You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU

05150 ALOR STAR, KEDAH

KERTAS KERJA MENGHIASKAN


PAPAN KENYATAAN

TARIKH :
11-15 OKTOBER 2015
TEMPAT :
PAPAN KENYATAAN DI KANTIN

MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN


PENGENALAN
Di kantin SK Sungai Baru, terdapat banyak papan kenyataan yang
biasanya dihiaskan dengan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat
supaya murid-murid dapat membaca maklumat tersebut pada waktu rehat.
Murid-murid biasanya akan berbual kosong atau menceritakan hal-hal mereka
seharian apabila mereka lapang. Jika kita amati, perkara ini dianggap
membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan


kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuai dan
dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh
memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan memberi
ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung.

Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan


bahan-bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun
hanya membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada
papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk
meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara
tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada
pembelajaran formal di dalam kelas.

Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi


minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka
ketahui. Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama
sahaja di dalam kelas.

RASIONAL
Papan kenyataan yang dirancangkan ini akan dapat membantu muridmurid agar lebih mengenali misi sekolah, bidang kesihatan badan, penyakit
Denggi dan perlindungan alam sekitar. Maklumat-maklumat yang terdapat di
papan

kenyataan

dapat

membantu

tahap

pembacaan

dan

meluaskan

pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada


papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam
bilik darjah.

TUJUAN
Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu
murid-murid mendapatkan maklumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik
darjah secara santai dan tanpa pengwasan guru. Mereka tidak lagi akan
membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika waktu terluang.

OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Kebangsaan Sungai Baru dapat:

1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.


2. Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.
4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan
maklumat terkini kepada murid-murid.
5. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

TARIKH
Sepanjang tempoh internship

MASA
Sepanjang sesi persekolahan.

TEMPAT
Papan kenyataan di kantin sekolah

SASARAN
Semua murid

ALAMAT SURAT MENYURAT :


Guru Besar
SK Sungai Baru,
05150 Alor Star, Kedah

JAWATANKUASA PROJEK
Penasihat

Tuan Haji Mhd Zaki bin Haji Zakaria


(Guru Besar SK Sungai Baru)

Pengerusi

Puan Hartini
(Mentor)

Setiausaha

Cik Siti Nurhuda binti Sarman


(Guru Pelatih IPG Kampus Perlis)

Bendahari

Cik Ain Farhana binti Zainal


(Guru Pelatih IPG Kampus Perlis)

ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan
Kertas warna

: RM 10

Kertas laminate

: RM 10

Riben

: RM 5

Lain-lain

: RM 30

CADANGAN BAHAN :

1. Poster kesihatan, poster penyakit denggi, poster melindungi alam sekitar


2. Misi sekolah
3. Berita dari suratkhabar
4. Rencana yang mendorong murid-murid

PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada
warga sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di
sekolah agar ia dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil
memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.

Disediakan oleh :
Disediakan oleh :
..............................................
( AIN FARHANA ZAINAL )
Guru Pelatih IPG Kampus Perlis

..
(SITI NURHUDA SARMAN)
Guru Pelatih IPG Kampus Perlis

Disemak oleh :

...
( PN HARTINI )
Mentor Projek Menghiaskan
Papan Kenyataan

Disahkan Oleh :

( TN HJ MHD ZAKI HJ ZAKARIA )


Guru Besar,
SK Sungai Baru, Alor Star, Kedah.

You might also like