You are on page 1of 5

STPM

940/2

KERTAS MODEL SET 5

SEJARAH ISLAM
(5001918)
KERTAS 2
(Satu jam setengah)

Arahan kepada calon:


Jawab tiga soalan sahaja.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

SCORE IN STPM MIKROEKONOMI

Sej Islam-Set 52.indd 9

12/28/12 4:05 PM

Jawab tiga soalan sahaja.


1 Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. [20]
2 Jelaskan pengertian jihad dan etika peperangan yang disyorkan oleh Islam.

[20]

3 Bincangkan kegiatan ekonomi masyarakat tempatan di Melaka sebelum kemunculan dan


perkembangannya sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa pada abad ke-15 M.

[20]
4 Huraikan perkembangan ilmu aqli di Andalus pada abad ke-11 M hingga abad ke-13 M.
[20]
5 Nilaikan sumbangan Ibn Battutah dalam pelayaran dan geografi.

[20]

6 Bincangkan kebangkitan Ikhwan al-Muslimin dalam perkembangan nasionalisme di Mesir.


[20]

10

KERTAS MODEL SET 5

Sej Islam-Set 52.indd 10

12/28/12 4:05 PM

Jawapan Cadangan
SET 1

Soalan 1
Rangka Jawapan
Pendahuluan
Pengertian jahiliahjahala, iaitu bodoh/bebal.
Merujuk kepada masyarakat Arab yang mempunyai akidah yang sesat dan akhlak yang buruk.
Muncul selepas runtuhnya Empangan Maarib hingga Nabi Muhammad SAW menerima wahyu
yang pertama pada tahun 610 M.
Ciri-ciri masyarakat jahiliah yang ketara ialah masyarakat yang tidak mempunyai nabi, rasul
serta kitab suci, berakhlak buruk, tidak berperadaban dan buta huruf.
Isi-isi penting
Masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu Arab Badwi dan Arab Hadhari.
Masyarakat yang mengamalkan sistem kabilah.
Teras kekuatan sesebuah kabilah bergantung kepada semangat asabiyah.
Kabilah akan diketuai oleh pemimpin yang bergelar syeikh.
Masyarakat mengamalkan sistem kelas.
Wujud nilai mulia dan hina dalam masyarakat.
Kesimpulan
Masyarakat yang ketinggalan/mundur, berpecah belah, dan mengamalkan diskriminasi.
Namun peradaban mula berubah selepas kedatangan dan penerimaan agama Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW.
Jawapan Penuh
Jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau bebal. Ungkapan perkataan
ini dikaitkan dengan masyarakat yang muncul di Semenanjung Tanah Arab yang mempunyai akidah
yang sesat serta akhlak yang amat buruk. Keadaan ini berlangsung kira-kira 300 tahun, iaitu selepas
runtuhnya Empangan Maarib hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M.
Sejarawan Islam mencatatkan terdapat empat ciri umum masyarakat pada tempoh masa tersebut,
iaitu masyarakat yang tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan, berakhlak
buruk, tidak berperadaban (bertamadun), dan majoriti masyarakatnya buta huruf.
Masyarakat Arab pada zaman tersebut terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu masyarakat
Arab Badwi dan Arab Hadhari. Masyarakat Arab Badwi tinggal di kawasan pedalaman berhampiran
dengan sumber air (oasis/wadi). Mereka mengamalkan kehidupan bercorak nomad. Hal ini berbeza
dengan masyarakat Arab Hadhari yang tinggal secara menetap di bandar-bandar besar seperti
Makkah, Yathrib, dan Yaman.
Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan kehidupan bercorak kabilah. Anggota dalam sesebuah
kabilah mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Seandainya ada individu lain yang
berhasrat menganggotai kabilah lain, ia perlu bersumpah di hadapan patung berhala.
Setiap kabilah akan memegang suatu fahaman yang dinamakan asabiyah bagi menjamin
JAWAPAN CADANGAN

Sej Islam Jawapan4.indd 17

17

1/2/13 9:52 AM

Kaedah tersebut merupakan suatu cara lembut yang digunakan oleh barisan pejuang nasionalis
bagi menentang British dan sekutu-sekutunya dengan harapan kemerdekaan akan diperoleh
kelak.
SET 5

Soalan 1
Rangka Jawapan
Pendahuluan
Dari segi politik, peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW telah membawa kepada
pembentukan negara Islam Madinah. Baginda sendiri dilantik sebagai ketua tertinggi negara
tersebut.
Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan Islam, Nabi Muhammad SAW telah merangka dasar
pemerintahan dan pentadbiran, sekali gus membentuk struktur kerajaan yang agak berbeza
dengan keadaan sebelumnya yang terikat dengan sistem kabilah.
Isi-isi penting
Struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah diketuai sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.
Sebagai ketua negara, Baginda berperanan dalam menggubal dasar politik, keagamaan, ekonomi,
dan sosial bagi negara Islam. Baginda juga bertanggungjawab menyelesaikan sebarang pertikaian
yang timbul dalam kalangan kabilah dan penduduk Madinah.
Meskipun Baginda menjadi pemimpin tertinggi negara, peranan ketua-ketua kabilah di Madinah
tidak dinafikan. Hal ini menggambarkan Nabi Muhammad SAW mengekalkan struktur
pemerintahan yang sedia ada. Namun sekiranya ketua-ketua kabilah tidak mampu menyelesaikan
masalah yang timbul dalam kalangan mereka, persoalan tersebut boleh dirujuk kepada Baginda.
Nabi Muhammad SAW bukanlah pemerintah yang mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Bagi
membolehkan pemimpin tempatan dan warga Madinah mengambil bahagian dalam pentadbiran
dan pemerintahan, prinsip dan amalan syura menjadi asas pemerintahan dan pentadbiran. Segala
dasar dan keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.
Bagi memastikan sistem pemerintahan kerajaan Islam sistematik, Baginda turut membentuk
sistem birokrasi bukan sahaja di Madinah tetapi juga di kawasan yang berada di bawah naungan
Islam. Di Madinah, Baginda dibantu oleh para sahabat daripada golongan Ansar dan Muhajirin.
Antaranya Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Saad bin Muaz, dan Saad bin Ubaidah.
Baginda juga melantik gabenor di Makkah, Najran, Hamadzan, dan Taif.
Piagam Madinah digubal sebelum terbentuknya negara Islam Madinah dan menjadi sistem
perundangan tertinggi negara. Piagam yang mengandungi 47 fasal ini digubal bersumberkan
wahyu dan norma masyarakat tanpa menjejaskan hak-hak orang Islam dan bukan Islam. Selain
itu, piagam ini juga mengandungi tanggungjawab warga Madinah dalam mempertahankan negara
selain mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara.
Kesimpulan
Meskipun Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, namun sebagai individu
yang mementingkan keadilan, prinsip yang digunakan oleh Baginda dalam pemerintahan ialah
amalan pengagihan kuasa dan memberikan hak yang sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Piagam Madinah.

JAWAPAN CADANGAN

Sej Islam Jawapan4.indd 51

51

1/2/13 9:53 AM

Soalan 2
Rangka Jawapan
Pendahuluan
Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat
Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam
yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera
hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh
musuh.
Dalam konteks peperangan menghadapi musuh-musuh Islam seperti Byzantine, Parsi, Yahudi,
dan kaum Quraisy Makkah, Islam menggariskan prinsip atau tatacara tingkah laku bagi tentera
agar tidak bertindak melampaui batas.
Isi-isi penting
(a) Pengertian jihad
Dari sudut bahasa, jihad bererti kesulitan, beban, kesungguhan atau keupayaan terakhir.
Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab ialah pengerahan segenap
tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang
dibenci. Menurut istilah syarak pula, jihad ialah perang dan membantu semua persiapan
peperangan.
Ringkasnya, kalimah al-Jihad ertinya perang. Menurut Ibn Rusyd, jihad perang ialah
memerangi orang musyrik atas dasar ad-Din, manakala berperang melawan orang kafir
dengan menggunakan senjata sehingga mereka menerima Islam (bukan memaksa) atau
membayar jizyah disebut dengan jihad fi sabilillah.
(b) Etika peperangan yang disyorkan oleh Islam
Islam telah menetapkan tatacara berperang atau berjihad di jalan Allah SWT yang
merangkumi sebelum, semasa dan selepas peperangan.
Etika sebelum perang ialah manusia harus diajak kepada Islam terlebih dahulu sebelum
memeranginya. Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
sewaktu menggempur wilayah Hirah. Beliau telah memberikan tiga pilihan kepada musuh
Islam terlebih dahulu, iaitu menganut agama Islam, berdamai ataupun berperang.
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi musuh seandainya
mereka diperangi terlebih dahulu. Etika ini dapat dilihat ketika Perang Badar. Tentera Islam
hanya menunggu serangan oleh musuh yang menceroboh. Setelah itu, barulah peperangan
secara besar-besaran berlaku.
Dalam ekspedisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak
memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh,
paderi atau pendeta. Berdasarkan etika ini, golongan tersebut tidak dikenakan jizyah pada
zaman Khulafa al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar
rumah kecuali dalam keadaan darurat seperti terpaksa menyingkirkan halangan yang ada
di hadapan gerakan dakwah. Ini membuktikan betapa Islam mementingkan keamanan serta
kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya meskipun ketika berperang. Hal ini terbukti
ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif. Harta benda musuh Islam langsung
tidak diusik.
Sesuai dengan pilihan yang diberikan kepada seteru-seteru Islam, maka Islam menetapkan
etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir zimmi atau mereka yang
sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

52

Sej Islam Jawapan4.indd 52

JAWAPAN CADANGAN

1/2/13 9:53 AM

You might also like