You are on page 1of 2

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan


guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi
yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang
baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam
kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih
penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.
Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan
teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah masalah di
peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada
pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ripple effect. Ripple
effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan
mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang
menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah.
Antara lima teori kounin ialah :
1. Merangkumi semua (Withitness) : Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa
yang sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini, guru dapat
menjangka masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut
daripada menjadi lebih serius, (Haliza Hamzah & Samuel, J.N. 2009).
2. Pertindanan (Overlapping) : Menurut Choong (2009), pertindanan merujuk kepada
keupayaan guru menangani lebih daripada satu situasi secara serentak. Contohnya
guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan
belakang. Hal ini akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal.
3. Momentum (Momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan
pengajaran dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan
membantu murid bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Kelancaran (Smoothness) : Menurut Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009), bagi
memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru perlulah mengelakkan
penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan melakukan
fragmentasi. Hal ini perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam pembelajaran
menjadi lebih licin.

5. Kepekaan kelompok (Group Focus) : Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan


penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka, Choong (2009). Perkara ini
dapat dilakukan apabila guru berupaya mengemukakan soalan yang boleh mencetuskan
minat dan sifat ingin tahu murid.

Tuntasnya, guru mestilah mengambil kira aspek minat, kebolehan, dan perkembangan
murid. Setiap akitiviti yang dirancang perlulah menarik dan mencabar. Hal ini sangat penting
supaya pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian dan sebagainya dapat dielakkan
kerana perkara ini boleh mendorong kepada berlakunya salah laku murid.

You might also like