You are on page 1of 5

Definisi Bermain

Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi


memberikan peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar
dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Pelajar
yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman
langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap
dan berkesan.
Bagi kanak-kanak pula, main merupakan satu laluan yang membolehkan
mereka belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan,
simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan manipulasi bahan dan alatan. Ia
memerlukan perancangan rapi agar kaedah pengajaran masih menitikberatkan
hasil pembelajaran.

Ciri-ciri bermain
Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan sematamata untuk kepuasan. Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak
peserta dan tidak dipaksa. Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak
dilakukan atas tekanan. Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar
dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain. Main merupakan aktiviti
fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai secara aktif oleh
peserta.

Kepentingan
Selain itu terdapat pelbagai kepentingan belajar sambil bermain
diantaranya ialah mengurangkan tekanan, meningkatkan kemahiran manipulatif
seperti mencantum, melukis dan menampal, berinteraksi secara positif,
memenuhi keperluan naluri ingin tahu, meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi, meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa
yang dibaca atau cerita yang didengar dan memupuk pemikiran inovatif, kritis
dan kreatif.

Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses mengintegrasi atau menerapkan maklumat
dalam struktur kognitif dalaman seseorang. Persekitaran pembelajaran pula
merangkumi kesemua pemboleh ubah yang terlibat dalam konteks pembelajaran
sama ada secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Ia adalah suatu keadaan
persekitaran di mana pelajar akan dirangsang untuk terlibat dalam proses
pembelajaran, mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping
pembentukan kemahiran atau perspektif kognitif dan bukan kognitif mereka.
Selaras dengan konsep belajar sambil bermain, hasil pembelajaran seseorang
mungkin berbeza dan tidak dapat dilihat secara jelas, namun faedah yang
mereka perolehi amat berguna dalam proses penerapan maklumat seseorang
individu.
Bagi memaksimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan seseorang,
persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang bersesuaian
sebagai contoh rangsangan untuk penyelesaian masalah, mengurangkan
tekanan dan meningkatkan keseronokan untuk belajar. Untuk itu, pendidik perlu
mengetahui teknik yang terbaik yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk
belajar seperti teknik belajar sambil bermain.

Belajar sambil bermain


Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan kemahiran pemikiran
sejarah dalam mata pelajaran sejarah.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi
perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta
memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti
fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan
perlumbaan misalnya.
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia
merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak
bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan
bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui
permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak
melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy
bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Cara Perlaksanaan
Guru menerangkan secara ringkas kepada murid-muridnya tujuan sesuatu
aktiviti permainan. Jelaskan bahawa bermain bukannya bermain begitu sahaja
tanpa pengetahuan dan pembelajaran tetapi murid akan belajar sesuatu
daripada aktiviti permainan tersebut. Setelah memberi penerangan ringkas, guru
menunjukkan kepada murid cara bermain yang betul. Murid/kumpulan akan
melakukan aktiviti bermain seperti mana yang ditunjukkan oleh guru. Ketika
permainan berjalan, guru harus beredar di setiap kumpulan untuk mengawasi
aktiviti murid dan juga menunjukkan kaedah bermain yang betul jika murid tidak
dapat melakukannya.

Aplikasi Kaedah Belajar sambil bermian dalam Sejarah


Bagi tajuk bab 5 Tahun 4 yang bertajuk Tokoh terbilang kesultanan melayu
Melaka. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk
berlakon bagaimana watak Parameswara memulakan Kesultanan Melayu
Melaka.
Guru juga boleh merancang aktiviti kerusi muzik bagi kumpulan yang
tidak berjaya merampas kerusi itu diminta tampil ke hadapan kelas untuk
menceritakan kembali proses pembukaan kesultanan melayu Melaka secara
lisan.
Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan menyusun rentetan
pembukaan kesultan melayu Melaka mengikut kronologi yang betul dan tepat
dalam masa yang paling singkat. Sesiapa yang paling cepat menyusun dengan
betul akan mengongsikan hasilnya dengan rakan-rakan yang lain dan murid itu
akan diberi ganjaran atau hadiah kecil.
Guru juga boleh meminta murid menyenaraikan sifat-sifat seseorang
tokoh kesultan melayu Melaka dalam masa yang singkat. Kumpulan yang dapat
menyenaraikan sifat yang paling banyak dan cepat dianggap menang.

Kesimpulan
Kaedah belajar sambil belajar sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Kaedah ini dapat menarik perhatian murid-murid serta
menigkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sejarah yang biasanya
dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan.
Terdapat banyak kelebihan kaedah belajar sambil bermian. Antaranya
ialah minat murid dapat ditingkatkan. Murid lebih menumpukan perhatian
meraka. Melalui kaedah ini, murid yang lemah lebih senang untuk memahami
sesuatu tajuk yang diajar itu. Ingatan murid terhadap sesuatu tajuk itu akan
disimpan sebagai ingatan jangka masa panjang. Proses P&P Sejarah akan
menjadi lebih seronok berbanding dengan kaedah yang lain

You might also like