You are on page 1of 14

https://en.wikipedia.

org/wiki/Nicol_David
http://sitifarzanaiwani.blogspot.my/2013/09/contoh-kesan-pembandaranterhadap-alam.html

Maksud Pembandaran
Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu
kawasan daripada luar bandar kepada bandar.
Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar
berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan
kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar
sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

Kesan Positif
1)

Peningkatan Sistem Pengangkutan & Perhubungan


Sistem pengangkutan dan perhubungan
dipertingkatkan seperti jalan raya dan lebuh raya.
Perkhidmatan pengangkutan bertambah baik dan lebih
cekap.
2) Peningkatan Kemudahan Awam Sosial
Kemudahan rekriasi seperti taman permainan,
padang golf,taman bunga dan tempat hiburan
bertambah. Kemudahan kesihatan bertambah baik dan
lengkap dengan peralatan moden.
3) Peningkatan Taraf Hidup Penduduk
Kediaman lebih selesa, pendapatan yang tetap dan
lumayan, pusat pendidikan dinaik taraf dan membuka
lebih banyak kemudahan kesihatan.
4) Wujudnya Banyak Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan bertambah dalam pelbagai bidang
seperti bidang perkhidmatan, perniagaan, perdagangan
dan pembinaan.

http://sukageografi.blogspot.my/2011/10/bab-13pembandaraan.html

bab 13 pembandaraan

Pengenalan
1. Proses pembandaran merupakan satu proses penumpuan
penduduk di kawasan bandar.
2. proses pembandaran juga dikenali sebagai proses urbanisasi.
3. Proses pembandaran boleh menyebabkan perubahan dalam:
(a) Jumlah penduduk
(b) Fungsi bandar
(c) Penggunaan tanah
(d) Cara hidup penduduk
4. Bandar-bandar di Malaysia mengalami pembandaran yang
pesat selepas negara mencapai kemerdekaan.
5. Jumlah penduduk di bandar bertambah dengan cepat kerana
migrasi luar bandar ke bandar berlaku dengan giat disebabkan
penduduk luar bandar ingin mencari lebih banyak peluang
pekerjaan di bandar.
6. Bandar-bandar besar yang berlaku pembandaran ialah
seperti:
(a) Kuala Lumpur
(b) Georgetown
(c) Ipoh

(d) Johor Bahru


(e) Kuantan
7. Pembandaran menyebabkan jumlah penduduk disesuatu
kawasan bertambah dengan banyak.
8. Ini adalah kadar kerana pertambahan semula jadi penduduk
meningkat dan migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.
9. Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan yang mengalamiproses
pembandaran akan berubah dari sektor primer kepada sektor
sekunder dan tertier.
10. Keadaan ini bermakna sesuatu kawasan itu tidak lagi hanya
berfungsi sebagai pusat pertanian, perikanan tetapi berfungsi
sebagai pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan
perkhidmatan.
11. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan banyak
kemudahan asas di kawasan pembandaran untuk memenuhi
keperluan penduduk yang semakin ramai.
12. Kemudahan yang ditambahkan di kawasan pembandaran
adalah seperti jaringan jalan raya, hospital, perumahan, sekolah
dan taman rekreasi.
13. Tujuannya adalah supaya penduduk di kawasan
pembandaran dapat kemudahan yangsempurna dan dapat
meningkatkan taraf hidup penduduk.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Negara


Malaysia
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran Malaysia
ialah:
(a) Dasar kerajaan (gavernan)
(b) Peluang pekerjaan
(c) Migrasi penduduk

1. Dasar Ekonomi Baru 1970 dan Rancangan Lima Tahun yang


memperkenalkan pembukaan kawasan baru dan bandar
kecil telah menyebabkan proses pembandaran berlaku dengan
pesat di bandar dan kawasan sekitarnya.
2. Tindakan ini telah menyebabkan ramai penduduk dari luar
bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih
baik.
3. Terdapat beberapa kawasan di setiap negeri di Malaysia
diisytiharkan oleh kerajaan sebagaikawasan perindustrian iaitu
Petaling Jaya, Bayan Lepas, Air Keroh, Pasir Gudang dan
sebagainya.
4. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Zon Perdagangan
Bebas di beberapa tempat seperti Petaling Jaya, Sungei Way,
Bayan Lepas dan Pasir Gudang.
5. Zon Perdagangan Bebas dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan infrastruktur, taraf perintis dan

pengecualian cukai pendapatan. Kemudahan-kemudahan ini


telah menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
6. Selain itu, pihak kerajaan telah menubuhkan bandar-bandar
baru seperti Shah Alam, Nilai, Senawang dan sebagainya.
7. Tujuan kerajaan menubuhkan bandar baru adalah untuk
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan
penghijrahan penduduk dari luar bandar.

1. Peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan


dan perindustrian telah menggalakkan penumpuan penduduk
dari luar bandar ke kawasan pembandaran.
2. Perkembangan industri kilang dari industri perkhidmatan di
bandar telah memperluaskan peluang pekerjaan.
3. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk
mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam pelbagai
sektor dan mereka menetap di kawasan sekitar bandar dan
lama-kelamaan kawasan mereka juga berkembang menjadi
kawasan bandar seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.
4. Selain itu, program tanah rancangan juga mempengaruh
pembandaran Malaysia iaitu mewujudkan peluang pekerjaan di
luar bandar dan menggalakkan penduduk berhijrah ke kawasan
baru tersebut untuk mengusahakan.
5. Semakin ramai penduduk berhijrah ke kawasan tersebut.
proses pembandaran akan berlaku dan kawasan tersebut akan
menjadi bandar.

1. Pembandaran dan perkembangan bandar dipengaruhi oleh


migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.

2. Faktor-faktor yang menarik penduduk luar bandar berhijrah ke


bandar ialah:
(a) Peluang pekerjaan yang pelbagai dan banyak
(b) Kadar upah lebih lumayan
(c) Kemudahan asas yang lengkap
(d) Kestabilan politik
(e) Peluang melanjutkan pelajaran
3. Faktor-faktor tolakan di luar bandar ialah:
(a) Kekurangan peluang pekerjaan
(b) Kemiskinan di dalam keluarga
(c) Kekurangan kemudahan infrastruktur
(d) Bencana alam

Kesan Pembandaran
1. Proses pembandaran yang berlaku di sesebuah negara telah
menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif di negaranegara seperti Malaysia, Thailand dan Jepun.
2. Bandar-bandar utama di negara-negara ini seperti bandar raya
Kuala Lumpur, Malaysia, metropolis Bangkok di Thailand dan
metropolis Tokyo di Jepun menerima kesan-kesan daripada
proses pembandaran yang berlaku.
Kesan Positif Pembandaran
1. Proses perbandaran telah menyebabkan peningkatan
penduduk bandar di negara Malaysia, Thailand dan Jepun.
Pertambahan ini telah meningkatkan bekalan tenaga kerja untuk
pelbagai sektor seperti perindustrian, perniagaan dan
perkhidmatan.
2. Kepelbagaian ekonomi di bandar telah mewujudkan banyak
peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan seperti di
bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan metropolis
Tokyo.
1. Pertambahan penduduk kesan daripada proses pembandaran
telah menggalakkan kerajaan menambah dan meningkatkan
kemudahan infrastruktur di kawasan bandar seperti kemudahan
pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.
2. Jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan dan
lebuh raya bertingkat turut dibina untuk keselesaan penduduk di
bandar seperti bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis
Bangkok.
3. Selain itu, turut dibina Sistem Pengangkutan Transit Ringan
(LRT), Komuter dan Monorel di bandar raya Kuala Lumpur serta
kereta api peluru (Bullet Train) dan kereta api bawah tanah di
metropolis Tokyo, Jepun untuk kegunaan penduduknya.

4. Kerajaan Thailand menyediakan kemudahan pengangkutan air


seperti yang terdapat di metropolis Bangkok. Sepanjang Sungai
Chao Phraya dibina terusan yang dikenali sebagai Klong
sehinggakan Bangkok digelar Venice Timur. Pasar Terapung
Damnoen Saduak menjadi destinasi perniagaan terapung yang
terkenal di metropolis Bangkok.
5. Kerajaan turut meningkatkan kemudahan sosial di kawasan
bandar seperti pusat-pusat kesihatan, pusat rekreasi dan pusat
perubatan. Kemudahan ini bertujuan membolehkan penduduk
menikmati taraf hidup yang lebih sihat.
6. Misalnya, kerajaan Malaysia menyediakan Taman Tasik
Perdana dan Tasik Titiwangsa di bandar raya Kuala Lumpur
sebagai lokasi riadah kepada penduduknya. Begitu juga
keadaannya dengan metropolis Tokyo yang terdapat kawasan
riadah seperti Ueno, Shiba dan Hibiya.
1. Kepelbagaian kegiatan ekonomi yang terdapat di bandar telah
mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
Kadar upah yang diberi jauh lebih tinggi berbanding luar bandar.
2. Keadaan ini membolehkan penduduk yang bekerja di bandar
meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendapatan yang
diperoleh.
3. Kemudahan pendidikan yang lengkap di bandar membolehkan
penduduknya memperoleh pendidikan yang lebih sempurna dan
tinggi. Universiti dan kolej-kolej swasta didirikan untuk
memenuhi keperluan tersebut.
4. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya terdapat Universiti
Malaya, Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Cosmopoint dan
sebagainya untuk kemudahan pendidikan kepada penduduknya.
Begitu juga dengan Universiti Tokyo di metropolis Tokyo dfan
Universiti Chulalongkorn di metropolis Bangkok.
1. Peningkatan jumlah penduduk di bandar turut meningkatkan
kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik.
2. Kemudahan yang disediakan di hospital membolehkan
penduduk menikmati kesihatan yang lebih baik. Misalnya di
metropolis Bangkok terdapatnya kemudahan hospital seperti
Hospital Besar Bangkok dan Hospital Bumrungrad.

3. Hospital Selayang yang terdapat di bandar Selayang, hospital


Universiti Tokyo, Hospital Komegome dan Pusat Kanser
Kebangsaan di metropolis Tokyo juga merupakan kemudahan
kesihatan yang disediakan kepada penduduknya.
1. Pelancong yang datang ke negara Malaysia, Thailand dan
Jepun turut menjadikan kawasan bandar sebagai destinasi
pelancongan selain daripada pusat peranginan pantai yang
terdapat di negara-negara tersebut.
2. Destinasi pelancongan seperti Taman Tema Air Desa dan
Mines Wonderland di Bandar raya Kuala Lumpur serta Safari
World di metropolis Bangkok dan Disneyland di metropolis
Tokyo menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
3. Destinasi-destinasi pelancongan ini bukan sahaja dinikmati
oleh pelancong malahan kepada mereka yang tinggal di bandar.
1. Kawasan pinggir bandar akan menerima kesan pembangunan
di bandar apabila berlakunya perluasan pusat bandar.
Contohnya, Batu Caves yang terletak di kawasan Kuala Lumpur
utara telah menerima kesan pembangunan yang berlaku di
bandar raya Kuala Lumpur.
2. Proses pembandaran yang berlaku di metropolis Tokyo juga
telah menyebabkan kawasan seperti sempadan Wilayah Chiba di
Timur, Wilayah Saitama di bahagian utara, dan Wilayah
Kanagawa di bahagian selatan menerima kesan pembangunan
yang berlaku.

Kesan Negatif Pembandaran


1. Proses pembandaran yang berlaku telah menyebabkan
kesesakan lalu lintas di badar terutama ketika waktu puncak,
iaitu semasa penduduk pergi dan pulang dari kerja. Keadaan ini
akan diburukkan lagi apabila berlakunya banjir kilat.
2. Jumlah kenderaan yang banyak menuju ke pusat bandar raya
Kuala Lumpur telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sering
berlaku. Begitu juga keadaannya apabila berlakunya banjir kilat
di bandar raya Kuala Lumpur.
3. Selain Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok juga
turut mengalami masalah kesesakan lalu lintas kerana
banyaknya jumlah kenderaan di jalan raya dan ketika berlakunya
banjir kilat.
1. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah telah
menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi berlaku
di Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan
metropolis Tokyo.
2. Gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur
oksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida yang dibebaskan
daripada kenderaan telah menyebabkan berlakunya pencemaran
udara di bandar-bandar tersebut.
3. Gas-gas yang dibebaskan ke udara ini bukan sahaja
mencemarkan udara malahan akan memburukkan lagi fenomena
pulau haba yang berlaku di bandar kesan daripada peningkatan
suhu yang berlaku di udara.
4. Jumlah kenderaan yang terlalu banyak di jalan raya telah
menghasilkan bunyi bising sehingga mengakibatkan
pencemaran bunyi berlaku. Keadaan ini menggangu
ketenteraman penduduk terutama kepada mereka yang tinggal
berhampiran dengan jalan raya atau lebuh raya.
5. Bandar juga turut dicemari dengan pembuangan sampah
sarap secara tidak terurus di kalangan penghuninya. Sungai

Klang di bandar raya Kuala Lumpur dan Sungai Chao Phraya,


Bangkok menjadi tempat pembuangan sampah sarap sehingga
mengakibatkan airnya tercemar.
6. Pencemaran air juga berlaku disebabkan oleh pembuagan
sisa domestik dan pembuagan sisa kilang. Pertambahan jumlah
penduduk dan peningkatan jumlah kilang akan memburukkan
lagi keadaan ini. Contohnya di metropolis Tokyo, sisa-sisa
kilamng di buang ke pantai sehingga menyebabkan hidupan
akuatik di kawasan tersebut tercemar. penduduk disekitar
kawasan Kumamoto misalnya, pernah mendapat penyakit
Minamata kerana memakan ikan yang sudah tercemar.
1. Bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap menajdi punca
utama masalah banjir kilat yang sering berlaku di bandar.
2. Jalan yang berturap akan menyebabkan resapan larian air
permukaan ke dalam bumi terhalang dan sistem saliran yang
sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang meningkat
secara mendadak.
3. Keadaan banjir kilat akan bertambah buruk sekiranya sistem
perparitan yang terdapat di bandar tidak sempurna dan dipenuhi
sampah sarap kerana tiada pengurusan yang cekap.
1. Kawasan setinggan adalah kesan negatif yang paling ketara
akibat proses pembandaran yang berlaku.
2. Masalah petempatan setinggan yang wujud di kawasan
bandar disebabkan oleh:
(a) jumlah rumah yang tidak mencukupi
(b) kadar sewa rumah yang terlalu tinggi
(c) harga tanah yang tinggi
3. Penduduk yang tidak mampu memiliki rumah mengambil jalan
mudah dengan mendirikan petempatan di atas tanah-tanah
kerajaan dan persendirian serta di kawasan tebing sungai dan di
sepanjang landasan kereta api.
4. Petempatan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan
bandar, malah menimbulkan masalah sosial seperti keselamatan
kesihatan, dan ketidakselesaan penduduk sekitarnya.
5. Bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok
merupakan contoh bandar yang mempunyai masalah
petempatan setinggan yang amat ketara.

1. Pendapatan yang lumayan dan taraf hidup yang lebih tinggi


menyebabkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar berlaku.
2. Migrasi penduduk luar bandar ke bandar ini telah
mengurangkan jumlah tenaga kerja di kawasan luar bandar.
3. Keadaan ini mengakibatkan banyaknya kawasan pertanian di
luar bandar yang tidak dimajukan dan terbiar begitu sahaja.

Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran


1. Masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan
melaksanakan beberapa perkara. Antaranya termasuklah
(a) melaksanakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkongsi
kereta (car pool) dan menggunakan kenderaan awam.
(b) kerja-kerja melebarkan jalan raya dan membina lebih banyak
jejantas perlu dilakukan.
(c) meningkatkan pembinaan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT)
dan monorel untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
(d) memperkenalkan sistem pengangkutan lebih bersepadu di
kawasan bandar seperti mengadakan sistem kawalan lalu lintas
berkomputer seperti yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL).
(e) mengadakan zon larangan untuk menghadkan kemasukan
kenderaan tertentu ke bandar tertentu pada waktu tertentu.
1. Masalah pencemaran juga dapat diatasi dengan beberapa
perkara seperti;
(a) menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Alam Sekitar
supaya kilang-kilang memasang penapis dan meninggikan
cerobong asap.
(b) mengenakan denda yang tinggi terhadap kilang-kilang yang
membuang sisa buangan ke udara dan sungai.
(c) memperkenalkan konsep penghijauan bandar dengan
menanam pelbagai jenis pokok di bandar. Contohnya Bandar
raya Kuching dan badar raya Kuala Lumpur ditanam dengan
pelbagai tumbuhan bagi mewujudkan bandar dalam taman.
(d) membina loji kumbahan untuk merawat air kumbahan.
(e) memasang perangkap sampah sarap di sungai untuk
memerangkap sampah yang dibuang ke sungai.
(f ) memperkenalkan Green Belt di dalam kawasan bandar.
1. Masalah kekurangan tempat tinggal dapat diatasi dengan:
(a) memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan

pangsapuri. contohnya, Bandar raya Kuala Lumpur dan Bandar


raya Kuching dan Pulau Pinang dibina rumah-rumah kos rendah
dan pangsapuri untuk penduduk berpendapatan sederhana.
(b) menempatkan semula penduduk di petempatan setinggan ke
petempatan yang lebih terancang.
(c) mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke
bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar.
(d) melaksanakan konsep memperbandarkan kampung untuk
mengurangkan tumpuan penduduk ke bandar.
1. Masalah pembuangan sisa pepejal dan banjir kilat mungkin
dapat diatasi dengan:
(a) mewujudkan tapak pelupusan sampah sarap dan sisa-sisa
buangan kilang yang lebih terurus.
(b) menggunakan sistem insinerator untuk menggantikan sistem
pembuangan sampah secara terbuka.
(c) menaiktarafkan sistem perparitan dan saliran yang terdapat
di bandar.
(d) membina sistem saliran dan perparitan yang lebih sistematik.
(e) memperluas dan mendalamkan dasar sungai untuk
menampung jumlah air yang lebih banyak. Contohnya, di bandar
raya Kuala Lumpur, Sungai Gombak dan Sungai Klang telah
dilebar dan didalamkan agar mampu menampung jumlah air
yang banyak. Sungai Segget di bandar raya Johor Bahru juga
turut dinaiktarafkan untuk tujuan

You might also like