You are on page 1of 28

Bank Konvensional

MUQADDIMAH
Para Ulama' dan Fuqaha' terdahulu telah membuat perbahasan mengenai
mu'amalat-mu'amalat manusia yang berlaku pada zaman mereka, beristinbat serta
berijtihad menentukan hukum-hakam syarak baginya sehingga tidak wujud sebarang
bentuk aktiviti atau mu'amalat melainkan sudah ditentukan hukum-hakam syarak dan
pendirian ulama' tentangnya. Mereka telah membuat perbahasan mengenai jual-beli,
syarikah, mudharabah/qiradh, salam, rahn, hiwalah, wakalah dan mu'amalat-mu'amalat
yang lainnya yang muncul pada zaman mereka.
Gerak kerja dan mu'amalat manusia tidak pernah terhenti pada satu tahap. Pada
setiap zaman akan muncul pelbagai gerak kerja atau mu'amalat baru yang tidak pernah
wujud pada masa sebelumnya. Maka dengan sebab itulah kita mendapati pada zaman
moden ini terdapat pelbagai bentuk dan jenis mu'amalat dan gerak kerja manusia yang
tidak pernah dikenali oleh para ulama' dan fuqaha' terdahulu dan belum muncul pada
zaman mereka seperti mu'amalat dan gerak kerja bank, insuran, bursa-bursa saham,
pertukaran mata wang, perniagaan sekuriti dan sebagainya.
Kalaulah ulama' dan fuqaha' generasi terdahulu telah melaksanakan
tanggungjawab mereka terhadap agama dan umat Islam dengan membuat perbahasan
dan menentukan mauqif syara' terhadap semua mu'amalat yang berlaku pada zaman
mereka, maka menjadi tanggungjawab para ulama' generasi baru pada hari ini untuk
membuat perbahasan dan menentukan mauqif syara' bagi mu'amalat-mu'amalat baru
yang muncul pada hari ini.
Kertas kerja yang sederhana ini cuba meneroka salah satu mu'amalat baru yang
muncul pada zaman ini iaitu mu'amalat bank. Penumpuan yang diberikan di dalam kertas
kerja ini ialah kepada bank konvensional yang merupakan bank yang awal wujud dan
berleluasa di tengah masyarakat pada hari ini.

Kertas kerja ini mengandungi tiga bahagian:

a)

Bahagian pertama menyentuh secara umum tentang bank konvensional meliputi

takrifnya, jenis-jenisnya dan sejarah kewujudannya.


b)

Bahagian kedua menyentuh tentang bank perdagangan iaitu sejenis bank

konvensional yang paling penting dalam ekonomi hari ini. Penumpuan yang diberikan
ialah kepada aktiviti bank tersebut.
c)

Oleh kerana matlamat sebenar kita bukan sekadar mengetahui selok-belok tentang

bank konvensional tetapi yang lebih penting daripada itu ialah mengetahui pendirian
syariah tentang aktiviti-aktivitinya, maka bahagian ketiga dalam kertas ini membicarakan
beberapa mauqif syariah dan fiqh Islami terhadap aktiviti-aktiviti bank hasil daripada
pengkajian yang telah dibuat oleh para ulama' semasa.

BAHAGIAN PERTAMA

BANK KONVENSIONAL
(Satu Pengenalan)

1.Takrif Bank
Iaitu satu institusi kewangan yang menjalankan aktiviti memberi dan menerima
pinjaman, mengeluarkan draf-draf 1 atau bil-bil perintah bayar, menjadi pemegang
amanah ke atas harta, simpanan dan barang-barang bernilai, membiayai/memodali
perusahaan-perusahaan dan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya.
Di dalam Kamus Dewan terbitan DBP, Bank ditakrifkan sebagai :"Institusi yang
menerima dan menyimpan wang pelanggannya serta memberi pinjaman kepada orang
ramai dan menguruskan hal-hal kewangan yang lain."

2. Jenis-jenis bank konvensional


1. Bank Pusat (Central Bank)
Bank Pusat merupakan sebuah badan kewangan yang bertanggungjawab menjaga
kestabilan kewangan sesebuah negara dan menurut dasar kerajaan. Biasanya ia dipunyai
dan ditadbir oleh kerajaan.
Bagi setiap negara terdapat bank pusatnya tersendiri. Bank pusat di Malaysia ialah
Bank Negara Malaysia. Di antara tujuan-tujuan asasnya ialah:
a)

Mengeluarkan matawang dan menyimpan cadangan.

b)

Bertugas sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.

c)

Mewujudkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang baik.

d)

Mempengaruhi keadaan kredit demi kepentingan negara.

e)

Sebagai sumber pinjaman terakhir dan jurubank kepada bank-bank perdagangan.

2. Bank Perdagangan (Commercial Bank)


Bank Perdagangan merupakan institusi yang dimiliki oleh pihak-pihak persendirian
yang bertujuan untuk mencari keuntungan. Bank-bank jenis ini memainkan peranan
terpenting dalam ekonomi moden, mempunyai paling banyak bilangan, dan melakukan
pelbagai tugas penting dalam ekonomi.
1 Draf : Pemberian kuasa secara bertulis untuk membayar sejumlah wang kepada orang
tertentu atau satu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh seorang individu (Drawer/

) kepada seorang individu yang lain (the drawe / ), supaya


membayar sejumlah wang yang tertentu kepada pihak yang ketiga (the payee/

) . Draf dan begitu juga cek tergolong di dalam Halawah.


Aktiviti-aktiviti utama bank perdagangan ialah menerima deposit/simpanan,
memberi pinjaman dan membuat pelaburan. Namun demikian, aktiviti terutama bank
perdagangan ialah mencipta deposit/simpanan5 semasa melalui kegiatan pemberian
pinjaman.6
Ia adalah sebuah institusi kewangan yang tidak dikhususkan yang berinteraksi
dengan pinjaman jangka pendek.7
Maksud Bank Perdagangan sebagai institusi yang tidak dikhususkan ialah ia
membuka mu'amalahnya kepada semua jenis pelanggan. Penamaan bank ini sebagai
Bank Perdagangan atau Perniagaan tidak bermaksud bahawa ia hanya berinteraksi
dengan peniaga atau pedagang sahaja. Istilah perdagangan atau perniagaan digunakan
kepada bank-bank jenis ini kerana ia banyak berinteraksi dengan kertas-kertas
perdagangan/perniagaan (Commercial Paper) seperti draf, cek dan sebagainya. 8

3. Bank Bank Khusus


Iaitu bank-bank mengeluarkan pinjaman kepada golongan atau sektor-sektor
tertentu sahaja seperti Bank Perusahaan/Perindustrian, Bank Pertanian dan Bank

Hartanah. Bank-bank Khusus ini kebiasaannya mengeluarkan pinjaman-pinjaman jangka


sederhana dan panjang.9
a)Bank Perindustrian
Perindustrian-perindustrian memerlukan modal jangka panjang untuk membeli alatalat baru dan meluaskan bidang pergerakan. Fungsi Bank-Bank Perindustrian ialah
membekalkan pinjaman modal yang diperlukan oleh para pemilik kilang industri atau
orang-orang yang ingin membina kilang industri, dengan mengenakan faedah/bunga
dengan kadar yang tertentu.
Bank jenis ini banyak terdapat di Jepun dan Jerman.
b)Bank Pertanian atau Kerjasama
Bank ini adalah khusus untuk memberikan pinjaman wang kepada para petani
dengan mengenakan faedah dengan kadar yang tertentu.
Petani-petani seperti juga ahli-ahli perusahaan, memerlukan pinjaman jangka
pendek dan jangka panjang. Pinjaman jangka panjang diperlukan untuk memperelokkan
ladang, dan pinjaman jangka pendek untuk menolong mereka menbeli benih, baja dan
alat-alat jentera. Di Malaysia terdapat Bank Pertanian dan Syarikat-syarikat Kerjasama
untuk memenuhi keperluan para petani.
c)Bank Hartanah ( )
Bank ini adalah khusus untuk mengeluarkan pinjaman kepada pemilik-pemilik
tanah yang ingin mendirikan bangunan di atas tanah mereka atau ingin menyempurnakan
binaan di atas tanah mereka.
Bank-bank Hartanah 10 memberikan jangka masa panjang kepada mereka dengan
mengenakan faedah-faedah yang tertentu yang mesti dibayar bersama pinjaman asal. 11
4.Bank-Bank Simpanan atau Tabungan (Savings Bank)
Bankbank ini berfungsi mengumpul tabungan-tabungan kecil dan
menyalurkannya kepada kegunaan yang lebih berfaedah. Tujuannya ialah untuk
menggalakkan jimat cermat dan membasmi simpanan beku.

Bank-bank membayar faedah-faedah kepada para penyimpan bagi simpanansimpanan mereka dengan nisbah yang bergantung kepada kadar keuntungan yang
diperolehi daripada pelaburannya. 12
Contoh Bank Simpanan atau Tabungan ini ialah Bank Simpanan Nasional.
3)Sejarah Bank Konvensional
Pada tahun 1157, Bank Venice di Itali telah ditubuhkan dan tugas besarnya ialah
menguruskan pinjaman-pinjaman kerajaan. Bank Barcelona ditubuhkan dalam tahun
1401 di Perancis dan Bank Amsterdam ditubuhkan di Netherlands dengan fungsi yang
sama. Selain daripada bank-bank kerajaan ini, bank-bank persendirian juga ditubuhkan
untuk menguruskan wang asing dan pelbagai bentuk pendahuluan. Di England, bank
mula berkembang pada kurun ke 16 dan 17 melalui tukang-tukang emas. 13
Menurut Dr.Abu Bakar Umar Mutawalli dan Dr. Shauqi Ismail Syahatah : "Bankbank Perdagangan moden pada hari ini tumbuh dan mencapai peningkatan bermula pada
asalnya daripada sistem pertukaran/pengurupan ( ) pada kurun/zaman
pertengahan.14 Pada ketika itu, para penukar memainkan peranan menyimpan hartaharta pelanggannya (untuk mengelakkan daripada kesusutan berat duit (abrasion 15/

) di mana duit /wang pertukaran pada ketika itu adalah logam emas
atau perak dan untuk mengelakkan masalah kecurian) di tempat simpanan yang selamat
dengan memperolehi komisen. Apabila sistem Ini telah mencapai kestabilan dan
kepercayaan pelanggan kepadanya bertambah, maka para pelanggan terus membiarkan
duit/harta mereka tersimpan dan tidak mengambilnya melainkan ketika memerlukan
sahaja. Para penukar (yang bertindak sebagai penyimpan tadi), apabila mereka
mendapati bahawa harta-harta tadi berkekalan di dalam simpanan simpanan mereka
tanpa diambil oleh penyimpan dalam jangka masa yang lama, iaitu jangka masa yang
memberi peluang kepada mereka untuk mengeksplotasi harta-harta tersebut tanpa
mendatangkan risiko, maka mereka telah menjadikannya sebagai pinjaman/hutang yang
diberikan kepada orang lain dengan mengenakan bayaran faedah/bunga. Idea atau fikrah
inilah yang telah menjadi sandaran kepada Bank-Bank Perdagangan moden pada hari ini
dalam memberi pinjaman kepada orang lain. 16
5. Kemasukan Bank-Bank Konvensional ke dalam negara-negara umat Islam

Dr. Ahmad Najjar menyatakan di dalam kitabnya :Umur sebenar


kemasukan bank-bank riba ke dalam negara-negara umat Islam tidak lebih daripada
seratus tahun.Umur ini bersamaan dengan umur permulaan masuknya penjajahan asing
ke dalam negara-negara umat Islam dan penguasaan mereka secara bersenjata ke
atasnya.
Masyarakat umat Islam telah berlalu selama 13 kurun. Dalam masa ini, mereka
tidak mengenali apa itu faedah/bunga dalam mu'amalat mereka dan tidak bermu'amalah
dengannya bahkan mereka menjauhi serta mengharamkannya.
Persamaan masa di antara kemasukan penjajahan ke dalam negara-negara umat
Islam dan kewujudan bank-bank riba di tengah-tengah masyarakat umat Islam,
menguatkan pendapat yang menyatakan bahawa bank-bank riba ini didirikan dengan
sengaja dan dengan bermaksud tertentu oleh penjajah iaitu untuk membantu mereka
meneruskan penguasaan ke atas negara-negara umat Islam yang dijajah, menimbulkan
pertentangan dalam masyarakat di antara apa yang diiktiqadkan17 dengan apa yang
dihadapi dalam kehidupan seharian dan begitu juga untuk melontarkan benih-benih
keraguan di dalam jiwa umat Islam terhadap perkara-perkara yang diterima (oleh
mereka) daripada syariat.18
6.Kemasukan Bank-bank Konvensional ke Malaysia sebelum merdeka.
Di Malaysia, saudagar-saudagar memulakan urusan bank apabila mereka mewakili
bank-bank Barat, khasnya bila bank-bank Inggeris mula bergerak di negara ini.
Dalam 1830, Guthries telah menjadi wakil Bank Coutts and Company yang
berpusat di London. Dalam tahun 1850, Bousteds menjadi wakil Hong Kong and
Shanghai Banking Corporation.Pada waktu itu perusahaan perdagangan Inggeris di
wilayah jajahannya sedang berkembang dan ini mencetuskan penubuhan beberapa bank
Inggeris di antaranya ialah Oriental Banking Corperation.
Pada Tahun 1859 Mercantile Bank India telah menubuhkan satu pejabatnya di
Pulau Pinang, diikuti oleh Charted Bank India dalam tahun 1875 dan Hong Kong and
Shanghai Banking Corperation pada tahun 1884. Kemudian daripada itu, ditubuhkan
Bank Rotterdam dan Banque de Indochine.

Pada peringkat awal, bank-bank menumpukan operasi mereka di Pulau Pinang


dan Singapura sahaja. Kemudiannya, bank-bank telah meluaskan perniagaan mereka ke
kawasan-kawasan pendalaman. Dalam tahun1888, Charted Bank mula beroperasi di
Kuala Lumpur dan Taiping dan dalam tahun 1911, Bank Mercantile membuka satu pejabat
di Kota Bharu dan kemudiannya ia menubuhkan pejabat-pejabat di Pahang dan
Terengganu.
Bank-bank Cina mula ditubuhkan di awal kurun ke 20. Sebelum itu telah wujud
firma-firma kewangan Cina yang beroperasi sebagai kedai mengutip bayaran. Kegiatankegiatan mereka dalam perkembangan ekonomi negara ini dapat diperhatikan bila Bank
Kwong Yikditubuhkan di Singapura dalam tahun 1906 dan Bank of Communications
dalam tahun 1901. Bank Cina yang lain yang ditubuhkan ialah Chinese Commercial Bank
dalam tahun 1912, Hong Kong Bank dalam tahun 1917 dan Chinese Overseas Banking
Corperation dalam tahun 1932.
Bank-bank cepat bertambah selepas tahun 1920.Sebelum tahun 1920,hanya
terdapat 13 buah bank menjalankan operasi di 30 buah cawangan. Ketika itu, belum
wujud bank di Malaysia Timur dan Brunei. Pada tahun 1940, terdapat sebanyak 20 buah
bank dan mempunyai 58 cawangan di Malaysia Barat dan Singapura dan 8 cawangan di
negeri-negeri Berneo. Pada tahun 1959, terdapat sebanyak 26 buah bank yang
beroperasi di dalam 111 buah cawangan. 19

BAHAGIAN KEDUA

BANK PERDAGANGAN
(Aktiviti-aktiviti bank)
Telah disebutkan tadi bahawa bank Perdagangan adalah bank yang paling
penting dan mempunyai bilangan yang paling banyak dalam ekonomi moden.Oleh itu,
ada baiknya kita mengetahui serba sedikit aktiviti-aktiviti bank Perdagangan.
1)Matlamat, Peranan dan Konsep Utama Bank Perdagangan.
Matlamat asasi bank Perdagangan ialah mencari keuntungan.
Peranan sebenar bank Perdagangan ialah sebagai sebuah institusi yang menjadi
orang tengah dalam urusan kewangan (Financial Intermediaries/(

yang menjalankan aktivitinya berdasarkan kepada konsep "Memperniagakan Wang"


untuk memperolehi keuntungan.
Maksud bank sebagai orang tengah bagi urusan kewangan (Financial
Intermediaries/ ) ialah ia menjadi perantara di antara golongan yang
mempunyai lebihan wang/harta dan golongan yang memerlukan wang/harta iaitu di
antara pemberi hutang/pinjam dan golongan yang meminjam. Ia menerima hutang-hutang
(di atas nama simpanan) daripada individu-individu yang mempunyai lebihan wang dan
kemudian mengeluarkannya semula sebagai hutang-hutang yang diberikan oleh bank
kepada individu atau syarikat yang memerlukannya. 20
Ia adalah ibarat sebuah terusan yang terkumpul di dalamnya harta-harta simpanan
untuk membolehkannya memberi pinjaman/hutang kepada sesiapa yang berhajat kepada
harta untuk memodali perniagaannya, perindustrian, pertanian atau sebagainya. 21
Bagaimanakah bank Perdagangan memperolehi keuntungan daripada polisi yang
dijalankan ini? Iaitu dengan memberi dan mengenakan faedah. Ia memberikan faedah
kepada simpanan-simpanan untuk menggalakkan orang ramai supaya menyimpan wang
di dalam bank dan mengenakan faedah keatas pinjaman/hutang yang dikeluarkan untuk
memperolehi imbalan daripadanya. Nilai faedah yang dikenakan ke atas pinjaman adalah
lebih tinggi daripada nilai faedah yang diberikan kepada simpanan. Ini adalah untuk
memperolehi nilai perbezaan di antara dua faedah yang ditetapkan ini yang merupakan
keuntungan bank.
Perkara ini kalau dilihat dari segi teknikalnya ialah 22 "Bank menerima hutanghutang (di atas nama simpanan) daripada individu-individu dengan memberikan
faedah/bunga yang rendah dan kemudiannya mengeluarkannya semula sebagai hutanghutang yang diberikan oleh bank kepada individu atau syarikat dengan mengenakan
bunga yang tinggi dan jumlah perbezaan di antara bunga yang di bayar untuk hutanghutang daripada pelanggan dan bunga yang diterima dari hutang-hutang yang
dikeluarkan merupakan keuntungan bagi bank.
Memandang kepada hakikat di atas, maka Dr.Yusof al-Qardhawi menyatakan:
"Kalau kita melihat kepada kunci kira-kira bank Perdagangan yang disiarkan (oleh akhbar
umpamanya), maka kita akan mendapati bahawa melaburkan harta ke dalam perniagaan,

perindustrian dan projek-projek pelaburan, bukanlah menjadi aktiviti asal bank


Perdagangan.
Aktiviti asal bank Perdagangan ialah menerima dan memberi pinjaman/hutang. Ia
mengambil hutang daripada individu-individu dengan memberikan faedah/bunga kepada
mereka (umpamanya 12%) dan kemudiannya memberikannya kepada orang lain (sebagai
hutang pula) dengan mengenakan faedah yang lebih tinggi (umpamanya15%).Jumlah
perbezaan di antara dua faedah tadi (iaitu sebanyak 3%) akan menjadi keuntungan bagi
bank.23

2) Sumber-sumber Modal Bank Perdagangan dan Penggunaannya 24


Bank Perdagangan sepertimana institusi-institusi yang lain bermatlamatkan
keuntunggan, mempunyai sumber-sumber modal ( /Sources of Funds)
tersendiri dan cara-cara ia mempergunakan modal-modal ini untuk memperolehi
keuntungan.
Sumber-sumber modal bank Perdagangan ialah:
a)Modal awal yang disumbangkan oleh pemegang saham untuk menubuhkan bank ini.
b)Pinjaman daripada bank-bank lain sama ada bank dalam negeri (khususnya Bank
Negara) atau bank luar negeri.
c)Simpanan-simpanan (deposit) meliputi simpanan sebenar dan simpanan kredit.
Simpanan sebenar ialah simpanan yang diperolehi daripada pelanggan dan simpanan
kredit ialah simpanan yang dicipta oleh bank hasil daripada ia menjalankan aktiviti
pemberian pinjaman.
Sumber (a) dan (b) adalah sumber yang kurang penting dan sedikit jika
dibandingkan dengan sumber (c).Oleh itu, sumber yang utama bagi bank Perdagangan
ialah melalui simpanan-simpanan (depositi) pelanggan.
Oleh kerana matlamat utama bank Perdagangan ialah mencari keuntungan, maka
ia tidak mengumpul harta daripada pelbagai sumber (seperti yang di sebut tadi)sematamata dengan maksud simpanan tetapi untuk mempergunakan harta tersebut dalam
pelbagai bidang bagi mencapai matlamat asasinya iaitu memperolehi keuntungan. Secara
umumnya, bidang-bidang yang diceburi oleh bank untuk memperolehi keuntungan dapat
diletakkan dalam dua kategori :

a) Membeli sekuriti-sekuriti yang meliputi saham dan bon samada milik kerajaan atau
persendirian.begitu juga mendiskaunkan 25 kertas-kertas perniagaan (seperti cek, draf
dan sebagainya)
b)

Mengeluarkan pinjaman dan pendahuluan 26 (advance/ ) untuk pelanggan

samada dengan jaminan atau tanpa jaminan.


Oleh kerana bank hanya bertindak sebagai orang tengah seperti yang telah
disebutkan tadi, maka harta-harta/modal yang diperolehi daripada sumber-sumber tadi
dikira sebagai tangunggan-tangunggan bank (liabiliti/ )bagi pihak orang lain
(iaitu pemilik-pemilik modal). Sementara harta-harta /modal yang telah digunakan dalam
bidang-bidang yang diceburi tadi dikira sebagai hak-hak atau harta bank (aset/)
yang berada di tangan orang lain.
(*Untuk membezakan di antara liabiliti (tangunggan) bank dan aset (harta) bank, lihat
contoh kunci kira-kira bank dalam lampiran 1) 27
3) Aktiviti-aktiviti Bank Perdagangan 28
Di bawah ini dikemukakan beberapa aktiviti bank Perdagangan yang dijalankan
bertepatan dengan konsep dan polisi yang disebutkan tadi :
1) Menerima Simpanan (Account)
Sejumlah besar daripada tanggungan bank terdiri daripada simpanan yang
diterima daripada orang ramai. Simpanan yang diterima oleh bank Perdagangan ada
dalam beberapa bentuk :
a)Simpanan Semasa (Checking Account)
Iaitu simpanan (akaun) bank yang membolehkan penyimpan mengeluarkan wang
simpanannya pada bila-bila masa dengan menggunakan cek.Kebiasaannya, bank tidak
membayar bunga bagi simpanan jenis ini sebaliknya penyimpan harus membayar kepada
bank wang perkhidmatan.Walau bagaimanapun, ada dalam beberapa keadaan, bank
membayar faedah yang kecil ke atas simpanan semasa ini sekiranya simpanan tersebut
mencapai jumlah yang besar dan berdasarkan perjanjian di antara bank dan penyimpan.
b)Simpanan Tetap(Time Account)

Simpanan tetap merupakan jenis simpanan yang paling penting bagi bank. Ia boleh
disimpan mengikut jangka masa tertentu seperti tiga bulan, enam bulan dan sebagainya.
Bank memberi kadar bunga yang tinggi kepada simpanan yang tetap ini dan kadarnya
bergantung kepada tempoh simpanan.
Sebelum simpanan tetap ini matang, penyimpan tidak boleh mengeluarkan
simpanannya kecuali kalau notis diberikan terlebih dahulu.
c)Simpanan Tabungan (Savings Account)
Iaitu simpanan yang mendapat faedah daripada bank dan disukai oleh penabungpenabung kecil. Tujuan utama diwujudkan simpanan ini ialah untuk menggalakkan orang
ramai supaya menyimpan wang. Wang simpanan tabungan ini boleh dikeluarkan pada
bila-bila masa.
2) Memberi Pinjaman kepada para pelangan.
Pemberian pinjaman kepada pelanggan adalah fungsi terpenting dalam bank
Perdagangan. Menjadi tabiat bank, meminjam daripada pelanggan dengan bunga yang
murah dan memberi pinjaman dengan bunga yang mahal. Perbezaan di antara bunga
yang dibayar untuk simpanan-simpanan pelanggan dan bunga yang diterima dari
pinjaman-pinjaman mendatangkan keuntungan kepada bank. Kadar bunga yang
dikenakan kepada peminjam tertakluk kepada jangka masa dan risiko. Lebih lama jangka
masa dan lebih banyak risiko maka lebih mahal pula bunga yang dikenakan.
Bank Perdagangan boleh memberi pinjaman kepada pelanggan melalui beberapa
cara :
a) Melalui AkaunPinjaman
Melalui cara ini bank akan mengkreditkan jumlah pinjaman yang telah dipohon dan
diluluskan ke dalam akaun semasa peminjam dan peminjam diwajibkan untuk membayar
bunga ke atas jumlah pinjamannya.
b) Pembukaan Kredit29
Iaitu pelanggan membuat perjanjian dengan bank supaya bank membuka baginya
satu kredit dengan jumlah wang yang tertentu di mana ia (pelanggan)boleh mengambil
wang daripada jumlah kredit ini pada bila-bila masa yang ia perlukan dan ia tidak
menanggung faedah/bunga melainkan keatas wang yang telah ia keluarkan daripada

jumlah kredit tersebut. Kemudahan kredit ini dibuka oleh bank sama ada dengan jaminan
(seperti sekuriti 30 ( ) atau barang-barang tertentu) tanpa pinjaman.
c) Melalui Kemudahan Overdraf
Overdraf ialah pengambilan daripada bank yang melebihi simpanan atau jumlah
wang yang dikeluarkan daripada bank yang melebihi simpanan.
Melalui kemudahan overdraf ini, bank membenarkan pelanggan mengeluarkan
wang yang melebihi jumlah simpanannya dalam bank dan jumlah maksimun wang yang
boleh dikeluarkan oleh pelanggan ditetapkan oleh pihak bank. Pelanggan hanya perlu
membayar bunga ke atas jumlah kemudahan overdraf yang digunakan saahaja dan bukan
ke atas jumlah maksimum wang yang dibenarkan.
d) Mendiskaun 31Bil Perintah Bayar (Draf)/Bil-Bil Pertukaran ( )
Seorang peniaga yang ingin memberi kemudahan kredit kepada pelanggannya,
maka ia boleh meminta bank perdagangan mendiskaunkan bil pertukaran yang
dimilikinya. Bank akan mengenakan bayaran komisen dan bunga untuk perkhidmatan
mendiskaunkan bil-bil tersebut. Apabila bil pertukaran sampai tempoh matangnya, bank
perdagangan akan menuntut bayaran daripada peniaga tersebut.
Pada hakikatnya, pendiskaunan bil-bil pertukaran adalah pemberian pinjaman
jangka pendek.
3) Melabur sebahagian daripada sumber kewangannya.
Bank Perdagangan akan melabur dengan membeli aset yang menghasilkan
bayaran bunga di pasaran terbuka. Selain itu, pelaburan juga dibuat ke atas bil
perbendaharaan32 dan sekuriti kerajaan Malaysia.
4)Merundingkan draf, bank,cek pengembara dan sebagainya.
Cek biasa diterima di tempat di mana pelanggan dikenali. Cek boleh ditolak di
tempat di mana pelanggan tidak dikenali. Bagaimanapun, ia boleh mendapatkan draf
bank itu akan diterima oleh sesiapa pun untuk menjejaskan pembayaran kerana ia adalah
cek bank dan dengan itu ia tidak mempunyai risiko.

Adalah sukar dan berisiko bagi pelancong untuk membawa bersama-samanya


wang tunai yang banyak.Sebagai langkah yang mudah dan selamat, ia boleh menukar
wang tunai itu dengan cek pengembara dari banknya. Bank mengeluarkan cek
pengembara tersebut dan ia boleh ditukar dengan wang tunai di mana-mana cawangan
bank atau wakilnya di dalam dan luar negeri di tempat-tempat yang disebut di cek itu.
4)Merundingkan pelaburan untuk pelanggan
Bank Perdagangan boleh memberi nasihat kepada pelanggan-pelanggannya yang
ingin menjalankan projek pelaburan. Begitu juga ia boleh bertindak sebagai agen kepada
pelanggan yang ingin membeli saham atau surat jaminan kerajaan.
5) Menyimpan barang-barang bernilai pelanggan dan bertindak sebagai pemegang
amanah.
6)Menguruskan perdagangan luar negeri seperti membeli dan menjual wang asing untuk
pelanggan, menerima bil perintah bayar yang dikeluarkan di luar negeri dan kadangkadang membelinya berdiskaun.

BAHAGIAN KETIGA
PENDIRIAN-PENDIRIAN SYARAK TERHADAP BEBERAPA AKTIVITI-AKTIVITI
BANK KONVENSIONAL
A) Prinsip-perinsip dan taujihat Islam di dalam mu'amalat yang berkaitan dengan
harta.33
1. Pengharaman semua jenis riba.
Menurut Ibnu Rusd, usul riba ada lima iaitu :

) ( 4) ( 3) ( 2) ( 1)
( 5
2. Pengharaman gharar ( )dan perjudian ( )
Abu Hurairah r.a berkata di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ;


Fiirman Allah taala :



3. Kewajipan memenuhi semua tuntutan.
Secara umumnya Islam mewajibkan manusia supaya memenuhi segala jenis
tuntutan seperti mana yang difirmankan oleh Allah taala :


Walau bagaimanapun, apa yang kita maksudkan dalam perbicaraan kita ialah
kewajipan memenuhi segala jenis tuntutan yang berkaitan dengan harta, iaitu Islam
memerintahkan supaya manusia mengambil berat terhadap tuntutan membayar hutang
pada waktu yang dijanjikan. Sabda Nabi s.a.w . :

4. Berlaku adil dan ber tasamuh/bertolak-ansur di dalam mu'amalat.


Firman Allah :


Sabda Nabi (s.a.w.):


B) Pendirian Syariat dan Feqah Islam terhadap beberapa mu'amalat bank.
1. Qarar daripada " , "
Dalam qarar/keputusan yang telah dikeluarkan oleh,
pada tahun 1965 mengenai mu'amalat-mu'amalat bank disebutkan bahawa :
1)

Faedah / bunga yang dikenakan ke atas segala jenis pinjaman/hutang,semuanya

adalah tergolong di dalam riba yang diharamkan, tidak kira samada pinjaman tersebut
adalah pinjaman untuk perbelanjaan hangus ( ) atau pinjaman
untuk aktiviti pengeluaran () . Ini kerana keseluruhan nas-nas Al
Quran dan As Sunnah secara qat'ienya mengharamkan dua jenis riba ini.
2.

Riba samada banyak atau sedikit ,adalah haram sepertimana yang ditunjukkan

oleh pemahaman yang betul/tepat terhadap firman Allah :


3.

Memberi pinjaman dengan mensyaratkan riba adalah sesuatu yang diharamkan

dan pengharaman ini tidak terangkat dengan sebab hajat atau darurat.Meminjam dengan
diisyaratkan riba juga adalah sesuatu yang diharamkan dan tidak terangkat dosanya
melainkan kerana darurat/atau terpaksa.
4)

Aktiviti-aktiviti bank yang terdiri daripada simpanan-simpanan semasa,

pengeluaran cek-cek, surat-surat jaminan dan draf-draf dalaman yang berfungsi di antara
para peniaga dan bank-bank dalam negeri, semuanya adalah mu'amalat-mu'amalat bank
yang diharuskan oleh syarak. Komisen atau bayaran yang dikenakan oleh bank bagi
perkhidmatan-perkhidmatan ini tidak tergolong di dalam riba.
5)

Simpanan-simpanan yang mempunyai jangka masa tertentu (iaitu simpanan tetap),

membuka kredit dengan mengenakan faedah dan segala jenis pemberian pinjaman
dengan bunga/faedah, semuanya terdiri daripada muamalat-mu'malat riba yang
diharamkan.
6)

Adapun mu'amalat-mu'amalat bank yang berkaitan dengan draf-draf luaran, maka

ditangguhkan pandangan terhadapnya sehinggalah sempurna perbahasan


mengenainya.
2. Kedudukan bunga/faedah bagi pinjaman /hutang.
Berkata Ibnu Qudamah di dalam kitabnya : 34


Berkata Ibnu Munzir :


,
Daripada ungkapan Ibnu Munzir dan Ibnu Qudamah ini, jelas kepada kita bahawa
para ulama' sepakat menyatakan bahawa sebarang penambahan yang disyaratkan oleh
orang yang memberi pinjaman kepada orang yang meminjam ke atas pinjaman /hutang
yang diberikan, adalah riba yang diharamkan oleh syarak tanpa melihat kepada nama
yang diletakkan kepada penambahan tersebut seperti bunga/faedah, hadiah, saguhati

dan sebagainya kerana kaedah yang dipakai oleh ulama' di dalam menentukan hukum
terhadap sesuatu perkara ialah:


Di dalam syariat Islam, 'aqad hutang tergolong dalam 'aqad sukarela ( )
kerana bukan tergolong dalam 'aqad pertukaran ( )kerana matlamat
asasi daripada pemberian hutang ialah untuk membantu peminjam (

). Oleh kerana 'aqad hutang ini adalah aqad tabarru' maka tidak seharusnya
pemberian hutang dibuat untuk memperolehi keuntungan atau habuan kerana ia
berlawanan dengan ruh tabarru' itu sendiri. 35
3. Mauqif Syariah terhadap denda berbentuk wang yang dikenakan kepada
peminjam kerana melewatkan membayar pinjaman.

36

Menurut bekas Mufti Mesir, Dr. Syed Thantawi: "Hukuman atau denda yang
berbentuk wang yang diputuskan oleh Institusi Kehakiman ke atas peminjam yang
melewat-lewatkan membayar hutang bukanlah bermatlamatkan riba tetapi ia adalah
untuk memelihara /menjaga harta manusia supaya tidak dinikmati dengan cara batil atau
salah oleh orang-orang tamak dan melewat-lewatkan membayar hutang."
Walau bagaimanapun pendapat ini telah dijawab oleh Dr.Ramadhan Hafiz as
Suyuti, Pensyarah Fiqh Muqaran di Universiti Al Azhar, dengan katanya : "Pendapat ini
adalah batil kerana seseorang hakim apabila memutuskan hukuman supaya peminjam
yang lewat membayar hutangnya daripada bank supaya menyempurnakan pembayaran
dan kemudiannya memutuskan pula supaya peminjam tadi membayar satu jumlah
tambahan ke atas hutang asal sebagai denda, maka tidak syak lagi bahawa penambahan
yang berlaku ke atas hutang asal ini adalah riba yang diperolehi oleh orang yang
memberi pinjam daripada si peminjam. Keadaannya, adalah serupa dengan amalan biasa
bank yang bertindak sebagai pemberi pinjaman kepada seseorang dan kemudiannya
mengambil hutang asal beserta faedah daripadanya sebagai pembayaran balik. Keduadua bentuk ini tidak ada perbezaannya. Maka, bagaimana kita boleh menyatakan bahawa
salah satu daripadanya bukan riba?".
Ini tidak bermakna bahawa Islam tidak memelihara harta yang menjadi milik
pemberi hutang. Islam mempunyai caranya tersendiri yang lebil adil iaitu dengan memberi

hak kepada hakim untuk mengenakan tindakan al-Hajr (penahan daripada


membelanjakan harta) ke atas si peminjam (yang enggan membayar hutangnya) dan
kemudian menjual harta miliknya untuk membayar hutang yang tertanggung di atas
bahunya. Dirawayatkan daripada Ka'ab bin Malik :
( )
4. Pendirian Ulama' terhadap simpanan-simpanan bank dan faedah-faedah bagi
simpanan bank.
Walaupun ahli-ahli bank mengislahkan wang yang diberikan oleh individu untuk
disimpan di dalam bank sebagai "simpanan" ( )tetapi kebanyakan para ulama'
menyatakan ia adalah "Pinjaman /Hutang" ( ) yang diberikan oleh pelanggan
kepada bank.37
Ini kerana kandungan 'aqad yang berlaku di antara individu (yang bertindak
sebagai pelanggan) dengan Bank di dalam aktiviti tersebut menyalahi syarat-syarat
Wadi'ah di dalam

36

fiqh Islami dan 'aqad tersebut lebih mirip kepada 'aqad hutang (al-Qiradh ). Sebagai
contohnya, dalam aktiviti penyimpanan yang berlaku dalam mu'amalat bank pada hari ini,
bank terpaksa menjamin /menaggung sebarang kerosakan yang berlaku terhadap hartaharta simpanan tidak kira samada kerosakan tersebut datang daripada pihak bank
sendiri atau tidak,sedangkan di dalam 'aqad wadi'ah pada pandangan fiqh Islami,
pemegang harta simpanan ( ) tidak menjamin kerosakan bagi harta
simpanan melainkan yang berpunca daripadanya.
Para ulama' sepakat menyatakan bahawa pemegang harta simpanan (

) adalah pemegang amanah dan bukan penjamin. Oleh itu, ia tidak


bertanggungjawab terhadap kerosakan, kecurian atau kemusnahan yang berlaku pada
harta simpaann melainkan sekiranya berlaku khianat, merosakkan harta tersebut atau
lalai dalam menjaganya.Berkata Ibnu Rusd :


Nabi (s.a.w) telah bersabda :


Begitu juga menurut ulama' pemegang harta simpanan ( ) sekiranya
ia menggunakan harta simpanan ataupun ia mencampur harta simpanan tersebut
dengan hartanya sama ada dengan izin daripada orang yang menyimpan ( ) atau
tidak,maka simpanantersebut akan hilang sifatnya sebagai wadi'ah dan berpindah
menjadi hutang

))yang berada di bawah tanggungan pemegang harta

simpanan tadi serta mengenai padanya hukum al-Qardh ( ) .Di dalam


pengamalan bank-bank konvensional pada hari ini jelas menunjukkan kepada kita
bahawa bank menggunakan simpanan-simpanan pelanggannya untuk pelaburan dan juga
untuk pemberian pinjaman.38
Apabila menyedari bahawa aqad yang berlaku adalah aqad hutang (tanpa melihat
nama atau istilah yang diberikan), maka ia mesti menjadi " " dan
bukan " " . Oleh itu, tidak harus berlaku padanya faedah atau bunga
kerana ia adalah riba yang diharamkan pada semua jenis hutang.
Kesimpulannya, semua jenis simpanan (akaun)bank samada simpanan semasa
,simpanan tetap atau simpanan tabungan adalah tergolong di dalam pengertian hutang
(iaitu hutang yang diberikan oleh individu kepada bank ) dan bunga atau faedah yang
ditentukan bagi simpanan-simpanan ini oleh bank adalah riba yang diharamkan oleh
syarak.

5. Pandangan Ulama'Terhadap Wang.


Di dalam tugas utama bank pada hari ini ialah mengeluarkan wang .Perbahasan
ulama' Islam terhadap kedudukan wang ini pada pandangan Islam adalah panjang dan
luas serta banyak berlaku percanggahan perdapat. Oleh itu, dalam kertas ini, kita hanya
mengemukakan secara ringkas pendapat-pendapat ulama' dengan memberi penekanan
kepada pendapat yang kuat.

Para Fuqaha' telah membahagikan harta (melihat kepada tugas /fungsinya)kepada


dua bahagian iaitu :39
(1) Wang ()
(2) Barang 40 ()
Tujuan dan fungsi asal wang ialah mu'amalat ( )dan maksud mu'amalat ini di
sisi Fuqaha' ialah menjadiannya sebagai pengukur nilai (). Adapun tujuan asal
'arudh 40 ialah untuk mengambil manfaat.
Sistem Wang bagi mana-mana negara hari ini, terdiri daripada tiga jenis duit/wang
iaitu wang pembantu ( ) atau wang syiling, wang kertas (

)dan wang bank () . Pandangan ulama' tentang semua jenis


wang ini adalah seperti di bawah

41:

a) Wang Pembantu/Syiling.
Ia adalah wang logam yang diperbuat daripada logam-logam yang murah seperti
tembaga, timah dan aluminium. Wang jenis ini hanya merupakan sebahagian kecil
daripada jumlah dalam edaran dan matlamat uatama diwujudkannya ialah untuk
memudahkan pertukaran dalam jual beli yang melibatkan barangan yang mempunyai nilai
yang kecil.
Kebiasaannya, nilai sebenar logam wang pembantu adalah lebih rendah daripada
nilai muka yang dinyatakan di atas logam tersebut. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai wang
tanda sebab ia mempunyai nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai logam tersebut.
Kewujudan wang jenis ini bukanlah sesuatu perkara baru tetapi ia telah digunakan
oleh orang Arab pada zaman Jahiliah dan Islam, dan mereka memanggilnya dengan
nama Fulus (). Keadaan dan fungsi fulus ini adalah serupa dengan wang logam
pada masa ini iaitu ia dibuat daripada logam yang rendah nilainya dan digunakan untuk
melakukan pertukaran secara kecil-kecilan sahaja.
Para Fuqaha' telah membahaskan hukum fulus ini dan berlaku perbezaan
pendapat di antara mereka kepada dua golongan :
1. Golongan Pertama.

Mereka mengangap fulus sebagai barangan ( / ) dan bukan


thaman (). Oleh itu, mereka membezakan hukum fulus dengan hukum dua
matawang yang terkenal (iaitu emas dan perak) dalam masalah riba, pertukaran (

) , salam (), dan zakat. (*Maksud ( )di sini ialah matawang


pengukur nilai/harga barangan).
2. Golongan Kedua .
Pada pandangan golongan ini, fulus adalah tergolong dalam jenis thaman (seperti
juga emas dan perak) dan hukumnya sama seperti hukum wang (sama ada emas atau
perak) di dalam masalah riba, salam pertukaran dan zakat (yang akan dihuraikan ketika
kita membicarakan hukum wang kertas nanti).
Dr. Ali Ali Abdur Rasul menyatakan :"Jumhur Fuqaha' berpendapat bahawa Fulus
adalah barangan ( / ) dan bukan thaman.Walau bagaimanapu,
golongan yang
menyatakan bahawa fulus tergolong dalam thaman adalah lebih kuat hujjahnya, lebih
mendalam pemahamannya serta lebih bertepatan dengan realiti yang berlaku di mana ia
telah berperanan sebagai thaman (matawang) dan diterima umum oleh menusia sebagai
perantara di dalam pertukaran mereka. Apa yang berlaku pada fulus berlaku juga pada
wang pembantu pada masa ini. (Oleh itu, hukum wang pembantu ini sama seperti hukum
fulus).
b) Wang Kertas.
Wang kertas adalah wang dicetak oleh kerajaan melalui bank pusat yang
merupakan wang sah kerana pihak kerajaan memberi jaminan akan membayar nilai yang
dinyatakan di atas kertas tersebut. Setiap wang kertas yang dikeluarkan disokong oleh
harta kerajaan sama ada dalam bentuk emas atau wang asing yang lainnya. Namun,
dalam kebanyakan ekonomi moden sekarang terdapat sistem wang fiat 42, di mana wang
kertas dan syiling tidak perlu disokong sepenuhnya oleh emas atau logam-logam lain
yang bernilai. Ini bermakna matawang dalam edaran mempunyai nilai lebih rendah
daripada nilai yang dinyatakan diatasnya.
Sistem Wang Kertas ini tidak dikenali pada zaman Fuqaha' terdahulu. Oleh itu,
tidak ada penghuraian dibuat oleh mereka tentang hukum wang kertas ini. Adapun para
Ulama' Mutaakhirin, setelah mendapati wang kertas ini meluas penggunaannya di setiap

negara di dunia pada hari ini, maka mereka telah membuat perbahasan meliputi pelbagai
cabang yang berkaitan dengan wang kertas ini seperti adakah diwajibkan zakat ke
atasnya? Apakah hukum pertukaran di antara wang-wang kertas ? Adakah berlaku
riba padanya (sepertimana matawang emas dan perak) atau tidak ? Dan adakah
harus untuk dijadikan modal di dalam aqad salam, syarikat dan 'aqad-'aqad syara'
yang lainnya?
Berlaku percanggahan pendapat di antara Ulama' Mutaakhirin dalam menentukan
jawapan bagi persoalan-persoalan di atas. Percanggahan pendapat ini adalah rentetan
daripada perbezaan pendapat di dalam memahami dan menentukan kedudukan sebenar
wang kertas ini yang dapat diringkaskan seperti berikut :
1. Pendapat Pertama.
Wang kertas ini adalah semata-mata dokumen hutang 43 yang dikeluarkan oleh bank
Pusat.
2.Pendapat Kedua.
Wang kertas adalah tergolong dalam kategori barangan perniagaan (

) dan hukum-hakamnya sama seperti hukum barangan perniagaan.


3.Pendapat Ketiga.
Wang kertas adalah sama seperti fulus dan hukum-hakam yang sabit pada fulus
maka ia juga sabit pada wang kertas.
4.Pendapat Keempat.
Wang kertas adalah gantian kepada emas atau perak.
5.Pendapat Kelima.
Wang-wang kertas ini ialah sejenis matawang yang tersendiri yang berfungsi
seperti fungsi wang yang berlaku pada emas dan wang perak serta athman yang lainnya.
Bahkan pada hari ini, ia telah mengambil kedudukan emas dan perak sebagai pengukur
nilai sesuatu barangan atau benda ekoran daripada lenyapnya penggunaan wang emas
dan perak di dalam kebanyakan gerak kerja pertukaran.Wang-wang kertas ini dikira
sebagai jenis-jenis matawang yang berasingan bergantung kepada negara yang menjadi
tempat keluarnya. Wang kertas Saudi dikira satu jenis matawang, wang kertas Amerika
dikira satu jenis matawang dan begitulah seterusnya dengan wang-wang kertas yang
lainnya.
Pendapat yang diterima oleh kebanyakan Ulama' pada hari ini ialah pendapat yang
kelima. Berdasarkan kepada pendapat ini, dapat disimpulkan bahawa hukum-hakam yang
berkaitan dengan wang kertas ini adalah seperti berikut :

a) Tidak harus secara mutlaknya, menjual wang kertas dengan wang kertas atau menjual
wang kertas dengan wang lain (seperti wang emas, wang perak atau fulus) secara
bertangguh. Sebagai contohnya, tidak harus menjual satu Dolar Amerika dengan lima
Rial Saudi atau lebih banyak daripada itu, secara bertangguh. 44
b) Tidak harus menjual wang kertas dengan wang kertas dari jenis yang sama, dengan
saling melebihkan ( ) sama ada bertangguh atau tunai (iaitu menerima dalam
majlis). Sebagai contohnya, tidak harus menjual 15 Rial Perak Saudi dengan 16 Rial
Perak Saudi.
c) Harus secara mutlaknya menjual sejenis wang kertas dari jenis yang lain, sekiranya
berlaku secara tunai (iaitu menerima dalam majlis). Sebagai contohnya, harus menjual
satu Dolar Amerika dengan tiga Rial Saudi atau lebih sekiranya berlaku secara tunai .45
Berkata Ibnu Munzir :



Berkata Ibnu Qudamah :

2. Wajib dikeluarkan zakat wang keatasnya, sekiranya sampai nisab. Kadar nisab zakat
wang ialah jumlahnya menyamai nilai dua 20 dinar ataupun (85 gram emas) atau 200
dirham (595 gran perak.) Jadi kadar nisab wang kertas ialah : 85 gram emas x nilai
pasaran bagi satu gram emas.
3. Harus menjadikan wang kertas sebagai modal dalam aqad salam dan syarikat.
c) Wang bank
Wang bank ialah wang berbentuk simpanan di bank. Ia terdiri daripada wang
simpanan orang ramai dalam akaun semasa di bank perdagangan dan ia boleh

dikeluarkan dengan menggunakan cek.Wang-wang simpanan di bank ini wujud dengan


dua cara :
a)Dengan simpanan daripada pelanggan .
Iaitu pelanggan mengemukakan wangnya untukn disimpan oleh bank dan wang
tersebut dapat dikeluarkan dengan cek pada bila-bila masa yang diperlukan.
Simpanan jenis ini dipanggil dengan simpanan sebenar.
b)Bank membuka akaun/simpanan bagi pelanggan melalui pemberian pinjaman.
Iaitu bank akan mengkreditkan jumlah pinjaman yang telah dipohon dan diluluskan
ke dalam akaun/simpanan semasa pelanggan (yang memohon pinjaman) dan ia boleh
mengeluarkannya dengan cek. Simpanan jenis ini dipanggil dengan simpanan kredit.
Dr. Ali Ali Abdur Rasul menyatakan: "Sifat yang ada pada wang bank iaitu ia boleh
dipindahkan dengan serta-merta (malalui cek) kepada wang kertas pada bila-bila masa,
meletakkan kedudukannya sebagai gantian kepada wang kertas. Oleh kerana hukum
pengganti adalah sama dangan hukum sesuatu yang kena ganti maka, kita berpendapat
bahawa hukum wang bank adalah sama dengan hukum wang kertas (seperti yang
dihuraikan tadi). Walau bagaimanapun, pendapat ini hanyalah kepada wang bank yang
berupa simpanan sebenar iaitu simpanan yang diterima daripada pelanggan. Adapun
wang bank yang berupa simpanan kredit iaitu simpanan yang dicipta oleh bank-bank
ribawi apabila ia mengeluarkan pinjaman, maka ia tidak dapat disatukan dengan hukumhakam wang kertas tadi. Ini kerana asas kewujudan simpanan kredit ini ialah pemberian
hutang/pinjaman dengan mengenakan faedah dan asas ini tidak diterima oleh syarak.
6)Kedudukan cek sebagai pengganti matawang
Perkara ini berlaku ketika pertukaran matawang di bank-bank atau di antara
individu-individu. Sebagai contohnya, seorang lelaki menukar di bank matawang Ringgit
Malaysia dengan Dolar Amerika. Ia memberi wang Ringgit Malaysia kepada bank dan
menerima daripada bank, cek yang termaktub padanya jumlah wang Dolar Amerika yang
bersamaan dengan nilai Ringgit Malaysia yang diberikan kepada bank. Dalam hal ini,
adakah menerima cek sebagai pengganti wang dapat dikira sebagai " "
(penerimaan dalam majlis) yang menjadi syarat kepada pertukaran dua matawang yang
berlainan jenis seperti yang disebutkan tadi?
Menurut jawapan yang diberikan oleh Lujnah Fatwa Saudi :"Didalam masalah
ini ,menerima cek terkandung di dalam pengertian menerima wang (yang ini diperolehi
daripada pertukaran) 46 dan ia menyerupai Halawah ( ) .Walau bagaimanapun,

kalau tidak menjadi kesukaran untuk menerima wang terlebih dahulu dan kemudian baru
menukarnya kepada cek, maka ia adalah lebih sempurna dan lebih ihtiat ( )

Kesimpulannya, cek boleh mengambil pengganti yang sempurna bagi wang dan
menerima cek terkandung dalam pengertian " " di dalam pertukaran matawang. Ini
kerana dalam hal ini, cek telah mengambil tempat matawang dan tidak kelihatan ketika
berlakunya pertukaran. 47
7)Membuat pelaburan dalam bank-bank mengamalkan riba.
Rumah Fatwa Mesir ( ) ketika ditanya mengenai hukum
menyimpan harta anak-anak yatim di dalam bank-bank tempatan (yang mengamalkan
mu'amalat riba), menyatakan : "melaburkan harta dengan corak yang telah disebutkan itu
adalah tidak harus kerana ia tergolong dalam riba yang diharamkan oleh syara'. Begitu
juga tidak harus melabur harta anak-anak yatim dalam bentuk yang di sebutkan ini".
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Rumah Fatwa Saudi : "Tidak harus memberi
saham kepada bank-bank ribawi dan begitu juga tidak harus menjalankan amalam-amalan
/aktiviti yang mengandungi unsur-unsur riba dengan bank-bank atau selainnya kerana ia
tergolong dalam pengertian bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan yang
dilarang oleh syara' di dalam firmannya:


Kesimpulan daripada fatwa di atas ialah tidak harus membuat pelaburan
harta dalam bank-bank yang mengamalkan riba walaupun harta-harta yang
dilaburkan itu milik anak-anak yatim. 48
Bekerja di bank-bank yang mengamalkan riba
Ditanya kepada Rumah Fatwa Mesir mengenai seorang lelaki yang bekerja
sebagai seorang pencatat di bank : " " dan seluruh aktiviti bank ini
berlaku dengan faedah dan riba yang diharamkan atau dilarang oleh agama sedangkan
ia berhajat kepada pekerjaan tersebut dalam kehidupanya?.
Jawapan yang diberikan ialah "Riba adalah sesuatu yang diharamkan oleh syara'
dengan nas daripada kitab, sunnah dan ijma' para muslimin. Melakukan perbuatan atau

amalan-amalan yang bersangkut-paut dengan riba seperti menulis/mencatat dan


sebagainya, adalah membantu dalam melakukan perkara yang diharamkan. Setiap
perkara yang membantu melakukan perkara yang diharamkan maka ia juga diharamkan
oleh syara'. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah
s.a.w.bersabda:


Laknat yang diterima oleh orang yang disebut di dalam hadis ini menunjukkan bahawa
perbuatan mereka adalah satu dosa. 49
Penutup
Demikianlah dibentangkan secara ringkas maklumat-maklumat tentang bank
konvensional dan beberapa mauqif syariah dan feqah Islam terhadap aktiviti-aktiviti bank
konvensional. Semoga pembentangan yang sederhana dan serba kekurangan ini dapat
membuka jalan kepada pembaca untuk membuat pengkajian seterusnya.

Disusun dan disediakan oleh:


Ahmad Adnan bin fadzil,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar (Cawangan Damanhur).

1 (Rujuk; ; ) Nabih Ghattas,


m.s. 183 dan , , Adam Abidin,m.s. 53)
2 ; Nabih Ghattas,m.s 44
3 Makroekonomi, Lee Wai Keong, m.s. 71
4 Prinsip-prinsip Ekonomi, Harcharan Sigh Khera, m.s. 233
5. Tugas Bank Perdagangan bukan sahaja menerima simpanan daripada orang ramai
tetapi juga mencipta kredit atau mencipta deposit supaya mendapat keuntungan .Ada dua
cara bagaimana bank mencipta kredit iaitu ; 1)Dengan pinjaman atau Overfraf,dan
2)Pelaburan Modal.
6. Makroekonomi, Lee Wai Keong m.s57

7. Pinjaman jangka pendek ;"ialah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank di dalam jangka
masa kurang daripada setahun dan dikenakan faedah dengan nisbah yang tetap "(lihat :
8 .(Rujuk :

m.s 118

9 .(Rujuk :

m.s 118

10. Hartanah menurut Kamus Dewan ialah harta yang terdiri daripada tanah dan rumah.
11. Rujuk; , .

m.s 29

12.

Nabih Ghattas ,m.s

448 dan Prinsip-Prinsip Ekonomi,Harcharan Singh Khera,m.s 223


13. Prinsip-prinsip Ekonomi, Harcharan Singh Khera, m.s. 224
14. Kurun/zaman pertengahan ialah zaman antara zaman purbakala dengan zaman baru
dalam sejarah Eropah iaitu zaman di antara kejatuhan Empayar Rom (476M) sehingga
kejatuhan kerajaan Konstantin (1453M/857H )
15.Abrasion / :Kesusutan yang berlaku kepada berat duit yang
berpunca daripada perpindahannya daripada satu tangan ke satu tangan .

) Nabih Ghattas,m.s 2 )
19 . Prinsip-prinsip Ekonomi,Harcharan Singh Khera,m.s 224
20 . (Rujuk : , Dr. Abdus Samial Misri m.s 9 dan
Dr. Abdul Mu'im Mubarak dan Dr. Ahmad an Naqah,m.s
72 dan 126)
21 (Rujuk : , Dr. Abdus Sami'al Misri,m.s
22 Rujuk : , m.s 118
23. "

Dr. Yusof Qardhawi, " m.s 39

24. Dr. Sami haram,

m.s 197-205 dan


, Dr. Abdul Mui'im Mubarak dan Dr. Ahmad an
Naqah,m.s127
25 Mendiskaunkan : melakukan potongan daripada harga atau nilai penuh sesuatu.
26.Seperti wang pendahuluan yang diberikan kepada seorang kontraktor untuk
membantunya melaksanakan kerja yang terkandung dalam akad kontraknya.
27.Rujuk lampiran 1
28.Di dalam mengemukakan aktiviti-aktiviti bank ini, rujukan utama yang digunakan
ialah ;

Prinsip-prinsip Ekonomi (Harcharan Sigh), Makroekonomi (Lee Wai K eong),

( Dr.Ali Ali Abdur Rasul) dan


, (Nabih Ghattas)
29 Kredit :Menurut Kamus Dewan bermaksud :1."Wang yang dipinjam,jumlah atau
kemudahan pinjaman. Memberi kredit bermaksud memberi pinjaman. 2 . Butir
perakaunan. Mengkreditkan bermaksud mencatat butir perakaunan.
30 Sekuriti :Menurut Kamus Dewan ialah "Sijil (seperti saham atau bon )yang menjadikan
pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah atau dividen. (*Bon ialah surat akaun
hutang atau pinjaman)
31 Mendiskaunkan :melakukan potongan daripada harga atau nilai penuh sesuatu.
32 (Bil Perbendaharaan/Treasury Bills/ / : Bil
yang dikeluarkan atau dijual oleh kementerian Kewangan untuk memperoleh pinjamanpinjaman jangka pendek). Rujuk

, Nabih Ghattas, m.s 549

33, Dr. Ali Ali Abdur Rasul, m.s 117-125


34 D r. Ramadhan Hafiz as Suyuti ,

..

m.s 83
38 , Dr.Mohd. Abdul Hamid as Sayyid Mutawalli dan Dr. Mughawi as Sayyid Ahmad
Bakhit, m.s 173
39, ,Dr.Abu Bakar as Siddiq Omar
Mutawali dan Dr. Shauqi Ismail Syahatah m.s 16-18
40 Al Arudh (barangan) dikategorikan oleh Ulama' kepada dua pula iaitu: (1) Barangan
Perniagaan () :iaitu barangan-barangan yang disediakan untuk jualan,
dan(2) Barangan Pemilikan () :iaitu barangan bukan untuk jualan. Di
dalam istilah ekonomi moden, barangan pertama dipanggil aset semasa (current assets/

) dan barangan kedua dipanggil sebagai aset tetap (fixed asset/


.)
41,Dr Ali Ali Abdur Rasul, m.s 126-157

(untuk penjelasan lanjut tentang mauqif syariat terhadap wang syiling dan wang kertas,
rujuk buku Dr.Yusof al Qardhawi, m.s 54-60).
42 Wang Fiat atau wang tersendiri () ialah :

.(Rujuk buku
""

oleh Dr.Abdul Mu'im Mubarak dan Dr. Ahmad

an Naqah, m.s 19 )
43 Iaitu dokumen yang menunjukkan bahawa negara berhutang kepada individu yang
memegang dokumen tersebut.
44 Contohnya: Ali buat pertukaran dengan Ahmad. Ali beri kepada Ahmad satu Dolar dan
kemudian Ahmad kata kepada Ali : "aku akan beri kepada kamu 5 Rial besok atau lusa."
Per tukaran ini adalah tidak sah kerana tidak berlaku secara tunai.
45 Sandaran-sandaran bagi keharusan ini ialah hadis-hadis nabi di antaranya ialah
hadis :

( ) )dan hadis ()
(
46 Iaitu sahnya pertukaran disyaratkan "saling menerima" ( ) dalam majlis
supaya penukaran tersebut berlangsung secara tunai.
47 " ,Syeikh Said
Abdul Azim, m.s 23 (penaqolan dibuat secara mafhum).
48 "" ,Syeikh Said
Abdul Azim, m.s 37-39
49

" " ,

Syeikh Said Abdul Azim, m.s 39-40

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN
YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA
DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

You might also like