You are on page 1of 22

SEMANGAT PATRIOTISMA DALAM

KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH


YANG TINGGAL DI SEKITAR BANDAR
COUNTRY HOMES, RAWANG

MUNALIZA BINTI ZAILAN


UNIT SEJARAH DAN KEWARGANEGARAAN
SEKTOR SAINS SOSIAL

BAB 1

PENGENALAN
1. Pendahuluan
Kebelakangan ini, masyarakat sering dihidangkan dengan perbuatan

rakyat

Malaysia yang agak melampau batas dan tidak menghormati negara dengan sewajarnya.
Hal ini amat jelas apabila terdapat sebilangan kecil rakyat Malaysia sendiri yang
merendah-rendahkan martabat negara dengan sewenangnya. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia merasakan perlunya ada mata pelajaran sejarah di
sekolah rendah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak di
Malaysia. Justeru itu, sebagai pendidik sewajarnya, para guru melihat sejauhmanakah
sistem pendidikan negara kita berjaya menerapkan nilai patriotisme dalam jiwa dan
minda rakyat Malaysia. Patriotisme dikaitkan dengan kesetiaan terhadap negara dan
mengamalkan kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri yang berteraskan
kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Namun sejak akhir-akhir ini, semangat
patriotisme kelihatan agak pudar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan remaja.
Bill Toten menjelaskan patriotisme

bermaksud semangat cintakan negara. Menurut

beliau juga , tidak ada bangsa, keluarga atau kumpulan dalam apa bentuk pun boleh
berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Bagi Doob pula, beliau
menjelaskan patriotisme itu ialah as the more or less conscious conviction of a person
that his own welfare and that of the signification groups to which he belongs are
depentdent upon the preservation or expension of the power and culture of his society.
2. Latar Belakang Kajian
Penulisan ini dilakukan setelah Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
mata pelajaran sejarah di sekolah rendah bermula daripada tahun 2014 bagi murid-murid
di Tahun Empat di seluruh negara. Ini bermakna pada tahun 2016, mata pelajaran Sejarah

telah dilaksanakan di sekolah rendah bagi tahun ketiga. Sebenarnya mata pelajaran
Sejarah bukanlah mata pelajaran baharu di sekolah rendah tetapi telah diajar kepada
murid-murid ketika perlaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR), lebih
kurang 30 tahun dahulu. Kemudiannya digantikan dengan mata pelajaran Alam dan
Manusia diikuti dengan subjek Kajian Tempatan dan akhirnya kembali kepada mata
pelajaran Sejarah.
Seramai 30 orang remaja yang tinggal di sekitar Bandar Country Homes, Rawang
dipilih sebagai sampel bagi menjawab soal selidik berkaitan dengan penulisan serta
sample ini dipilih adalah secara rawak. Tajuk ini dipilih setelah saya meneliti Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

mata pelajaran sejarah bagi sekolah

rendah. Pengajaran nilai Patriotisme dalam mata pelajaran sejarah bagi sekolah rendah
terbahagi kepada dua iaitu diajar
dengan itu,

secara langsung dan tidak langsung. Sehubungan

pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan semangat

patriotisme dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia kepada murid-murid sekolah
rendah selaras dengan perumpamaan biar melentur buluh dari rebung. Ini bermaksud bagi
menanamkan semangat cinta akan negara hendaklah ditanam dalam kalangan anak-anak
kecil diharap kekal sehingga dewasa.
3.Penyataan Masalah Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah ekoran daripada banyak kejadian yang tidak diingini yang
dilakukan oleh remaja seperti tidak menghormati lagu kebangsaan, tidak menyokong
program sambutan bulan kemerdekaan, penglibatan remaja dalam jenayah dan isu-isu
yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh. Semangat patriotisme
tidak akan bererti jika elemen kemasyarakatan seperti perpaduan, toleransi dan
keharmonian tidak disertakan sama sekali. Selain itu juga, semangat patriotisme amat
penting dalam membangunkan sebuah negara yang berdaulat. Tanpa elemen ini,
semangat cintakan negara akan menjadi kabur dan boleh mendatangkan kekhuatiran dan
buruk sangka dalam kalangan

masyarakat majmuk di Malaysia.

Jelas situasi ini

menunjukkan bahawa remaja tidak memahami nilai patriotisme dan nilai penghayatan
yang rendah.

4.Objektif Kajian
Sejauh manakah Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Yang
Tinggal Di Sekitar Bandar Country Homes, Rawang mempunyai beberapa objektif
kajian adalah seperti berikut:
1. Menilai kejayaan mata pelajaran sejarah dalam usaha menanamkan semangat
patriostisme dalam kalangan murid sekolah rendah.
2. Meneliti hubungan kerjasama antara kaum dalam kalangan

murid-murid

sekolah rendah di sekitar Bandar Country Homes.


5. Persoalan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Sejauhmanakah semangat patriotisme dapat diterapkan kepada murid-murid
sekolah rendah melalui mata pelajaran sejarah.
2. Apakah manfaat yang diperoleh oleh remaja apabila menyayangi negara.

6. Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk menggalakkan murid mengamalkan dan penerapan
semangat patriotisme

dalam

kehidupan harian mereka. Akhir sekali diharap hasil

penulisan dapat membentuk rakyat yang mempunyai semagat patriotisme dan jati diri
yang tinggi serta

dapat melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Tidak ketinggalan juga diharap penulisan dapat memberi manfaat
kepada masyarakat.
7.Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan secara arwak kepada 30 orang sample terutama kepada murid
sekolah rendah yang tinggal di sekitar Bandar Country Homes, Rawang. Kajian ini turut
terikat dengan

sikap murid yang

masih remaja serta

mementingkan diri tanpa

menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Selain itu, situasi masyarakat


Malaysia yang berbilang bangsa turut mengheret kepada fenomena yang berteraskan

etnik atau kumpulan. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman,
perbezaan sosio-ekonomi di kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan
dalam setiap kehidupan. Keadaan ini membawa kepada perjuangan kepentingan kaum
sendiri dari kepentingan negara. Lantaran itu, penerapan semangat patriotisme adalah
sangat penting kepada semua rakayat Malaysia bermula dari sekolah rendah. Penulisan
yang dijalankan ini mengemukakan borang soal selidik kepada sample

yang telah

dinyatakan tanpa temu bual. Oleh itu, penulis turut meramalkan mungkin ada jawapan
yang diterima kurang tepat dan tidak menepati kehendak soalan.
8.Metodologi
Kajian yang telah dijalankan ini adalah kajian berbentuk huraian dengan menggunakan
kajian menggunakan soal-selidik. Pendekatan yang dipilih dalam kajian ini bertujuan
untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif tentang pendapat dan juga respond
tentang Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Yang Tinggal
Di Sekitar Bandar Country Homes, Rawang . Kajian ini menghasilkan maklumat yang
boleh dirumuskan melalui analisis secara statisik. 1 Melalui kajian ini, ianya mampu
memberikan maklumat yang jelas tentang Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Murid
Sekolah Rendah Yang Tinggal Di Sekitar Bandar Country Homes, Rawang .
9.Hipotesis
a) Semua murid sekolah rendah di Malaysia mempunyai nilai patriotisme yang
tinggi
b) Tidak terdapat remaja di Malaysia yang membelakangkan semangat cintakan
negara dalam kehidupan mereka.
10.Kajian Lampau
1Universiti Terbuka Malaysia. 2007. CBPM4103 Information Technology Project
Management. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia.

Manakala dalam Teori Pembelajaran dan Pengajaran yang dipetik daripada Wikipedia, 2
ensiklopedia telah menjelaskan tentang tugas utama seorang pengajar atau guru adalah
untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau
guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan
harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru
perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran.

Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,

memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan


perkembangan dan kebolehan pelajar.

Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Menurut Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 4 dan Tahun 53 terkini
2014 menyatakan dengan jelas tentang nilai kewargenegaraan dan nilai sivik terangkup
dalam nilai patriotisme. Nilai ini diajar kepada murid secara sisipan. Lantaran itu, sudah
tentu setiap kali pengajaran dan pembelajaran

nilai ini diajar kepada murid-murid.

Begitu juga buku panduan mengajar bagi Subjek Moral turut menyelitkan tentang isu
patriotisme dan penerapan kepada murid-murid. Semua bahan ini adalah masih dalam
bentuk dokumen draf bagi pembelajaran kepada murid-murid di Tahun 6 nanti. Draf ini
saya perolehi daripada Unit Moral Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Panduan dengan tajuk Matlamat Pendidikan Khas dari Jabatan Pendidikan Khas,
KPM4 turut memberi gambaran yang jelas kepada penulis tentang kemungkinan masalah
2Teori Pembelajaran dan Pengajaran yang dipetik daripada Wikipedia,
3Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (2014),Tahun 4 & Tahun 5.
4Matlamat Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (KPM).

yang di hadapi oleh murid-murid ada kaitan dengan masalah pembelajaran dan juga
masalah kurang tumpuan. Selain itu, panduan ini turut menjelaskan ciri-ciri bagi muridmurid yang kurang berminat dengan pelajaran seperti berkhayal, bermain dengan jari dan
mata tidak memberi tumpuan kepada guru.
Nota Halim Ahmad dengan tajuk Statistik : Pengenalan kepada Statistik5, adalah
sebuah nota yang banyak memberi panduan kepada penulis untuk menyediakan data
statistik bagi kajian yang dijalankan ini. Lebih tepat lagi nota beliau membantu penulis
untuk menyiapkan kajian, selaras dengan kehendak pihak universiti. Begitu juga dengan
Chua Yan Piaw, Asas Statistik Penyelidikan6turut memberi gambaran yang jelas kepada
penulis bagi membuat kajiannya.
Website

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

dengan

laman

web

www.moe.gov.my/bppdp turut memainkan peranan yang penting dalam kajian penulis


dengan memberi panduan yang jelas bagi membuat instrument kajian dengan dan secara
tidak langsung memudahkan penulis menyiapkan kajiannya. Kertas kerja yang diambil
dari web yang bertajuk Kertas kerja Bulan Kemerdekaan menggariskan serba sedikit
tentang nilai patriotisme dan matlamatnya dalam pendidikan.
Tulisan Mohd Fahmi dalam buku Penglibatan ibu bapa7dalam membantu membuat
kerja rumah di kalangan pelajar turut menjadi panduan kepada penulis sebagai rujukan
utama kerana buku ini menjelaskan sebab-sebab kenapa murid-murid lemah dalam
pelajaran dan tanggungjawab ibu bapa di rumah bagi membantu anak-anak. Menurut
Connel (1981), kanak-kanak memerlukan satu simpanan pengalaman deria konkrit yang
kaya untuk dijadikan sebagai latar atau bantuan kepada memahami pengalaman belajar
yang disediakan oleh sekolah kepada mereka. Maka guru perlu memberi kesan deria
yang diperlukan dengan menggunakan cara yang bermakna bagi meluaskan lingkungan
mental murid dengan membolehkan mereka mengalami perkara yang mungkin tidak
dapat dilihat dengan mata kasar.

Satu kesan penglihatan adalah lebih baik dalam

5Halim Ahmad, (2010) Statistik. Pengenalan Kepada Statistik.


6 Chua Yan Piaw, (2006),Asas Statistik Penyelidikan
7Matlamat Pendidikan Khas , (2006), Jabatan Pendidikan Khas,

memberikan kefahaman daripada satu huraian. Pendapat ini telah disokong oleh Ainon
dalam buku Teknik Berfikir,8 yang menyatakan bahawa kesannya adalah lebih baik
daripada penerangan semata-mata tanpa alat bantuan mengajar.
Perubahan kepada corak global juga merubah corak pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan persekitaran masa kini.

Persekitaran serasi adalah penting dalam

menjamin keberkesanan proses pendidikan dan untuk melahirkan pengguna dan


penyumbang teknologi dan kita memerlukan persekitaran yang tersendiri dari teknologi
yang moden agar pendidikan yang tulen boleh dilakukan. ( YB Datuk Seri Najib dalam
tulisan Mohd Ridzwan, 1997). Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Lin (1996) ke
atas kanak-kanak dengan menggunakan video, audio dan grafik mendapati teknologi
multimedia telah berjaya mengekalkan tumpuan kanak-kanak pada masa yang lama
berbanding pelaksanaan kelas tradisional. Ini kerana menurut Abdul Rahman dalam buku
Falsafah dan Kaedah Pemikiran manusia mempunyai pelbagai-bagai cara untuk berfikir
dan menyelesaikan masalah.9
Bagi membuat kajian ini, pengkaji turut meneliti buku latihan murid bagi mendapat
gambaran awal dan menilai tahap kefahaman murid bagi tajuk ini. Selain itu, pengkaji
turut meneliti kertas ujian bagi melihat kefahaman pelajar.Penyediaan dan pembangunan
modal insan menjadi agenda utama negara untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi
dan menjadi negara maju menjelang 2020. RMK10 telah menyediakan landasan yang
kukuh serta sistematik untuk memartabatkan sistem pendidikan dan pembelajaran negara
selaras dengan Akta Pendidikan Negara. Latihan dan kemahiran sama ada ditaja kerajaan
atau melalui perkongsian pintar pihak swasta dan kerajaan akan memberi peluang yang
lebih luas kepada golongan muda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjana
kemahiran.
Selain itu, juga saya membuat tinjauan kepada penulisan oleh pengkaji lain tentang kajian
yang hampir sama dengan kajian saya. Ini kerana melalui kajian terdahulu saya dapat
membuat perbandingan dari semua segi terutama kaedah dan hasil kajian. Kajian Ku
8Ainon, Teknik Berfikir,
9Abdul Rahman Hj Abdullah, (2003), Falsafah dan Kaedah Pemikiran.USM

Hasnita Ku Samsu adalah berkaitan dengan semangat patriotisme dalam kalangan


Mahasiswa di negara kita. Beliau turut membandingan semangat patriotisme mahasiswa
negara kita dengan mahasiswa negara lain seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan penyataan Mohd Taib (2004) menyatakan tentang
kesanggupan angkatan tentera mempertahankan negara dengan nyawa sendiri kerana
semangat patriotisme yang sangat tinggi. Nilai ini seharusnya diterapkan kepada seluruh
rakyat Malaysia supaya keamanan dan kemakmuran negara terjaga. Walaupun bukan
dengan nyawa tetapi dengan semangat cintakan negara yang tinggi.Nilai ini seharus
diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya keamanan dan kemakmuran negara
terjaga. Walaupun bukan dengan nyawa tetapi dengan semangat cintakan negara yang
tinggi. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan tulisan Ishak Saat 2013 terbitan UPSI turut
menjadi panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini terutama panduan bagi bab
satu. Buku ini sangat baik kepada pelajar-pelajar universiti yang mengajar cara-cara
membina asas penyelidikan.
Malaysia 1945-2000 tulisan Ishak Saat terbitan UPSI10 menyatakan tentang
hubungan masyarakat Malaysia dalam pelbagai bentuk. Terutama dalam menjalan
kehidupan seharian. Pada masa yang sama yang mengambil buku ini sebagai rujukan
bagi melihat hubungan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ekoran daripada
kemasukkan imigran pada zaman penjajahan British dulu. Hal ini sangat penting dalam
kajian saya bagi melihat sejauh mana nilai patriotisme diserapkan dalam masyarakat
Malaysia.
Selain itu, nilai murni, elemen keusahawanan, semangat patriotik dan kewarganegaraan
tetap diutamakan.

Murid perlu dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas,

bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan


komunikasi secara berhemah dan berkesan. Semua elemen ini perlu digarap dan
diterapkan semaksima mungkin semasa P&P supaya dapat memberi keyakinan kepada
murid untuk diaplikasikan dalam menghadapi cabaran kehidupan sebenar masa kini dan
masa hadapan.Dipetik dalam draf DSKP Tingkatan 1, 201511
10Ishak Saat, (2013) Kaedah Penyelidikan Dan Penulisan, UPSI.
11Draf DSKP (2015), Tingkatan 1

Buku Pendidikan Warganegara Dalam Semangat Nasionalisme yang di tulis oleh Lukman
Surya , 201312 menceritakan perbandingan antara seorang penyanyi terkenal iaitu Siti
Nurhaliza dalam semangat ketimurannya. Dicirikan tentang cara pemakaian dan tutur
kata yang lembut digambarkan oleh penulis seorang yang bersemangat ketimuran dan
nasionalisme di zaman moden.Patriotisme Malaysia: Penangkis Neo Imperialisme
tulisan Ruhanie Haji Ahmad13 menceritakan tentang apa itu semangat patriotisme. Ini
selari dengan pengalaman penulis sebagai wartawan

dan pengalamannya berjumpa

dengan Tun Mahathir Muhammad. Beliau mengutip kata-kata Tun Mahathir dan ditulis
kembali sebagai panduan kepada rakyat Malaysia.
Merdeka Obor Suatu Perjuangan14memaparkan gerakan perjuangan rakyat negara ini
bersandarkan semangat patriotik untuk membebaskan tanah air. Usaha ini digerakkan
dengan pelbagai cara termasuk perjuangan berdarah Terbitan Jabatan Warisan Negara.
2014
11. Penutup
Pada kesimpulannya patriotisme atau cintakan negara

sering disamakan dengan

nasionalisme, tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan. Haruslah dinyatakan secara jelas


bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri berbagai-bagai, manakala
fenomena nasionalisme pula muncul dengan pelbagai bentuk yang sama sekali berlainan,
atas sebab dan faktor yang berbeza. Nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa
sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme
ialah sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan
kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi orang asing.

12Lukman Surya, (2013) Buku Pendidikan Warganegara Dalam Semangat Nasionalisme.


13Ruhanie Haji Ahmad, Penangkis Nasionalisme.
14Merdeka Obor Suatu Perjuangan, (2014) Terbitan Jabatan Warisan Negara.

BAB 2

ANALISIS DATA

2.0

PENGENALAN

Hasil kajian dibincangkan berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi daripada


pungutan data yang telah dijalankan terhadap responden yang terlibat. Seterusnya, datadata yang t dikumpulkan melalui borang soal selidik yang dilengkapkan dan akan
dianalisis oleh pengkaji.

Kajian mensasarkan seramai 30 orang responden untuk

memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang diedarkan. Bilangan
responden yang dipilih adalah murid-murid seramai 30 orang yang dipilih secara rawak.
Murid-murid ini terdiri daripada murid sekolah rendah yang tinggal di sekitar Bandar
County Homes. Bagi mencapai sasaran tersebut, sebanyak 30 helai borang soal selidik
diedarkan dalam kalangan murid-murid. Keputusan yang diperolehi bertujuan menjawab
objektif dan persoalan kajian yang telah dinyatakan di dalam Bab 1.
Analisis data dibahagikan kepada tujuh bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian
B, Bahagian A mengandungi dua bahagian iaitu jantina dan bangsa dengan tujuan
mendapatkan maklumat diri dan latar belakang murid-murid. Bahagian B pula adalah
berkenaan dengan soalan nombor satu hingga nombor 4 iaitu berkaitan dengan tarikh
negara kita mencapai kemerdekaan, menganalisas pengetahuan sedia ada murid,
mengenal pasti hubungan kerjasama di sekitar Bandar Country Homes tanpa mengira
kaum dan menilai sejauh mana murid-murid sekolah rendah menghayati semangat
patriotisme serta soalan nombor 5 adalah untuk melihat keberkesanan pendidikan nilai

patriotisme dalam diri murid-murid sekolah rendah. Oleh itu dapatan kajian yang
dianalisis bertujuan untuk menentukan adakah hipotesis Null yang dihasilkan diterima
atau ditolak. Penerimaan dan penolakan hipotesis bergantung kepada hasil analisis data
menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian ini dipersembahkan melalui
rajah-rajah yang dipaparkan di dalam bab ini.
2.1 BAHAGIAN A
2.1.1 ANALISIS MAKLUMAT DIRI PELAJAR
Bahagian A di dalam borang soal selidik melihat maklumat diri responden dari
aspek jantina dan latar belakang tahap pengetahuan asas tentang sejarah negara. Selain
itu, maklumat ini juga bertujuan menilai Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Murid
Sekolah Rendah Yang Tinggal Di Sekitar Bandar Country Homes, Rawang
i) JANTINA

RAJAH 2.1.1: PENGLIBATAN MURID DALAM KAJIAN BERTAJUK


SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
YANG TINGGAL DI SEKITAR BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
BERDASARKAN JANTINA

Daripada Rajah 2.1.1, adalah didapati sebahagian kecil daripada responden terdiri
daripada murid lelaki iaitu 33% (10 orang) dan sebahagian besar murid perempuan pula
terdiri daripada 67 % (20 orang). Ini kerana di sekitar Bandar Country Homes terdapat
lebih ramai kanak-kanak perempuan berbanding lelaki. Namun ia tidak mermbawa
kepada banyak

perbezaan yang ketara dalam pemilihan

responden.

Keadaan ini

disebabkan purata murid-murid yang terlibat di dalam peringkat umur yang sama iaitu

antara 10 tahun hingga 12 tahun serta telah mempelajari mata pelajaran sejarah selama
dua tahun enam bulan mulai daripada tahun 4.
ii) KUAM

RAJAH 2.1.2: PENGLIBATAN RESPONDEN TERHADAP SEMANGAT


PATRIOTISME DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH YANG TINGGAL
DI SEKITAR BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG BERDASARKAN LATAR
BELAKANG KETURUNAN
Daripada rajah 2.1.2, adalah didapati kebanyakan responden berketurunan Melayu
iaitu meliputi 60 % ( 18 orang), Cina 23.33% ( 7 orang) dan responden berketurunan
India terdiri daripada 14 % (4 orang) dan keturunan lain-lain iaitu 3.33% ( 1 orang) .
Kebanyakan responden terdiri daripada keturunan kaum Melayu kerana lokasi kajian di
Taman Desa Emas, Taman Saujana, Taman Desa dan Taman Puteri Heights serta Taman
Safron yang purata penghuninya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

2.2 BAHAGIAN B
KEBERKESANAN NILAI PATRIOTISME TERHADAP MURID (JATI DIRI
MURID)
Jadual 2.2.1 : Pengetahuan sedia ada berkaitan Nilai Patriotisme

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Kaum
Perkara

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 5

Bet

Sala

Bet

Sala

Bet

Sala

Bet

Sala

ul
15
6
4

h
3
12
14

ul
5
2
1

h
2
5
6

ul
3
0
1

h
1
4
3

ul
1
0
1

h
0
1
0

Daripada Jadual 2.2.1, menyatakan bahawa 15 orang murid atau 50.0 % daripada
kaum Melayu, 5 orang murid atau 16.7% daripada kaum Cina dan 3 orang murid atau
10.0% daripada kaum India serta seorang atau 3.3% daripada kaum lain-lain dapat
menjawab soalan dengan betul. Selebihnya murid-murid tersebut tidak dapat menjawab
soalan nombor satu dengan tepat iaitu 3 orang atau 10.0% daripada kaum Melayu, 2
orang atau 6.6.% daripada kaum Cina dan seorang atau 3.3% daripada kaum India. Ini
kerana daripada temubual secara rawak pengkaji mendapati bahawa murid-muird tersebut
terlupa tarikh kemerdekaan negara walaupun telah mempelajarinya di sekolah.
Bagi soalan nombor 2 pula menyatakan bahawa bahawa 6 orang murid atau 20.0
% daripada kaum Melayu, 2 orang murid atau 6.6 % daripada kaum Cina dapat
menjawab soalan dengan betul dan tidak seorang pun daripada kaum India serta lainlain kaum dapat menjawab Soalan nombor 2 dengan tepat. Selebihnya murid-murid
tersebut tidak dapat menjawab soalan nombor dua

dengan tepat iaitu 12 orang atau

40.0% daripada kaum Melayu, 5 orang atau 16.7% daripada kaum Cina dan 4 orang
murid atau 13.3% daripada kaum India serta seorang murid ataupun 3.3% dari lain-lain
kaum. Kesimpulannya daripada hasil

dapatan menyatakan bahawa bilangan

keseluruahan murid sekolah rendah yang gagal menjawab Soalan nombor 2 dengan tepat
ialah 22 orang murid atau 73.30% . Hal ini kerana soalan tersebut memohon murid
menjawab solan berkenaan dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Pengkaji mendapati sebahagian murid hanya menjawab mengikut pengetahuan sedia ada
sahaja.
Manakala bagi Soalan nombor 3 pula, terdapat hanya 4 orang murid atau 13.3%
daripada kaum Melayu dapat menjawab dengan tepat. Bagi kaum Cina, kaum India dan

lain-lain kaum pula hanya seorang atau 3.3% murid sahaja yang dapat menjawab soalan
tersebut. Baki daripadanya gagal untuk menjawab soalan dengan tepat iaitu mewakili 14
orang murid atau 46.7% bagi murid Melayu, 20% atau 6 orang daripada murid Cina dan
3 orang atau 10.0% daripada murid kaum India.
Jadual 2.2.2 : Kepentingan Nilai Patriotisme

Kaum
Soalan 3
Betul 3
Betul 2
Betul 1
Tiada Betul

Melayu

Cina

India

Lain-lain

4
3
8
2

0
1
6
0

0
0
2
2

0
0
1
0

Bagi Soalan nombor 4 iaitu murid-murid diminta menyenaraikan 3 kepentingan


patriotime dalam kehidupan mereka, terdapat hanya 4 orang murid atau 13.3% daripada
kaum Melayu dapat menyenaraikan tiga jawapan dengan tepat. Seterusnya hanya 3
orang murid atau 10.0% dapat menyenarai dua jawapan sahaja dan 8 orang murid atau
26.7% hanya dapat menyenaraikan satu jawapan yang betul. Bagi kaum Cina kesemua
murid iaitu 7 orang dapat menyenaraikan jawapan yang betul iaitu seorang atau 3.3%
dapat menyenaraikan 3 jawapan yang tepat dan selebihnya iaitu 6 orang atau 20.0%
dapat memberikan dua jawapan yang tepat. Bagi kaum India hanya dua orang iaitu 6.6%
dapat menyenaraikan satu jawapan yang tepat dan 2 orang murid yang tidak dapat
menyenaraikan jawapan dengan betul iaitu 6.6% juga. Manakala bagi lain-lain kaum
pula hanya seorang atau 3.3% murid sahaja yang dapat menyenaraikan satu jawapn yang
betul. Baki daripadanya gagal untuk menjawab soalan dengan tepat iaitu mewakili 2
orang murid atau 6.6% bagi murid Melayu dan murid kaum India.
Jadual 2.2.3 : Warna Bendera
Melayu
Kaum
Soalan 3

Cina

India

Lain-lain

Betul 3
Betul 2
Betul 1
Betul 4
Tiada Betul

0
0
0
18
0

0
0
0
7
0

0
0
0
4
0

0
0
0
1
0

Bagi Soalan nombor 5 iaitu murid-murid diminta menamakan warna bendera


Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Daripada hasil dapatan, menunjukkan kesemua responden
iaitu 100% dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Sehubung dengan itu dapatlah
disimpulkan bahawa murid-murid sememang tahu warga bendera Malaysia. Namun
apabila soalan nombor 3 mereka gagal menjawab soalan dengan baik. Dari analisis juga
murid sukar menjawab soalan nombor 3 iaitu menyenaraikan kepentingan nilai
patriotisme dalam hidup mereka kerana mereka kurang jelas tentang kepentingan nilai
patriotisme tersebut.
3.0

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada soal-selidik, didapati dengan jelas

bahawa murid-murid sekolah rendah yang tinggal di sekitar Bandar Country Homes,
Rawang ini berminat dengan subjek sejarah. Ia menjelaskan dua kemungkinan yang
boleh diandaikan iaitu sikap murid sendiri ataupun sikap guru yang dapat menarik minat
murid. Ini menjelaskan bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah rendah sekitar
Bandar Country Homes berjaya menanamkan nilai patriotisme kepada murid-murid
secara perlahan-lahan terutama kepada kaum-kaum lain di sekolah tersebut

BAB 3
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 PENDAHULUAN
Hasil kajian membincangkan kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi
di dalam bab empat. Hasil yang diperolehi dipersembahkan dengan menganalisis setiap
item dengan menggunakan perisian Excell.

Selain itu, hasil kajian juga turut

membentangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan


semangat Patriotisme dalam kalangan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bidor 2
pada masa akan datang.

Cadangan untuk kajian ini diberi dengan harapan kajian

terhadap permasalahan ini akan terus dijalankan pada masa akan datang. Secara tidak
langsung juga, kajian terhadap permasalahan ini dapat membantu guru-guru mencapai
objektif dengan lebih berkesan.
5.1 PERBINCANGAN
Melalui soalan

bahagian B iaitu soalan yang berkaitan dengan semangat

patriotisme dalam kalangan murid Tahun 5 iaitu didapati mereka berasa semangat cinta
akan negara semakin bertambah

setelah mereka belajar sejarah kerana mereka

memahami tentang persitiwa-peristiwa penting dan peristiwa sejarah negara. Selain itu,
murid-murid

juga berasa bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia kerana negara

Malaysia sangat aman dan makmur jika dibandingkan dengan negara lain. Ini
menunjukkan

bahawa

pihak

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

berjaya

menanamkan nilai patriotisme kepada murid-murid sekolah rendah.


Melalui Bahagian C pula, keputusan soal selidik mendapati bahawa murid-murid
memahami tatacara untuk menghormati lagu kebangsaan dengan betul. Murid-murid juga
dapat menghafal lirik dan maksud lagu kebangsaan dengan tepat. Lantaran itu, pengkaji
dapati Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya mencapai hasrat negara iaitu dapat
menanamkan semangat cinta akan negara dan menghormati lagu kebangsaan. Subjek

sejarah telah memberi satu ruang yang sangat baik kepada para pelajar untuk mempelajari
nilai-nilai patriotisme dan menyemai semangat patriotisme dalam diri mereka.
Bagi menjawab persoalan tentang minat murid kepada subjek Sejarah dalam
soalan Bahagian D, sangat jelas bahawa murid-murid sangat berminat belajar sejarah. Ini
disebabkan oleh kejayaan guru-guru menjadikan subjek sejarah itu menyeronokkan
berbanding dengan pembelajaran subjek sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah
Menengah. Ini kerana sebelum ini apabila disebut sahaja subjek sejarah, murid-murid
telah membayangkan terpaksa menghafal tarikh, peristiwa dan nama tokoh-tokoh negara.
Para guru juga diharapkan tidak menggambarkan kepada murid dengan mengatakan
bahawa subjek sejarah ini sukar dan sangat susah untuk diingati. Bagi soalan E pula,
subjek sejarah telah berjaya menanamkan sikap cintakan negara dan memupuk nilai-nilai
patriotisme dalam diri murid-murid.
Justeru itu juga, pihak Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD)boleh menggunakan hasil
kajian ini bagi memantau kesungguhan pihak guru bersama pihak pentadbiran sekolah
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan nilai patriotisme
dalam diri murid-murid bermula dari sekolah rendah. Selain itu juga, pihak PPD boleh
memanfaatkan kajian ini untuk memantau kecemerlangan seseorang guru dalam sesi
pengajarannya. Seterusnya mereka boleh berkhidmat sebagai guru terutama dalam
matapelajaran sejarah serta membantu guru-guru lain supaya lebih mahir terutama dalam
kursus yang dianjurkan oleh PPD. Justeru itu, pihak PPD boleh melihat keberkesanan
program ini secara telus.
Pihak pentadbiran terutamanya unit kurikulum perlu memantau dan menjalankan
pelbagai aktiviti bagi meningkatkan lagi minat murid kepada subjek sejarah. Ini adalah
bertujuan supaya murid-murid lebih cinta akan negara dan mampu menjadi warga negara
yang baik.Tidak ketinggalan juga, pihak pentadbiran boleh menjadikan guru tersebut
sebagai Rakan Pembimbing kepada subjek lain terutama subjek bahasa Melayu dalam
kursus dalaman ataupun (Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Ini kerana daripada
hasil kajian, penyelidik telah berjaya memperolehi satu kaedah yang mudah bagi
mencapai objektif dalam P&P kepada murid. Tambahan melalui soal selidik pengkaji
dapati , bahawa terdapat murid-murid yang keliru antara pembelajaran nilai patriotisme

dalam subjek sejarah dan kaitan dengan bulan kemerdekaan. Ini kerana nilai patriotisme
dilaksanakan dalam subjek sejarah dijalankan secara tidak langsung iaitu melalui sisipan.
Selain itu, bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pula, mereka dapat menilai
kesesuaian nilai patriotisme ini dalam pengajaran dan pembelajaran dan meneliti
keberkesanannya ke atas murid-murid. Seterusnya meningkatkan matlamat kerajaan bagi
meningkatkan semangat cintakan negara. Jabatan Pendidikan juga boleh menjadikan
program ini sebagai salah satu langkah yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, pihak jabatan juga boleh menjadikan program ini sebagai role model kepada
guru-guru subjek lain dengan lebih berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
juga boleh menganjurkan beberapa program yang berkaitan bagi mengalakkan muridmurid menyertai pertandingan yang sesuai seperti menyertai Persatuan Sejarah Malaysia.
Soalan Ujian Rintis pula jelas menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 dapat
menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Ini jelas menunjukkan bahawa muridmurid Tahun 5 mengetahui nama perdana menteri keempat Malaysia dan warna bendera
Malaysia. Hanya soalan nombor 3 yang perlu diberi penekanan oleh guru iaitu dengan
cara menerangkan kepentingan nilai patriotisme dalam kehidupan. Lantaran itu,
dicadangkan guru-guru mestilah menjelaskan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran
sejarah dilaksanakan supaya murid faham dan tahu kepentingan patriotisme.
5.2 CADANGAN
Seterusnya, diharapkan kajian ini dapat membantu guru-guru sejarah dalam
proses P&P dengan lebih berkesan serta boleh digunakan sebagai sumber rujukan serta
menambahkan khazanah ilmu negara.

Seperkara lagi, pengajaran dan pembelajaran

sejarah adalah selari dengan penerapan nilai-nilai patriotisme dan ia adalah satu
pengajaran yang seiring dengan arus pemodenan dalam bidang pendidikan. Pada masa
yang sama

ia adalah salah satu cara yang boleh menarik minat murid kepada subjek

sejarah dan secara tidak langsung berjaya memupuk perasaan cintakan negara.
Berdasarkan kajian ini juga, pengkaji juga berharap terdapat guru-guru yang
berminat untuk menyambung penyelidikan beliau secara lebih mendalam lagi. Di
harapkan juga ada guru-guru yang sudi mendalami kajian ini ke peringkat yang lebih

tinggi dan kajian kepada masyarakat umum bagi melihat semangat patriostisme dalam
kalangan masyarakat umum.Diharap juga pembelajaran melalui Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ini membawa era baru dalam sistem pendidikan negara selaras dengan
matlamat negara.
5.3

PENUTUP
Hasil kajian ini membincangkan mengenai keputusan analisis kajian yang

diperolehi di dalam bab empat. Antara perkara yang diterangkan ialah analisis pada
setiap bahagian item serta hubungan bagi setiap item tersebut. Berdasarkan hasil kajian
ini juga disarankan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi keberkesanan semangat
patriostisme dalam kalangan murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Bidor 2. Ini
kerana bermula dari sekolah rendahlah guru-guru dapat memupuk semangat cinta akan
negara sehingga sebati dalam diri murid-murid. Apabila telah sebati sudah tentu seluruh
penduduk Malaysia wujud perasaan sangat cintakan tanah air mereka. Di harap juga
seluruh rakyat Malasyia dapat menghargai nilai-nilai patriotisme. Generasi baru diharap
dapat menghargai perjuangan masyarakat dahulu yang telah berkorban dan berusaha bagi
mendapatkan sebuah negara yang merdeka.

RUJUKAN

Mak Soon Sang, Ilmu Pendidikan, halaman 45


Teori Pembelajaran dan Pengajaran Yang Dipetik Daripada Wikipedia.
Halim Ahmad (2010), Statistik: Pengenalan Kepada Statistik.
Website Kementerian Pendidikan Malaysia, web.www.moe.gov.my/bppdp (2015).
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran(2014)Tahun 4 dan Tahun 5

Matlamat Pendidikan Khas(2012)dari Jabatan Pendidikan Khas


ScribdKonsep Patriotisme
Kertas Kerja Bagi Penataan Rukun Negara.
Muhammad Fadli Ismail, (2010)Amalan Penjati Diri
Ishak Saat, Malaysia 1945-2000 UPSI
Draf DSKP, (2015)Tingkatan 1
Lukman Surya, (2013)Buku Pendidikan Warganegara Dalam Semangat Nasionalisme
Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia.
Merdeka Obor Suatu Perjuangan2014.Terbitan Jabatan Warisan Negara
Kertas Kerja Bagi Bulan Kemerdekaan.
Chua Yan Piaw, (2006),Asas Statistik Penyelidikan
Halim Ahmad,(2010) Statistik : Pengenalan kepada Statistik
Website Kementerian Pendidikan Malaysia, web www.moe.gov.my/bppdp

LAMPIRAN 1

TAJUK JATI DIRI


1

Nama: ______________________________________

Jantina
[
Perempuan

3.

] [

Bangsa
[
] Melayu
[
] Cina

[
[

] Lelaki

] India
] Lain-lain Nyatakan:__________________________

Isikan jawapan yang betul bagi soalan di bawah1.


2.
3.

4.

Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?


___________________________________
Siapakah Perdana Menteri keempat?
___________________________________
Senaraikan 3 kepentingan nilai patriotisme dalam hidup anda:i)
___________________________________
ii) ___________________________________
iii) ___________________________________
Apakah warna bendera Malaysia?
i)
_________________________
iii) _________________________
ii) _________________________
iv) _________________________
Apakah nama bendera Malaysia?
__________________________________

You might also like