You are on page 1of 13

Tugasan 1: Projek

1.0 Pengenalan
Projek yang diperkenalkan ini merupakan projek yang pelbagai kaedah TMK
untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran
pelajar sekolah rendah dengan menerapkan elemen JERI (Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelektual) atau kemahiran insaniah dalam bahan. Pengajaran ini akan melibatkan
penggunaan video dan penggunaan internet dalam melaksanakan satu siri aktiviti
yang merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bahasa
Melayu.
2.0 Projek
Projek yang dicipta ini merupakan projek yang berunsurkan TMK dalam
bahasa Melayu di mana pelaksanaan projek ini mementingkan pengintegrasian TMK
dalam elemen video, visual, audio, dan penggunaan internet. Tujuan pelaksanaan
projek ini adalah untuk murid-murid menguasai setiap kemahiran yang ada dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Projek ini juga mementingkan
modul Seni Bahasa yang merujuk kepada aspek kebahasaan keindahan dan
kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid.
(DSKP, 2012). Projek ini akan dilaksanakan selama 4 minggu dan pemenang kepada
projek ini akan diketahui pada minggu yang ke-5. Pemilihan pemenang akan
menggunakan kaedah bilangan tontonan video yang lebih ramai dalam YouTube. Hal
sedemikian ini adalah untuk menggalakkan murid-murid lain untuk menjalankan
pembelajaran akses diri. Murid-murid dapat menjelajah laman web dan belajar serta
memahami penggunaaan aplikasi tersebut.
Projek ini dicipta berdasarkan Model ASSURE yang dicipta oleh Heinich,
Molenda, dan Russel (1993) dalam Madya (2005). Model ini menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran di bilik
darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam
penggajaran. Perancangan proses PdP akan jadi lebih menarik apabila kerana guru
telah mengambil model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditunjukkan
kepada setiap pelajar. Menurut Heinich, et. Al (1993) dalam Norasiah (2009), model

ASSURE mengandungi enam langkah iaitu, analisis murid, nyatakan objektif,


pemilihan media dan bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan murid dalam
pembelajaran, dan penilaian/semak semula bahan.
2.1 Model Reka Bentuk Assure
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap
langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa
Melayu tahun 3. Rancangan ini mempunyai satu siri aktiviti yang mengambil masa 4
jam yang dibahagi kepada 4 minggu. Kelas ini mempunyai sebanyak 24 orang murid.
2.1.1 Analisis Pelajar
Sebelum menghasilkan projek untuk pelajar, sebagai seorang guru perlulah
menganalisis minat dan tahap murid supaya objektif yang ditetapkan nanti akan dapat
dicapai. Umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan pengetahuan sedia ada
murid juga diambil kira dalam analisis murid. Proses menganalisis murid ini penting
kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan
bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilan bahan yang sesuai mampu
mambantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan
tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang betul dan
kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya
mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.
Dalam konteks ini, tema perpaduan ini dipilih kerana kelas tersebut
mempunyai murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mereka seharusnya
menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka. Berdasarkan hasil penganalisaan
murid-murid, projek ini yang berunsurkan TMK telah dicipta untuk memberikan muridmurid serba sedikit pengetahuan TMK kepada murid-murid supaya murid-murid dari
sekolah ini yang mempunyai kebanyakkan murid yang tinggal di kampung dapat
belajar tentang TMK agar mereka tidak ketinggalan zaman. Pelajar-pelajar di kelas ini
juga mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka telah menguasai
keempat-empat kemahiran yang ada di dalam bahasa Melayu tetapi kesemua empat
kemahiran ini perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi kepada murid-murid.

2.1.2 Nyatakan Objektif


Seterusnya, guru akan menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang
ingin dicapai. Sebelum pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting
supaya guru dapat menetapkan sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya
menetapkan apa yang murid perlu dapat. Dalam projek ini, objektif yang telah
ditetapkan adalah untuk memastikan murid-murid dapat menguasai setiap kemahiran
dalam bahasa Melayu dan memupuk minat murid dalam lakonan serta penggunaan
TMK

kerana

berdasarkan

keputusan

daripada

analisis

murid,

murid

perlu

diperkukuhkan lagi kemahiran bahasa Melayu dan perlu banyak didedahkan kepada
penggunaan TMK. Hal ini sebab, kebanyakkan murid dalam kelas ini berasal dari
perkampungan malah ada juga yang berasal dari pendalaman.
Dalam abad ke-21 ini, penggunaan TMK amat penting kerana teknologi
sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh
menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Jikalau
seseorang individu tidak mengutamakan TMK akan ketinggalan dalam arus
pembangunan atau umpama kata di bawah tempurung. Kemajuan TMK telah
mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Secara
langsung, dapat dilihat objektif pengajaran amat penting untuk dicapai kerana ia
memberi panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Begitu juga pemilihan bahan bantu mengajara dalam aktiviti murid turut
dapat membantu mencapai objektif. Oleh itu, analisis murid, pemilihan bahan,
penetapan objektif dan pelaksanaan pengajaran yang berkesan mampu mencapai
objektif pengajaran sesuatu tajuk.
Pada akhir pelajaran:
1. Murid dapat bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
2. Murid dapat membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat.
Ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar,
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
3. Murid dapat menghasilkan penulisan pelbagai genre secara berpandu dengan
betul.

4. Murid dapat mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas,
bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui lakonan
secara didik hibur.
5. Murid dapat mengintegrasikan penggunaan TMK secara berhemah semasa atau
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
2.1.3 Pemilihan Kaedah
Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu ciri model ASSURE.
Guru perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai dalam menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media
atau bahan (Ismail Md. Zain, 1994) dalam Noriati (2011). Sebelum sesuatu tajuk
diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk
memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai. Dalam projek ini,
bahan dan media yang dipilih adalah berunsurkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Elemen yang dipilih ialah visual, audio, video dan penggunaan
internet. Setiap minggu akan menggunakan elemen yang berlainan supaya muridmurid dapat menguasai satu per satu dengan teliti. Antara kaedah pengajaran yang
kerap digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu Tahun 3 ini ialah kerja
berkumpulan ataupun strategi berpusatkan murid di mana murid akan bekerja dalam
kumpulan untuk mendapatkan hasil yang diingini.
2.1.4 Penggunaan Media
Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
amat penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat
menentukan keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat
melalui internet dalam menyediakan bahan adalah salah satu penggunaan yang amat
baik. Guru boleh menggunakan internet semasa mengajar ataupun seperti yang
dirancang dalam projek ini di mana murid-murid akan menggunakan internet di
sekolah untuk mencarikan maklumat yang mereka ingini. Oleh kerana murid dalam
kelas ini kurang pendedahan mengenai TMK maka, guru akan minta murid-murid
untuk mencari maklumat mereka dari Google Search. Media yang digunakan dalam
projek ini ialah Youtube, Google Search, Video Recorder, Audio Recorder
2.1.5 Penglibatan Murid
Bagi memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar, penglibatan murid
tidak boleh dipandang ringan. Murid perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Kaedah ini juga boleh digelarkan sebagai pembelajaran berpusatkan murid. Menurut
Tuan Jah (2011) pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan
tingkah laku murid. Contohnya, aktiviti yang dirancang dalam projek ini yang
melibatkan setiap murid dalam setiap aktiviti kerana semua murid akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan secara berkumpulan yang akan
melibatkan setiap murid. Aktiviti seperti lakonan akan melibatkan setiap murid dalam
melakonkan watak mereka.
2.1.6 Menilai dan Semak Semula
Menurut Heinich (1982) dalam Noriati (2012) penilaian perlu dibuat secara
berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi
gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar.
Akhirnya ialah proses menilai yang merupakan satu proses untuk melihat
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah. Penilian boleh dilakukan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan bahan dan media yang
dipilih serta pencapaian murid mengikut aras kebolehan. Setelah tamat proses
pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar
penambahbaikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan
secara maksimum dalam pembelajaran. Jika murid berprestasi baik maka bererti
objektif pengajaran telah tercapai. Cara penilaian projek yang dirancang ini ialah
dengan menggunakan tontonan yang ramai untuk menentukan pemenang. Mahupun
sebegini, penilaian berterusan juga akan dilakukan oleh guru untuk memastikan
penglibatan murid yang aktif dan inisiatif murid ada pada dirinya.
Kesimpulannya, model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan
panduan pembinaan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan
embelajaran yang selalu yang diperkatakan sebagai membosankan. Oleh itu,
kemahiran guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif yang ditetapkan akan memastikan hasil pembelajaran pada hari
tersebut tercapai.

3.0 Cara Pelaksanaan Projek

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tahun

Tahun 3

Bilangan Pelajar

30 orang

Masa

1 jam

Tempoh pelaksanaan

4 minggu

Aplikasi

YouTube, Gmail, Video Recorder, Audio Recorder,


Video Player, YouTube Downloader / saveformnet,
Google Search

BBM

Komputer, Slaid, Pembesar Suara, LCD, Internet.

Tema

Perpaduan

Tajuk

Hidup Sejahtera

Objektif

Pada akhir pelajaran:


6. Murid dapat bercerita dan menceritakan sesuatu
perkara dengan tepat menggunakan ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
7. Murid dapat membaca kuat bahan bacaan yang
mengandungi pelbagai pola ayat. Ayat tunggal
susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang
dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.
8. Murid dapat menghasilkan penulisan pelbagai
genre secara berpandu dengan betul.
9. Murid dapat mengujarkan dialog dengan sebutan
yang betul, intonasi yang jelas, bahasa badan yang
sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui
lakonan secara didik hibur.
10. Murid dapat mengintegrasikan penggunaan TMK
secara berhemah semasa atau selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Minggu 1

Modul:
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Standard Pembelajaran:
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
sebutan

yang

jelas

dan

intonasi

yang

betul

menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan


betul.
1. Murid

diminta

menonton

tayang

video

yang

mengambil masa lebih kurang 10 minit.


2. Murid akan ditanya soalan mengenai kefahaman
video.
3. Murid diminta

menceritakan

mengenai

video

tersebut menggunakan ayat tunggal dan ayat


majmuk.
4. Guru menilai kemahiran mendengar dan bertutur

murid-murid.
Minggu 2

Modul:
Modul Kemahiran Membaca
Standard Pembelajaran:
Membaca

kuat

pelbagai

bahan

bacaan

yang

mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar,


sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
1. Murid diperdengarkan satu rakaman audio yang
mempunyai beberapa watak.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
untuk melaksanakan tugas.
3. Guru memberikan teks dialog yang panjang tidak
melebihi 60 patah perkataan.
4. Murid diminta untuk mengujarkan dialog dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang jelas.
5. Murid menggunakan kaedah rakaman

untuk

merakam dialog mereka.


Minggu 3

Modul:
Modul Kemahiran Menulis
Standard Pembelajaran:
Menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara
berpandu dengan betul.
1. Murid diminta untuk masuk ke makmal komputer.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut kumpulan lepas.
3. Guru memaparkan satu situasi gambar yang
merangkumi dialog dalamnya.
4. Guru menjelaskan situasi dalam gambar dan
menghujahkan dialog dalam gambar.
5. Setiap kumpulan akan memilih situasi gambar
tersendiri melalui pencarian dalam internet.
6. Murid-murid diminta untuk menghasilkan dialog

mengenai gambar yang dipilih dengan panjang


kurang dari 60 patah perkataan berdasarkan
kreativiti sendiri.
7. Murid diminta untuk menghantar dialog dan gambar
mereka melalui gmail.
Minggu 4

Modul:
Modul Seni Bahasa
Standard Pembelajaran:
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul,
intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai
melalui lakonan secara didik hibur.
1. Murid berada dalam kumpulan yang sama seperti
minggu lepas.
2. Murid diminta untuk melakonkan dialog yang ditulis
oleh mereka pada sesi PdP minggu lepas.
3. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk
melakonkan cerita masing-masing.
4. Rakaman video akan diambil oleh murid-murid
yang tidak berlakon.
5. Rakaman video setiap kumpulan akan dimuat naik
ke YouTube.
6. Murid-murid akan kongsikan video mereka kepada
kawan-kawan lain.
7. Video yang mempunyai tontonan yang paling
banyak akan dikira sebagai pemenang.

Aplikasi yang digunakan:


YouTube, Gmail, Video Recorder, Audio Recorder, Video Player, YouTube
Downloader / saveformnet, Google Search

4.0 Kekuatan dan Kelemahan

Projek yang dirancang ini mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahannya.


Di antara kekuatan dan kebaikannya ialah murid dapat menguasai beberapa
kemahiran dalam satu projek ini kerana projek ini melibatkan beberapa kemahiran
bahasa Melayu dan Modul Seni Bahasa dalamnya. Murid-murid dapat menimba ilmu
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai kemahiran ini kerana
kemahiran bahasa Melayu merupakan asas kepada bahasa Melayu yang harus
dikuasai dengan baik oleh murid-murid. Kemahiran bahasa Melayu juga penting
kepada murid-murid kerana dengan adanya kemahiran ini, murid-murid dapat
memajukan diri dari perspektif Intelektual.
Kewujudan TMK turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan TMK dalam proses PdP dapat memperkembang dan memperkasakan
lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Pernyataan
ini diakui oleh Cockroft (1982) dalam Norasiah (2013) bahawa penggunaan komputer
dalam sesi PdP boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh berubah kepentingan
sesuatu tajuk dalam pengajaran. Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh TMK
sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh
dunia melalui internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar
akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik
komputer. Peluang pendidikan melalui TMK menjadi lebih luas, selain menjimatkan
kos. Oleh sebab itu, projek ini diperkenalkan demi masa depan murid-murid, guru
serta sekolah.
Dalam projek ini telah banyak menggunakan pembelajaran secara kooperatif
kerana pembelajaran ini memilik berbagai kelebihan atau manfaat. Bekerja secara
berkumpulan dapat mempercepatkan proses penghasilan kerja dan menjimatkan
masa. Pada masa yang sama juga, murid-murid dapat menerima dan menghujah
pendapat masing-masing dalam bentuk kumpulan. Murid-murid akan berasa lebih
selesa untuk mengeluarkan pendapat masing-masing kerana yang mendengar
pendapat mereka ialah kawan-kawan yang belajar bersama-sama. Pembelajaran
kooperatif juga dapat mempermudahkan pekerjaan guru dalam mengajar, kerana
sudah ada kelompok ahli yang bertugas menjelaskan kepada rakan masing-masing.
Penglibatan yang aktif juga dapat dilihat dapat pembelajaran secara kooperatif.
Selain itu, kelebihan projek yang dirancang ini dapat melibatkan deria
mendengar dan melihat murid-murid. Murid-murid akan mendengar arahan,
mendengar pandangan orang lain semasa projek ini berlansung. Deria mendengar
dapat diperkembangkan dan pada waktu yang sama juga kemahiran mendengar

dapat diperkukuhkan juga. Manakala untuk deria melihat juga, murid-murid akan
dapat memerhati perkara yang berlaku di persekitarannya dan melakukan perubahan
dan tindakan untuk menyesuaikan diri dalam keadaan tersebut. Murid-murid juga
akan melihat dan memproseskan maklumat yang diterima. Kedua-dua deria ini dapat
digunakan dengan sebaik-baiknya dalam projek ini kerana kebanyakkan aktiviti dalam
projek tersebut menggunakan deria melihat dan mendengar.
Kelemahan bagi projek ini ialah murid-murid kurang merasa pengalaman
sebnar dalam pembelajaran berbanding belajar di luar bilik darjah. Hal ini berkaitan
dengan pengajaran menggunakan TMK hanya melibatkan murid berpandukan
komputer sahaja berasaskan contoh atau gambaran. Murid seharusnya membuat
praktikal bukannya semata-mata berpandukan buku atau gambaran sahaja.
Berkemungkinan sesetengah murid dapat memahami tajuk yang diajar tanpa perlu
untuk membuat praktikalnya. Ada murid yang lambat untuk memahami dan perlu
untuk melakukan praktikal untuk difahaminya. Guru harus beringat bahawa tahap
pemikiran dan pemahaman murid adalah berlainan dan perlu diteliti untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar lagi.
Selain itu, masalah penggunaan kemudahan TMK dalam proses pengajaran
dan pembelajaran terhadap murid adalah implikasi negatif terhadap murid yang lahir
daripada keluarga yang kurang berkemampuan, luar bandar ataupun pendalaman.
Komputer merupakan sesuatu yang asing bagi mereka. Justeru itu adalah sukar bagi
murid-murid ini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan TMK.
Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding
dengan rakan yang lain di mana mereka yang sering dan sememangnya didedahkan
dengan komputer dan gadget-gadget terkini oleh ibu bapa dan keluarga masingmasing.

5.0 Rumusan
Projek ini merupakan satu siri aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu
dan boleh dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Projek ini dapat
membantu murid-murid dalam menguasai pelbagai kemahiran dalam bahasa Melayu
serta mempelajari serba sedikit mengenai TMK. Oleh itu, penggunaan teknologi

dalam pendidikan sememangnya sangat penting bagi menjamin pendidikan di


Malaysia seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Rujukan
Prof. Madya et. al. (2005). Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn.
Bhd.

Norasiah. (2013). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor :


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et. al. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tuan Jah (2015). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir
Aras

Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Sasbadi Sdn.


Bhd.

Tuan Jah dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.


Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like