You are on page 1of 3

`

1.0 PENDAHULUAN
Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan
bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif untuk membina satu
bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negarai ni. Persatuan Kadet Polis SMK
Hang Kasturi telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1990an selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-KuasaPerlu) Darurat 1969, P.K.
(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.Pengambilan ahli kadet ini disaring
dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin,
kekemasandiri, dan mutu pelajaran pelajar diambilkira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh
PDRM dalam pemilihan ahli kadet.Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari
Unit Kokurikulum bagi membeli kelengkapan uniform kadet polis SMK Hang Kasturi yang telah dirancang
untuk 2015.
2.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini diharapkan dapat:
2.1. Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu ,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan
murid SMK Hang Kasturi bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah
meninggalkan alam persekolahan.
2.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SMK Hang Kasturi supaya mereka terus
mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM.
2.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk
mewakili sekolah.

3.0 KUMPULAN SASAR


Kadet Polis SMK Hang Kasturi.
4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
Sepanjang tahun
5.0 PELAN TINDAKAN
5.1Menyediakan kertas kerja.
5.2Berbincang dengan Pengetua
5.3Makluman kepada semua guru
5.4Pelaksanaan program
5.5Penilaian keberkesanan program

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

SUMBER
KEWANGAN

JUMLAH (UNIT)

ANGGARAN
HARGA
(RM)
RM90 x 35
= RM3150

Uniform Kadet
Polis
(Lelaki)

35 set

Beret Kadet Polis

35 set

RM10.00 x 35 = RM350

Butang

35 set

RM18.00 x 35 = RM630

Lencana Kolar

35 set

RM8.00 x 35 = 280

Lencana Sulam
(Lengan)
Juru Latih

35 set

RM5.00 x 35 = 175

RM300
Jumlah Keseluruhan

RM4885

7.0 PENUTUP
Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya.
Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SMK Hang Kasturi akan muncul sebagai sebuah
pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa..
Disediakan oleh :

Disemak oleh :

....................................................
(EN. AZRI IKHWAN BIN AHMAD)
Guru Penasihat Kadet Polis

....................................................
(PN. HASLINA BT. ZAINAL)
GPK Ko-kurikulum

Peruntukan yang diminta sebanyak RM ............................. diperoleh daripada sumber kewangan yang
dinyatakan di ruang pendapatan.

DILULUSKAN / DILULUSKAN DENGAN PINDAAN / TIDAK DILULUSKAN

Diluluskan oleh :

................................................................
(PN NORIDAH BINTI AB RAHIM)

You might also like