You are on page 1of 2

1.Apa yang anda faham dengan perkataan sastera?

2. Nyatakan beberapa jenis genre sastera yang sesuai dengan kanak kanak.
Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam
bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan
keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan
estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam
bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah-satu
elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang
kanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi
keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan
memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat
membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni
kepada individu kanak-kanak.
Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan
cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan
hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu
bangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada
cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera
awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif
iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak,
mereka perlu:
(a) Didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna;
(b) Didedahkan dengan aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan
membaca mereka bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan
deria penglihatan; atau
(c) Membaca buku cerita, melihat buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan
mengumpulkan buku berwarna-warni.
Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula
menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik.
Asas_asas
bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu
konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah
kanak-kanak ini harus disediakan dengan kesediaan atau persiapan sebelum
membaca atau reading readiness.
Oleh itu, bahan-bahan yang diterbitkan bukan sahaja perlu untuk kanak-kanak
yang sudah boleh membaca, tetapi perlu juga untuk kanak-kanak yang belum
boleh
membaca.
Mereka
perlu
disediakan
dengan
pengalamanpengalamanmenerusi bahan-bahan yang disediakan khas untuk menyedia dan
mempersiapkan mereka menghadapi pembacaan.
Keperluan membaca kepada kanak-kanak adalah untuk:
(a) Persediaan bagi mereka untuk pembacaan formal apabila mereka
memasuki sekolah rendah;
(b) Menanam tabiat gemar melihat, meneliti, dan membaca buku;
(c) Mensosialisasi dan mengakulturasikan kanak-kanak; dan
(d) Memperluaskan pengalaman kanak-kanak mengenai benda-benda dan
konsep-konsep asas.
Walau bagaimanapun, keperluan membaca tersebut adalah objektif yang
ditetapkan oleh orang dewasa iaitu ibu bapa, guru dan komuniti demi kebaikan
kanak-kanak tersebut. Sebenarnya, apabila kanak-kanak membaca dan berminat

untuk membaca, ini menunjukkan bahawa:


(a) Adanya keinginan mereka untuk menatap atau membaca bahan-bahan
bacaan;
(b) Bahan-bahan bacaan itu ada;
(c) Bahan-bahan bacaan itu sampai ke tangan mereka;
(d) Bahan-bahan bacaan itu menarik minat kepada kanak-kanak kerana
kesesuaiannya dari segi bentuk fizikal, kematangan dan jenis isi
kandungan, harga, gambar, warna dan ilustrasi;
(e) Adanya usaha orang dewasa (guru dan ibu bapa) menggalakkan aktiviti
pembacaan dengan membeli dan menyediakan bahan bacaan;
(f) Adanya usaha orang dewasa memberikan mereka motivasi untuk menatap
atau membaca bahan-bahan bacaan;
(g) Adanya usaha orang dewasa memberikan kanak-kanak alasan yang wajar
terhadap kepentingan aktiviti membaca; dan
(h) Bahan-bahan bacaan tidak mematikan keinginan kanak-kanak untuk
membaca _ kerana isi kandungan, kematangan, teknik, bentuk, dan lainlain
seumpamanya tidak sesuai.
Justeru, menurut Awang Had Salleh (1979), sastera awal kanak-kanak
berkembang mengikut umur untuk membolehkan hubungan kanak-kanak
dengan buku atau bahan cerita menjadi realiti, dan untuk mendapatkan
kanakkanak
menatap dan membaca bahan-bahan bacaan.

You might also like