You are on page 1of 10

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1005

PIAGAM MADINAH : MODEL PERPADUAN KAUM


DI MALAYSIA
Oleh:
DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN
DR. SALHAH ABDULLAH
DR. SALAH MOHAMED ZAKI MOHAMED IBRAHIM
DR. AHMED ABDUL MALIK
DR MUHAMMAD NASHIEF
EN MOHD AFFIFUDDIN MOHAMMAD
EN. SYED HAASHIM BIN SYED ABDUL RAHMAN
Fakulti Kepimpian dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK

Kewujudan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara Malaysia ini memerlukan satu mekanisma mencari
titik pertemuan bagi mewujudkan kesatuan dan perpaduan. Kewujudan pelbagai bangsa dan agama serta latar
belakang budaya di Malaysia merupakan satu cabaran dalam mengekalkan keharmonian di negara ini.
Pemelukan Islam dilihat sebagi satu isu yang boleh memecah belahkan masyarakat dan hak kebebasan agama.
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk untuk mencari pendekatan dizaman Nabi SAW dalam menyatupadukan
ummah pelbagai bangsa dan agama. serta pemeliharaan hak-hak beragama berasaskan saling memahami dan
menghormati antara sama sama lain. Huraian isu ini adalah berdasarkan pendekatan sejarah dan konsepsual.
Dapatan daripada isu ini ialah perlu wujudnya perlembagaan yang disuaikan dengan keadaan semasa
masyarakat sebagai asas panduan kehidupan beragama bagi memastikan masyarakat berbilang bangsa dan
agama dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Kata Kunci: Kepelbagaian agama, perundangan di Malaysia,


Pendahuluan
Kestabilan yang wujud dalam sesebuah Negara amat tergantung kepada keamanan,
perpaduan dan keharmonian yang terjalin pada rakyat. Perbezaan kaum, agama dan
kepercayaan tidak seharusnya menjadi penyebab berlakunya perpecahan dan perbalahan,
namun perbezaan ini merupakan satu sifat semulajadi manusia yang harus dihargai dan
salingmenghormati hak dan nilai perbezaan.
Situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama khususnya
antara Islam dan bukan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan fenomena
dalam perhubungan antara penganut agama sekarang. Kewujudan iklim yang plural dari segi
agama, bangsa dan budaya di negara Malaysia menjadikan seluruh rakyat dan pemimpin
berusaha mencari satu mekanisme kearah pembentukan dan penyatuan masyarakat secara
efektif.

45

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Perbezaan Merupakan Nilai Semulajadi


Kepelbagaian atau pluraliti dalam dimensi kenegaraan atau ketamadunan yang terdiri
daripada kepelbagaian bangsa, budaya, agama dan bahasa adalah dibangunkan dan disatukan
dalam bentuk kesatuan kemanusiaan. Oleh itu, hanya kesederhanaan dan sikap toleransi yang
tinggi mampu untuk meseimbangkan dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian.
Kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah Negara yang terdiri daripada perbezaan agama,
bangsa, budaya dan bahasa merupakan satu nilai semulajadi dalam membentuk
keseimbangan pembangunan sesebuah Negara dalam kerangka wujudnya semangat ingin
berkenalan atau bertaaruf. Semamangnya nilai dan semangat ini menjadi agenda utama
masyarakat bagi melahirkan satu keadaan yang kondusif serta harmoni. Allah SWT
berfirman:

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)(Surah alHujurat: 13)
Sememangnya perbezaan yang wujud dalam sesebuah Negara itu adalah fitrah daripada
kehidupan manusia. Namun yang menjadi persoalan utama dan perkara pokok dalam
menghadapi dan melunasi perbezaan ini adalah, bagaimanakah kepelbagaian dan perbezaan
ini diuruskan dan bagaimana penerimaan masyarakat dalam menghadapi orang yang
berlainan agama, budaya dan bangsa dengannya. Inilah ujian dan cubaan yang menjadi
agenda oleh rakyat dalam menyelesaikan persoalan ini. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu
Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah
menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu),
tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada
kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).
46

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa
yang kamu berselisihan padanya.(Surah al-Maidah: 48)

Piagam Madinah Sebagai Model Utama


Kewarganegaraan di Negara Islam yang pertama (Madinah) dijelaskan hak-hak, kewajipan,
ikatan perjanjian serta hubungan semua penduduk Madinah adalah berteraskan kepada
Shahifah Madinah (dokumen asas, perlembagaan negara Madinah). Menurut beberapa
peruntukkan penting yang terdapat di dalam perjanjian ini mengikat dan mewujudkan
kesatuan masyarakat yang berada dalam sebuah komuniti yang mempunyai kepelbagian
agama, bangsa, kabilah dalam sebuah kedaulatan Negara (Mohammad Immarah, 16:1999).
Antara peruntukkan yang terdapat dalam Perlembagaan Madinah:

"Kaum Yahudi Bani 'Auf bersama dengan warga yang beriman adalah satu umah.
Kedua belah pihak, kaum Yahudi dan kaum Muslimin, bebas memeluk agama
masing-masing. Demikian pula halnya dengan sekutu dan diri mereka sendiri. Bila
diantara mereka ada yang melakukan aniaya dan dosa dalam hal ini, maka akibatnya
akan ditanggung oleh diri dan warganya.

"Semua warga akan saling bahu membahu dalam menghadapi pihak lain yang
melancarkan serangan terhadap Yastrib."

"Sesungguhnya perjanjian ini tidak membela orang-orang yang berbuat aniaya dan
dosa. Setiap orang dijamin keamanannya, baik sedang berada di luar Madinah
maupun sedang berada di Madinah, kecuali orang yang berbuat aniaya dan dosa.

Piagam Madinah yang merupakan panduan utama yang diwujudkan di Negara Madinah
merupakan satu dokumen penting bagi memastikan setiap agama, kabilah dan rakyat yang
bernaung dalam Negara tersebut mendapat mendapat hak dan pembelaan ke atas diri mereka.
Justeru itu, konsep dan nilai ini menjadi asas utama dalam pembentukkan kestabilan dan
keharmonian masyarakat dalam sesebuah Negara.
Gagasan masyarakat Malaysia merupakan keadaan seluruh masyarakatnya yang terdiri
daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya, sewajarnya mempunyai semangat dan perasaan

47

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

sebangsa dengan nama kolektif (bangsa Malaysia) yang sama berkongsi wilayah, ekonomi,
budaya dan nasib masa depan bersama dengan rupa bangsa yang sepunya.
A nation is a group of people with a sense of unity based on the importance the group of attributes to
a shared trait or custom. A common language, religion, ethnicity, race and culture have often served
as the foundations of national identity. (Ellen Grigsby, 2015)

Agama dan etnisiti merupakan faktor yang penting dalam masyarakat dan politik Malaysia
kontemporari. Dua bentuk keadaan di Malaysia yang menentukan politik dan hubungan etnik,
iaitu masyarakat bi-racial (dua bangsa). Justeru, satu mekanisma yang bersifat menyeluruh
dan perlu digunapakai untuk merealisasikan dan mewujudkan hubungan antara agama dan
kaum yang berlandaskan realiti dan mentaliti tempatan. Kepelbagaian agama, budaya dan
bangsa merupakan satu fitrah yang perlu dihargai dan dihubungkan.
Perlembangaan Sebagai Pusat Penyatuan
Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling penting dan tinggi kedudukkannya
dalam pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan mengandungi peraturan asas dan undangundang bagi seseuah negara. Perlembagaan juga adalah sebagai menifestasi sistem politik dan
pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara. Pembentukkan undangundang mesti selaras dan sesuai dengan semangat perlembagaan itu sendiri.
Perlembagaan adalah suatu dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa
awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagikan dan digunakan. Perlembagaan juga perlu
melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara. Antara tujuan utama
pembentukkan perlembagaan adalah untuk menjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab
rakyat sebagai warganegara yang menentukkan kelangsungan sesebuah negara dan menjamin
keamanan, keharmonian sesebuah negara.
Isu-isu perlembangaan merupakan perkara yang paling serius dibincangkan oleh penduduk di
negara ini. Hal ini disebabkan pembentukkan perlembagaan adalah perkara pokok atau nadi
dalam menuju pembentukkan negara-bangsa Tanah Melayu yang merdeka. Cabaran dalam
memastikan pembentukkan negara Malaysia ini khususnya adalah kepelbagaian budaya,
agama dan bangsa.

48

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Secara asasnya, faktor perkauman berperanan sebagai sebuah sistem dalaman yang boleh
menstabilkan sistem politik. Ini ada kaitannya dengan kesedaran elit politik pemerintah dan
pembangkang bahawa semangat perkauman yang melampau atau chauvinist akan
menghancurkan seluruh sistem politik dan merugikan kedua-dua belah pihak. Malaysia ialah
sebuah negara yang mempunyai banyak agama. Rakyat dinegara ini mengamalkan agamaagama yang berlainan seperti Hindu, Buddha, Kristian dan kepercayaan lain (Mohd Salleh
Abbas, 1997).
Kewujudan keharmonian, persefahaman dan toleransi adalah elemen yang paling penting
bagi memastikan kestabilan politik dan keamanan dalam masyarakat terjaga. Kesatuan dan
perpaduan adalah matlamat utama yang harus disedari oleh setiap individu di dalam
masyarakat Malaysia. Pembentukan perlembagaan yang berperanan sebagai tali pengikat dan
penyatu kepada semua perkara yang bernaung dalam negara Malaysia perlu dihayati dan
menjadi rujukan kepada setiap perkara yang berlaku.
Perlembagaan negara adalah merupakan sumber utama untuk kefahaman setiap warganegara
dan pembinaan kenegaraan. Setiap rakyat perlu akur dan menghormati intisari dan semangat
perlembagaan. Pembentukkan perlembagaan adalah permuafakatan di kalangan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Pembentukkan kepada permuafakatan dan
penyatuan masyarakat, jaminan perlembagaan dalam meletakkan hak kebebasan asasi setiap
perkara dan pengamalan dalam ajaran setiap kaum merupakan inti yang paling utama untuk
meletakkan dan menjamin keadilan bagi setiap agama dan bangsa. Menurut H.E Groves:
Kebebasan asasi itu sesungguhnya mungkin berubah mengikut setiap masyarakat yang memilih untuk
mentakrifkannya. Dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia Sembilan kebebasan atau hak
digolongkan sebagai asasi. Kebebasan itu ialah, Kebebasan Diri, Bebas dari abdi dan

menjalankan kerja paksa, Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa


kebelakangan dan perbicaraan berulang, Sama rata, Larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, Kebebasan beragama,
Hak-hak berkenaan pelajaran dan Hak terhadap harta (Groves. Harry E. 1983).

Jaminan perlembagaan terhadap pengamalan setiap agama yang wujud dalam masyarakat
Malaysia ini, seharusnya menjadi satu mekanisma penyatuan semua agama dalam konteks
kebebasan untuk setiap agama beramal dan melakukan pengajaran dalam kelompok mereka.
49

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Semangat perpaduan yang dijamin oleh perlembagaan ini tidak boleh dicerobohi dan
diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang berasalan ingin mempertahankan agama mereka.
Semangat perpaduan dan keharmonian ini adalah matlamat utama yang ingin dicapai oleh
semua kaum dan bangsa dalam sesebuah negara. Oleh itu, peruntukkan perlembagaan dalam
maksud memelihara hak setiap agama ini mesti dijadikan sebagai tunjang asas dan disemai
dalam seluruh masyarakat di Malaysia. Dalam pembentukkan semangat ini, nilai-nilai dan
perkara yang tertulis di dalam perlembagaan adalah rujukkan utama setiap masyarakat dalam
memutuskan segala perkara yang melibatkan sentimen atau pertembungan yang boleh
menyebabkan pertentangan berlaku.
Peruntukkan perkara 3 perlembagaan Malaysia yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah
agama rasmi Persekutuan. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama
bagi Persekutuan mestilah memberikan pertimbangan kepada kepercayaan lain. Justeru itu,
Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kebebasan
beragama dijamin bagi semua agama dans etiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4, untuk mengembangkannya (Mohd
Salleh Abbas, 1997).
Kebebasan asasi yang termaktub dalam perlembangaan merupakan asas yang mesti difahami
dan dihayati oleh semua. Kebebasan Asasi mengikut tatabahasa peruntukkan perlembagaan
yang ia menjadi sebahagian daripadanya, ternyata sebagai mutlak: Kebebasan menganuti dan
mengamalkan sesuatu agama, kebebasan dari percukaian khas, tetapi bukannya secara umum,
untuk membantu sesuatu agama yang lain dari agamanya sendiri, Kebebasan suatu kumpulan
agama untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh serta menyenggara
institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, Hak tidak menerima ajaran
mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang
suatu agama lain daripada agamanya sendiri (Groves. Harry E, 1983).
Perbezaan bangsa, budaya dan agama, merupakan satu cabaran yang seharusnya disedari oleh
semua masyarakat bagi memastikan kemakmuran, keharmonian dan semangat patrotisma
yang telah dibina ini terus dikekalkan dan disemai kepada ganerasi yang baru. Hubungan
antara agama dan bangsa adalah isu yang begitu asas dan merupakan tapak yang utama dalam
menjayakan visi dan misi ini. Cetusan dan perlakuan yang membawa kepada pergeseran dan
50

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

pertembungan adalah satu tindakan yang sesekali menyalahi semangat perlembagaan dan
hilangnya nilai patrotisma yang membawa negara lebih maju kehadapan.
Peruntukkan terhadap hak asasi setiap agama dan bangsa ini tidak sesekali boleh dipandang
ringan dan digugat oleh mana-mana pihak. Peruntukkan yang termaktub ini menjadi rujukkan
dan panduan oleh semua agama dan bangsa untuk saling bertaut dan mewujudkan tali
perpaduan dalam masyarakat.
Ekstremis agama dan assabiyah perkauman adalah penyakit paling utama yang mengundang
kepada perpecahan dan pergolakkan dalam masyarakat. Oleh itu ruangan dialog, wacana dan
penyebaran nilai-nilai murni oleh setiap agama adalah tuntutan yang mesti dipenuhi oleh
setiap penganut agama. Media massa khususnya sama ada media cetak atau media elektronik
harus menjadi tulang belakang kepada perlaksaan proses ini.
Di samping itu juga media adalah lidah rasmi kepada mana-mana kelompok yang menjadi
agen yang membawa isu dan berita kepada arus perdana. Oleh itu, media adalah wasilah
terbaik dalam pembentukkan dan penjalin kebersamaan dan penghubung yang utama.
Media Sebagai Wasilah Perpaduan
Media merupakan aspek penting bagi memastikan segala perancangan, wawasan dan halatuju
yang dirangka mencapai matlamat dan dapat dijayakan. Media adalah agen terbesar di
Malaysia sama ada media elektronik atau media cetak dalam memainkan peranan sebagai
lidah rasmi kepada sesuatu parti, kaum sebagai penyampai dan penghubung kepada
masyarakat luar tentang isu dan perkara yang berlaku dalam kelompok tersebut.
Political scientists have pointed out that media's relation to political events can be multidimensional,
with media coverage appearing sometimes to shape and other times to be shaped by events (Ellen
Grigsby, 2015).

Peristiwa dan isu yang dilaporkan oleh media massa berpotensi untuk memberi dan
membentuk pengaruh terhadap masyarakat, baik pengaruh berbentuk negatif mahupun positif
seperti meningkatkan aspirasi kepada mayarakat agar lebih mudah untuk mendapatkan segala
isu dan pengetahuan yang berlaku. Di samping itu juga, wujudnya kepelbagaian pendapat dan
aliran di berbagai media cetak, menjadikan setiap individu itu tidak hanya mendapatkan
penjelasan hanya dari sudut yang sama, tetapi membuka ruang yang lebih besar untuk
dianalisa segala peristiwa dan isu yang berlaku.
51

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kemajmukkan atau kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia, tidak menghalang


masyarakatnya untuk setiap kelompok melaporkan segala peristiwa seperti perayaan dan
sambutan hari kebesaran setiap agama atau bangsa. Media massa adalah wasilah terbaik
untuk lebih mempromosikan dan bertindak sebagai alat penyatu bagi semua masyarakat
untuk mendapatkan info tentang sesuatu budaya atau amalan agama melalui media arus
perdana ini.
Ruang yang diwujudkan ini, boleh menjadikan suasana menjadi keruh atau jernih. Peristiwa
pergaduhan antara bangsa Cina dan Melayu pada 13 Mei adalah tanda dan contoh dimana
media arus perdana ini menjadi alat kepada setiap kaum untuk menyemai sikap perkauman
yang negatif, maka wujudlah suasana seperti yang dilaporkan. Kebebasan dan peluang yang
disediakan seharusnya menjadi tempat untuk saling bertukar dan memahami amalan dan
ajaran agama dan bangsa yang berbeza. Namun, terdapt juga segelintir masyarakat ini
menggunakan peluang ini untuk terus mengapikan nilai negative terutamanya badan politik
hanya semata-mata untuk menarik simpati masyarakat kepada parti mereka.
Di Malaysia, demokrasi kewartawanan dan etika media massa masih menjadi perdebatan
umum walaupun kebebasan media telah diberikan ruang dalam proses partisipasi demokrasi
apabila akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 akan dimansuhkan kelak. Tetapi pandangan ahli akademik komunikasi di
Malaysia bahawa kawalan yang ketat terhadap penyebaran maklumat yang meluas adalah
wajar sebagai asas bagi tindakan politik dan kestabilan serta perkembangan negara adalah
lebih diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan individu dianggap tidak penting juga
tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja. Dan pada masa yang sama fungsi media baru
yang semakin popular dan mengatasi peranan media konvensional ini juga perlu dianalisis
secara kritikal (Norazleen Bt. Mohd Nor, Edwin Michael, Afi Roshezry B. Abu Bakar, Ira
Meilita Bt. Ibrahim, Mohd Azmir B. Mohd Nizah, 2010).
Pengawasan dan pemantauan terhadap berita dan maklumat yang disampaikan oleh media
arus perdana ini, menjadi satu kewajaran oleh pihak pemerintah agar segala maklumat yang
disampaikan kepada masyarakat tidak mempunyai unsur yang ebrsifat permusuhan.
Kemajmukan atau kepelbagaian yang wujud dinegara ini, seharusnya dihormati dan diberi
peluang kepada setiap agama, bangsa atau kelompok untuk mengenengahkan segala
maklumat kepada masyarakat bagi mengelakkan segala perbezaan itu menjadi satu agenda
52

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

untuk terus dibincangkan mengatasi segala bentuk perkongsian bersama seperti hak sebagai
warganegara, pendidikan dan sebagainya menjadi penghalang untuk melahirkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan kondusif.

Kesimpulan
Kemajmukkan yang wujud di dalam masyarakat Malaysia kini yang terdiri daripada pelbagai
agama, budaya dan bangsa telah membentuk satu keadaan yang begitu kompleks dan
dinamik. Mekanisma yang digunakan dalam mencari titik temu bagi menyatukan dan
mendekatkan jurang perbezaan adalah satu perkara yang perlu di ambil perhatian yang
khusus.
Pendekatan demokrasi yang diamalkan sejak sekian tahun terdahulu, membolehkan beberapa
titik perbezaan dari sudut pengamalan budaya dan agama serta hak sebagai seorang
warganegara dapat dipadukan dan diikat berlandaskan perlembagaan. Jaminan dan
peruntukkan perlembagaan yang digunapakai oleh seluruh masyarakat adalah mekanisma
yang terbaik dalam bertindak sebagai tali pengikat bagi setiap agama, bangsa dan budaya
untuk menjalankan segala aktiviti mereka dengan bebas.
Keharmonian, kedamaian dan toleransi yang merupakan agenda utama setiap individu dalam
masyarakat Malaysia tidak mampu dikecapi sekiranya setiap agama dan bangsa hanya
memikirkan kepentingan sendiri. Media massa yang menjadi agen penyatu haruslah
memainkan peranan dalam menyemai sikap toleransi ini. Oleh itu, perbezaan dan
kepelbagaian ini harus diikat dan dipadukan bagi mewujudkan kondisi yang harmoni dan
melangkah sebagai sebuah Negara yang maju dan berwawasan.

Penghargaan
Terima kasih kepada KPT dan USIM kerana memberi Dana Penyelidikan RAGS. Kod
USIM/RAGS/FKP/36/50213

Rujukan

53

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Ellen Grigsby. 2015. Analyzing Politics An Introduction To Political Science. United States
Of America. Cengage Learning.
Muhammad Abu Bakar. 1987. Penghayatan Sebuah Ideal Suatu Tafsiran Tentang Islam
Semasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohammad Immarah. 1999. Islam Dan Pluralitas: Perbedaan Dan Kemajmukkan Dalam
Bingkai Persatuan. Jakarta. Gema Insani Press.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif
Sejarah,Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. Bil 3. Hlmn 61-84. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Norazleen Bt. Mohd Nor1, Edwin Michael, Afi Roshezry B. Abu Bakar, Ira Meilita
Bt.Ibrahim, Mohd Azmir B. Mohd Nizah. 2011. Media Baru dan Demokrasi di Malaysia: Ke
arah Perpaduan Nasional. Prosiding Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional, Kuala
Lumpur.
Rahimin Affandi Abd. Rahim1, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, Dan Nor Hayati Mohd
Dahlal. 2011. Dialog Antara Agama: Realiti Dan Prospek Di Malaysia. Jurnal Kajian
Malaysia, Jil 29, Bil 2. Hlmn 91-110. Universiti Sains Malaysia.
Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam. 2015. Konflik Perpaduan Kaum Dalam Ketamadunan
Masyarakat Melayu Malaysia. Proceedings of ICIC2015 International Conference on
Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. Hlmn 718-723. Institut Penyelidikan
Produk dan Ketamadunan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
V.Gayathry. 2003. Malaysia Hak Asasi Dipertikaikan: Undang-undang Mengonggkong
Kebebasan Di Sebuah Negara Berparlimen. Kuala Lumpur. Vinlin Press SDN BHD.

54

You might also like