You are on page 1of 7

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN ST GEORGE BALIK PULAU

Pada hari Jumaat,20 Mei 2016yang lalu,Sekolah Kebangsaan St George


telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari
Guru yang jatuh pada 16 Mei 2016.Sambutan tersebut diadakan di
Dataran Dewan Sekolah.
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan pada jam 8.00 pagi.
Majlis dimulai dengan Sembahyang Sunat Dhuha dan Bacaan Yassin yang
dipimpin oleh Ustaz Hazim Bin Hussin. Majlis kemudian diteruskan dengan
acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.00 pagi. Acara tersebut
adalah Master Chief sambil berkaraoke untuk guru-guru menunjukkan
bakat dalam bidang masakan dan nyanyian. Murid-murid pula memberi
sokongan kepada guru-guru.
Selepas itu, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar. Majlis kemudian
digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan
lagu Kami Guru Malaysia dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang
diketuai oleh Tuan Guru Besar.
Kira-kira jam 11.15 pagi,persembahan pentas diadakan. Acara dimulakan
dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid . Majlis sambutan
berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan acara pemberian
cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing dan pertukaran
hadiah antara guru. Acara berakhir dengan guru-guru menikmati jamuan
yang telah disediakan.

Laporan Disediakan Oleh:

.........
Muhd Asyraf Bin Ibrahim
Sambutan Hari Guru

Sk St George Balik Pulau

You might also like