You are on page 1of 25

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TAJUK: 1
HURAIKAN DENGAN TERPERINCI INDUSTRI-INDUSTRI BERPONTENSI DI
MALAYSIA YANG BOLEH DICEBURI OLEH USAHAWAN TEMPATAN

INDUSTRI BARANG MAKANAN HALAL

ABSTRACT
Malaysia is a Muslim country that is respected, progressive and highly regarded
by other slim countries. Development of halal industry Successful Malaysian
halal market, articularly in food sector have raised the name Malaysia. If
examined, the development Halal industry in Malaysia shows great potential in
terms of increased profits through business opportunities that can be explored in
the market halal products. Moreover, now the demand for halal market expected
to increase due to the increase of population increased until it reached two billion
people with 57 countries in the world is a Muslim majority. This is also based on
the increasing number of consumer products and halal food, which now totals
four billion people have a very broad market of concern

PENGENALAN
Industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga budaya berbilang kaum
negara ini, dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis bercita rasa Asia. Industri
pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia. Adalah dianggarkan
bahawa jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam
lingkungan AS$3.5 trilion, dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada
AS$6.4 trilion menjelang 2020.

Malaysia kekal sebagai pengimport bersih barang makanan. Pada 2010, Eksport barang
makanan Malaysia berjumlah RM18.2 bilion, manakala import berjumlah RM30.3 bilion.
1

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Malaysia mengeksport barang makanan ke lebih 200 negara dan produk-produk utama yang
diekpsort adalah koko (RM3.8 bilion), produk-produk perikanan (RM2.6 bilion), majerin dan
lelemak (RM1 bilion) dan makanan haiwan (RM1.1 bilion). Import barang makanan utama
pada 2010 adalah bijiran dan persediaan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan, koko,
makanan haiwan dan produk-produk tenusu. Bahan-bahan mentah seperti bijiran dan
produk-produk tenusu akan terus diimport untuk pemprosesan lanjut bagi penggunaan
manusia serta pengeluaran makanan haiwan (MIDA, 2012).

Di Malaysia, industri barang makanan dikuasai oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana.
Subsektor-subsektor utama adalah ikan dan produk-produk ikan, ternakan haiwan dan
produk-produk ternakan haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan koko. Pada masa ini,
Malaysia adalah pengilang koko terbesar di Asia.

Sungguhpun Malaysia merupakan

pengeluar koko kelima terbesar dunia, pengeluaran koko tempatan tidak dapat memenuhi
permintaan yang begitu besar daripada industri mengisar dan memproses tempatan.
Kebanyakan biji koko diimport. Penanaman koko digalakkan supaya dapat meningkatkan
pengeluaran koko negara.

Malaysia juga adalah salah sebuah pengeluar utama dunia bagi rempah-ratus. Pada 2010,
Malaysia ditempatkan sebagai pengeluar keenam terbesar bagi lada hitam dan produk-produk
berkaitan lada hitam (terutama lada hitam khas, lada hitam terproses dan sos-sos lada hitam).
Pertanian adalah salah satu sektor yang dikenal pasti dalam Bidang-Bidang Ekonomi Penting
Negara (NKEA).

Ia akan memfokus kepada subsektor-subsektor terpilih termasuk

akuakultur, penanaman rumpai laut, pemeliharaan burung layang-layang, produk-produk


herba, buah-buahan dan sayur-sayuran dan barang makanan terproses premium yang
berpotensi cepat berkembang. Terdapat permintaan semakin meningkat bagi produk-produk

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

nilai tinggi ini yang membuka peluang-peluang kepada petani-petani menambah pendapatan
mereka.

Selain itu, subsektor-subsektor padi dan ternakan haiwan juga terpilih

memandangkan sifat strategik mereka bagi menjamin keselamatan barang makanan negara
(MIDA, 2012).

INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA


Industri halal di Malaysia membuka peluang-peluang yang amat besar bagi pengilangpengilang Malaysia. Telah dianggarkan bahawa nilai potensi industri makanan halal adalah
antara AS$600 bilion dan AS$2.1 trilion. Konsep halal ini dikaitkan dengan produk-produk
makanan berkualiti tinggi dari segi kebersihan, sanitasi dan pematuhan kepada keperluankeperluan agama.

Pengilang-pengilang barang makanan Malaysia boleh merenungkan usahasama dengan


pengilang-pengilang barang makanan tertubuh terutamanya dari Australia dan New Zealand
untuk membekal kepada pasaran-pasaran ASEAN, Timur Tengah, Eropah dan Amerika
Syarikat yang mempunyai penduduk Islam yang agak besar. Produk-produk makanan halal
tempatan boleh mendapatkan laluan yang mudah ke pasaran-pasaran halal ini memandangkan
sijil halal Malaysia diiktiraf seluruh dunia.

Malaysia mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sektor ini kerana mempunyai
pengalaman, infrastruktur serta institusi yang dapat membantu membangun serta
menggalakkan industri ini. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil dan logo
untuk memastikan kehalalannya tetapi penghasilan produk-produk tersebut yang harus
mementingkan aspek kualiti, kebersihan dan kesejahteraan dari penggunaan produk tersebut.

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Industri halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan
minuman sahaja malah merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal,
kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera
pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam
ekosistem industri halal. Sebagai sebuah negara Islam yang moden, aman dan makmur
Malaysia amat dihormati di kalangan negara anggota OIC. Malaysia mempunyai kelebihan
dalam usaha memperjuangkan industri Halal. Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia,
amat ideal untuk menggalakkan perkembangan industri Halal dengan penjualan produk halal
yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa melalui INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE
(MIHAS).

KEADAAN SEMASA INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA


Sekitar dua puluh tahun lalu, istilah halal dan haram tidaklah begitu popular dan jarang
digunakan dalam industri makanan. Namun hari ini, ia telah menjadi semakin dikenali
sebagai satu elemen penting yang mendominasi industri makanan

dan ia berkembang

menjadi satu jenama yang utama dalam pasaran makanan halal. Hal ini berlaku apabila
populasi penduduk meningkat melebihi bekalan makanan dan pengusaha Islam terpaksa
mengimport makanan daripada negara-negara bukan Islam seperti Thailand dan Australia
untuk memenuhi keperluan tempatan. Tetapi malangnya, kebanyakan produk-produk
makanan yang diimport seperti dari Eropah gagal untuk melepasi panduan halal menurut
undang-undang Islam. Kesannya, penduduk mengalami kekurangan keperluan bekalan
makanan halal kerana terpaksa menolak makanan yang tidak mengikut piawaian halal.
Menyedari akan hal ini, Malaysia mula mengambil langkah untuk membangunkan keupayaan
dalam bidang pemeriksaan, pemantauan, pempiawaian dan pensijilan standard serta
menggalakkan industri halal.

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Istilah halal kini telah mengalami penjenamaan dalam mengkomersilkan produk makanan
melalui logo dan pensijilan halal. Dalam keadaan persaingan pasaran dunia yang semakin
sengit, penekanan terhadap aspek penjenamaan adalah penting untuk meningkatkan
pemasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Hal ini dilihat lebih penting dalam
memasarkan produk makanan halal dengan menggunakan penjenamaan halal melalui logo
dan sijil halal. Menurut Muhyidin Mohd Yassin (2010), penjenamaan halal ini tidak hanya
menitikberatkan unsur syariah, tetapi termasuk tahap ataupun piawai penyediaan
perkhidmatan serta produk yang bermutu tinggi. Hal ini disokong oleh penyataan Mohd Ali
Mohd Noor, Hairunnizam dan Abd Razak (2011) yang menjelaskan Malaysia merupakan
negara yang mempunyai kelebihan untuk bersaing dalam pasaran domestik dan antarabangsa
kerana kelebihan daripada permintaan, sokongan kerajaan dan kos mendapatkan logo serta
sijil halal.

Sehubungan itu, fenomena penjenamaan halal ini telah menjadi pemangkin kepada
pembangunan piawaian halal Malaysia. Dalam tulisan Mohd Yusrin Mohamed Yusof (2010)
menyatakan Malaysia telah menjadi negara pertama yang memperkenalkan dan
membangunkan piawaian bagi pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan
produk makanan halal. Kerajaan Malaysia melalui Institut Penyelidikan dan Perindustrian
Malaysia (SIRIM) telah merangka dan membangunkan piawai Malaysia MS1500 Garis
Panduan Asas bagi Pengeluaran, Penyediaan, Pengawalan dan Penyimpanan Makanan Halal
yang merangkumi pematuhan piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Amalan
Kebersihan Baik (GHP) (Nik Maheran Nik Muhammad, 2009). Kewujudan pembangunan
piawaian Halal Malaysia ini dapat mengukuhkan penjenamaan halal dalam industri makanan

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

melalui logo dan pensijilan halal yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam
Malaysia (JAKIM).

Sepertimana yang dibincangkan di sebelum ini, pengaplikasian GMP mahupun GHP dalam
konsep halal ini didapati tidak menggunakan garis panduan yang disarankan oleh Islam
sepenuhnya. Kedua-dua piawaian antarabangsa ini adalah bentuk piawaian konvensional
yang diaplikasikan hanya untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan proses kerana
piawaian ini hanya menggunakan penilaian teknikal berdasarkan bukti saintifik sahaja.
Dalam aspek pembangunan industri makanan halal, Malaysia selaku negara Islam yang
mempunyai kelebihan daya saing dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi hab
bagi promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal (Mohd Akbal dan Rafiuddin, 2011)
sangat memerlukan piawaian halal yang sebenar mengikut undang-undang Islam dan
memenuhi aspek pengurusan kualiti Islam yang menyeluruh. Oleh itu, usaha membangunkan
industri makanan halal dari segala aspek dilihat terus berlaku demi menjaga kesucian konsep
halal yang diperkenalkan dalam al-Quran di samping memperkenalkan jenama halal sebagai
imej Islam sebenar.

KONSEP DAN KEPENTINGAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA


Konsep halal dalam Islam tidak hanya berkisar kepada persoalan keharusan sesuatu makanan
itu boleh dimakan atau tidak. Ia bermaksud sesuatu yang diperbolehkan oleh undang-undang
Islam (syarak), diizinkan, dibenarkan melalui jalan yang sah (Mohd Ali, Hairunnizam & Abd
Razak, 2011). Sumber bagi undang-undang Islam ialah al-Quran, Hadith, Ijma dan Qiyas.
Halal adalah daripada perkataan Arab yang termaktub dalam al-Quran iaitu halla, yahillu,
hillan, wahalalan yang membawa maksud dibenarkan atau dibolehkan (Zawabah, Munir &
Abdul Muhaimin, 2011). Mana-mana sahaja bahan makanan yang ada disebut menurut salah

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

satu sumber tersebut sama ada halal atau haram, ia akan menjadi hukum syarak atau undangundang Islam yang wajib dipatuhi oleh penganutnya. Dengan itu, mencari atau mendapatkan
yang halal dalam kehidupan manusia adalah sangat penting untuk mendapat keberkatan dan
mencapai keredhaan Allah SWT, khususnya dalam hal keperluan makanan halal bagi umat
Islam. Hal ini kerana makanan yang halal adalah berhubung secara langsung dengan akhidah
umat Islam (Mohd Yusrin Mohamed Yusof, 2010). Perkara ini telah disebut dalam firman
Allah SWT yang bermaksud:
Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan
lakukanlah amalan saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan (al-Mukminun 5:51)
Sementara itu, konsep halal yang diterangkan oleh Al-Qardhawi ialah sejauh manakah
makanan tersebut boleh diiktiraf sebagai makanan yang halal selain daripada melihat dari
aspek kualiti makanan. Aspek kualiti makanan menurut perspektif Islam yang bukan sahaja
mementingkan mutu kesihatan malah ia mengambil kira aspek kesucian produk dan
keseluruhan proses penghasilannya. Oleh itu, pengiktirafan halal bukan sahaja makanan yang
dibenarkan oleh syarak untuk dimakan seperti tidak bernajis atau disembelih secara Islam,
halal dari segi penyediaan bahkan perkara penting untuk menilai halal ialah kehalalan
inputnya. Makanan yang diperolehi atau disediakan melalui proses yang tidak halal (tidak
syarie) boleh memberikan impak kepada kerosakan nilai dan akhlak masyarakat serta
pelbagai negatif yang tidak dijangkakan.

Merujuk kepada definisi halal yang dibincangkan sebelum ini, pelbagai pihak mempunyai
kefahaman pengaplikasian konsep halal yang berbeza mengikut bidang pengamal masingmasing. Dalam kajian Asmak Ab Rahman (2009) mengenai sekuriti makanan dari perspektif
syariah, kebolehdapatan makanan halal yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan
7

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

aktif kepada semua penduduk di sesuatu kawasan merupakan salah satu bentuk
pengaplikasian konsep halal. Maka, konsep halal dalam hal ini telah mewajibkan umat Islam
untuk memakan, menyediakan dan mendapatkan makanan yang halal sebagai memenuhi
tuntutan maqasid al-Syariah iaitu Islam amat menitikberatkan penjagaan nyawa dan akal
seseorang.

Sementara itu, kajian Burhan (2009) menyatakan konsep halal menjadi satu garis panduan
bagi umat Islam dalam semua aspek kepenggunaan (consumerism) dan penggunaan
(utilization) produk dan perkhidmatan makanan halal. Melalui panduan pemakanan Islam,
menyarankan bahawa pengguna Muslim perlu memeriksa dan mengenalpasti keselamatan
dan kehalalan sesuatu produk makanan sebelum menggunakannya. Pemeriksaan dan
pengenalpastian kehalalan produk makanan boleh dilakukan melalui kewujudan logo halal
dan sijil halal pada label produk tersebut. Kefahaman pengalikasian konsep halal ini
menjurus kepada penggunaan logo dan sijil halal berdasarkan piawaian yang dibina dalam
pengurusan kualiti makanan halal. Dengan wujudnya penjenamaan halal ini, ia dapat
memberi kemudahan kepada pengguna Muslim dalam memilih dan menggunakan produk
makanan di pasaran.

Sepertimana yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan, halal tidak hanya merupakan
istilah ritual bagi agama Islam malah ia meliputi kesucian dan kebersihan fizikal produk serta
inputnya. Husna (2008) telah menggambarkan pernyataan tersebut dengan kajian yang dibuat
dengan melihat kebersihan premis dan produk makanan yang dibeli daripada pembekal bahan
mentah yang halal dan berwibawa. Kedua-dua elemen tersebut merupakan elemen asas
kepada penghasilan makanan halal. Dengan menyokong kajian ini, penelitian terhadap kajian
itu telah mendefinisikan halal sebagai makanan yang dapat memenuhi tuntutan agama (Islam)

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

serta menepati keperluan saintifik (berkhasiat dan berkualiti) dan kebersihan sesuatu produk.
Konsep halal yang diaplikasikan dalam penghasilan produk makanan halal yang
dibincangkan meliputi keseluruhan amalan penghasilan produk dalam jaringan bekalan
makanan. Setiap proses bermula daripada bahan mentah di ladang sehingga proses
penyediaan, pengangkutan serta urusan jualbeli antara peniaga dan pembeli perlu sentiasa
menitikberatkan isu kehalalannya demi menjaga integriti jenama halal yang diperkenalkan
oleh Islam.

Dalam kajian Hayati@Habibah dan Khairul Anuar (2008), halal bukan sahaja merupakan
satu konsep yang menitikberatkan kepada asas kehendak agama Islam, iaitu kesucian, tetapi
turut mengandungi aspek yang luas dari segi rohani dan jasmani sama ada pada produk yang
dihasilkan dan pengusaha produk tersebut. Jika dirangkumi keseluruhan aspek tersebut,
pengaplikasian konsep halal boleh diungkapkan sebagai satu perkataan yang menjurus
kepada pendekatan yang berkonsepkan kualiti, iaitu sesuatu jaminan kualiti khususnya yang
melibatkan pemprosesan, pengambilan dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan
oleh seseorang Muslim.

Bagi Nor Aini (2004) pula, aspek yang terkandung dengan konsep halal adalah merangkumi
aspek Amalan Perkilangan Baik (GMP). GMP ini termasuklah kebersihan makanan,
keselamatan makanan, pembungkusan, penghantaran, label, harga yang berpatutan dan
hospitaliti. Namun begitu, pengaplikasian GMP dalam konsep halal ini adalah tidak
sepenuhnya menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Islam kerana ia merupakan satu
piawaian konvensional yang diperkenalkan hanya untuk memastikan keselamatan dan kualiti
fizikal makanan proses sahaja. Daripada kefahaman konsep halal mengikut definisi halal dari
sumber undang-undang Islam seperti yang dibincangkan sebelum ini, suatu piawaian yang

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mempunyai panduan lengkap berdasarkan pengurusan Islam sangat diperlukan bagi


memastikan penjenamaan halal benar-benar mengamalkan peraturan dan cara hidup Islam.

Dalam kontek kepenggunaan, Fischer (2008) mendapati pengaplikasian konsep halal menjadi
satu nilai persaingan bagi pemerintah yang memahaminya sebagai suatu nilai ekonomi dan
politik. Realitinya, identiti pengguna Muslim di Malaysia adalah satu komponen penting
dalam etnik melayu yang menjadi penduduk majoriti negara sentiasa mencari alternatif
kepada kemudahan penggunaan konsep halal. Hal ini telah memberi impak kepada
perkembangan ekonomi negara sekali gus penguasaan pemerintah dalam aspek ekonomi dan
politik negara yang dikawal melalui ekonomi makanan halal.

Secara rumusan, pengaplikasian konsep halal dari pelbagai pemahaman pengamalnya telah
menjadikan terjemahan istilah ini sangat luas dan rumit. Kesan daripada kepelbagaian ini,
Mohd Ali, Hairunnizam dan Abd Razak (2011) menegaskan bahawa kekeliruan terhadap
kepelbagaian konsep halal perlu ditangani segera bagi memelihara keutuhan akidah dan
kesucian Islam. Akhirnya, penentuan kehalalan sesuatu produk melalui logo dan pensijilan
masih belum dapat meningkatkan daya saing pasaran makanan halal domestik mahupun
global, sekiranya pengguna Islam masih meragui kesucian produk yang dihasilkan rentetan
daripada pelbagai isu kesalahan halal yang berlaku dalam industri makanan.

POTENSI INDUSTRI MAKANAN HALAL KEPADA BAKAL USAHAWAN


Merujuk kepada perbincangan di atas, industri makanan halal merupakan satu sektor ekonomi
yang berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada pemantapan jaringan global komuniti
perniagaan dan perdagangan Islam. Dengan nilai pasaran global yang dianggarkan kira-kira
USD547 billion setahun (Muhyidin Mohd Yassin,2010), industri ini berupaya untuk

10

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

memperkasa ekonomi umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai perlaksaan dalam


membangunkan industri makanan halal di Malaysia sentiasa dijalankan oleh pelbagai pihak.
Para pengamal industri halal dalam segenap bidang kepakaran juga sentiasa melahirkan ideaidea baru dalam usaha memperkukuhkan industri halal ini di persada ekonomi dunia melalui
penjenamaan halal Malaysia.

Dalam membincangkan perihal perlaksanaan pembangunan industri makanan halal ini, kertas
kertas ini hanya memfokuskan kepada tiga aspek perlaksanaan pembangunan iaitu
pembangunan pengusaha industri makanan, pembangunan infrastruktur industri halal dan
pembangunan penjenamaan halal Malaysia. Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara
Islam yang berjuang menjaga hak-hak penduduk Islam telah berjaya memperkenalkan
beberapa sistem halal yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kejayaan
negara dalam menerajui pembangunan sistem halal dalam sektor makanan telah dimanfaatkan
oleh para pengusaha dan pengeluar khususnya usahawan kecil.

Bilangan industri makanan di Malaysia berkembang mencapai 5,565 bagi pengilang makanan
dan 172,252 bagi perkhidmatan makanan seperti gerai, restoran dan sebagainya. Di samping
itu, Malaysia juga mengeksport produk makanan proses ke 80 buah negara dan nilai eksport
tahunan negara mencapai RM5 bilion. Pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia
merupakan negara yang dikenali sebagai negara Islam moden, dan ini menjadi peluang
terbaik untuk dijadikan sebagai negara pengeluar makanan halal utama dunia (MIDA, 2008).

Sejajar dengan perkembangan industri yang dinyatakan di atas, menegaskan pertumbuhan


usahawan kecil seperti ini telah menjadi pemacu kepada perkembangan industri negara
dengan mendapat sokongan sepenuhnya oleh kerajaan. Pelbagai pelan, program, mekanisme

11

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dan bantuan telah dirancang dan dilaksanakan untuk membangunkan industri ini. Kerajaan
begitu tegas memberi penekanan terhadap strategi pemasaran produk yang dikeluarkan para
pengusaha kecil ini.

Sementara Muhyidin Mohd Yassin (2010) juga menyarankan komuniti perniagaan Islam
perlu mempergiatkan usaha membentuk jaringan kerjasama global yang meliputi aspek
pemprosesan makanan, pemasaran, penyediaan modal dan penyelidikan dan pembangunan.
Manakala institusi-institusi kewangan Islam pula perlu seiring memajukan industri ini
melalui penyediaan kemudahan kewangan yang fleksibel kepada pengusaha-pengusaha yang
berpotensi untuk maju.

Dalam konteks pembangunan infrastruktur industri makanan halal, peruntukkan sebanyak


RM218.3 juta di bawah Kajian Pertengahan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9, 2006) telah
diberikan oleh Kerajaan. Peruntukkan ini telah memberi peningkatan sebanyak 95% daripada
peruntukan asal Rancangan Malaysia ke-9 sebanyak RM112 juta khusus untuk pembangunan
industri makanan halal negara. Peruntukkan ini termasuklah usaha pembinaan infrastruktur
dan membangunkan pusat industri makanan halal negara seperti di Kelantan, Kedah, Perlis,
Terengganu dan Pahang. Dengan komitmen kerajaan terhadap industri makanan halal melalui
pelaksanaan dasar dan program yang berterusan, komuniti perniagaan dan perdagangan Islam
mempunyai peluang terbaik untuk berkecimpung dalam industri ini dan menyumbang kepada
pemerkasaan ekonomi ummah.

Laporan Ekonomi (2004/2005) menyatakan bahawa, kerajaan juga menyediakan pelbagai


insentif yang secara langsung dan tidak langsung mempunyai kaitan dengan pembangunan
industri makanan halal. Antaranya ialah peruntukan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan,

12

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

insentif R&D bagi meningkatkan kualiti, disamping mendapat potongan cukai satu kali untuk
perbelanjaan mendapatkan pensijilan halal serta akreditasi kualiti. Sementara itu, kerajaan
menyarankan sektor swasta juga perlu berdaya usaha dan memberi sambutan yang positif
bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Makanan Halal
Antarabangsa yang dikenali ramai.

Menurut Azrina Sobian (2008) dalam kajiannya menyatakan barangan halal keluaran industri
kecil Muslim menghadapi masalah penjenamaan. Masalah tersebut adalah produk yang
dihasilkan oleh orang Muslim tanpa penjenamaan halal melalui logo dan sijil halal telah
menjadikan sesuatu produk yang halal kelihatan tidak halal. Hal ini sekaligus boleh
menghalang pengaliran pasaran produk serta melemahkan keterampilan produk yang
dihasilkan.

Dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dalam usaha
membantu para usahawan kecil Muslim dalam mempromosikan produk halal dan meluaskan
pasaran produk halal tempatan. Sejarah penubuhan HDC bermula sejak Setember 2006, telah
menjadi satu pelaksanaan kerajaan dalam ditubuhkan menerajui piawaian, meningkatkan
kapasiti pengeluaran, menyokong pelaburan dan bertanggungjawab memperkenalkan dan
mempromosikan jenama halal Malaysia (Laporan Ekonomi, 2007/2008).

Menyedari potensi sektor ini, kerajaan memberi penekanan khusus kepada pembangunan
industri halal dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3, 2006). Penubuhan HDC
sebagai agensi utama dalam menerajui piawaian, meningkatkan kapasiti pengeluaran,
menyokong pelaburan di samping mempromosikan jenama halal Malaysia. HDC kini sedang
menyediakan Pelan Induk Industri Halal yang antaranya menjadikan Malaysia sebagai pusat

13

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

rujukan integriti halal serta meningkatkan aktiviti pengeluaran dan dagangan makanan halal
(Muhyidin Mohd Yassin,2010).

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menjadi
tonggak dalam pembangunan halal sejak tahun 1974 (E-Halal, 2010). JAKIM merupakan
bidang bahagian induk yang menguruskan pensijilan halal di negara ini (Zawanah
Muhammad, Munir dan Abdul Muhaimin, 2011). Bagi memastikan halal terus menjana
ekonomi negara, JAKIM bertanggungjawab memberi pendidikan halal kepada masyarakat,
memperbanyakkan kajian dan penyelidikan terutama dalam bidang pembangunan makanan
halal serta isu-isu yang melibat hukum syariat ke atas kemaslahatan makanan halal.

Industri pemprosesan makanan merupakan satu industri yang perlu menitikberatkan aspek
kebersihan dan keselamatan. Memandangkan salah satu pelan pembangunan oleh kerajaan
Malaysia adalah memberi tumpuan dalam pembangunan industri halal dan pemprosesan
makanan, maka segala aspek yang berkaitan pemprosesan makanan perlu diberi tumpuan
oleh pihak kerajaan seperti yang dirangka dalam RMK9 (2006) dan IMP3 (2006). Kerajaan
telah membangunkan keupayaan bidang pemeriksaan dan pemantauan. Selain itu,
pempiawaian, pensijilan standard dan promosi industri halal juga dijalankan bagi
menggalakkan industri makanan halal di Malaysia melalui Pelan Induk Perindustrian Kedua,
1996 2005 (Laporan Ekonomi, 2004-2005). Malaysia merupakan penggerak utama
memandangkan logo dan pensijilan halal JAKIM telah mendapat pengiktirafan di seluruh
dunia berikutan kriteria yang ketat. Logo dan pensijilan halal Malaysia semakin mendapat
permintaan daripada negara lain walaupun mereka mempunyai badan Islam yang
mengeluarkan sijil halal. Hal ini telah mencerminkan keyakinan pengguna terhadap produk
berkenaan yang mematuhi hukum syariat dan berkualiti.

14

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

STRATEGI PEMASARAN BERDASARKAN KEUPAYAAN: SARANAN DAN


CADANGAN
Pemasaran bukan hanya sekadar jualan tetapi skopnya adalah luas meliputi keperluan
penciptaan produk yang memuaskan kehendak pengguna, merancang dan melaksanakan
harga, promosi dan pengagihan produk. Walaupun analisa kajian terhadap keupayaan
pemasaran responden adalah bersifat teknikal, namun dicadangkan beberapa saranan yang
menyentuh konsep perniagaan merangkumi etika profesional sebagai pengusaha yang
dituntut dalam Islam. Ini penting kerana responden membawa status pengusaha kecil
makanan halal yang seharusnya mengamalkan konsep nilai murni dan etika perniagaan
sebagaimana yang digariskan oleh Islam.

Cadangan dan saranan ini diharap dapat membantu ushawan menyusun strategi pemasaran
mereka. Bagaimanapun, ianya memerlukan komitmen yang besar daripada pengusaha itu
sendiri di samping bantuan khidmat nasihat daripada badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan. Saranan dan cadangan yang difikirkan relevan sebagai panduan pemasaran
dinyatakan seperti berikut:

ETIKA PROFESIONAL SEBAGAI PENGUSAHA ISLAM


Secara umumnya, pengusaha perlu ada nilai-nilai etika profesional dalam diri yang menjadi
garis panduan dalam mengusahakan produk jualan mereka. Walaupun kajian ini tidak
mengkaji responden dari sudut pengamalan etika profesional sebagai pengusaha Islam,
namun konsep etika ini diketengahkan sebagai saranan bagi membantu membentuk nilai
murni dalam diri pengusaha. Etika yang bertunjangkan falsafah Tauhid bertindak sebagai
kuasa yang mengawal tindakan dalaman dan luaran para pengusaha. Sebelum menceburi

15

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

bidang perniagaan, pengusaha perlu mempunyai tujuan dan matlamat dalam berniaga.
Merujuk kepada responden sebagai pengusaha yang beragama Islam, tujuan dan matlamat
sesuatu perusahaan atau perniagaan diwujudkan sama sekali tidak boleh dipisahkan daripada
falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan falsafah
perniagaan berasaskan tauhid itu adalah merangkumi

i.

Falsafah Tauhid Memberikan Misi Yang Jelas Dalam Perniagaan

Pada dasarnya, falsafah sistem perniagaan Islam berteraskan kepada prinsip asas Islam seperti
konsep Tauhid (Rububiyyah danUluhiyyah), konsep keadilan dan konsep persaudaraan
(ukhuwwah). Falsafah Tauhid menggariskan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di
bumi ini untuk melakukan amal soleh atas prinsip kerjasama dengan mengaitkan tiga perkara
asas iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t. (hablum min Allah), hubungan manusia
dengan manusia (hablumminannas) dan hubungan manusia dengan seluruh kejadian alam,
makhluk dan persekitaran milik Allah s.w.t. (Ucapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad, Sempena Majlis Perasmian
Karnival Halal di Pulau Pinang, pada 28 Februari 2009).

Secara jelas, falsafah Tauhid menekankan pelaksanaan perintah Allah dalam setiap aspek
kehidupannya sama ada dalam kehidupan individu, berkeluarga, masyarakat dan bernegara.
Tauhid menganjur budaya perniagaan yang berpaksi kepada nilai keadilan dan kerjasama
untuk mewujudkan masyarakat yang bertamadun mulia dan bukan untuk mewujudkan
masyarakat rakus melalui amalan penindasan atau penipuan. Berkecimpung dalam
perniagaan sebagai tuntutan keagamaan dan ibadah, usahawan seharusnya sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti prestasi perniagaannya berpaksikan keimanan. Bertepatan dengan
falsafah Tauhid, Islam menganjurkan pengamalan akhlak yang baik dan penghayatan kepada

16

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

ibadat khusus seperti solat, puasa dan berzakat. Falsafah Tauhid ini dapat membentuk
mekanisme dalaman untuk memotivasikan usahawan Melayu. Dengan cara ini usahawan
akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu al-Falah iaitu kejayaan dan kebahagiaan dunia
dan akhirat. Untuk mencapai al-Falah, perniagaan diwujudkan dengan matlamat untuk
memelihara lima perkara dharuriyyah (agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta) berasaskan
kaedah Menolak Kerosakan Adalah Lebih Utama Daripada Mengambil Kebaikan.
Penjagaan dan pemeliharaan kepada lima perkara asas ini adalah penting bagi
menjaminmaqasid al-syariah (al-Hariri 1988; al-Zarqa 1998; al-Sayuthi t.t). Apa jua tindakan
dalam perniagaan yang diceburi, haruslah memastikan lima perkara asas ini diperlihara. Jika
berlakunya kemudharatan dalam salah satu lima perkara ini, perniagaan tersebut seharusnya
ditinggalkan bagi mengelakkan kerosakan (mafasid). Perniagaan dalam Islam adalah satu
ibadah dan hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak
syariat Islam.

Kehidupan sosial juga perlu dipelihara sesuai dengan falsafah Tauhid yang menjaga
hubungan manusia sesama manusia (hablumminannas). Siddiqi, M.N (1979) menjelaskan
tanggungjawab yang perlu dipenuhi dari sudut diri dan sosial seseorang pengusaha ialah:
1. Memenuhi keperluan diri dan keluarga secara sederhana.
2. Memenuhi keperluan diri dan keluarga untuk masa akan datang.
3. Memberikan khidmat dan sumbangan sosial seperti berusaha untuk menegakkan
agama Islam, membantu mencapai matlamat negara seperti membasmi kemiskinan,
menyediakan pekerjaan dan menstabilkan harga.
Kesan daripada penghayatan nilai-nilai Tauhid, peribadi dalaman pengusaha juga dapat
dibentuk secara seimbang antara aspek roh dan jasadnya, akal dan nafsunya serta berilmu
17

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dunia dan akhirat. Sebagai natijahnya akan lahir individu pengusaha dan peniaga yang
berakhlak
mulia, amanah, akauntabiliti dan konsisten dalam menjalankan tugasnya dengan cekap dan
penuh tanggungjawab, inovatif dan kreatif, sabar dan tegas, mempunyai visi dan misi dalam
kehidupannya, berfikiran positif, membantu kepada masyarakat, proaktif dalam menangani
permasalahan serta berjaya dalam kehidupan dunia dan persediaannya untuk ke akhirat.

PEMASARAN
Pemasaran adalah satu proses merancang dan melaksanakan konsep, perletakan harga,
promosi dan pengedaran sesuatu idea, barangan dan perkhidmatan untuk mewujudkan
pertukaran yang memenuhi objektif individu dan organisasi. Ia adalah satu sistem perniagaan
yang menyeluruh dan dibentuk untuk merancang, menyampaikan, menentukan harga,
mempromosi dan mengagihkan produk dan perkhidmatan mengikut kehendak pasaran di
samping memenuhi objektif syarikat (Siti Rahayu et al. 2008: 2). Proses pemasaran
memerlukan seseorang pengusaha mengenalpasti pembeli, memahami keperluan mereka,
merekabentuk keluaran mengikut keperluan pasaran, mempromosi dan meletakkan harga.
Pengusaha harus mengeluarkan apa yang dapat dijual atau apa yang dikehendaki oleh pasaran
bukan sekadar menjual apa yang dapatdikeluarkan.

Kemampuan dan keupayaan dalam memasarkan hasil produk makananadalah cabaran utama
yang dihadapi oleh para pengusaha kecil. Mereka sering kali menghadapi masalah
mendapatkan pasaran. Mereka perlu mengatur strategipemasaran dan mencari peluangpeluang rangkaian perniagaan secara bijak. Beberapa bancian dan soal selidik terhadap
pengusaha kecil dan sederhana (PKS) telah dijalankan sebelum ini dan boleh menjadi satu
sorotan kajian awal kepada penulisan ini. Banci Pertubuhan dan Enterpris Tahun 2005 yang

18

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dimulakan pada bulan Mac 2005, merupakan banci komprehensif yang pertama dijalankan
atas perusahaan perniagaan dalam tiga sektor utama iaitu pertanian, perkilangan dan
perkhidmatan. Borang soal selidik telah dihantar kepada 1.7 juta pertubuhan perniagaan dan
borang yang telah dilengkapi diterima daripada 523,132 pertubuhan (Laporan Tahunan PKS
2005/2006: 20). Banci menunjukkan bahawa hanya 10% daripada keseluruhan PKS
menjalankan beberapa bentuk aktiviti pemasaran dan promosi (Laporan Tahunan PKS
2005/2006: 27). Manakala satu kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia
terhadap 7,700 PKS pada bulan November 2001 menunjukkan bahawa PKS tertumpu
terutamanya pada pasaran dalam negeri sahaja. PKS kurang terlibat dalam perdagangan
antarabangsa dan menyebabkan mereka terlepas peluang bersaing di pasaran global.

Lebih 60% daripada PKS bergantung kepada usaha pemasaran sendiri manakala 21%
menjual produk melalui pameran perdagangan. Hanya 7% menjual produk melalui syarikat
perdagangan (Laporan Tahunan PKS 2005/2006: 33). Laporan Tahunan PKS 2006 (2007: 92)
oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan juga mendedahkan keupayaan pemasaran
pengusaha kecil masih lagi lemah. Kebanyakan mereka hanya memahami keperluan untuk
memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing dengan betul
tetapi hanya segelintir sahaja yang mengetahui secara mendalam selok-belok untuk
mencapainya.

Malahan sedikit sahaja yang mempunyai dana untuk melaksanakan promosi pemasaran.
Dalam kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan, lebih 50% daripada
keseluruhan industri kecil yang dikaji mengaku memperoleh keuntungan yang amat kecil
disebabkan oleh masalah pemasaran. Masalah ini wujud hampir dalam semua jenis
perniagaan industri kecil termasuk industri pembuatan makanan Rahmah Ismail (2008)

19

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mendapati bahawa pengusaha kecil di Malaysia menghadapi masalah pembelian input dan
pemasaran output. Mereka sangat bergantung kepada orang tengah dan kurang mempunyai
inisiatif dalam mencari pasaran alternative untuk mendapatkan input dan memasarkan output.
Oleh itu, pengusaha kecil tidak terdedah kepada strategi dan pengalaman pemasaran secara
langsung.

PENSIJILAN HALAL
Selain daripada kurangnya kesedaran dalam mendapatkan pensijilan halal, kebanyakan
pengusaha kecil makanan halal kurang berilmu tentangkeperluan pendaftaran hak milik
(harta) intelek. Produk yang mereka hasilkan seharusnya didaftarkan agar tidak berlaku
kecurian hak milik (harta) intelek mereka. Beberapa kajian yang telah dijalankan
membuktikan usahawan yang mendaftarkan perlindungan harta intelek mampu meningkatkan
nilai pasaran produk mereka, mampu mendapat peluang ke pasaran global serta mampu
mendapat pulangan yang lumayan (http://www.wipo.int/sme.htm).

Kajian yang telah dibuat di kawasan Tenggara England mendapati kebanyakan pengusaha
IKS di kawasan tersebut tidak mahu mendaftarkan harta intelek mereka kerana mereka
menerima maklumat yang salah tentang kepentingan pendaftaran harta intelek. Terdapat juga
kajian yang dijalankan di Australia yang menunjukkan bahawa pengusaha IKS tidak berminat
mendaftarkan harta intelek kerana perlindungan harta intelek yang disediakan tidak sesuai
dengan produk keluaran mereka berbanding dengan produk dari industri farmasi. Kesan
daripada kurangnya kesedaran dalam mendapatkan perlindungan harta intelek, pengusaha
kecil juga menghadapi masalah reka bentuk pembungkusan yang merupakan masalah utama
dalam pemasaran produk IKS (www.idesa.net.my-berita).

20

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Reka bentuk pembungkusan merupakan elemen penting dalam menarik minat pelanggan
terhadap sesuatu produk. Pengusaha boleh mendapatkan maklumat tentang elemen reka
bentuk ini menerusi pendaftaran di bawah harta intelek. Terdapat sesetengah produk yang
kurang

berkualiti

tetapi

diyakini

akan

kehebatannya

berdasarkan

persembahan

pembungkusan. Namun begitu ada daripada produk yang berkualiti tetapi tidak dapat
mempengaruhi pembeli kerana pembungkusan yang kurang menarik. Ini menyebabkan
pengusaha tidak dapat memasarkan produk mereka secara lebih meluas dan menyaingi
produk sedia ada di pasaran. Kekurangan modal, tahap teknologi serta kemahiran pekerja
rendah, reka bentuk keluaran dan pembungkusan kurang menarik serta tidak dapat memenuhi
pesanan pelanggan menyebabkan hasil keluaran produk IKS kurang berkualiti.

Azrina Sobian (2008) dalam tulisannya menyatakan barangan halal keluaran industri kecil
Muslim menghadapi masalah penjenamaan. Masalah penjenamaan yang dimaksudkan ialah
terdapat sesetengah barangan itu mempunyai jenama yang langsung tidak bercirikan Islam
atau halal. Kesilapan sebegini menjadikan sesuatu barangan yang halal kelihatan tidak halal.
Ini boleh menghalang aliran barangan daripada pengeluar kepada pengguna. Hakikatnya
keyakinan terhadap barangan dan keterampilan barangan itu juga adalah perkara penting.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila melihat ramai industri kecil Muslim yang mampu
mengeluarkan barangan sendiri tetapi gagal memasarkannya kerana masalah penjenamaan
(Utusan Malaysia, 30 Jun 2006). Terdapat banyak kajian lain yang telah dijalankan berkaitan
pengusaha kecil dan keupayaan pemasaran. Satu kajian yang dijalankan di bawah Pelan
Pembangunan IKS pada tahun 1999 berhubung hala tuju IKS di mana penumpuan kajian
adalah pada kekuatan serta kelemahan IKS dari aspek keupayaan, kemampuan daya saing
bagi menyediakan sokongan yang diperlukan dalam menentukan hala tuju pembangunan

21

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

perindustrian negara (http://www.smidec.gov.my). Fozian Ismail (2001) pula mengaitkan


fenomena globalisasi sebagai satu aspek penggugat utama perkembangan IKS di Malaysia.
Menurut beliau, fenomena ini secara tidak langsung mampu melemahkan semangat para
pengusaha IKS tempatan dalam persaingan global, akibat keterbukaan ekonomi di persada
dunia.

KESIMPULAN
Industri makanan halal merupakan satu industri yang cukup berpotensi besar dan mempunyai
pasaran yang luas dalam negara dan luar negara. Apa yang penting sebagai bakal ushawan
ialah mengambil langkah-langkah perlu berkaitan dengan industri halal seperti pensijilan,
jenis bahan yang digunakan, ciri-ciri produk halal, dan keupayaan menampilkan diri seorang
muslim yang Berjaya bagi ushawan ini patut dijadikan kayu ukur utama. Selain itu factor
pasaran yang perlu diselidiki supaya menepati kehendak pengguna terutama pengguna Islam
peru diberi keutamaan. Yang pasti insdustri ini dilihat mampu untuk menjana ekonomi negara
dengan baik kerana keperluan dan permintaannya kini dilihat cukup besar dan boleh membri
keuntungan yang lumayan.

RUJUKAN
Asmak Ab Rahman (2009). Sekuriti Makanan Dari Perspektif Syariah. Jurnal Syariah, Jilid
17, Bil. 2, 299-326.
22

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

E-Halal (2010). Portal Rasmi Halal Malaysia. Atas talian 13 March 2013, dari
http://www.halal.gov.my
E-Halal Organization (2010). Your Ultimate Guide to the World of Halal Food. Atas talian 13
March 2013 dari http://www.ehalal.org/index.html
Fischer, Johan (2008). Proper Islamic Consumption: Shopping Among the Malays in Modern
Malaysia. Copenhagen: Nias Press.
Hayati@Habibah Abdul Talib & Khairul Anuar Mohd Ali (2008). Aspek Kualiti,
Keselamatan dan Kesihatan di Kalangan PKS Makanan: Satu Sorotan Kajian. Jurnal
Teknologi, 49(E) Dis. 2008: 65-67.
Husna, M. (2007). It is a matter trust. Forward, Vol. 11, 39.
Laporan Ekonomi (2007/2008). Bab 1: Pengurusan dan Prospek Ekonomi. Kementerian
Kewangan Malaysia. Atas talian 13 March 2-13 dari http://www.treasury.gov .my/pdf/
ekonomi/le/0708/bab1_0708.pdf
MIDA, (2008). Laman Rasmi Malaysian Industrial Development Authority.Atas talian 13
March 2013 dari http://www.mida.gov.my
MIDA.

(2012).

Industri

Makanan.

Atas

talian

March

2013,

dari

http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=makanan.
Mohd Akbal Abdullah & Rafiuddin Afkari (2011). Strategi Pengembangan Usaha Kecil dan
Menengah Dalam Menghadapi Serangan ACPTA. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Internasional Universitas Islam Indragiri pada 15 Jun 2011.

23

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Abd. Razak Dan (2011). Strategi Ke Arah
Peningkatan Daya Saing Produk Makanan Halal Di Malaysia. Atas talia 13 March
2013 http://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja/produk%20makanan%20 halal.pdf
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid dan Abd. Razak Dan (2011). Strategi ke arah
peningkatan daya saing produk makanan halal di Malaysia. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Atas talian 10 MARCH 2013 dari http:// www.ukm. My /hairun /kertas
%20kerja/ produk%20makanan%20halal.pdf
Mohd Rosli Abdul Aziz. (1998). Suasana Ekonomi Semasa: Hala Tuju Sektor Pertanian
Komersial Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pembangunan Usahawan
Wanita Dalam Industri Berasaskan Pertanian.
Mohd Yusrin Mohamed Yusof (2010). Hab Halal: Kajian Terhadap Industri Makanan Halal
Di Malaysia. Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Tidak diterbitkan.
Muhyidin Mohd Yassin (2010). Mempekasakan Ekonomi Ummah Melalui Pemantapan
Jaringan Tempatan Dan Penerokaan Berkesan Dalam Pasaran Global: Persiapan
Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia. Ucapan Persidangan Kongress Ekonomi
Islam ke-3 pada 12 15 Januari 2010.
Nik Maheran Nik Muhammad, Filzah Md Isa dan Bidin Chee Kifli (2009). Positioning
Malaysia as Halal-Hub: Integration Role of Supply Chain Strategy and Halal
Assurance System. Asian Social Science, Jilid 5, Bil. 7.
Pang, F. & P. S. Toh. (2008). Hawker Food Industry: Food Safety/Public Health Strategies in
Malaysia. Nutrition and Food Science. 38 (1): 41-51.

24

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Sazelin Arif (2009). Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan di
Melaka Tengah: Satu Kajian Awal. Pusat Bahasa & Pembangunan Insan, Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Tidak diterbitkan.
Siti Norlina Muhamad et al. (2005). Kecenderungan Ibubapa Muslim Terhadap Pemakanan
Halal. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi
Malaysia. Tidak diterbitkan.
Zawanah Muhammad, Munir Md. Salleh & Abdul Muhaimin Mahmood (2011). Halal:
Antara Tuntutan Agama dan Strategi Ekonomi. Atas talian 13 March 2013, dari
http://www.islam.gov.my/ muamalat/sites/ default/files/kertas_ ilmiah/2010/04/halal _
antara_tuntuan_agama_dan_strategi_ekonomi.pdf
Zunirah Talib, Suhaiza Zailani and Yusserie Zainuddin (2010). Conceptualizations on the
Dimensions for Halal Orientation for Food Manufacturers: A Study in the Context of
Malaysia. Pakistan Journal of Social Sciences Jilid 7, Bil. 2, 56-61.

25

You might also like