You are on page 1of 2

INKUIRI BERPANDU

Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara dalam nyata dan dalam ketara.
Pernyataan Masalah: Apakah hubungan antara dalam nyata, dalam ketara
dan indeks biasan
Hipotesis: Semakin tinggi dalam nyata, semakin tinggi dalam ketara
Pembolehubah:
a) Manipulasi: dalam nyata, D
b) Bergerak balas: dalam ketara, d
c) Dimalarkan: kedudukan huruf di surat khabar (medium bahan)
Bahan & Radas : blok kaca, pin, pembaris meter, kaki retort
Prosedur:
1) Satu blok kaca yang berukuran 1.7 cm diletakkan di atas abjad surat
khabar
2) Ukur kedalaman ketara iaitu tulisan yang kelihatan dalam blok kaca
menggunakan pembaris meter.
3) Ulang eksperimen menggunakan 2, 3, 4 dan 5 blok kaca
4) Plot graf dalam nyata lawan dalam ketara
Penjadualan data:
Dalam nyata , D / cm
1.7
3.4
5.1
6.8
8.5

Dalam ketara, d / cm
0.8
1.7
2.5
3.5
4.0

Analisa Data:
1) Graf yang diperolehi bergaris lurus melalui titik permulaan.
2) Dalam ketara berkadar terus dengan dalam nyata
3) Kecerunan graf adalah sama dengan refraktif indeks bongkah kaca

Kesimpulan:
Semakin tinggi dalam nyata, semakin tinggi dalam ketara. Hipotesis
diterima.

You might also like