You are on page 1of 5

Pagi yang indah penuh ceria.

hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis Kasih


Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En.
Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum
SKPBS

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy
atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan
oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B.

Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah
Rokiah B. Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji
Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak oleh Adik Abadiah dan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Kokurikulum SKPBS
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber
inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji


Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang
bertajuk Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan
yang cukup istimewa.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun
5A. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
melakonkan watak guru kesayangan mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita
semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif,
3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk
menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG
untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan
kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman.

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa
CikguMawardi panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua
Kini sudah tibanya masa
Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga

Hilang seri hilang cahaya


Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan
menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput
terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Dicatat oleh Qistina di 6:28 PG
E-melkan IniBlogThis!

You might also like