You are on page 1of 10

PIAGAM MADINAH

1. 1. Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan
negara Islam di Madinah berteraskan wahyu oleh Allah SWT untuk menjadi garis
panduan kepada seluruh dunia Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke
Madinah,tidak terdapat pemerintahan dan pentadbiran yang teratur malah berlaku pecahbelah sesama masyarakat Madinah khususnya Yahudi dengan orang Arab Baginda
telah merangka struktur untuk menegakkan sesebuah negara
2. 2. Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan
kedua Hijrah-melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (Muhajirin dan Ansar) dan
antara kaum Islam dan kaum Yahudi Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma
masyarakat pada waktu itu. Baginda membentuk undang-undang yang dikenali
sebagai sahifah
3. 3. Terdiri daripada 47 fasal. Terbahagi kepada 5 bahagian umum: Fasa 1 =
pengenalan kepada piagam,mengakui adanya Allah SWT dan kerasulan Nabi
Muhammad SAW Fasa 2-11 = menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara
Islam Madinah Fasa 12 23 = menerangkan kewajipan umat Islam dari segi
tanggungjawab sesama sendiri dan perkara- perkara yang patut dilakukan dan yang
patut ditinggalkan Fasa 24-38 = menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara
Islam Madinah Fasa 39-47 = menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai
sebuah kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan
4. 4. Wahyu Allah SWT merupakan sumber utama undang2 negara Masyarakat Madinah
dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka Nabi Muhammad SAW ialah
pemimpin masyarakat Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama
setiap anggota Sahifah mesti menjalankan hubungan yang erat Fungsi sahifah adalah
utk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kpd org bukan Islam
5. 5. Piagam madinah terbahagi kpd 2: Piagam Madinah Bahagian pertama:
-mengandungi 23 fasal yg menyentuh ttg kaum Yahudi dan bertanggungjawab terhadap
sesama sendiri. -ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah (sebelum perang Badar)
Bahagian kedua : -mengandungi 24 fasal Membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab
mereka terhadap negara Islam di Madinah Ditulis selepas Perang Badar
6. 6. Kandungan umum Piagam Madinah meliputi perkara yg berikut: Perjanjian yang
berkaitan dengan golongan Muslimin Perjanjian yang berkaitan dengan golongan
Yahudi Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin Perjanjian yang
melibatkan semua pihak,berkaitan dengan peraturan-peraturan umum
7. 7. Kepentingan piagam madinah Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai
pemerintah tertinggi dan unggul -Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul.
-Memberi penumpuan terhadap aspek akidah dan duniawi dalam pemerintahannya
-Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan yang unggul -Mewujudkan
sistem kehakiman dan keadilan bagi menyelesaikan masalah
8. 8. Mewujudkan rasa tanggungjawab mempertahankan Madinah -Semangat Piagam
Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yg terdiri dari orang Islam dan bukan
Islam bersama- sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada musuh -Masyarakat
Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan mana-mana musuh Islam yang
menentang kerajaan Islam di Madinah -Mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

permusuhan -kaum Yahudi dianggap warganegara Madinah selagi mereka


melaksanakan tanggungjawab menurut Piagam Madinah
9. Mewujudkan perpaduan umat Islam -Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada
masyarakat Muhajirin dan Ansar -Memberi penekanan terhadap kerjasama dan bersatu
padu antara masyarakat -Merangkumi kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di
Madinah seperti Yahudi,Aus,Khazraj,Quraisy,Parsi dan Habsyi -Tuntutan terhadap hidup
bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan
mendidik masyarakat menjadi ummah yang kuat tanpa mengira kaum,tempat dan tempat
tinggal -Dapat mengelakkan perpecahan dan mewujudkan masyarakat Islam tulen
berlandaskan akidah dan keimanan
10. Penekanan terhadap Musyawarah dalam pemerintahan -Piagam Madinah
mengamalkan prinsip musyawarah berlandaskan keadilan dalam pemerintahan -Semua
kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaum masing-masing -Penduduk Madinah
juga diberikan hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin
11. Mewujudkan keadilan dan persamaaan terhadap masyarakat Madinah -Piagam
Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira
keturunan,bangsa dan kedudukan bagi mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan
-Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat -Setiap masyarakat juga
bertanggungjawab utk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar aman
dan sejahtera -Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak
dan kebaikan kpd mereka -Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah
tidak boleh bersikap zalim seperti menindas orang yang lemah
12. Kedudukan kaum Yahudi -Masyarakat Yahudi diberi kebebasan utk mengamalkan
agama,adat dan budaya. -Mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah utk
Menganuti agama mereka. -Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau
Golongan yang lemah. -Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah
selagi mereka mematuhi piagam tersebut
13. Kebebasan beragama -Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap
kaum Yahudi dan penganut agama lain -Kebebasan ini diberikan kerana :- Islam
menghormati kebebasan beragama,iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap
individu Menghindarkan permusuhan antara masyarakat Mengelakkan kaum Yahudi
daripada menyebarkan agama mereka di Madinah
14. Pembinaan sebuah Kerajaan Islam yang kuat -Untuk membentuk sebuah kerajaan
Islam yg kuat,masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran
-Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka
merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu. Piagam ini juga menyatakan
bahawa kerajaan madinah adalah hak milik mereka bersama -Oleh itu,masyarakat
Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh
-Hak dan tanggugjawab masyarakat madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa
mengira agama mereka
15. Kebebasan masyarakat Madinah -Penindasan kepada golongan yang lemah
seperti yang dilakukan oleh kaum Yahudi adalah dilarang dalam Piagam Madinah kerana
untuk menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata antara penduduk. -Hal ini dapat
menjamin keharmonian hidup masyarakat Madinah -Kebebasan hak asasi ini meliputi
kebebasan beragama,beramal,bekerja,bersuara dan sebagainya selagi tidak

bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana kebebasan tanpa batasan akan
mewujudkan kezaliman yg boleh memecahbelahkan perpaduan ummah
16. 16. Menyatupadukan Penduduk Madinah -Masyarakat Madinah dapat disatukan
menerusi Piagam Madinah -Piagam ini juga menitikberatkan hubungan hubungan baik
antara masyarakat Islam dan bukan Islam -Piagam Madinah ini dapat dirumuskan
bahawa masyarakat Madinah mengamalkan tradisi jahiliah telah berubah dengan
menerapkan nilai-nilai persaudaraan

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan huraian berhubung dengan
kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.
Pengenalan :
o Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu
orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai
Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar
Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa
kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
o

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak
zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung
halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan
mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam
selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai
usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan
seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut
sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi :
Huraian mengenai Piagam Madinah :
o Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana
perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya,
iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain
itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The
Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.
Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk
kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan
pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran
untuk anak-anak raja waktu itu;

Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:


o Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negaramadinah yang wajib dipatuhi dan
dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah
dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum
mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
o Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummahyang tidak terpengaruh dengan
apa apa elimen yang tidak baik dari luar.
o Semua
penduduk
hendaklah
bersatu-pada,
berkerjasama,
danbertanggungjawab
mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
o Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
o Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing masing, dan tiada gangguan
dan paksaan dalam hal keagamaan.
o Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkaraperkara berikut:
o Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda
sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa.
Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
o Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan
Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua
kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim
yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua
kaum berkenaan.
o Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka
hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh
Islam.
o Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
o Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini
dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti
yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
o Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat
pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat
perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur
telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
o Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
o Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang
pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari
ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
o Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
o Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi
peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan
memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan
disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
o Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam
sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
o Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira
bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang
dikenakan ke atas Bani Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam
Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama

dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang
mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
o Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan
kerajaan purba Greek, China dan India.
o

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah,
yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.

Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali
kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Pengenalan
1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.
2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di
Madinah.
3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.
4. Menonjolkan nama pemimpin iaitu Nabi Muhammad, nama rakyat
iaitupenduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang
bersama-sama Rasulullah serta Madinah sebagai negara Islam.
4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi
untukmembentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh
segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapatmengeratkan
hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.
5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu
menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman

dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan
menggubal sistem perundangan dan kehakiman.
Isi penting ( Buat Rujukan dan Bacaan Lanjut )
Kepentingan Piagam Madinah
1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang


beragama Islam atau bukan Islam.

Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada


serangan musuh.

Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan
menentang negara Islam madinah.

Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi
menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil
alih kota Madinah.

Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummah
bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas
mereka.

Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat
dalam negara.
2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.

Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan
kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat
agama mereka sendiri.

Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan
mengelakkan permusuhan sesama sendiri.

Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan


agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh

Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah


politik dan pentadbiran negara.

Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk
dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu
serta Madinah adalah milik bersama.

Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk


orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan
perundangan.

Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan


perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.
4. Kebebasan kepada setiap penduduk

Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.

Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang
lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.

Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal,
bekerja dsb.

Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan
syariat Islam.
5. Menyatupadukan masyarakat Madinah

Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan
Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.

Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa


di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.

Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi


nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada
nilai-nilai persaudaraan Islam.
6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.

Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi
tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.

Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan


mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.

Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila


timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan
keputusan Rasulullah dibuat.

Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara
yang tinggi.
7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.

Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana
kebasan telah diberikan kepada mereka.

Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.

Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan
keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.
8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.

Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan


penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.

Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan


penuh kejujuran dan syiar agama langit supaya individu akan berasa aman dan tenteram
kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan
keturunan manusia.

Tujuan keadilan menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan


serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.

Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak


menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman
hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.
9. Perpaduan umat Islam

Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu


memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu
golongan Ansar dan golongan Muhajirin.

Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan


yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan
mereka.

Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan


persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.

Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan
hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.

Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan
padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan
kesejahteraan hidup.
10. Pemerintahan bercorak musyawarah

Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.

Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan


pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.

Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat
dalam Perang Badar.

Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.
Kesimpulan (1 markah)
1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah
negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilahkabilah luar dari Madinah.

You might also like