin dalam
mentabir negeri ataupun negara. Jika pemerintah mentadbir dengan
teratur dan sistematik, nescaya kuasa luar tidak akan campur tangan
dalam urusan pemerintah.
Memberikan kepercayaan kepada orang luar untuk menguruskan hal
ehwal dalam negeri merupakan satu keputusan yang tidak bijak. Orang
luar akan sedaya upaya untuk menjadikan mereka di pihak yang
beruntung manakala satu pihak lagi dalam keadaan rugi.
Sebagai contoh, apabila raja-raja melayu bersetuju menerima seorang
Residen Jeneral dari British , maka bermulanya era kuasa sultan
berkurangan dan sultan tidak lagi dapat mentadbir secara keseluruhan
Moga-moga dengan peristiwa persekutan 1895 ini dapat memberi iita
pengajaran agar pemimpin memainkan peranan bijak dalam mentabidr
negara dan tidak membiarkan kuasa luar untuk campur tangan dalam
segala urusan pemerintahan seterusnya akan terus mengekalkan Malaysia
sebagai negara berdaulat.
[2] http://faqihahhusni.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-lengkap-tugasankerja.html
- Tanpa kita sedari atau tidak, di sebalik peristiwa sejarah yang berlaku di
negara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan
pengajaran dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam
kehidupan seharian kita. Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan
lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu
dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-nilai
murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan
pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan
negara, agama dan bangsa.
Sejarah sebenarnya telah meninggalkan kita dengan beberapa kisah untuk
dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam pada itu juga ada banyak nilainilai murni yang kita tidak perasan barangkali. Nilai-nilai murni yang
ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait rapat dan sangat relevan
dengan dunia hari ini. Justeru itu marilah kita menggunapakai nilai-nilai
murni tersebut untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian dan
pada masa akan datang agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru
kita.
- Antara Nilai-nilai Murni dalam Pembentukan Persekutuan :
Bekerjasama
Taat Setia
Setiakawan
Persahabatan
Semangat nasionalisme
Berusaha

You might also like