You are on page 1of 4

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada 19 - 23 September 2016, saya telah melaksanakan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (c) New Kopisan yang terletak di Gopeng,
Perak. Tugasan yang perlu dilaksanakan semasa minggu PBS ini ialah
menganalisis pendekatan, teknik, dan strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah. Saya merakamkan pengajaran bahasa Melayu
tahun 3 yang diajar oleh Cikgu Asmah selama 1 jam. Dalam masa 1 jam ini,
saya telah mendapat banyak maklumat dan pengalaman yang berfaedah
untuk saya menjalankan tugasan saya.
Pada permulaan sesi pengajaran, Cikgu Asmah menggunakan
kemahiran membaca untuk melaksanakan set induksinya. Beliau minta muridmurid untuk membacakan petikan yang ada dalam buku teks dan seterusnya
memaparkan bahan grafik iaitu gambar pokok pisang kepada murid-murid.
Dalam situasi ini, beliau telah menggunakan pendekatan eklektik yang
merupakan gabungan kaedah pengajaran kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif ( Adenan Ayob, 2012) . Beliau telah menggunakan pendekatan
induktif semasa set induksi di mana murid-murid memberikan contoh kepada
guru dan akhirnya guru memberikan rumusan setelah berbincang. Pendekatan
deduktif pula boleh dilihat semasa pengajaran pembinaan ayat. Guru bertanya
kepada murid-murid mengenai kata kerja dan minta murid untuk senaraikan
jenis kata kerja terbitan yang telah diajar sebelum ini dan memberikan contoh
untk kata kerja terbitan berawalan. Seterusnya, pendekatan komunikatif pula
dapat dilihat dengan jelas dalam sesi PdP ini. Menurut Adenan Ayob (2012),
pendekatan komunikatif adalah sistem pembelajaran yang menekankan pada
aspek komunikasi, interaksi dan mengembangkan kompetensi kebahasan,
serta

keterampilan

berbahasa

sebagai

tujuan

pembelajaran

bahasa.

Pendekatan ini digunakan semasa murid-murid melakukan kerja berkumpulan.


Setelah murid-murid mendengar dan memahami pengajaran beliau,
beliau menggunakan teknik soal jawab berdasarkan taksonomi bloom untuk
mengetahui kefahaman murid terhadap isi kandungan yang diajar. Sementara
itu, beliau juga telah mengembangkan teknik kemahiran berfikir murid-murid
dengan bertanya soalan kepada mereka mengikut taksonomi bloom iaitu dari

tahap faham sehingga dapat mencipta. Berdasar DSKP Bahasa Melayu SK,
kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui pelbagai aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Oleh itu, dapat dilihatkan bahawa cikgu Asmah
mempunyai usaha yang sangat baik dalam mengembangkan kemahiran
berfikir murid-murid dalam sesi PdP ini.
Seterusnya, beliau telah menggunakan peta buih yang mengandungi
bahan grafik dan seni visual yang menarik untuk menerangkan kegunaan
bahagian pokok pisang. Peta buih yang berwarna-warni ini dapat menarik
perhatian

murid-murid

untuk

lebih

menumpukan

perhatian

terhadap

pengajarannya. Menurut Tuan Jah (2015), peta minda merupakan suatu


pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas dengan merangkumi idea utama
dan idea sampingan yang menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, warna dan sebagainya untuk meningkatkan daya ingatan,
pemerhatian dan pemusatan fikiran.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah

menggunakan kad gambar yang berwarna-warni untuk menarik minat muridmurid untuk belajar.
Sesi PdP diteruskan dengan pembahagian murid-murid kepada
beberapa kumpulan untuk mencari kata kerja berimbuhan awalan dan
menghantar wakil untuk menuliskan perkataan tersebut di atas papan putih.
Dalam sesi ini, beliau telah menggunakan teknik pembelajaran koperatif di
mana murid-murid bergerak secara berkumpulan yang membolehkan murid
belajar bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain
untuk menyelesaikan tugasan. Pembelajaran koperatif ini dapat menghasilkan
satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan interaksi antara murid,
kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.
Menurut DSKP (2012), penggabungjalinan memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Sebagaimana dapat dilihat dalam sesi
PdP Cikgu Asmah telah menggunakan kemahiran membaca untuk murid
membaca petikan, kemahiran menulis dalam pembinaan ayat dan kemahiran
mendengar dan berturut dalam sesi soal jawab. Teknik yang digunakan oleh

beliau ialah teknik soal jawab dan teknik perbincangan. Menurut Tuan Jah
(2011), pelaksanaan teknik soal jawab adalah untuk melatih kemahiran
mendengar dan bertutur murid serta menguji tahap kefahaman dan
penguasaan murid-murid. Teknik perbincangan juga turut digunakan di mana
murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan
perbincangan.
Strategi yang digunakan oleh beliau ialah strategi berpusatkan murid.
Dalam sesi PdP ini, murid melibatkan diri secara aktif dan memainkan peranan
yang penting untuk melaksanakan arahan yang diberi oleh guru yang
merupakan seorang fasilitator yang membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Penggunaan strategi ini dapat dilihat dengan jelas kerana
teknik seperti perbincangan antara murid-murid telah digunakan. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2009), strategi ini dapat meningkatkan peluang interaksi di
antara murid dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong,
bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.
Dalam sesi PdP ini, beliau telah melaksanakan pembelajaran Abad 21
dengan amat berkesan kerana beliau mengamalkan konsep 4C dalam
pembelajaran Abad 21 (PAK21) (Tuan Jah, 2015). Kreativiti merupakan
konsep utama dalam PAK21. Beliau mempunyai kreativiti dalam pelaksanaan
aktiviti di mana kreatif dalam penghasilan bahannya. Beliau menghasilkan
peta buih yang berwarna-warni untuk menarik perhatian murid-murid. Konsep
kedua ialah kemahiran berfikir aras tinggi, beliau menggunakannya semasa
teknik soal jawab di mana soalan yang KBAT telah ditanya kepada muridmurid. Konsep ketiga ialah kolaborasi. Pembelajaran pelajar berlangsung
dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan yang lain untuk melaksanakan
aktiviti berkumpulan juga telah pun ditunjukkan dalam sesi PdP beliau. Konsep
keempat ialah komunikasi. Dalam sesi PdP, pelajar telah berkomunikasi
dengan guru dan murid-murid sekelas semasa perbincangan dan soal jawab
yang telah diadakan.
Sebagai kesimpulannya, sesi PdP ini amat berkesan kerana cikgu
Asmah telah melaksanakan Pembelajaran Abad 21 dan menggunakan
pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah untuk murid-murid mendapatkan ilmu

yang mencukupi. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat


bertanggungjawab dan prihatin terhadap murid-murid.

Rujukan
Adenan Ayob et. al (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor :
Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Kurikulum


Pentaksiran. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Jah (2015). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Tuan Jah dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu II.
Selangor :

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like