You are on page 1of 2

IC: 860911-01-5XXX

Tarikh: 13 September 2011


Encik Sudin
Sukacita kami tawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir kepada anda dan kehadiran anda ke
dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang
termaktub di bawah:
1. Tempoh kontrak
Tempoh kontrak adalah selama setahun, bermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 31 September 2011.
Penyambungan kontrak, jika perlu, akan dibincangkan sebelum tamatnya kontrak. Anda akan
melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.
2. Gaji
Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1000
sebulan selepas tempoh percubaan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika perlu, akan
dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.
4. Cuti tahunan
Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-rated).
Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.
5. Hari dan waktu bekerja
Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat.
Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.
6. Tugas dan tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan.
Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin
anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi
sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kontrak
Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui pemberian notis
1 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.
Yang benar,
..
Pengurus
Pengakuan dan penerimaan
Saya , nombor IC . dengan ini
menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.
Tandatangan : ..
Tarikh : ..
Demikian contoh surat kerja atau contoh surat tawaran kerja. Semoga Contoh dan format surat
berhenti kerja di atas dapat membantu anda dalam memantapkan lagi pengurusan serta organisasi
syarikat anda.
Sekian,
Best regards,
Afiffuddin

You might also like